THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, August 28, 2009

Berbuka Puasa Mengikut Sunnah

Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.

Ibn ‘Umar r..a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah
segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.

(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010.

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah!
sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau
mengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in
an taghfirali)” - Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.

Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana
di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa.
Sabda Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”
– Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa.

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika
matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk
berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:

“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran.

Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada
rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat
Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah
didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka
surat 208: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya
makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan
kesempurnaan khusyuk.”

e. Berbuka Puasa Secara Sederhana.

Firman Allah S.W.T:
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk
kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman.
Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang
bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w:

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
- Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.

f. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.

Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa. Firman Allah S.W.T:

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya
kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati):

Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.”-Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang
begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda baginda s.a.w:

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya
sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak
dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.

LIDAH MAMPU BAWA MANUSIA MASUK SYURGA ATAU NERAKA...

DUA perkara penting yang diingatkan junjungan Nabi SAW ialah menjaga serta memelihara lidah dan tingkah laku. Lidah termasuk nikmat Allah yang sangat besar kerana kebaikan diucapkannya akan melahirkan manfaat, yang buruk mendatangkan kesan berpanjangan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pesanan itu adalah manifestasi pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengucapkan hal yang buruk dan menyakiti hati saudara seagama kerana bertutur sembarangan tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan, kekacauan bahkan boleh menjurus kepada pertumpahan darah.

Rasulullah SAW berpesan supaya menjaga lidah dan tingkah laku supaya tidak mengganggu serta melampaui batas atau menyentuh hak orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud: “Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam beragama.” (Hadis riwayat Ahmad)

Pada saat pengaruh kehidupan bersalut kebendaan, didapati manusia semakin boros mengeluarkan kata-kata sehingga ada yang terlupa mempertahankan sifat santun dan adab dalam menuturkannya hingga menyakitkan hati pendengarnya.

Harus diakui manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.

Firman Allah yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl, ayat 125)

Debat nabi jelas beretika dan halus budi bahasanya. Setiap patah kata dalam ungkapannya dapat menjadi contoh mereka yang mencintai kebenaran. Tetapi sayang, sebahagian daripada pendebat sekarang menyimpang jauh daripada panduan kerana debat mereka untuk mencari pengaruh dan kemenangan.

Sedangkan debat yang dicadangkan adalah untuk mencari jalan yang lurus. Oleh itu, berhujah untuk memburukkan lawan, pelbagai kata kasar dan nista terkeluar. Keburukan demi keburukan orang didedah dan diaibkan melalui kata-kata.

Cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussain berkata, seseorang yang menceritakan keburukan orang lain di hadapanmu, boleh jadi dia akan menceritakan keburukanmu (juga) pada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mampu menjaga apa yang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamin dia masuk syurga. (Hadis riwayat Sahl bin Sa'ad)

Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka, dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.

Justeru, jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan dendam bersalut nafsu semata-mata. Bahaya lidah sebenarnya amat bisa dan tajam.

Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Akhir-akhir ini perkataan melaknat dan mengutuk sering menjadi mainan sesetengah individu atau kumpulan dalam masyarakat. Ucapan seperti itu hanya mengundang kemarahan dan perkara itu amat disenangi iblis.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah: “Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi: “Berhentilah daripada perbuatan dosa. Ahli maksiat pun menjawab: Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan? Ahli ibadah membalas: Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah: Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?

Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat: Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah dikatakan: Masukkan orang ini ke dalam neraka.”

Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain.

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI)

Wednesday, August 26, 2009

Senjata Menghalang Syaitan

15 Perkara menjadi kunci pada perbuatan baik

- Membaca Bismillah
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beris! tigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Tuesday, August 25, 2009

AMALAN MINUM AIR WAKTU SAHUR

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang
berpuasa).

Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id katanya : Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur."

Dari Abi Sa'id Al-Khudri katanya : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

"Sahur itu berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan meneguk seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur."


Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Yang menceraikan antara puasa
kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur."

Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

Bulan Kumpul Pahala

UMAT Islam seharusnya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk berada di bulan mulia yang penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadan 1430 Hijrah.

Ramadan mempunyai banyak keistimewaan terutama pada ibadat puasa, dipertanggungjawabkan ke atas setiap individu Islam yang mencukupi syarat kewajipannya.

Pada bulan mulia ini diturunkan al-Quran, dihapuskan dosa dan dilimpahi ganjaran berganda, malah terdapat satu malam yang sangat baik berbanding 1,000 bulan iaitu malam al-Qadar yang dikhususkan kepada orang beriman.

Sesuai dengan kelebihannya itu, Ramadan dikenali juga bulan kerahmatan dan kemenangan, bulan keampunan, pembebasan daripada api neraka dan bulan ibadat, lebih-lebih lagi pada Ramadan dikhaskan dengan solat sunat Tarawih.

