THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, May 29, 2009

Episod 22 - Surat Berlubang2

Imbasan episod 21

Parents kedua2 belah pihak telah meterai janji untuk anak2 mereka.

Pada hari Minggu yang terakhir sebelum dia bertolak ke Australia, dia datang ke rumah dan minta izin pada Abah untuk membawa auntie tengok wayang. Abah yang menghantar kami berdua kat panggung wayang. (auntie tak ingat cinema mana). Tittle of the movie juga dah tak ingat, tapi cerita lakonan Kris Kristofferson.

Emm... Sepanjang yang auntie bersama dia, percaya ker tak auntie tak pernah berpegang tangan lansung? Not even shaking hands. Kawan2 dia semua menghulur kan tangan bila di perkenalkan, auntie bersalaman dengan mereka tapi dengan dia tak de opportunity lansung.

So... masa menonton movie tuh half way kot...dia slowly memegang tangan kanan auntie...tanpa bersuara apa2....
Mashallah... rasa nak terbarai badan auntie, sejuk tangan auntie dan auntie tergamam, auntie hanya membiarkan nya. Itulah kali pertama tangan auntie di pegang lelaki , perasaan ketika itu tak pernah auntie alami ...
Cerita dan movie kemana? Apa jadi dengan hero dan heroin? Semua nya dah tak jadi tumpuan, hanya scene perpegangan tangan mengakhiri wayang tersebut oleh hero Burhanuddin dan heroin Noraini. he!he!he!

Abah dah tunggu depan panggung wayang, kami balik rumah di Bkt Bangsar. Dia meminta maaf kepada Abah dan Mak, halalkan makan minum nya, dan meminta Abah & Mak mendoakan dia selamat pergi dan balik dari merantau ke negeri orang.
Auntie hanya menangis terisak2. Abah kata jangan menangis..... org nak pegi jauh tak baik, kalau ada jodoh dia tak kan kemana2. Abah menghantar dia kat taxi stand pada malam tuh.
So.. itu lah saat terakhir yg auntie jumpa dia sebelum dia bertolak ke Australia selama setahun.

Suatu hari Kak Ton datang rumah bersama2 kedua2 anak nya dan bertanya dengan auntie.

Kak Ton : Nani buat apa sekarang mentara tunggu result?

Auntie : Tak de buat apa2 Kak Ton, malam nani belajar menjahit, tu pun 3 kali seminggu.

Kak Ton : Kata Mak, Nani dah pergi kursus Operator dan Penyambut Tetamu.

Auntie : Dah habis dah..

Kak Ton : Tak mintak kerja mana2?

Auntie : Ada lah kawan Nani ajak gi interview, waitress kat 747 Pub & Grill, dan Hotel Merlin tapi Nani tak suka kena angkat2 dulang dan ambil order, Kak Ton.

Kak Ton : Ah! tok sah lah kerja2 macam tuh.....

Kak Ton : Macam nih! Staff Kak Ton, Hussein, pejabat isteri dia tengah cari Penyambut Tetamu dan Operator. Nani nak ke cuba??

Auntie : Kat mana pejabat dia Kak Ton?

Kak Ton : Kat New Town, Petaling Jaya. Nani boleh bercakap Ingeris ke?

Auntie : Nak cuba lah Kak Ton, sebab PJ tuh Nani dah biasa, dan berbahasa Ingeris? tak jadi masaalah.

Kak Ton : Nanti, Kak Ton talipon Nani besok untuk set kan interview. Ha! Big Boss dia orang British.

Auntie : Alamak! Kak Ton 'twang' dia teruk ker ?(loghat - sebutan)

Kak Ton : Tak lah, dengar lah betul2 bila dia bercakap, Daddy kan orang British. (Mr White, Atuk auntie).

Auntie : Mana nak ingat, Nani kan kecik lagi masa tuh...

Kak Ton : Bila dah di panggil untuk interview nanti, jangan tak nak pulak!

Auntie : Nak duitttt!!!! Mesti lah Nani pergi.

Keesokkan hari nya Kak Ton bagi details : Nama Company, Alamat nya dan jumpa dengan Kakak Siti.

Berbaju kurung pada hari tuh, auntie pun pergi lah, tak di temani oleh siapa2, naik bas Sri Jaya dan turun kat New Town. Dengan nota kecil details yg Kak Ton bagi, auntie pun start mencari lokasi pejabat.

Double Storey Shop lot, pejabat nyer di tingkat satu. Auntie naik tangga dan membuka pintu utama.

Pejabat nya tak lah besar......

Auntie nampak seorang perempuan melayu yg sarat mengandung dan terus bertanya dalam bahasa melayu.

Auntie : Saya mencari pejabat Expandite.. dan saya patut berjumpa dengan Kakak Siti untuk interview.

Kak Siti : Jawatan operator dan penyambut tetamu yer? Ini Noraini ker? Adik pada Kak Mahaton?

Auntie : Ya betul!.

Kak Siti : Nanti Kak Siti kenalkan dengan PA Big Boss, Miss Nancy Tan Siew Lian. Duduk lah dulu.

Sekejap jer datang lah perempuan cina cantik, hidung mancung, berbadan slim , rambut panjang lurus dan sangat trendy, menghulur borang untuk isi.

Ms Nancy : Hello! understand that you're the candidate for the receptionist. Do you type? If you do, I need you to type something for the Big Boss before he interview you, and please fill up this form.

Auntie : Yes, I do type. TQ

Auntie pun isi borang tuh dan start typing dari sekeping surat contoh yg di beri oleh Ms Nancy.
Emm... dulu2 kalau salah type kena pakai erasor berbentuk pensil atau blanco liguid . Kertas A4 hanya sekeping jer, yang di beri oleh Ms Nancy. Auntie tak di beri blanco tuh. Auntie ada buat kesalahan menaip..
So auntie retype and retype the correct alphabet as corrections. Kotor nak mampus surat tuh jadi nya. Dah tu berlubang kat alphabets yg salah tuh.
Dalam hati auntie berkata mampus lah....bukan nya datang nak jadi typist, nak minta kerja penyambut tetamu. Apa hal nak kena type2 lak nih!.
Sedang auntie leka dengan surat yg berlubang tuh, masuk lah Big Boss, orang putih tinggi dan hansome. Berumur lingkongan 40 an.

Ms Nancy meminta surat yang auntie type tadi dan tersenyum...

Nancy : It's okay, I need to show you our telephone system. I understand you had gone for a short course.

Auntie pun mengikut nyer dan tengok telephone system pejabat tuh, Umm... only one PABX system with 3 main lines and 30 extentions.
Yang auntie belajar 100 lines with 300 extensions. So kacang lah kan.....
Auntie pun mengaku pandai handle system tuh.

Auntie pun di suruh tunggu sementara nak jumpa Big Boss tuh... Ha! masa tuh auntie dah panik dan takut.....

Masuk bilik Big Boss di temani oleh Ms Nancy, semua nya big, bilik big, meja big, kerusi big dan almari pun big. Padan lah orang gelar Big Boss fikir auntie...

Big Boss : Nancy, have you gave her some typing and how is doing with the telephone system?

Sambil menghulur surat yang berlubang dan form personal data tuh kat Big Boss, Ms Nancy bersuara.

Ms Nancy : This is the letter that she just typed and she handles well with PABX system.

Pasal Ms Nancy tuh kata auntie handles well? Auntie tengok jer tak sentuh pun.

Big Boss : What happened to this letter? It's okay Nancy, please leave me, I would like to have the interview with her.

Nancy pun berundur dan menutup pintu bilik.

Ah! mampus aku, 'twang' loghat Big Boss nih pekat.

Big Boss : Do you typed this letter?

Ya Allah! takut nya tak terkira nak jawap. (Butterfly in my stomach pun tiba)

Auntie : Yes Sirrr... (suara terketar2)

Big Boss tuh meletakan surat tuh dalam tray dia lalu duduk menyandar atas kerusi rotating nya sambil menjeling kat form yg auntie dah penuhi.

Big Boss : Oh my! you are so young and pretty! Why are you so shy?

Shy Big Boss tuh kata? Sedangkan auntie gemuruh dah tak terkira...

Auntie : This is my first interview for an office job.

Big Boss : Why do you want to work at this age? You are suppose to study!

Auntie pun jawap dengan pantas...

Auntie : Currently, I'm not doing anything and I'm waiting for my MCE examination result?

Big Boss : So, this job is going to be temporary for you?

Auntie : I can't promise its temporary but I would like to try this job in your company, Sirr...

Big Boss : If you are really keen, would you start work tomorrow?

Auntie : Tomorrow Sir... (confident dah masa tuh) Yes, Sir...

Big Boss : Okay! you may start tomorrow.

Keluar dari bilik Big Boss tuh....

