THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, June 30, 2009

Episod 32 - Pertunangan

Imbasan episod 31

Auntie rasa lega bila dah settle kes Maria...at least dah tahu mereka tak pernah berjumpa..

Masa auntie dah berkahwin dan dah ada anak 2 orang, pernah berjumpa dengan Maria kat one official Military dinner. Emm..boleh tahan orang nya, dia pun dah berkahwin dengan army officer jugak. Tak padan dengan Burhanuddin sebab Maria tinggi dan tegap, perumpamaan kata 'Tak seperti Pinang di belah dua'.
Tak yah lah cerita lebih2 pasal Maria sebab dia pun dah arwah...Al-Fatihah...

Burhanuddin melapor diri kat Sebelas Melayu Diraja, di Kluang, Johor. Auntie dpt panggilan dari nya kadang2 sampai 3 kali sehari. The norm hours of his calls, morning coffee i.e. about 10am, lunch 12.30 pm and tea break about 4.30 pm. Auntie jarang call dia, sebab tak tahu time yg sesuai bila masa dia free. Pernah cuba tapi kena hold the line sampai lebih 5 ke 10 minit sebab dia dengan pegawai atasan lah, dia dengan budak2 bawahan lah...bagai2..so let him reach me instead. Kiriman surat dari nya masih auntie terima tapi tak sekerap macam kat Australia..

Janji untuk bertunang di tunaikan pada pertengahan tahun 1974. Auntie lansung tak buat apa2 persiapan semua nya Mak & Abah uruskan. Majlis yang amat sederhana.

Terfikir juga dihati kenapa lah... awal2 dah ikat tali pertunangan, tapi takdir yg menentu kan...

Dulu2 adat semasa bertunang, mana boleh tuan empunya diri menghadiri majlis, tapi Burhanuddin pula bertindak sebagai jurucamera konon..
Majlis jadi kecoh..dengar suara2 dari jiran kata..Lahhh! jurucamera tuhlah tunang dia...ada yang sempat bagi tahu auntie kat dalam bilik, masa auntie sedang bersolek. Punya lah auntie suka...dia datang..
Auntie tak gunakan khidmat salon untuk rambut, make up pun semua sendiri2. Cerita pasal fake eyelashes..peeja tuh start lambat at 26..auntie 19 .. dah pakai, sampai hari2 pergi kerja auntie melawa. (Jgn marah ye Peeja, mama nak eksyen jer)

Gambar2 masa bertunang yang masih ada....


















Hati berdebar memikirkan rupa Cincin Pertunangan, macam mana lah agak nya, berlian kah, emas saja kah..batu delima kah, batu nilam kah....sebab auntie tak pernah bertanya...
Alhamdullillah...emas bertatah berlian berbatu lima. Cincin tuh masih ada auntie simpan...dan masih boleh di sarung di jari auntie....

:: dah 35 tahun umur cincin ni ::

akan sambung....

Thursday, June 25, 2009

Episod 31 - Menyamar

Imbasan episod 30

Auntie minta balik ke KL keesokkan hari selepas membaca surat dari Maria....

Gambar sebelum bertolak ke KL...




Soalan bermain dalam fikiran semasa driving back to KL, siapa Maria?
Should I ask him or let it go...but my curiosity win the battle to ask him who is the girl!

Auntie : Siapa Maria?

Auntie hanya menanya soalan tanpa memerhati air muka nya...
seketika keadaan jadi sunyi..tiada jawapan dari Burhanuddin. Auntie juga tidak repeat soalan tuh, hanya menunggu...

Burhanuddin : Maria mana?

Auntie : Apa nih! I tanya u, kenapa tak jawap? U tanya I balik buat apa?

Burhanuddin : Nih! mesti surat dalam beg I kan? Please dont bother coz I tak de feeling apa2 pun dengan dia.

Auntie : Eh! tak faham soalan? I tanya siapa dia jer..yang u jawab sampai feeling meeling tuh pasal?

Burhanuddin : Tu jawapan yang patut I bagi tahu dengan u..and pls dont ask me anymore about her... I want to have a good memorable time with you not arguments. I miss u and love you..

Jawapan mati dari Burhanuddin, tak dapat auntie nak tanya soalan bertalu2 dalam fikiran..... macam mana kenal? bila kenal? cantik ke dia? kenapa mesti berutus surat dengan dia? tapi semua nya auntie pendamkan jer..tak guna tanya kalau tak berjawab...betul gak cakap dia, tak kan pasal Maria tuh nak gaduh2 sampai rosakkan hubungan yg dah setahun merindui akan kepulangan nya.

Auntie just put a stop of asking more questions, and concentrate on my driving...
As what he said let it be a good memorable moments and journey for both of us...