Keistimewaan Ramadan ini dapat dilihat melalui kenyataan Rasulullah s.a.w, antaranya sabda Baginda yang bermaksud:

"Pada malam pertama Ramadan, akan dibelenggu segala syaitan, ditutup semua pintu neraka dan dibuka semua pintu syurga. Kemudian datanglah seruan: Wahai orang yang

menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang mengingini kejahatan, berhentilah. Pada setiap malam (Ramadan), Allah membebaskan segolongan hamba-Nya daripada api neraka." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Begitupun, tiada yang lebih istimewa pada bulan Ramadan selain ibadat puasa iaitu satu ibadat yang mempunyai ciri dan hikmah tersendiri berbanding dengan ibadat lain.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa berpuasa bulan Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah, diampunkan baginya dosa yang telah lalu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibadat puasa adalah ujian ketahanan iman serta akidah untuk kita melakukan suatu pengislahan (penambahbaikan).

Walaupun ibadat lain tidak kurang dan tidak dapat kita nafikan kebaikannya tetapi menjadi tabiat manusia apabila sesuatu itu dapat dilihat, maka ia akan ditonton dan dipertontonkan.

Sesuatu yang ditonton dan dipertontonkan kadangkala akan menimbulkan perasaan riak, sombong ataupun ingin dipuji dan disanjung, sedangkan sifat seumpama ini akan hanya menjejaskan kemurnian ibadat itu sendiri.

Oleh kerana hakikat ibadat puasa ini tidak dapat ditonton dan tidak dapat dipamerkan, dengan sendirinya seseorang ingin dipuji dan dipuja ataupun mahu menunjukkan riak itu tadi tidak dapat berbuat demikian, sebaliknya menjurus kepada pembinaan sifat positif dalam diri seperti ikhlas dan berkasih sayang.

Sifat seumpama inilah menjadi senjata yang dapat memperbetulkan diri dan masyarakat kita.

Apabila kita dapat memperbetulkan diri, barulah kita mampu dan berupaya untuk memperbetulkan keluarga dan masyarakat.

Kita tidak mungkin dapat memperbetulkan keluarga, jika kita tidak dapat memperbetulkan diri kita terlebih dahulu. Kita juga tidak dapat melihat masyarakat yang subur dengan nilai kebaikan, jika diri kita tidak menyumbang ke arah itu.

Sunday, August 23, 2009

Bila Allah....

Bila Allah .......

cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
lambat makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Tidak Makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.


Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .

Saturday, August 22, 2009

Waktu² Terbaik Utk Berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1) Semasa Lailatul-Qadar.
2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8) Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Wallahualam..


Friday, August 21, 2009

MENJADI JUTAWAN DI BULAN RAMADHAN

Auntie copy and paste email nih...untuk semua pembaca.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk rm.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu'alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini ramdhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu.......

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al Mubarak


Semoga dengan kedatangan Ramadhan membawa rahmat & keberkatan kepada kita semua..

InsyaAllah..


Thursday, August 6, 2009

Episod 38 - 21st Birthday Celebration

Imbasan episod 37

Dia ke Lundu, Sarawak selama setahun...

Surat nya yang pertama, dia menceritakan yang dia mabuk laut. Muntah2 dan terbaring dalam kapal selama tiga hari. Kelakar...kan, ingatkan dia hero rupa2 lembik.

Tak nak cerita lah, masa2 auntie sedih tunggu kekasih..

Auntie lonjak ke tahun 1976..yeah!!! Umur auntie 21 tahun. Dapat kunci kebebasan konon. (Ikut budaya barat). Masa tuh Ms Nancy lah yang membuat sambutan Hari Jadi auntie kat opis. Seronok pulak bila kita ada kawan2 yang lebih umur dari kita, sebab di sayangi dan banyak ilmu dapat di pelajari dari mereka.

Kata orang2 lama...Siapa makan garam dulu? Auntie ketika tuh tak faham apa kah maksud disebalik kata2 tuh.. Bila dah berumur macam nih..baru lah paham. So..jangan sekali2 tak dengar nasihat siapa2 saja yang dah lebih umur dari kita.

Nak berjaya dalam hidup berkerjaya dan berkat rezeki dari Allah...?
Selidik lah ilmu TAAT dan TIMBANG (refer) segala apa masalah dengan agama.
Auntie bolih jamin tak tersasar lah hidup kita.

Auntie tak pernah pun rasa terkongkong selama nih. Banyak pegang pada nasihat Mak dan Abah. Jangan terlalu extreme tentang apa2 pun, selalu bersikap sederhana pesan mereka.

Emm...berbalik pada sambutan Hari Ulang Tahun auntie yang ke 21 tahun. Best sangat waktu tuh walaupun di kelilingi oleh office mates without my parents and my beloved fiancee.

Auntie sebenar nya memang tak expect mereka adakan the celebration in the office but it was a very very sweet memory in my life. A huge 3 kilo cake with a design of a key was the centre of table for the occasion.