Yuppie..... I got a job, yeahhh...... Dalam hati amat lah girang tak terhingga, heran ek!. kenapa Big Boss tak tanya pasal surat yg berlubang2 tuh... Eee... malu nya..... dan pasal gaji tak tahu lansung, berapa dia nak bagi... tak kisah lah janji dapat kerja dalam pejabat.

Auntie balik rumah, cerita kat Mak dan Abah yang auntie boleh start kerja esok....


akan sambung......

Thursday, May 28, 2009

Episod 21 - Meterai Janji

Imbasan episod 20

Auntie pergi ke Graduation Ball dengan perasaan cemas tak senang duduk...

Tradisi mengenalkan pasangan masing2 pada instructor2 was done after our dinner. Auntie was like so surprised when he introduced me to his intructors... They were the same guys yg auntie jumpa kat Taiping dulu masa pergi kat Mess Pegawai Kor Engineer. One of them was Captain Said.

Burhanuddin : This is Noraini my partner tonight, Sir.

Captain Said menghulur tangan sambil berkata...

Captain Said : Nice to meet you,... You seems familiar... We have met before aren't we?

Auntie menyambut tangan Captain Said sambil senyum dan tidak menjawap soalan yg di ajukan....

Captain Said : Enjoy the celebration and keep him accompany for the nite.

The strong grisp of his hand slowly loosen from my dainty fingers and Captain Said moved away from our tables to others.

Perasaan auntie amat risau bila muka Burhanuddin tuh berubah mendengar kata2 Captain Said.

The dance floor was crowded with couples dancing, but Burhanuddin never call auntie for any dance. Bermacam2 lagu di mainkan oleh live band pada malam tuh. Mentang2 lah dah tahu menari... masa kat Taiping dulu, auntie rasa something is not right bila Burhanuddin menyepi kan diri.

Tiba2 dia bersuara...

Burhanuddin : I thought you are a fresh girl and unknown to the eyes of any army officers. How come my instructors recognize you? Are you a 'regular girl' to any Officers Mess before?

Maksud regular girl tuh ada lah perempuan yg selalu di bawa to Officers Mess.
Masa zaman auntie dulu2 memang banyak perempuan2 yg di gelar 'husband hunters' jadi 'penyedap' officers. Mostly are so socialable not only they visit to Army Officers Mess but also to the Police Officers Mess. These women are so daring they dont even bother if the officers are married. They try their 'luck' to get hold of somebody for their one night stand.

Anyway, auntie just answers him as an innocent girl which have gone to only one nite at Taiping Mess. I mentioned my friend's event, the birthday party held in Taiping Mess where I met his instructors.

Auntie : I kenal your instructors masa kat Taiping, masa tuh I tingkatan tiga. Kawan I Raja Endah buat party kat situ. Kakak2 dia juga ada malam tuh. Raja Fatimah dan Raja Asmah. Tu jer lah sekali I pergi Mess.

Burhanuddin : Okay, okay, I faham, Raja Asmah dan Raja Fatimah tuh dah kawin dengan Army Officer juga.

Auntie : Oh yer ker? You kenal mereka ker?

Burhanuddin : Tak lah kenal tapi tahu. Dia orang tuh kawin dengan Senior Officers kami.

Burhanuddin : I hope.. You tidak lagi ikut kawan you..Raja Endah tuh..ke mana2 Mess lagi...

Auntie : Tak lah, I dah terputus hubungan dengan dia, sejak I berpindah ke KL nih.

Baru lah auntie rasa lega, bila dah explained the real situation, tapi dia tak ajak pun auntie menari sampai sudah... Dalam hati auntie berkata.. agak nyer dia tak tahu menari kot, kan dia budak kampunggg..

Keesokkan hari nyer Burhanuddin bercuti selama dua minggu, balik ke kampung nya di Merlimau, Melaka sebelum pergi ke Australia.

Baru saja seminggu dia dah terpacul lagi depan rumah auntie memberi salam.

Mak : Hah! kata Nani kau bercuti balik kampung dua minggu. Masuk lah....

Burhanuddin : Saya ke KL sebab nak urus documentasi utk ke Australia tuh, Mak Cik...saya ada bawa Mak dan Abah saya dari kampung, mereka dalam kereta.

Mak : Emak dan Bapa kau ada dalam kereta? Apa tak jemput dia orang ke rumah, panggil lah mereka..

Mak, Bapa dan dua adik2 kecil dia memenuhi ruang tamu auntie.

Mereka pun berkenalan lah. Nama Mak nya Che Dah dan Bapa nya Aliman. Kedua2 mereka ada lah Guru Sekolah. Bapa nya Guru Besar. Mereka berbual general topik biasa saja, hinggalah Mak dia bersuara...

Che Dah : Saya ni Kakak bawa hajat anak saya Burhanuddin.

Mak : Bawa hajat? Saya kurang faham...

Abah : Mungkin Cik gu boleh terangkan maksud hajat tuh! Abah menujukan soalan kpd Cik gu Aliman.

Cik gu Aliman : Anak saya, balik ke kampung dan bercerita yg dia kenal Nani dan sangat2 risau bila dia ker Australia nanti, nani mungkin akan di pinang oleh orang lain masa pemergian dia selama setahun. Jadi kami cadangkan, datang berjumpalah dgn keluarga nya dan buat perjanjian supaya nani tidak di punyai oleh orang lain.

Che Dah : Saya ada lah bawa sebentuk cincin yang Burhanuddin sendiri dah tempah.
Sambil menghulur cincin tuh kapada Mak.

Mak menyambut bekas cincin tuh dan membuka nya sambil menghulurkan kepada Abah.

Cik gu Aliman : Kalau Nani bersetuju, kita ikat lah janji pada hari ini... yang Nani akan tunggu anak saya sampai dia balik kelak. Pertunangan nya nanti kita lansungkan lah bila kembali nya anak saya.

Abah sambil menghulurkan cincin tuh kat auntie.

Abah tanpa tanya auntie, terus bersetuju.

Abah : Ya lah Cik gu, saya rasa amat baik tujuan anak Cik gu tuh.

Kesudahan nya perjanjian tuh di meterai di antara kedua2 pihak keluarga.

Auntie dan Burhanuddin tuh tak lansung berbual depan parents kami...

Auntie hanya ikut saja apa yg Abah dan Mak persetujui. Bila mereka balik, auntie pun menyarung cincin tuh di jari manis kanan auntie.
Cincin yg di tempah tu ada tertulis nama auntie dan dia. 'DINA'

Sebenar nya dua tiga hari sebelum tuh auntie ada bercerita dengan Mak yang auntie bermimpi di belit oleh ular. Mak kata kalau org2 tua kata, dah ada orang yg suka kat auntie dan mungkin masuk meminang.

Auntie tidak lansung tahu yang dia akan membawa parents nyer kerumah membawa hajat.
Cepat sangat auntie diikat...belum dapat result MCE, belum expose berkerja dan belum tahu latar belakang nya, character nya, bagai2 lagi... hanya mengenali nya secara berbual biasa selama 4 kali di rumah dan 1 kali malam dinner tuh saja....begitu juga dia, belum mengenali auntie......

I was seventeen and he was twenty years old.

Tapi semua nya itu sudah tertulis di Luthmahfus............

akan sambung......




Wednesday, May 27, 2009

Episod 20 - Graduation Ball

Imbasan episod 19

The incident supposed to be fun with the played out blind date was no longer funny but became hay wired when that guy stood right in front of my door steps.

Masa berlalu selama tiga bulan, tiap2 hari minggu dia terpacul, dan di layan oleh Abah atau Mak. Auntie masih berkurung dalam bilik, masih tak layan dia. Trust me.. I'm not lying.. 3 month no layan tau.... until.....one fine Sunday.

Seperti hari Minggu yg sudah2, auntie sangka budak tuh akan datang, pukul 10 pagi, 11, 12 tengahari, 1, 2, 3, hingga pukul 5 petang tak muncul muncul.

Penantian dan kesabaran yg sungguh teruji, menunggu setiap detik akan kedatangan nyer....

Aduh... malu nyer auntie nak citer nih...

Auntie meraung kat dalam bilik, Mak bergegas masuk bilik, dan bertanya auntie kenapa menangis.

Mak : Kenapa menangis meraung nih nani?

Tangisan mula perlahan, tak perasaan rupa nyer auntie meraung...

Sebagai ibu dia tahu 'membaca' keadaan anak nyer!

Mak : Nangis, Pasal budak tuh tak datang yer!

Auntie embraced Mak so tightly and never want to let her go, not a single word auntie could utter from my mind.

Mak : Laillahaillallah! nani dah suka kat budak tuh la nih!

Auntie merasa sungguh sebak....(Masih memaut badan Mak)

Mak : Dah! Dah! Dah! tuh... kang Abah kau dengar pulak.

Baru lah auntie faham dan sedar akan makna ' missing you'.........