Sampai jer kat KL, dia tido semalam and off he goes back to his hometown. I will always love him....and I know his is going to be 'the man in my life'.

Auntie kerja seperti biasa, I kept everything ... my problems to myself way to private and hid things deep inside, instead of asking for help and advice from my friends. This is my game, I have to finish the game ...my own way... With young mind and always want to be the best woman for my guy....no written rules I could not disguise .....

So auntie called Texas Instrument...bertanya pada operator...ada tak perempuan nama Maria kerja kat situ...
Memang ada kat pejabat tuh yang bernama Maria..Emm..apalagi auntie minta tolong sambungkan untuk bercakap dengan dia. Entah mana dapat idea menyamar sebagai kakak pada Burhanuddin..kebetullan pula kakak Burhanuddin bernama NurAiny, cuma ejaan jer lain sebutan sama..

Auntie : Tu Maria ker?

Maria : Siapa nih! (Dengan suara marah2)

Auntie : Eh! kenapa marah2.. nih kakak Burhanuddin...NurAiny. Kenal Burhanuddin?

Maria : Sorry ye kak.. saya nih ramai orang menganggu..

Auntie : Kenapa pula orang nak mengganggu...

Maria : Entahlah kak..saya tak kuasa nak cerita..

Auntie : Kakak sebenarnya nak bagi tahu yang adik kakak..Burhanuddin dah bertunang..jadi kalau boleh jangan lah melayan adik kakak tuh lagi..

Maria : Betul lah kakak, dia ada cerita yang sedang berkawan rapat dgn seseorang, tapi tak de pulak cerita dah bertunang..

Auntie : Dia tak cerita dia dah bertunang? Tak perlah..cuma kalau boleh Maria jangan ganggu perhubungan mereka...

Maria : Tak de apa2 masalah kak..kami cuma baru berkenalan melalui surat jer tak pernah jumpa pun..kawan saya yg bagi alamat dia di Australia..

Auntie : Terima Kasih lah banyak2....

The new challenge gave me a new adventure...will this attempt bring me in deep trouble?....



akan sambung......

Wednesday, June 24, 2009

Episod 30 - Pergi Melaka

Imbasan episod 29

Auntie drove to his home town Melaka using the old road.

Memang new experience tengok rumah2 orang kampung dikiri dan kanan jalan menuju ke Merlimau, Melaka. Rumah2 papan tapi tangga batu yang di hias dengan jubin2 berwarna warni. Bawah rumah pula berpagar keliling. Auntie hairan dan bertanya....

Auntie : Kenapa org melaka bertangga batu walaupun rumah nya papan?

Burhanuddin : Nak tahu?.... sebab nya Hang Tuah berbadan besar dan tapak kaki dia lebar..

Aunte : Nih betul ke? atau u saja nak temberang!

Burhanuddin : Entah lah! I pun biasa tanya Mak dulu2.. itu lah jawapan yg Mak bagi tahu. Mak juga bawa I pergi tengok perigi dan bekas tapak kaki Hang Tuah.

Auntie sampai sekarang, belum pernah ke Perigi Hang Tuah tuh!! Wal hal dekat jer dgn kampung dia.

Burhanuddin suruh auntie bagi signal kanan bila sampai ke PekanTedong. Jalan itu jalan utama utk ke Muar dan seterus nya boleh sampai ke Singapore.

Belok jer dah sampai halaman rumah nya, tepi jalan betul. Cantik rumah dia..tersergam rumah papan. Auntie berhenti kan enjin kereta..dan adik2 dia yg sedang bermain2 kat situ, mengerumi kereta auntie dan menjerit2...

Adik2 : Abang Long balik..abang long balik....

Aunte tidak di bawa masuk mengikuti pintu utama, tapi ada pintu kedua dari tepi..Kat situ juga adalah tempat mereka berehat dan tengok TV. Auntie dikenalkan dengan Mak, dan kedua nenek nya yg tinggal bersama2 mereka. Adik beradik nya, kus semangat ramai nya, altogether 14 orang..Terkejut auntie...sebegitu ramai. So altogether auntie kira, ada 18 belas orang tapi sorang adik lelaki study kat MARA,Oh! ya.. 2 kakak dia, Mak lain..bercerai ketika kakak dia berumur 5 tahun dan sorang 2 tahun, tapi Abah dia dpt bela anak2 tuh. Seorang kakak dah kawin. Ada tambahan menantu sorang dalam gambar.

Gambar adik beradik nya....



Auntie di bawa ke bilik adik perempuan nya untuk meletakkan beg baju auntie. Auntie seronok berbual dgn adik2 perempuan dia, Nor Asyiquin, Normala dan Norlaila. Yang sebaya dengan auntie Nor Asyiquin. Auntie bertanya...