Office mates bagi hadiah loket Jade berbentuk waterlily with a gold chain. Too bad... this gift does not stay with me for long as it was stolen in a very stupid careless situation in JB. Even worst, I dont have any photo using the jade.
Other than that I had a red silk KIMONO from my English boss.

Wohhh!! sangat lah terperanjat bila dah umur 21 tahun, perbualan office mates sangat lah terbuka tentang kehidupan...terutama SEX life from a view point of men and women in the office. Kadang2 terasa malu juga sebab auntie kan belum kahwin masa tuh, tapi auntie take it as something that i could spare in future. The do's and dont's. The guidance auntie shared with some of my married friends and it works.. their relationship resulted respectable returned from their life partners.

Nanti2 ....Inshaallah ...auntie cerita okay...tapi jangan lah brand auntie 'otak kuning pulak '. Just nak share dengan anak2 auntie di luar sana baik yang dah kawin atau pun belum.

Some of my collections of photos during my 21st birthday celebrations...












akan sambung...

Tuesday, August 4, 2009

Episod 37 - SARAWAK

Imbasan episod 36

Batalion moved to Sarawak for a year in Mid 1975. I was 19 years old going to be 20 by Oct at that time.

Sekali lagi di tinggalkan, tak dapat berjumpa hanya surat membawa rindu dan kasih terhadap nya.

Auntie berjumpa dia di Station Keretapi dan bawa dia balik kerumah. Yang lain2, naik truck ke Port Klang. Mereka akan naik kapal ke Sarawak malam tuh jugak.

Tunang auntie minta kebenaran untuk ke rumah auntie. Dia kena berada di Port Klang pukul 10 malam. Jadi sempat lah kami makan malam bersama2 Abah dan Mak.

Masih segar ingatan auntie masa menghantarnya ker Port Klang, penuh deck dengan tentera2 berpakaian celoreng malam tuh. Ada yang terbaring2, ada yang berbual2 dan ada juga yang makan bekalan mereka. Auntie tak nampak pula isteri ker, tunang ker atau teman wanita lain yang menghantar..mungkin mereka semua menghantar pasangan masing2 kat Kluang.

Bila kedengaran suara pekikan arahan suruh tentera semua masuk dalam kapal membuat hati auntie berdebar2 dan sayu. Emm.. auntie apa lagi.. peluk dia, dan berjurai lah air mata sedih. Dia hanya berpesan, doakan dia selamat pergi dan menjalankan tugas sebagai tentera yang berkhidmat untuk keamanan negara.

Semasa drive balik ke rumah malam tuh.. auntie terpikir dan tertanya2 sendiri...

- banyak2 kerja lain kenapa lah masuk tentera.
- kenapa lah auntie bercinta dengan dia
- bila kah kesudahannya kena tinggal macam nih
- bila kah agak nya hari dapat berjumpa lagi
- selamat kah dia bila bertugas di sana
dan yang paling menakutkan ialah .... setia kah dia bila berjauhan?

Auntie tahu berserah saja pada ilahi menentukan hidup yang auntie akan lalui...

Bernasib baik sebab auntie dan Mak amat rapat boleh di buat sebagai kawan dan tempat auntie menangis dan gembira. Auntie belum pernah berjauhan dengan Mak dan Abah.. sepanjang hidup bersama mereka jadi auntie masih kuat semangat.

Surat jadi penjalin rindu... setiap minggu tunggu surat...
Auntie banyak menghantar gambar2 auntie pada dia, tapi dia terima surat tanpa gambar2.. hairan siapakah yang dah songlap gambar2 auntie?

Yang pasti tiada ujian lain yang auntie lalui masa perpisahan di Sarawak tuh... melainkan rindu terhadap nya.

Rindu auntie banyak terubat bila di kunjungi oleh adik2 dia. Maklumlah auntie kan di KL, adik2 dia ada yang tunggu result SPM, ada yang belajar kat MARA masa tuh, datang tidur rumah auntie. Malah kawan rapat dia masa kat kampung pun ada datang bermalam di rumah auntie. Dave berbangsa Cina. Emm.. auntie kenalkan pada Priscilla jiran auntie. Finally, Dave tuh dapat kerja di KL dan mereka jadi lovers and ended up tied knots and married.

akan sambung....

Monday, August 3, 2009

Ribuan Terima Kasih

Assallamuallaikum,

Kpd semua reader auntie yang auntie sayangi,

Auntie mengucapkan ribuan terima kasih di atas doa2 ketika auntie sakit tempoh hari.

Alhamdullillah, walaupun masih belum pulih 100 % tapi dengan izin Allah, kesakitan yang auntie lalui telah berkurangan dan auntie rasa amat tenang.

Itu lah doa dari anak2 blogger auntie yang suci dan ikhlas.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...