Auntie tertunggu2 hari Minggu yg berikut nyer. Tertanya2 kenapa dia tak datang minggu sudah, mungkin bosan dengan keangkuhan auntie? Auntie bukan nyer angkuh tapi teramat malu... auntie mesti cakap dengan dia yg auntie tak berniat nak membiarkan dia kesaorangan bila dia datang rumah auntie, selama 3 bulan yg lalu....

Hari Minggu yg di tunggu2, Pegawai Kadet Burhanuddin tiba depan pintu memberi salam, auntie dalam bilik, Mak menyambut kedatangan nyer dan jemput masuk.

Mak memanggil auntie, auntie keluar bilik dan terus tanpa segan silu, duduk kat sofa sebelah Mak berhadapan mengadap dia.

Mak : Kenapa tak datang Minggu sudah?

Burhanuddin : Saya kena duty, Mak Cik! Kita orang student kena gilir2, jadi Minggu sudah tuh giliran saya.

Mak : Ohh!! ......si Nani tuh... kau tak datang, dia menangis pulak.

Burhanuddin menatap wajah auntie, dan auntie juga memandang dia dengan sayu dan dah mula nak nangis...

Mak : Mak Cik masuk dulu lah... kau org sembang.. tanya lah si Nani tuh kenapa dia nangis bila kau tak datang...

Mak berlalu dan tinggalkan kami berdua di ruang tamu.

Burhanuddin bersuara....

Burhanuddin : Kenapa u nangis?

Sambil mengangkat kedua2 bahu tanda tak tahu, auntie amat lah malu utk berkata2... Apa nak kata uh? Fikir auntie dalam kepala?

Burhanuddin : Tak nak jawap, tak per lah tapi I nak tanya satu lagi soalan...

Burhanuddin : U suka tak I datang hari nih?

Macam budak kecil yg menagihkan kasih sayang.. auntie menganguk kan kepala.

Burhanuddin : I datang tiap2 minggu, sebab I suka u since I nampak u kat Doshi tuh lagi....

From that day onwards... only then both of us knew that 'flame of fire' sparks is in our hearts ' LOVE HAS REKINDLES BETWEEN US'.

Seterus nyer, bila Pegawai Kadet Burhanuddin datang kerumah, auntie tidak lagi segan untuk bersembang dengan nyer di ruang tamu.

Overall auntie bersama dia lebih kurang 4 bulan, (3 bulan wasted tak berkomunikasi, hanya lebih kurang empat minggu saja auntie dapat mengenali nya) tiba lah penghujung training, dia graduate dan commissioned as a Leftenan Muda Burhanuddin dan di pilih untuk melanjutkan kursus ketenteraan di Royal Millatary College, Portsea, Melbourne, Australia selama setahun. Hanya dua orang saja yg di pilih iatu Burhanuddin dan Rashidy Naim. (College yg sama dengan Badrulzaman yg dah senior term of 6 months).

Gambar2 Burhanuddin...........

No : 2 dari kanan. Pakaian tuh lah dia datang kat umah auntie tiap2 hari Minggu

No : 1 dari kiri

Burhanuddin meminta izin dari Abah untuk membawa auntie ke Graduation Ball 1972. Dinner nite tuh di lansungkan di Revolving Ballroom, Penthouse of Federal Hotel. (Hotel 3 star).

Auntie apa lagi kelam kabut ajak Pris beli kain dan jahit gaun. Kain berwarna oren dan berlining.

Abah yg menghantar auntie malam tuh. Bila majlis selesai, Abah dah pun menunggu depan entrance Hotel.

Gambar auntie di meja makan............................


Macam berjanji pulak, kemeja dia juga berwarna oren malam tuh.

Masa malam dinner tuh, auntie amat cemas dan tak senang duduk.

Kenapa?....................




akan sambung ..................................


Tuesday, May 26, 2009

Episod 19 - Not my cup of tea

Imbasan episod 18

Terima surat bergambar dari Pegawai Kadet Burhanuddin yg cute, tak saperti apa auntie nampak masa depan kedai Doshi. Auntie tak balas pun surat dia.

Selang beberapa hari, hari Minggu... tiba2 muncul Burhanuddin di depan rumah memberi salam. Masih berpakaian seluar hitam, baju lengan panjang putih dan tie hijau nyer. Salam di jawab oleh Abah. Abah bertanya ....

Abah : Nak cari siapa?..

Burhanuddin : Saya datang nak jumpa Noraini!

Abah : Kenal ker anak saya Noraini?

Burhanuddin : Maaf Pak Cik, saya tak kenal Noraini lagi cuma baru berutus surat, jadi saya datang nak memperkenalkan diri.

Abah menjemput dia masuk dan Abah bersembang dgn soalan2 personal.

Auntie ketika tuh, kat dlm bilik tak keluar2 hanya mendengar perbualan Abah. Cemas nyer auntie tak terkira lagi. Dalam kepala macam2 auntie berfikir dan berkata2... Apa hal lak budak nih berani sangat datang nih... mati aku... selama nih tak de lak mana2 lelaki datang rumah auntie. Walaupun Hari Raya auntie tak pernah jemput siapa2 kerumah melainkan kawan2 perempuan.

Perbualan selanjut nyer...

Abah : Anak nih kerja kat mana, hari minggu pun bertie tie lagi...

Burhanuddin : Saya masih dlm training tentera kat Sungai Besi.

Abah : Siapa nama dan kampung kat mana?

Burhanuddin : Saya Burhanuddin dan kampung saya kat Merlimau, Melaka.

Abah : Ya Allah! orang Melaka ker, Pak Cik pun org Melaka.

Dah .... Abah dan sangkut dah dgn dia fikir auntie...

Abah : Ha! duduk lah yer... nanti Pak Cik panggil kan Nani...

Abah menuju ke bilik dan panggil auntie berkali2, auntie membuka pintu bilik dan Abah terus bersuara..

Abah : Kawan kau datang tuh.. budak Melaka, Abah suka... sopan budak nyer...keluar lah sembang dengan dia.

Auntie : Abah nih! nani tak nak lah... (Sebenarnya memang auntie sangat2 berdebar2 takut kat Abah dan lagi auntie lansung tak kenal dia kan)

Abah : Orang dah datang nak jumpa kau, boleh pulak tak nak...

Auntie : Abah jer lah yg sembang dengan dia, nani tak nak lah....

Abah menjerit memanggil Mak... dan Mak dari dapur ke depan ruang tamu..

Abah : Nab, dia nih kawan si Nani, budak Melaka... tapi si Nani tuh segan nak keluar dari bilik... kau masak lah lebih, boleh kita ajak dia makan tengah hari nanti. (Masa tuh dah pukul 11 ++ pagi).

Alahai!, ajak makan lak pulak, kenapa Abah nih! cepat sangat obsess dengan budak nih?
Abah minta diri utk ke garage kereta.

Abah : Pak Cik buat part time repair kereta. Semua kat belakang rumah tuh kereta kawan2 Pak Cik dah menunggu, duduk dulu yer... nanti, nani keluar lah tuh...

Ade ker auntie nak keluar sorry lah kan....

Auntie dipanggil oleh Mak ke dapur, sambil keluar dari bilik untuk ke dapur, auntie menoleh ke kanan mengintai budak tuh... tak nampak paras nya pun.... hanya somebody sitting down looking through some magazines.
Kat dapur Mak suruh bancuh air. Auntie bancuh dan Mak suruh hantar kedepan. Ya Allah! kena kedepan ker hantar minuman?

Auntie ke depan juga, setelah Mak paksa auntie.
Ketika tuh, langkah auntie sangat lah berat dan terasa cepat sangat sampai ke ruang tamu. Auntie meletakkan dulang dan menghulurkan gelas, bekas minuman. Mata auntie hanya memandang gelas tak lansung tengok paras rupa, apatah bertentang mata jauh lah sekali.
Gelas di sambut oleh dia, yg auntie tengok hanyalah jari2 dan gengaman tangan nyer saja. Auntie tak bersuara, begitu juga dia.

Auntie terus lah kedapur dan tolong Mak masak.
Bila dah siap masak dan hidang atas meja, Mak panggil Abah temankan dia makan. Auntie sekali lagi menyorok dalam bilik. Tak lak Abah ajak makan bersama. (Tak sopan kot makan sekali). Bila kedua2 selesai makan baru lah auntie dan Mak makan. Yg pelik nyer Mak lansung tak tanya macam mana auntie kenal budak tuh sampai boleh datang kerumah. Dalam pukul 3 petang baru lah dia minta diri nak balik ke kem Sungei Besi.

Petang tuh kecoh lah abang2 Priscilla, Antony dan Marshall menanya who is that guy? Kan mereka nih macam bodyguard auntie. Mak pesan jangan apa2 kan dia sebab dia dah jumpa uncle (Abah). Auntie pun cerita kat Pris yg budak ari tu dtg kat rumah.

Auntie : Pris, you know what, remember that funny incident at Doshi?