Auntie : Rumah besar macam nih ada berapa bilik tidur?

Nor Asyiquin : Bilik banyak..Abah buat 10.

Auntie : Sepulohhhhh.... siapa kemas bilik2 tuh semua..

Nor Asyiquin : Sendiri2 lah... nenek kedua2 nya garang2...

Auntie : Nenek2 tuh siapa?

Nor Asyiquin : Nek Ohh tuh Abah punya Mak dan Nek Nyemah tuh Mak punya Mak.

Dalam hati auntie..mesti Mak Burhanuddin nih baik orang nya sebab boleh bela kedua Mak dan Mak mertua nya dan anak2 tiri.

Anyway..auntie dibawa ke dapur...emm...complete peralatan electrical rumah tuh, peti ais, periuk nasi, blender dan bagai2 lah...
suka nya auntie...terlepas dari seksa kena giling cili...he! he! he!
Meja makan 2 biji di cantumkan..besar betul dining hall dia..
Kat dapur tuh, auntie hanya di suruh potong kacang panjang oleh Mak Cik tuh! Yang lain2 anak beranak semua nya menolong.

Mak Cik : Lepas potong2 sayur tuh, gorenglah ye!!

Auntie : Ye lah Mak Cik...

Auntie jawap konfiden, yang sebenar nya tak pernah goreng sayur pun. Auntie memang tak pernah masak, tapi tolong mak siang2 adalah.
Kes kelakar .. sayur yang auntie goreng, jadi overcooked and lembek.

Di meja makan, Pak Cik tuh bertanya...

Pak Cik : Kenapa goreng sayur nih sampai lembek nih!

Mak Cik : Lambat tutup api tadi...terlembek lah sikit...

Sampai sudah Mak Cik tuh cover auntie...Malu nya...
Lepas makan kena basuh pinggan mangkuk, duduk kat lantai tak guna sinki, sebab terlalu banyak pinggan mangkuk. First time auntie kena menyabun pinggan mangkuk yang banyak macam tuh..adik yang lain bilas dalam besen air bersih, dah tuh kena susun kat rak!! Aduh penat nya...Rasa nak pengsan..
Baru auntie tahu..keadaan keluarga yang besar dan ramai...

Burhanuddin ajak auntie naik ke atas rumah, orang melaka panggil 'Serambi'. Kat serambi tuh ada empat bilik. Kesemua bilik adik2 lelaki kat atas rumah rupa nya.
Di serambi tuh, ada beg2 Burhanuddin yang masih belum di unpack masa balik dari airport tempoh hari. So dia tarik salah satu beg tuh dan keluarkan surat2 auntie pada dia...
Dia membaca surat2 tuh pada auntie...Ya Allah! dlm surat tuh macam2 auntie promise him...
tightest hug lah, tender kisses lah bagai2, dalam surat berani lah...dah depan...sorry lah...takutttt... Burhanuddin senyum kat auntie bila membaca baris demi baris....

Gambar auntie kat serambi dengan Burhanuddin...




Malam tuh...auntie tengoklah surat2 yang berlambak dlm beg dia.....Auntie niat nak susun elok2 surat2 tuh...tapi dengan tak semena2 auntie buka satu surat yang cantik tulisan nya di envelope tuh...

Auntie perasan Burhanuddin sedang melayan adik2 nya dengan gambar2 dia di Australia...
auntie terus membuka surat tuh... auntie terperanjat...surat dari Maria, bekerja kat Texas Instrument.KL...siapakah dia? isi kandungan baru mengenal each other.
Oh My God....rasa nak nangis dan nak balik KL ketika tu jugak..tapi control...auntie sebenar nya saorang yang banyak pendam, susah nak luahkan perasaan marah dan tak pandai argue....
Auntie tidur di bilik adik nya malam tuh resah sepanjang malam. Auntie banyak terfikir2 nak tanya atau biarkan saja... but I must know who is that girl?
Keesokkan hari..auntie minta nak balik KL.

Burhanuddin : Kenapa nak balik cepat sangat? Tidur lah semalam lagi.. Tak comfortable ker rumah ni.....

Auntie : Nani nak balik, rasa malu nak duduk lama2. Nani boleh balik sendiri dan u can spent all yr cuti with yr family.

Burhanuddin: Tak boleh lah macam tuh.. I kena lah teman u balik nanti apa kata Mak dan Abah u pulak.

Auntie : Okay lah but mesti balik hari ini jugak!.