Pris : Ya, why ??

Auntie : That guy came and dropped by this morning, and he just went off..

Pris : Oh! My God serious! Than what happened?

Auntie : My daddy seems to like him.

Pris : Hey! how about you.

Auntie : No way hozey... not my cup of tea!!!!


akan sambung.............


Monday, May 25, 2009

Episod 18 - G.I. Haircut

Imbasan episod 17

Auntie menerima surat dari Pegawai Kadet Badrulzaman pada penggal pertama cuti sekolah tingkatan lima, tak reply his mail.

Pengalaman auntie menjual buku rumah ke rumah masa cuti sekolah sungguh azab. Priscilla lah yg ajak sangat utk mendapat experience kata nyer. So... sales target kat umah org2 yg berpendapatan tinggi kat PJ.

Orang2 tuh bukan beli pasal buku2 yg auntie bawak tapi kesian tengok budak sekolah...perempuan pulak tuh, pegi rumah ke rumah menjual. Kadang2 isteri mereka ajak masuk dalam rumah dan beri auntie minuman dan snacks. Ada sorang tuh beli semua buku2 yg auntie bawak, buku2 harga tak lah yg mahal2, sebuah lebih kurang 15 hingga ker 25 hinggit jer tapi dia borong habis, auntie tak ingat lak berapa yg auntie collect petang tuh.
Nasib masa zaman auntie tidak banyak jenayah kalau tak mesti dah kena ...eee! tak mau fikir yg bukan2.

Ada sekali tuh hujan lebat, kami berdua berteduh dibawah pokok, payung tak bawak.. basah kuyup dan terus balik.
Alhamdullillah, experience menjual tuh dapat lah auntie menghilangkan perasaan malu dan gemuruh utk berkomunikasi dgn strangers.

Habis peperiksaan MCE, auntie spring clean barang2 sekolah, dan terjumpa surat yg di hantar oleh Pegawai Kadet Badrulzaman tuh, so auntie fikir, why not auntie just reply the letter. It was like 8 months after?

Sementara tuh auntie minta Abah enrolkan auntie kat kursus 'Receptionist & Telephonist'. (One month only). Kursus Modeling also one month jer. Bukan apa hanya nak tahu dunia modeling sebab auntie sangat suka latest fashion. Oh! ya! auntie juga belajar menaip masa cuti penggal ketiga masa tingkatan empat.

Lupa lak nak cerita pasal Kak Ton. Masa auntie tingkatan 4 di Bkt Bangsar Kak Ton dtg umah dgn 2 anak lelaki dier. So cute anak2 dier. Masa tuh Abah tak de kat rumah.
Kak Ton ajak auntie dan Adik tido umah dier kat Jalan Gasing, PJ. Emm...Kak Ton masih berkerja dengan Talikom. Tengok keadaan rumah bangalo, perabot mewah, dan kereta parking sampai 4 biji, auntie tahu Abg Fatah mesti berjaya dlm perniagaan nyer.
Auntie sampai mintak nak jengok dan duduk dlm kereta Jaguar nyer.

Auntie : Kak Ton, kereta tuh kereta aper? Cantik lah !!

Kak Ton : Oh! tu kereta Jaguar, Abg Fatah punya.

Auntie : Abg Fatah maner?

Kak Ton : Abg Fatah gi Sabah?

Auntie : Buat aper kat Sabah?

Kak Ton : Dier business balak.

Auntie : Kak Ton, nani nak tengok dalam kereta tuh boleh tak?

Kak Ton sayangkan auntie dan buka kereta yg berkunci tuh...Auntie duduk kat seat belakang sambil henjut2 auntie bertanya lagi....

Auntie : Kak Ton, kereta mesti mahal kan?

Kak Ton : Abg Fatah beli kereta mahal2 tapi pakai nyer sekejap jer, lepas tuh nanti dier tukar kereta lain.

Auntie : Pasal macam tuh?

Kak Ton : Dier borosss.....

Auntie pulak terlalu muda utk tanya lebih2..tentang business balak dan kenapa dier borosss....

So from that day onwards, Kak Ton selalu ke rumah bila Abg Fatah gi outstation. Abah juga dah boleh terima Kak Ton bila tengok cucu2 nyer yg comel2. Tapi semua nyer tanpa pengetahuan Abg Fatah.

Terima surat dari Maktab Tentera Diraja Sungei Besi (Cadet Wing). Surat auntie berbalas dari Badrulzaman fikir auntie, rupa2 nyer bukan dier, tapi dari Pegawai Kadet Burhanuddin bin Aliman.
Dier menerangkan yg kawan dier Badrulzaman dah melanjutkan pengajian ketenteraan ke Royal Military College di Portsea, Melbourne, Australia. Kawan dier berpesan ngan dier kalau2 ada surat2 pompuan tolong lah balas bagi pihak dier. Bila habis membaca surat dari Burhanuddin tuh auntie rasa nak balas.
Content surat, auntie siap bagi tau dier apa ciri2 boyfriend yg auntie suka. Mesti berumur sekurang2 nyer jarak 5 tahun dari umur auntie, sebab auntie suka lelaki yg matang. Kulit cerah dan rambut lurus.
Ketinggian tak de pulak auntie mention sebab selalu nyer tentera mesti lah tinggi2 kan.
One week later, surat kedua sampai dari Burhanuddin, kali nih dia nak jumpa auntie. Laju nyer, dah nak jumpa?? Auntie apa lagi cari lah Priscilla.

Auntie : Pris, I received this mail from a guy and he wants to see me. How? what should I do?

Pris : Come and lets have some fun.. u make the appointment, date, time and where? I will join you.

Auntie : Okay..dokie..lets have fun eh!!

Auntie balas surat dier dan tanya kat mana nak jumpa dan bila.

Selang tiga hari, surat dier sampai....

Tempat : Malacca Street (Jalan Leboh Ampang), depan kedai Doshi, hari Sabtu, pukul 2:30 petang, dia akan bawa kawan utk temankan Pris. Pakaian dier, white shirt, black pants and green tie with RMC logo.

Auntie dan Pris pun pergi lah naik bas dan turun kat Bangunan CIMB Leboh Ampang. (Jauh sikit dari kedai Doshi) Strategy - nak jalan kaki ke Doshi dan jengok dari jauh. Kalau ada ciri2 yg auntie sebut baru approach. Kalau tak de cabooot...lari.....

Lebih kurang 50 ela ......Nampak jelas dua org lelaki berbaju yg seperti dalam surat sedang berbual2. They were so dark, hair was so short (GI cut). Betul2 auntie dan Pris cabut lari. Mereka nampak kami lari. Auntie toleh kebelakang dan nampak mereka rupa2 nyer sedang mengejar kami berdua. Auntie menyelinap masuk lorong2 dan mereka hilang dari pandangan.

Pada tahun 1970an, trend laki2 rambut panjang. Auntie tak berfikir masa nak jumpa tuh, org uniform berambut pendek masa training. (Polis, tentera, bomba) Jadi terkejut dok lah bila tengok rambut pendek sampai nampak kulit kepala.
Kaki seluar laki2 dan perempuan semua 'Bellbottom' ketika tuh.

So...... selamat lah auntie dan tak mungkin balas surat dier lagi. Selang beberapa hari, surat dari Burhanuddin tiba lagi, kali nih dia enclose gambar dia....

Kus semangat!! cute nyer dia!! (Pada mata auntie ketika tu lah) tapi gambar masa dia belum jadi kadet tentera. Auntie asyik lah belek2 gambar tuh! Betul ker budak ari tuh?

Gambar Burhanuddin.............




Tapi bila bayangkan 2 lelaki yg kat Malacca Street tuh... kills off my desire to reply his mail.


akan sambung...............



Tuesday, May 19, 2009

Episod 17 - Private School

Imbasan episod 16

Taiping macam2 auntie alami, berbasikal, berkelah di Teluk Batik, mendaki Bukit Maxwell, dpt guru benggap asyik nak tido, dpt kawan Kerabat Perak, bergaul party social pertama, tahu auntie anak siapa dan dpt surat dari saudara bau bacang. (saudara jauh).

Now.. I am heading to KL again. In KL we were again staying in KTM quarters but this time at Jalan Latihan, Sentul.
The quarters provided was not as comfortable as others that I've stayed. It was like long house of Sarawak. 10 houses in a row, only one room . Auntie and my adik has no room, slept in the common area, living hall. (Just image 2 single bed right in the living room? Abah kata it is temporary, we shall be moved to Bkt Bangsar again.

My LCE result was horror... I've failed my Math... so auntie required to repeat my form three in any Government School. Sorry.. lah, tak nak!!!
Pujuk Abah and auntie masuk form four in a private school.

Auntie required to take an exam 'Qualifying Test'. (QT)
Auntie went to Cyma College, it was a co-ed shool. The uniform was white shirt, grey skirt & bolero with a red tie. Auntie dah mula pandai nak pakai skirt 3 ke 4 inci atas lutut. Masa tuh trend mini skirt. Rambut pun tak berikat. Sekolah private, guru besar tutup mata, auntie dan kawan2 tak pernah kena tegur.

gambar auntie masa tingkatan empat

Masih pakai kasut Badminton Master by Bata

The school was situated in Jalan Ipoh. Travel to school by common bus. Aircondition were provided to all the classroom. Auntie's classmates were majority Chinese but Malays were countable, the Malay students was about 6 guys and 5 girls. Altogether about 20 in a class. The guys yg auntie ingat sangat ialah Mat Shah bin Safuan (sekarang nih a well known business man, yg ada tall building kat Kg Baru-Bangunan Safuan). Paling nakal dlm kelas. Sorang lagi Halim bin ......(tak ingat lak) he's an artist. He drew my potret and gave me on my 16th birthday. Eee... auntie can't recall my closest girlfriends pulak. Only one person MAZNAH who was responsible for........................(feel like not writing about her, shall write later in a different paragraph)

In a private school nih, my classmates semua anak2 org ado ado (kaya2 belaka). Classmates auntie ramai yg lebih tua dan berumur drpd auntie. Ada diantara mereka yg bawa kereta ker sekolah. (Dah ada driving licence). Ada yg chouffeur driven. Resulted Cik gu lak yg ikut cakap anak murid.... Homework tak pernah buat. Kena denda pon tak masuk akal. Denda nyer bawak Cik gu makan dan belanja tgk wayang. Auntie pon apa lagi ambil kesempatan. Yg auntie paling benci subject history (sejarah) and literature (sastera). Physical Education tak de.....selamat. Auntie hate sukan kan. Auntie selalu tak suka masuk kelas jadi auntie gi kantin dgn ada followers lain. Spent hours chatting and joking around. Despite behaving like hooligans, auntie focus my QT to proceed to form five.
Anyway, auntie passed the QT and auntie shall proceed to form five. It was cuti penggal ketiga. Kawan auntie ajak ke rumah dier kat Banting, Selangor. Yg auntie ingat auntie drive bawak kereta Abah. Macam mana Abah bagi bawak kereta, tak ingat lak sebab auntie belum pun ambil driving test lagi. The journey was like so far and so remote. Jalan bengkang bengkok and at last sampai lah umah dier. Oh! anak Pegawai Daerah. (DO), Kat umah dier auntie di jamu makan tengahari, tapi kesian Mak dier lumpuh kalau tak silap. Dah tuh dier bawak keluar album2 keluarga dier. Aie!! dia dah bertunang... tapi tak pe lah kot sebab dier tua 2 tahun pada auntie. Dier bertunang dengan Pegawai Kadet Yusop.
After that visit, auntie dah tak jumpa dier, sebab dier tak dpt masuk ke tingkatan lima.

Cuti penggal pertama dlm tingkatan 5.....

Auntie dah pun berpindah ke Bkt Bangsar, quarters provided quite comfortable, four houses in a row. Auntie's immediate neighbour was an Eurosean family- Hendricks. They have five children. The youngest one is Priscilla. One year senior. She became my bestfriend and until now we are still in contact. She have two brothers. Anthony and Marshall. Handsome nak mampus... kacukan Irish & Portugese. Mereka semua panggil Mak auntie, Mak juga.

Auntie ker sekolah still naik bas.. my Math was so like teruk, kalau exam setakat border line, tak pun fail. So.. one day auntie met this chinese guy from Victoria Institute (VI) in a bus. Siapa kat KL tahulah... student from VI all are brilliant. We became friends as to exchange knowledge between Math and Bahasa. We went to British Council Library to study. Budak cina nih also in his form five. (lupa lak nama dier, gentleman habis budak cina nih!... kalau auntie nak balik dier nak hantar ke rumah. No problem to auntie sebab kami tak de apa2 hubungan hanya as friends.

Antony & Marshall does not like the idea of auntie berkawan dgn boys. Dier org nih was like bodyguard to my activity, so protective over adik dier Priscilla dan auntie.
Boleh dia pukul budak cina tuh, dan warning not to kawan with auntie! Lepas tuh langsung auntie tak jumpa budak cina tuh!.

Keluarga Eurosean ni, ada lah keluarga Nasrani. Mak selalu berpesan rumah Nasrani jangan makan boleh tido. Keluarga Yahudi boleh makan tak leh tido. Entah! auntie tak pernah makan or tido rumah dia org sebab tahu family tu makan khinzir. Bapak dier ada senapang dan selalu memburu dan bawak balik daging khinzir hutan.

Auntie berkawan dgn mereka berbahasa English.. so my English was fluent. Auntie tengok sister dier Lucy sangat cantik dan suka berdandan. Pakaian up to date and dier pandai menjahit all her clothings. So auntie juga minat nak belajar. Auntie dan Priscilla belajar basic menjahit selama tiga bulan kat PJ new town pada sebelah malam. Ketika tuh, auntie dan Priscilla selalu lah beli kain ela kat Globe dan jahit pakaian kami to the latest trend.

Gambar auntie pakai Pentaloone

Auntie tingkatan lima


Gambar auntie dengan Priscilla

Pentaloone yg di jahit sendiri

Auntie menerima sepucuk surat dari Pegawai Kadet Badrulzaman pada penggal pertama cuti sekolah. Dia student di Maktab DiRaja Sungai Besi. Emm... siapa lak budak nih.. tak kenal pon. Tapi dlm surat dia menerangkan yg dia dpt address auntie melalui Pegawai Kadet Yusop. Auntie terus talipon Maznah.

Auntie : Pasal u bagi address kita kat Badrulzaman tuh..?

Maznah : Alah! tunang aku sibuk tanya ada ker kawan2 perempuan yg boleh buat 'pan pal' utk kawan dia.

Auntie : Pasal u pilih i pulak?

Maznah : Kalau tak suka...tak yah lah balas.

So...auntie just threw the letter in my dressing drawer...never reply his mail.

akan sambung.....

Monday, May 18, 2009

Episod 16 - Kg Junjong - Kulim, KEDAH

Imbasan episod 15

Di Taiping, berumur 15 tahun, pertama kali keluar dgn kawan2 pergi ke birthday party.

Emm... perjalanan ke destinasi yg auntie tak ketahui. Bersama2 dgn kawan dan juga bf2 mereka.

Yg auntie ingat, tempat nyer di atas bukit dan sangat cantik tempat tuh. Ramai ramai jejaka yg smart & good looking (kacak2 belaka) sambut kami.

Rupa2 nyer birthday party tuh disambut kat Mess Pegawai Kor Engineer, Taiping. It was like closed and private arrangement.
Well, auntie saperti biasa tak pun cair tengok all the good looking guys. Masing2 ada pasangan nyer... Yg auntie ingat Mejar Salleh, Kapten Said dan Kapten Kamaruddin. Kapten Said was cute at that time and still single. Mejar Salleh dan Kapten Kamaruddin was married. Auntie was like cultural shocked with the scene and situation. The lighting was samar2. Lagu2 slow number dari piring hitam di putar. Ada bar minuman ringan dan keras.

Mereka ajak menari auntie tak tahu, auntie duduk dan perhati gelagat kawan2 yg so happy with the enviroment. Rasa nyer mereka dah biasa dgn keadaan gitu. Auntie tak tahu pun yg kawan2 auntie sangat exposed at early age.

Tiba masa cake & lilin. Sambut dgn nyanyian dan lilin di tiup, hadiah2 banyak di berikan pd kawan auntie.

Demp....... tak kan auntie nak duduk jer, the next person who request for a dance shall be accepted. So, Mejar Kamaruddin was the one. Auntie bagi tahu dier yg auntie tak tahu langsung menari lagu2 yg dimainkan pd mlm tuh. It was 'Soul' and 'Waltz'. Auntie kata masa sekolah rendah dulu lagu zapin, inang dan joget tahulah. Dier ketawakan auntie. Dier ajar auntie menari 'Waltz'. lepas tuh Rj Endah ajar 'Soul'. Auntie had fun and had forgotten the time was really, really late.
At 2.00 am, supper was served kat dewan makan. By the time balik dah pukul 3.00 am.
Auntie di hantar pulang oleh Mej Kamaruddin kat rumah. Dlm kepala auntie macam mana nih, mampus aku..... Abah mesti mengamuk, pasal balik lambat sangat.

Bila sampai kat rumah, Mak buka pintu tapi auntie tak bagi Mej Kamaruddin tuh keluar dari kereta... sebab Rj Endah was not with me.
Mak tak tanya apa2 dier cuma suruh auntie tukar baju dan tido. Selamat.....fikir auntie.
Auntie amat terharu...sebab besok nyer dlm kul 10 pagi, auntie masih tidor lagi... Raja Endah dan Mej Kamaruddin tuh dtg rumah. Mereka minta maaf kat Mak & Abah sebab hantar auntie terlalu lewat. Abah kata kat mereka... "It's alright as long as Nanie comes home in one piece".
So Abah was so gentleman and so does Mej Kamaruddin.