Burhanuddin lansung tak perasan keadaan auntie yang menyimpan hati. Lepas makan tengah hari tuh auntie berkemas dan bersalaman dengan keluarga nya.
Dalam perjalanan...baru auntie bertanya dia.

Auntie : Semalam.. nani susunkan surat2 u yg berterabur dlm beg u tuh!

Burhanuddin : Terima Kasih... I memang lambak jer surat2 tuh tak sempat nak susun pun masa nak balik.

Eee!!... tak kan dia masih tak perasan surat Maria..ada terselit dalam banyak2 surat tuh.
Dah berair mata auntie..

Auntie : Siapa Maria?


akan sambung......

Monday, June 22, 2009

Episod 29 - Malu Masih Menebal

Imbasan episod 28

Auntie belum tahu apa itu cemburu....mungkin terlalu konfiden yang auntie lah satu2 nya 'gadis melayu' yang menjadi kekasih di hati nya.

Surat terakhir yang dikirimkan oleh Burhanuddin dari Australia, menyatakan details kepulangan nya ke tanah air. Airways, flight no, date and time. Dia juga request hendakkan auntie berjumpa nya di Airport. Aduh! seminggu lagi!

Auntie menyampaikan berita itu pada Mak dan Abah. Auntie membilang hari, bila tinggal sehari je lagi, auntie bilang jam pulak.

Tiba masa yang di tunggu2, auntie ajak Abah dan Mak temankan auntie pergi airport tapi mereka kata tak per dulu..nanti2 jumpa juga. Auntie pun bergeraklah driving ke Subang Airport pada hari tuh. Macam2 auntie berfikir masa driving on the way to airport. Nak open my arms and hug him kah? bersalaman saja kah? Berdebar2 tak usah kira lah, kedua2 tapak tangan auntie kejap sejuk, kejap berpeluh memegang steering. Eh! kenapa pulak sampai nak peluk dia pulak? Tak malu apa? Kan ada family dia nanti... nak taruk muka kat mana?...

Sampai di airport, auntie tinjau2 kot kalau2 ada family dia, boleh lah berbual2, tapi bila nampak mereka, auntie malu nak approach. Bila tengok papan information, flight nya dah landing, auntie pun tunggu lah kat depan pintu arrival.Mak dia menegur auntie dan berkenalan dengan adik2 perempuan dia. Family dia ramai nya.

Seluruh badan rasa nak roboh dan longlai bila auntie nampak dia. Ya! Allah sungguh tak reti nak curahkan perasaan ni....

Burhanuddin semakin dekat, dia bersalaman dan berpelukan dengan Mak dan Abah serta adik beradik dia. Auntie hanya pandang ...dan tunggu giliran auntie pulak...perasaan auntie bertambah berdebar, hello! control pleaseeee.....

Kelakar betul... bila sampai jer Burhanuddin depan auntie....rupa2nya perasaan malu auntie mengatasi segala apa yang auntie inginkan.. nak peluk tak jadi, nak cium lagi lah...tak reti... last2..dia menghulur tangan dan bersalaman erat....dah tuh auntie kelu seribu bahasa..dan tak reti nak bercakap pon. Dalam hati berkata.....Apa nih!!!!

Burhanuddin memulakan perbualan...

Burhanuddin : Kenapa tangan u sejuk dan membisu jer?

Auntie : Gugup lah bila u depan nani, macam bermimpi pulak.

Burhanuddin : Jangan macam tuh, dalam surat...kata rindu..i kan dah ada bersama u sekarang..

Auntie malu dan elakkan situasi tuh dengan menanyakan....

Auntie : Family u ramai nya datang..

Burhanuddin : Memang ramai, dia orang datang dua kereta dari Melaka.

Burhanuddin : I akan datang KL rumah you bila I dah bermalam sehari dua di kampung.

Dalam hati auntie kecewa.....auntie pergi airport sorang dan balik pun sorang.

Sampai kat rumah, Mak dan Abah tanya..

Abah : Mana dia dan family? Tak singgah rumah kita?

Auntie : Mereka tak nak susah2kan kita, terlalu ramai, sampai dua kereta..dia orang duduk kat Jln Perkin, Kampung Baru.

Abah : Bila dia bercadang nak balik ke Melaka?

Auntie : Entah lah Abah nih! Banyak lak soklan, mana lah nani tahu! Tak kuasa nak tahu!

Jawapan auntie yg kecewa...auntie terus masuk tidur.

Dua tiga hari kemudian nya.... auntie sedang tengok TV malam tuh, Burhanuddin datang ke rumah, tapi excitement yg dah layu tak macam menunggu ketika di airport tempoh hari. Agak nya perasaan merajuk kot! Malam tuh dia minta kebenaran Abah untuk bermalam di rumah auntie.