Two weeks later, auntie was invited again to their place, but this time was a different scenario.
We gathered at the Mess and we had our dinner in Ipoh and back home early. Auntie hairan, kenapa pegawai2 tuh sanggup angkut kita org? Entahlah..... jawapan nyer hanya mereka yg tahu...(mungkin budaya pegawai tentera suka berpoya2 fikir auntie).

Berita auntie gi Mess Pegawai tuh disampaikan oleh Mak kat Paman. Dier kan pegawai tentera jugak. Apa lagi dia marah Mak dan pesan supaya jgn lagi bagi auntie keluar dgn pegawai tentera.
So..... tu sajalah experience auntie keluar dgn pegawai2 tentera tuh.

Cuti penggal kedua..... auntie didatangi oleh Tok Cik Hassan dari Junjong, Kulim, KEDAH.
Tok Cik nih adalah keluarga dari Mak Sau, Mak auntie yg sebenar.
Tok Cik nak bawa auntie bercuti kat rumah dier di Kulim. Mak dan Abah setuju jer. Auntie pon pegilah Kg Junjong tuh. (menaiki bas).
Emm... rumah atap rumbia dan masih berpelita. Dapur masih dapur traditional, pakai kayu pokok getah. Bontot periuk semua nyer hitam2, masak nasi pon, masih tanak atas api. Pencarian nafkah adalah penoreh getah. (ladang sendiri). Suboh2 dah gi kebun getah dan balik ke rumah pukul 9 pagi. Auntie, diberi makan ubi kayu rebus dan kopi pekat utk sarapan. Tengahari, sambal belacan, ikan kering dan ulam gajus.(Kuah tak ingat lak). Pokok Gajus di tanam depan halaman. Auntie tak pernah makan buah gajus dan pucuk nyer selama nih. Satu lagi ulam buah Putat. Pokok nyer juga ada di tanam disitu. (Auntie suka ulam2 dan sampai sekarang auntie ajar anak2 auntie makan ulam).

Tok Cik banyak bercerita, masa dia menunaikan fardhu Haji bersama isteri nyer. Dulu2 naik kapal air, sebulan baru sampai Mekah, di Mekah menunaikan kewajipan sebulan dan balik sebulan, so altogether 3 bulan meninggalkan family dan tanah air. Mereka siap bawak bahan kering dan masak sendiri. Dulu2 kebanyakkan yg pergi dah tua2, ramai yg sakit, ada yg meninggal di Mekah, ada kala meninggal dlm Kapal. Yg sedih kalau meninggal dlm kapal sebab jenazah di sempurnakan dan disemadikan di lautan.

Tok Cik kata dier jumpa kawan di Mekah, kawan ni sampai ke Mekah dgn hasil...duit jual sireh kat org kampung. (makna nyer sungguh lama dier menyimpan). Jadi, kata Tok Cik kalau ada pasang niat nak gi Haji, inshaallah sampai. Walaupun keadaan kewangan sempit. Allah memberi rezeki dari mana2... saperti ayat Al-Quran yg tertulis dlm Seribu Dinar.

Auntie dibawa kerumah saudara mara Tok Cik, rumah mereka berdekatan dgn rumah Tok Cik jer.

Tok Cik : Ini Mak Su hang... ini Mak Lang hang... ini Mak Tam hang.....

Auntie dikerumi, dengan tersipu2 auntie menghulur tangan utk bersalaman.

Tok Cik : Ini semua bukan org lain, depa nih semua Mak Saudara hang tau....

Auntie tak faham apa maksud yg di perkatakan oleh Tok Cik.

Tok Cik : Ni!! Tok Cik nak bagi tau hang... yg hang dok sebut Mak Sau tuh... Mak betoi hang... Yg hang dok sebut Mak, bukan nya Mak hang... diar tuh Mak angkat hang ja....(excuse for my bahasa kedah yg tak tepat).

Auntie was like nak pitam dengar apa yg Tok Cik kata...auntie tak bersuara lansung...

Tok Cik : Jangan bagi tau Abah hang apa yg Tok Cik kata..

Auntie masih tak bersuara.hanya memandang sekeliling.(Tak tahu sampai sekarang, kenapa Tok Cik sampaikan message yg lama disimpan oleh Mak dan Abah).

Auntie hilang selera dan tak leh tido malam, memikirkan anak pungut rupa nyer aku nih!. Auntie tanya bila nak balik ker Taiping setelah bermalam selama 3 hari di rumah Tok Cik. Auntie balik ke Taiping pada keesokkan hari nyer.

Bila sampai dirumah auntie berkurung dlm bilek, tak keluar makan. Balik dari sekolah pun berkurung lagi dan tak sentuh makanan. Auntie cuba avoid Mak dan Abah, bila mereka tido, baru lah auntie keluar dan makan dan minum. Kelakuan auntie dah berubah terhadap Mak dan Abah selama lebih kurang seminggu. Mak perasaan yg auntie suka menyindiri bila pulang dari rumah Tok Cik.
Suatu petang... Mak tanya auntie, kenapa auntie dah tak macam biasa, dah tak mau makan dan selalu berkurung dlm bilek. Auntie terus meletop dan mengkasari Mak dengan nada menjerit.

Auntie : Nani bukan anak Mak dan Abah!!!!.....

Mak : Apa cakap macam nih!! (Suara Mak juga dah kuat)

Auntie : Yer lah!!!!... Nani anak Mak Sau ngan Pak Sau..hu! hu! hu! (auntie nangis)

Mak : Siapa cakap macam nih? hah! Siapa?

Auntie terus ke bilek dan tutup pintu.

Auntie dengar Mak bercakap dgn Abah bila Abah balik dari kerja tentang apa yg berlaku pd auntie..

Pintu bilek auntie bergegar2 diketuk olih Abah dgn suara yg amat garang menjerit2 yg tak pernah auntie dengar dari Abah selama ini.

Abah : Keluar kau nani.... keluar!!!...

Mak : Nani lari ikut pintu besar... lari...(suara Mak yg cemas)

Bilek auntie ada 2 pintu utk keluar dan masuk - satu pintu utama dan satu lagi attached to bilik Mak dan Abah)

Auntie dgn perasaan takut lari ikut pintu utama dan duduk kat Pokok Sena. Abah keluar, ruper nyer dier pegang talipinggang dan kejar auntie. (Abah tak pernah marah macam tuh, macam naik 'seh' pulak)

Semua jiran2 keluar dan suruh auntie lari.. auntie lari sampai kat Station Keretapi dan auntie di sorokkan oleh kawan Abah.

Abah di tenangkan dan di suruh balik kerumah sedangkan auntie tidak dibenarkan balik dulu.
Beberapa jam kemudian, kawan Abah tuh bawa auntie pulang. Auntie terus masuk bilek.
Malam Abah ajak auntie makan malam. Auntie terus keluar bilek dan makan bersama2 Abah.
Abah berkata ....

Abah : Nani .... kau anak Abah tau... Ini Mak kau .... jgn lupa tuh....
Lepas kejadian tuh auntie tak pernah menyebut tentang siapakah Mak Sau dan Pak Sau.

Penggal ketiga.....

Paman dan Mak ada plan utk merapatkan siratulrahim yg dah lama terputus diantara dua keluarga. Jadi, auntie nak di jodohkan dgn anak buah Paman kat Sg Petani, Kedah. Wan Mohd Dzukey bin Harun. (Dier 3 years senior)

Suatu hari auntie menerima sepucuk surat dari Sg Petani, Kedah. Envelope cantik yg ada bunga. (Macam envelope jemputan kahwin). Auntie tunjuk kat Mak... dier buat tak mengerti dan suruh bukak. Auntie tak pernah terima surat apatah lagi membalas surat.
Kandungan surat....dier memperkenalkan diri, padahal auntie dah kenal dier pon..sama2 pegi Teluk Batik dan Maxwell Hill dan selalu jumpa kat rumah Paman. Auntie di ajar oleh Mak membalas surat Wan. Kelakar bila ingat kembali....surat auntie pakai test pad paper dan envelope putih.
Second letter arrived with Photograph. Emm.. auntie balas lagi tapi tak enclose gambar auntie pon.

Abah dikehendaki bertugas di Kuala Lumpur lagi.... berpindah lah auntie ke KUALA LUMPUR.

akan sambung.....

Saturday, May 16, 2009

Episod 15 - Taiping dihati

Imbasan episod 14

Peristiwa berdarah yg amat2 ditakuti dan doa dari pelusuk negeri supaya jgn berulang lagi...

Cuti penggal ketiga, Abah dpt promotion lagi, kali nih berpindah ke Taiping, Perak.

Di Taiping kami diberi quaters sebiji (banglo) betul2 depan Station Keretapi Taiping. Depan rumah tuh di apit oleh pokok yg amat besar lagi rendang, Pokok Sena. Halaman auntie pagi2 di penuhi oleh bunga2 sena yg gugur berwarna kuning. Amat cantik macam carpet kuning.
Di belakang rumah lebih kurang 100 ela ada tasik, tapi auntie dilarang pegi kat situ oleh Mak & Abah. Amat cantik tasik tuh, ada bunga teratai dan kangkung.
Di tepi rumah ada pokok durian belanda dan pokok betik bercabang2 yg dah tua. Auntie selalu petik buah betik muda buat tambahan lauk. Masak bening atau kerabu.

Pada suatu hari, ada seorang perempuan melayu yg separuh bogel (berblouse tapi tak pakai kain) menangis2 di tepi pokok durian belanda kat sebelah rumah auntie. Yg kesiannye dia dtg kotor, meleleh2 darah kat peha dan kaki dia. Perempuan tuh rupa2 nyer giler. Mak kesian bagi dier pakai kain dan bagi makan sepinggan nasi.
Selepas kejadian tuh, pokok durian belanda auntie berbuah dgn lebat nyer. Kata jiran pokok tuh tak pernah berbuah sebelum kejadian tuh. (So siapa2 yg ada pokok yg tak berbuah, sila bogel depan pokok tuh...he!he!he! jgn pulak sampai polis tangkap, just joking).
Perempuan tu juga selalu di rogol dan mengandung, siapalah org yg tak bertanggung jawab buat perkara2 macam tuh.

Kuasa Allah yg Maha berkuasa, dia di pelihara, tak kena langgar keretapi pada hal dier merayap2 dekat railway line dan tepi jalan yg sibuk dan banyak kereta yg lalu lintas.

Taiping sangat sejuk cuaca nyer, hari2 hujan, selalu nyer petang hari. Auntie selalu mengalami hujan 'ice' dan ada kala hujan 'kunyit', pelik kan hujan berwarna kuning.

Tasik Taiping amat cantik, auntie banyak berjalan ke merata tempat tapi Taiping selalu dihati.

Di Taiping auntie ada saudara belah Mak. Auntie panggil Paman dan Mak Lang.(Kedua2 dah arwah). Paman ialah pegawai tentera. Bila cuti sekolah rumah Paman dipenuhi oleh anak2 buah dier. Mereka semua datang dari Sg Petani. Berbagai peringkat umur.
Paman arranged picnic kat Teluk Batik dgn landrover tentera. Auntie juga telah menjejak kan kaki kat Maxwell Hill. Kami berjalan kaki dari kaki bukit hingga lah kepuncak. Perjalanan memakan masa selama 2 1/2 jam utk sampai ke puncak. Seronok betul bergaul dgn saudara2 sebaya auntie.

Auntie masuk tingkatan tiga di Lady's Treacher Secondary School. Emm.. kelas 'C' murid2 nyer banyak yg benggap. Guru yg mengajar pun dah tua dah dekat pencen, asyik tertido dlm kelas. Sikit sebanyak telah menjejaskan keputusan peperiksaan LCE auntie.

Classmate auntie, Raja Endah binti Raja Ahmad, kakak dier Raja Salmah, dan Malaysian Athlete Junainah Aman. Best friend auntie Raja Endah.

Auntie ke sekolah Abah hantar dgn kereta. Kawan2 ramai yg berbasikal kesekolah. Auntie tak tahu berbasikal. Pernah cuba belajar kayuh pada umur 12 tahun masa kat Bkt Bangsar. Auntie belajar kayuh pegang palang basikal, dah tuh cuba balance dan duduk atas seat, apalagi jatuh dan melecet merata badan. Jeran dan tak pernah sentuh basikal.

Ada sekali tuh, bulan puasa, Abah suruh Mak buatkan nasi kerabu. Abah dah ke pasar dan beli segala bahan2 utk nasi kerabu. Selalu nyer hanya bulan puasa saja Mak dan Abah buat nasi kerabu. Bahan utama nyer ialah pucuk2 ulam 40 jenis dan ikan kering kurau.
Entah macam mana, kucing curi ikan kurau. Mak bagi tahu Abah yg ikan kecurian dek kucing, Abah mengamuk sebab pasar adalah quite far in town. Auntie tak sanggup tengok Abah bising2 mengamuk, auntie ambil basikal adik 'midi bike' dan kayuh kepasar utk beli ikan kering kurau.
That was my first and last auntie berbasikal.

Sebelah kelas auntie, ada kem askar, betul bersempadankan pagar dawai. Ramai kawan2 auntie membaling surat dan surat di baling oleh budak2 askar tuh. Auntie hairan kenapa askar 'katak hijau' gelaran yg diberi jadi pilihan kawan2 auntie. Auntie masih belum mahu berkawan dgn lelaki lagi. Lambat betul auntie mature kan.....

Auntie belajar driving kereta dgn Abah di Taiping, senang sebab tak banyak kereta. So bila petang kalau ada activity sekolah, auntie bawa kereta ker sekolah. Bila balik dari activity, auntie angkut kawan2 dan bersiar2 kat Tasik Taiping. (Tak de lesen lagi).
Ada sekali tuh auntie langgar cina yg berbasikal, kesian dia tersungkur dan paddle basikal dier tercabut. Auntie keluar kereta dgn kawan2 dan tolong Cina tuh bangun dari terbaring dijalan. Cina tuh mengamuk kat auntie dan auntie ada RM3 hinggit jer dan terus bagi kat dier. Dier ambik dan tak banyak cakap banyak dan terus pegi dari situ. (Terhinjut2 Cina tuh)

Anyway, kawan auntie Raja Endah, pd suatu hari nak jumpa Abah dan Mak. Dier minta izin nak bawak auntie ke rumah nyer untuk birthday party dier. Abah kata okay. So auntie merengek kat Mak nak tempah baju 'pentaloone'. Ketika tuh tengah on fesyen tuh. Dengan baju baru, Abah hantar auntie ke rumah nyer. Auntie belikan Raja Endah piring hitam, penyanyi nyer LULU sebagai hadiah.

Raja Endah nih rupa2 nyer bapa dier Kerabat Sultan Perak. So auntie berkenalan lah dgn kakak2 nyer . Ku Mah (Asmah), Ku Teh (Fatimah) dan lain2 tak ingat lak.

Berbalik ke birhtday party tuh, auntie hairan kenapa rumah nyer tak de preparation for birthday pon. Tak nampak pon ada makanan ker, belon ker, cake ker mereka semua relax jer...

Auntie : Betul ker ada birthday party?

Raja Endah : Emm... birthday party di buat di tempat lain.

Auntie : Kat mana?

Raja Endah : Nanti kita pergi kat situ mlm nih!

Raja Endah : Ikut jer lah, jgn risau.

Auntie diajak masuk kebilik nyer. Auntie sangat kagum bila tengok kakak2 dier berpakaian yg daring dan bersolek. Auntie juga di solekkan malam tuh dan di sirami minyak wangi yg exclusif.
Oh! auntie lupa.... Kawan auntie dan kakak2 nyer semua nyer lawa2.

Auntie amat risau, sebab auntie tak pernah attend any party in my life, especially malam pulak tuh. Just imagine auntie baru 15 tahun.

Lepas magrib, kami dijemput oleh kereta2 boyfriend2 kakak dier. Tak silap empat kereta yg dtg menjemput kami. Mereka masuk kerumah dan bersembang dgn Pak Engku dan Mak Engku.
Sporting habis....fikir auntie pada malam tuh.

Bila Kak Engku2 semua dah siap, kami pun bergerak ke destinasi. (Tanpa parents mereka).
Dlm kereta auntie amatlah kurang senang sebab tak pernah keluar dgn org lain melainkan family auntie sendiri.


akan sambung.............


Thursday, May 14, 2009

Episod 14 - Peristiwa Berdarah

Imbasan episod 13

Pengalaman umur 13 tahun, bertukar hormons jadi anak dara sunti.

Tingkatan dua, auntie masih di Sekolah Inggeris Kg Kerinchi, Kuala Lumpur.

Pada penggal kedua...

Belajar seperti biasa, tiba2 pada pukul 10 pagi, Guru Besar buat announcement, kami semua di arah balik kerumah. Di pesan sekeras2 nyer, jgn sekali2 pergi atau singgah kemana2 melainkan terus balik kerumah masing2.
Sekolah akan di tutup beberapa hari sehingga di beritahu kemudian.

Semua kawan2 tertanya2, apasal lak nih!! apa dah terjadi...kenapa Guru Besar tak cakap apa sebab sekolah ditutup... ada pembesar/menteri/raja meningggal dunia ker?

Gossip2 dalam bas masa perjalanan balik ke rumah, ada berlaku pergaduhan perkauman di Chow Kit Road. Dalam bas juga dipesan oleh Pakcik2 pada kami budak2 sekolah supaya balik terus ke rumah.