Burhanuddin unpacked his begs and handed auntie few gifts from Aussie. Emm.. jeans and t shirt. Dulu2 jeans top brand for female was 'Amco'. Warna biru turquoise, bellbottom lagi.... Auntie suka jeans tuh...

Malam tuh tak kemana2 hanya berbual2 kosong dengan kehadiran Mak & Abah. Rupa2 nya cuti dia 2 minggu sebelum melaporkan diri di Sebelas Melayu Diraja, Kluang, Johor.
Rumah auntie tak de bilik tetamu, jadi ruang tamu lah jadi tempat tidur nya, auntie sediakan tilam single, selimut dan dua biji bantal.

Keesokkan hari, auntie pergi kerja dia nak ikut ke pejabat. Auntie tak keberatan pun, sebab enviroment office auntie semua nya friendly. That was the first time auntie introduced dia pada office mates and Mr Syer. Burhanuddin nampak tak kekok dengan kawan2 dan Boss auntie. Auntie minta cuti untuk beberapa hari. Tak ingat pulak berapa hari.
Dari pejabat auntie bawa dia ke Lake Garden. First time berbual dan jalan2 berpegangan tangan. Bercinta amat membahagiakan. Tapi perasaan malu terhadap nya masih menebal dalam diri...Sempat bergambar kat Lake Garden. Influence filem hindustan..mesti ada pokok2 sikit, bunga2 sikit, takde gunung..bukit2 sikit...he!he!he!





Keesokkan hari nya dia minta kebenaran Mak & Abah nak bawa auntie balik ke kampung nya di Melaka. Terperanjat auntie sebab dia tak pun cakap kat auntie lagi.
Banyak yg auntie fikirkan....sebab auntie takut kalau2 kampung nya masih mundur..
Takut kena test masak dengan Mak dia, coz auntie hate dua perkara mengiling dan kukur kelapa..paling takut rumah dia tak de blender...assam pedas mesti lah kena giling cili dulu....weird kan! auntie fikir sampai ke situ.

Mak & Abah membenarkan auntie pergi ke Melaka, Mak seperti biasa ingatkan auntie supaya jaga permata diri dan pandai2 lah menyesuaikan diri di kampung orang.
Auntie drove to Melaka ikut jalan lama ...mana ada highway lagi masa tuh. First time driving towards south and never been to Melaka before. Burhanuddin tak tahu drive rupa nya.. so jadi co pilot tunjuk direction to his hometown.

akan sambung....

Tuesday, June 16, 2009

Award Uber Amazing Blog


Auntie dapat award daripada chics. pada 11 jun 2009.
Ini testimonial daripada chics

- Ada satu perasaan ye bila baca blog aunty ni. Suka, especially bila dia cerita kisah cinta dia dengan husband dia, menyebabkan aku sengih sensorang. Alahai manisnya orang dulu bercinta, sangat gentleman pulak tu. Tak macam sekarang, ok stop sebelum aku tetibe naik darah [apahal kau?]

Sangat2 lah suka dan terharu, terima kasih kerana suka kat blog auntie. Auntie berblog sebab auntie banyak masa kelapangan sejak cuti sakit yang terlalu lama dah 7 bulan. Cuti bergaji. So auntie layan lah blog supaya otak berjalan tak lah sepi...Tapi auntie tak reti nak tulis apa with the rules.

Auntie terima jer lah...... tapi auntie cuba sikit2...

The rules:
• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.
• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged.
• Paste the award badge in your sidebar.

Item 1: Five (5) interesting facts about the person who gave you this award.

1. Run through chics blog : Sangat interesting bahan2 yang di paparkan.

Item 2: Ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.

1. Suka mandi dan berwangi2, dah tuh berlipstik walaupun kat rumah.
2. Suka berambut pendek sejak dah berumur, haircut every 2 months. Tak leh lebih dari 1" dari kulit kepala. Rasa rimas dan panas sebab makan ubat pils 5 jenis dan 3x injection per day.
3. Suka makanan yang tak pedas. Dulu suka sangat pedas terlampau sampai waktu kulit perut dah tak boleh terima. (pedih)
4. Hobby yang tinggal hanya berblog dan gardening, selain dari tengok DVD, tapi hampeh bila subtittle merepek. Auntie depend on subtittle jer sebab pendengaran auntie zero kan.
5. Sayang sangat pada suami dan anak2, dengan anak2 asyik minta cium di pipi, kalau suami asyik auntie cium dia kat pipi, kat telinga, kat dahi tapi kat mulut dah kurang2..he he he!

Item 3: Ten (10) most deserving receipients and describe them.

Auntie nak pekena kat yang selalu tinggalkan comments kat auntie. TQ

1.kerol
2. Qaseh Qasturi
3. Mrs Hafids nadia
4. Che Sue
5. cikpid
6. darling8tabby
7. Syebiburn
8. Rubbergurl
9. Misztake
10. Hazel

Selamat menjawab...

Monday, June 15, 2009

Episod 28 - APA KAH ITU CEMBURU?

Imbasan episod 27

Auntie pandai dah pandai bergaya ala2 model, konon nak ikut idola auntie Norkumalasari.

Kali ini auntie banyak terima gambar2 Burhanuddin bersama pompuan2 orang putih di sebelah nya. Auntie selalu berfikir yang bukan2, damp!! sure his first kiss goes to pompuan Mat Saleh. Sure dia dah pandai minum arak and banyak lagi tuduhan2 yang bermain dalam fikiran. Apa kah CEMBURU dah mula bermekar dalam hati, tapi feeling 'hurt' tak de pulak. Masih belum mengenal apa itu cemburu...

Some of his photos....









Auntie sangat merindui nya, Burhanuddin ada meninggalkan 'Old Spice' after shave and 'Brut' perfume yang selalu dia pakai masa datang rumah auntie dulu. Auntie spray 'Brut' tuh kat bantal auntie. Tidur auntie amat nyaman dengan adanya wangian yang di pakai nya, terasa as though he is around.
After shave juga auntie kadang kala pupuk kat tengkok auntie. Menjadi kebiasaan auntie membaca surat nya sebelum tidur, walaupun auntie dah baca berulang kali. Bila ingat memang tindakan yg amat bodoh, tapi entah lah itu saja yg boleh buat, untuk auntie melepas kan rindu pada nya. Perasaan bercinta mendorong perkara2 yang tak norm kan?

Images of the perfumes yang di tinggalkan untuk auntie...



Salah satu surat yang auntie terima dari nya terasa kelakar...
Budaya yang berbeza antara Mat Saleh dan Melayu kata nya.. Mat Saleh suka pegang2 kepala bila bergurau. kita orang melayu mana boleh main kepala kan? Apalagi bersilat lah Burhanuddin menepis tangan Mat Saleh bila kena pegang kepala. Terperanjat Mat Saleh tengok dia bersilat.
Satu lagi Mat Saleh selalu benar kentut kuat2 dengan terbuka, masa makan, masa dalam lecture hall dan bila2 dia orang suka, kadang kala berlawan2 kentut... So.. kawan Burhanuddin, Rasidi Naim kata, aku pun nak kentut jugak masa dalam lecture hall besok. Nak ajar dia orang yang tak beradat. Pagi tuh dia tak ke tandas, simpan isi perut dia yang dah stale. Bila semua tengah concentrate kat lecturer, diam2 dia lepaskan kentut yang tak berbunyi dan melepaskan bau yang amat busuk. Berterabur Mat Saleh bangun... Dia bersuara dengan proudnya dan berkata... "That is Malaysian Fart", but he explained, normally Malaysian doesn't fart as Aussie did so openly, he did it totally for fun!!

Selepas birthday auntie yang kelapan belas, auntie mula ambil kursus shorthand kat Stamford College atas nasihat Ms Nancy. Kursus tuh auntie pergi after office. Tiga kali seminggu, tapi homework...masyaallah menimbun... benci.....tak tabah auntie dengan cacing2 kerawit tuh. Tak sempat pandai, auntie berhenti. Mr Syer nak kan auntie ganti Ms Nancy bila dia pergi bercuti. Apa susah?, auntie suggest Mr Syer beli recorder dan auntie boleh listen and type... hu hu hu berjaya pujukkan auntie. Mr Syer syok dgn recorder nya sampai dalam meeting pun dia suruh record. Ms Nancy tuh tanya auntie mana dpt idea tuh... whatelse TV lah...

Hari Sabtu was half day. Attire was free and easy. So most of us wore Jeans and T shirt on Saturday. Light meeting at 10:30 am till 11.30 am and we were off for lunch. Lunch selalu nya open table. Bergilir2 belanja, selalu nya Salesman yg belanja sebab dia orang gaji besar bila dpt commissions. Auntie tak pernah keluar duit pun..adik yg paling muda lah katakan...pd masa tuh!
At times, dia orang bawak gf dia orang, selalu auntie kena usik..where is your bf? Auntie hanya senyum2 kambing... hanya a few jer yg tahu kan...yang auntie punya bf belum balik lagi...
Dia orang masih teased auntie dengan En Anwar, even Mr Syer selalu said...

Noraini, you dont have to look elsewhere.. he is right here for you.... He is a nice guy..you know that...isnt it?


akan sambung........


Friday, June 12, 2009

Episod 27 - PORSHE

Imbasan episod 26

Auntie bernasib baik tak de apa2 berlaku, bila jarum yg di kirim, tak di cabut dari kertas nya.

Walaubagaimana pun, Mak berpesan supaya berjaga2 bila nak minum atau makan. Kalau beringat dan baca doa sebelum minum dan makan, Insyallah di lindungi. Kita mana tahu ada orang dengki hati, involved around your circle or surroundings, could be kat pejabat, could be jiran2 or could be....anybody..... Hanya Allah yang maha mengetahui.

Kak Siti dah habis pantang, kerja2 dia di ambil semula dari auntie, kalau tak...kus semangat bertimbun2 dan banyak tertunggak. Auntie sampai bertekak dengan Admin Manager Mr Paramjothi. Surat2 reminder for bad debts dan issuance of receipt banyak yg auntie tak sempat buat. Peduli apa? Ambil lah temp girl hendak nya, ni tidak kita jugak dia nak lanyak...ingat kita sotong ker banyak tangan!

Bila time lunch, auntie selalu bawak kawan2 gi makan kat PJ Newtown. Dapat lah variety sikit. Kalau tak asyik2 makan kedai Pak Cik kat tepi pagar office. Kawan2 perempuan semua nya tak berkereta, semua kaki simpan duit. Melayu hanya auntie dengan Kak Siti, dan tiga lagi tuh cina. Yang active part social activities hanya auntie dan Ms Nancy, yang lain very homely and secretive. Ms Nancy dan auntie selalu di jemput pergi dinner oleh Mr Syer. Mana lagi kalau tak di Selangor Club atau Lake Club. Mr Syer dah kawin, isteri nya bangsa Punjabi. Social nites selalu ada Mrs Syer, so dia jadi kami punya Kakak . Activities were clean, makan, menari sikit dah tuh balik.

Gambar2 auntie dengan Mr Syer and Mrs Syer....





Auntie tak suka suruh orang lain hantar auntie balik rumah, auntie suka drive sendiri, auntie nih berani balik jauh malam, dah tuh auntie heran, Abah dan Mak tak pernah bising atau marahkan auntie. Mak konfiden ngan auntie kot, sebab dia dah cukup pesan kat auntie supaya jaga permata diri, jangan sampai di tebuk tupai, kalau dah tertebuk, satu hantu pun tak nak kat kita. Auntie pun bernasib baik, tak de siapa nak tebuk pun. Mak juga berpesan kalau dah terlajak, mengandung.... anak tuh orang akan bercakap tentang nya, sampai 7 keturunan... eee.... takut nyer.....mintak simpang... jangan sekali2 lupa....

Ada sekali tuh, auntie di fetched oleh bf Ms Nancy and her along untuk ker official dinner Mr Syer. Malam tuh auntie berkenalan dengan Mr.... tak ingat nama dia. Auntie like terpegun, bila dia approached auntie, sebab wajah nya dan physical nya mengingatkan auntie pada Burhanuddin. Auntie di offer untuk di hantar balik kerumah malam tuh. Dlm hati takut jugak, baru kenal tapi dah berani nak balik dgn orang..fikir auntie. Entah lah dalam takut2, auntie setuju untuk dihantar balik. Bila fikir sejenak.... berani betul lah auntie masa dulu2....mungkin dah tertulis di pentas Allah...script dah siap, kita hanya melakonkan nyer...(Auntie dah termasuk bab tassawuf pulak).

Auntie ikut dia ke kereta nya. Allah hu akbar! kereta dia 'Porshe'. Soo... gentleman dia buka kan pintu kereta, auntie masuk dan duduk. Rasa so excited and teruja...auntie tahu kereta mewah yang tak terfikir, aunte dapat rasa duduk didalam nya. Bila dah dekat sampai rumah, auntie mulalah meraba2 dalam gelap, mencari pembuka pintu kereta. Tak de... mana benda tuh....rasa rata jer...tak de lansung tempat buka nya...ah!! Malu nyer, nampak sangat tak pernah naik kereta mewah....Yang paling malu bila sampai rumah auntie, auntie masih lagi duduk tak keluar dari kereta, tapi as gentleman dia keluar dan buka pintu dari luar. Eeeh!! malu nyer, sampai sudah tak tahu kat mana pembuka pintu tuh!!

The next weekend, we dated again. Dia fetch auntie dari rumah, dia bawa auntie ker rumah nya kat PJ. Rumah banglo dan dia masih single. Dia tunjukkan gambar2 gf dia, Miss Malaysia...dari Ipoh... baru breakup kata nya..Dia orang Filipino rupa nyer. Lepas tuh kami pegi ke Regent Club for dinner and dance. Auntie lepas tuh tak panjang kan persahabatan, reason yang auntie mentioned, auntie dah attached dan berpunya. Dia faham. Auntie amat bersyukur sebab auntie selalu jumpa orang2 yang gentleman dan tak ambil opportunity atas diri auntie sebagai perempuan yang masih 'dara' dan remaja.

Auntie banyak influence tentang fashion oleh Ms Nancy. Tahu2 lah cina kan up to date, ikut trend Hong Kong. Ada sekali tuh auntie dah pandai pakai nail polish, kuku jari kaki dan tangan di bela panjang. Abah tengok auntie atas bawah...dengan suara marah...

Abah : Apa nak jadi nih! Dah macam orang kafir pulak! Abah tak nak tengok kuku kaki kau yang panjang tuh.... buang!!!!

Auntie : Okay, okay ... Abah nani potong kuku kaki, tapi Abah, kuku tangan tak per yer Abah..

Auntie bernail polish bila auntie 'uzur' bila nak bersuci auntie sober lah...

Pakaian pulak dah pandai sleeveless, topless, backless, entah apa lagi less, semua nya nak ikut Norkumalasari. Dia tuh idola auntie masa muda2. Dia bercap, bertopi, berscaft, auntie suka ikut. Auntie banyak menghabiskan duit kat pakaian, dah pandai beli baju2 kat boutique. Berkasut kulit dan boot sampai lutut pun jadi pakaian auntie. Ingat lagi my favourite boutique was at Ampang Park, Lady Lodge and Italian Job. Mak pula suka auntie bergaya..no comment from her. So... auntie was like so bebas for fashion.

Gambar auntie berless, less.....










akan sambung....

Wednesday, June 10, 2009

Episod 26 - MANDROM

Imbasan episod 25

Auntie tamatkan persahabatan dengan Inspector Abdullah.

Balik kpd cerita Burhanuddin, minggu ketiga setelah pemergian nya, baru lah auntie terima surat dari nya. Auntie buka surat dengan perasaan berdebar2 membaca baris demi baris. Kandungan surat nya banyak menceritakan yang dia terlalu rindukan tanah air dan selalu teringatkan auntie.

Terlalu cepat masa berlalu, dah 5 bulan dia di sana.....setiap selang tiga hari, auntie menerima surat2 nya. Ayat2 yang di gunakan nya sungguh romantik, membuat auntie juga merindui nya.
Perkara yang paling pelik berlaku terhadap diri auntie ialah .. without failed, setiap pukul 2:30 pagi auntie akan terjaga dari tidur dan teringatkan dia. Rupa2 nya dia bangun pukul 5:30 pagi... untuk training, so it is telepathy between us. The time difference was about 3 hrs. Ketika itu perasaan cinta auntie terhadap nya menebal setiap hari. Auntie membilang hari untuk kepulangan nya.

Gambar2 banyak dikirimkan untuk auntie.












Bulan kelima pemergian nya, auntie kehilangan cincin yang di berikan pada auntie tuh. Cerita nya bila auntie beli purse baru, auntie transfer segala kazanah purse lama ke yang baru. Auntie tinggalkan cincin auntie dan purse baru dlm laci meja kat office, bila nak ke toilet. Hari tu auntie dapat gaji Rm770 dan elaun cola Rm 30.00. Dulu2 dapat cola - cost of living allowance. Entah syarikat omputih bagi kat staff. Auntie tertinggal purse yang kembong dan cincin bila balik kerja.
Keesokkan hari sampai kat office, laci dah kena kopek... auntie terus menangis, mana tak nyer semua nya hilang..Ms Nancy melaporkan pada Big Boss dan mereka panggil insurancce company.
Alhamdulillah, duit auntie dan harga estimatation cincin di bayar. Rm 1,500 tapi tak sama lah sebab cincin tuh hilang..tak terpikir pulak nak tempah balik ketika tuh. Auntie memberitahu kat dia yg cincin tuh hilang... tapi dia tidak kisah cincin hilang asal kan jgn cinta yg di bina hilang...

Auntie tunggu surat nya... tapi kali ini dua surat yang auntie terima. Satu dari nya dan satu lagi hanya sekeping kertas yang tersemat jarum. Auntie tak cabut jarum tuh, auntie simpan kertas yang tersemat jarum tuh dalam sampul nya. Stem dari KL. Auntie cerita kat Mak, mula lah cerita karut bermula.. Mak kata nih ada orang nak 'mandrom' auntie. Entah lah tak de pula apa2 yang berlaku.. mungkin sebab auntie tak cabut jarum tuh!

akan sambung.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...