Sampai kerumah, Mak menangis tengok auntie dah selamat sampai ke rumah dari sekolah. Dah tuh Mak kata ada pergaduhan di Chow Kit.

Sejarah Berdarah 13hb May 1969.

Abah auntie pulak masa tuh pegi Chow Kit utk beli barang2 spare part kereta. Kami anak beranak amat lah takut dan risau, Abah tak balik selama 3 hari. Perintah berkurung telah pun berkuat kuasa.

Kami kat Bukit Bangsar tuh, tak de kaum Cina, tapi di penuhi dgn kaum Melayu dan India.

Yg auntie ingat, ahli2 masjid buat lawatan rumah kerumah suruh pakai tali putih di lengan yg diedarkan kpd semua keluarga melayu/ islam.
Kami juga dipesan supaya mengetuk dulang dengan sendok kuat2 tujuan memberitahu sekeliling jika ada berlaku pergaduhan.

Pada hari keempat baru Abah balik ke rumah. Dia menaiki truck army. Wajah nyer amat berbeza sekali. Mata Abah merah menyala dan rambut kusut masai. Abah rupa2 nyer was trapped in a motor spare parts shop kat Chow Kit belong to a chinese friend of his. Nasib Abah tak di apa2kan.
Abah telah pergi berkumpul di Rumah Menteri Besar di Kg Baru pada hari kedua. Org2 melayu dari segala perusok negeri sampai kat umah Dato Harun Idris. Yg gerun ialah mereka semua dah bersedia dgn senjata pedang dan parang. Yg tidak ada senjata di beri buluh yg siap di runcingkan.

Auntie di fahamkan hanya senjata sahaja yg nampak bergerak tapi org2 nyer ghaib. Suara laungan bergema menyebut 'Allah Hu Akbar' beramai2. Ramai pendekar2 dari Sg Manik, PERAK.

Auntie tak boleh cerita apa yg Abah lalui in detail sebab terlalu sensitif.

Kami di Bkt Bangsar dapat bahan kering seperti beras, gula dan juga barang2 dlm tin bila perintah berkurung di longgarkan utk beberapa jam.

A week later, auntie dan Mak di bawa ker Kg Baru. Disana Pendekar2 Sg Manik, mengajar kaum lelaki untuk mengambil ilmu kebal diri.

Auntie dpt saksikan, parang di henyak di perut dan di belasah kat belakang mereka tapi tak 'lut' (kebal). Hairan sungguh!!! Mereka pula di beri tanggal merah utk di pakai kat pinggang jika ada berlaku pertempuran lagi.

Keadaan kembali tenang seperti biasa. Semua berdoa agar tragedi tuh tidak berulang.

Sekolah di buka tapi ramai kawan2 yg tak ke sekolah, mungkin parents belum bersedia utk anak2 mereka keluar dari rumah....



akan sambung....





Saturday, May 9, 2009

Episod 13 - Anak Dara Sunti

Imbasan episod 12

Umur 12 tahun... pengalaman berjumpa lembaga hitam dan kehilangan kakak tersayang,

Auntie ke Sekolah Menengah Inggeris Kg Kerinchi, Kuala Lumpur. Tak ramai yg bersama2 auntie ke sekolah itu. Tapi budak Mansor tuh ada!!!
Auntie masih tak de feeling 'cinta monyet' tuh lagi. Auntie perasan yg budak Mansor tuh asyik tengok auntie baik waktu sebelum masuk kelas, dlm kelas dan waktu rehat.
So suatu hari masa balik sekolah, someone approach auntie, kawan Mansor. Emm.... Kassim nama nyer. Terperanjat auntie bila dia kata yg Mansor suka kat auntie. Alamak!!! macam mana nih... auntie tak de rasa apa2. Auntie cuma kata...no hard feeling, auntie takut nak kawan dgn budak laki2 sebab banyak lagi kawan2 perempuan yg ada.
Pasal lak nak kawan dgn laki2. Susah lah nanti, kawan2 perempuan ajok2kan baru padan muka. So tak de lah Mansor letak harapan lagi pada auntie.

Auntie masih tinggal di Bukit Bangsar, nak ke sekolah, auntie kena naik bas 'Sri Jaya'. Tambang nyer 20 sen pergi dan 20 balik. Auntie selalu nyer tak suka berebut2 bila naik bas, terpaksa berdiri dan tangan bergayut kat railing macam monyet. Selalu nyer auntie tunggu sampai budak2 dah naik bas, bas stand pun dah lenggang sikit, baru auntie naik bas dan pasti dapat tempat duduk.

Cuba teka, who is the bus conducter at that time?? Yusof Haslam sekarang nih dah Dato Yusof Haslam lah. Masa tuh umur dia dlm lengkongan 18 ker 19 tahun. Auntie 13 tahun... 5 ker 6 tahun beza.

Auntie kalau naik bas, dier tak nak pungut duit auntie. Apa hal lak nih!! auntie hulur duit.. dier suruh simpan jer, dier bagi tiket bas, dah tuh asyik lalu lalang kat seat auntie. Bercakap tak pulak. Agak nyer kes sama macam budak Mansor tuh kot. Suka tapi malu.... Ha! Ha! kalau lah auntie layan mesti auntie Datin kan..... (just joking). Takottt......
Anyway, tak lama dier kerja, penggal kedua dah tak de....

Cuti penggal kedua auntie dah 'datang kotor' dan dah terpaksa pakai bra. Auntie tanya Mak, kenapa sakit kat dada bila terlanggar dgn kawan, sakit bila tido tertungkup.... Mak senyum dan kata... Alahai!!! anak Mak dah anak dara.
Em.. tak suka kena beli menstrual napkin/towel. Dulu2 brand yg auntie pakai ialah Modess. Ada talipinggang khas dan napkin tuh ada loop. Tak macam sekarang stick on.
Satu penyiksaan kalau nak beli Modess, malu ya amat, cakap dgn tokeh cina bisek2, dan tokeh cina siap balut/bungkus Modess tuh dgn kertas surat khabar.

Bila hormons bertukar, dah kena pakai deodarant brand 'Odorono', kalau tak badan ada.... bau.. he!he!

Malam2 dah pandai pakai cream moisturizer, brand murah jer 'Nivea'. Kulit auntie banyak 'freckles' sebab auntie kan jalan kaki masa sekolah rendah dulu, so kulit rosak sebab cuaca yg panas. (Charming freckles lah bukan yg hodoh macam 'Mat Saleh') he! he! he!

Dah pandai pulak nak bergaya, beg sekolah ikut trend, kasut mesti 'Batminton Master' by BATA.
Getah rambut dan cekak bertukar2, apa kena nih asyik nak melawa jer? tuh lah anak dara sunti nama nyer.

Tak banyak perkara yg berlaku masa auntie berumur 13 tahun.

akan sambong..................









Friday, May 8, 2009

Episod 12 - Lembaga Hitam

Imbasan episod 11

Pengalaman menonton tv umah org, perpisahan dgn kawan akrab, belajar berniaga pd umur 11 tahun.....

Darjah 6 berumur 12 tahun.
Cikgu darjah pesan pada awal tahun. Murid2 mesti rajin belajar, mesti masuk aktiviti2 dan acara2 yg di anjurkan oleh sekolah, supaya bila hujung tahun dpt testomoni yg baik utk ke tingkatan satu.

Apa lagi auntie pun masuk lah Pandu Puteri dan kelab muzik (main tambourine & seruling) dan kelab tarian , part sukan...sori auntie kurang gemar.

Guru Darjah Cikgu Murad. Guru muzik dan Pandu Puteri Cikgu Jamilah, Guru Besar En Abu Bakar.

Cikgu Murad, handsome bergaya dan sentiasa berhau wangi. Masih bujang. Bila dia masuk kelas terasa feeling 'fresh' dengan perfume yg dia pakai.

Cikgu Jamilah, cantik org nyer, putih sederhana tinggi, masih belum berkahwin. Selalu murid2 fikir yg bukan2..... seperti mesti Cikgu Murad mengurat dan suka kat Cikgu Jamilah.

Auntie di ajar togeh2 note muzik, supaya boleh lah mainkan lagu2, tapi sekarang dah lupa togeh2 tuh.

Kelas muzik dan kelas tarian telah membawa auntie jauh berjalan dgn jemputan bermain di sekitar sekolah di Pahang. Kami menaiki bas beramai2. Pengalaman tuh sangat auntie treasure kerana terlalu seronok.

Pada ketika umur 12 tahun bagi seorang perempuan, dah mula pandai 'cinta monyet' tapi bagi auntie belum lagi. Auntie tak faham pasal kawan2 rebut2 tulis nota/surat kat sorang budak lelaki nih.. nama nya Mansor. Memang lah dier agak cute. Auntie relax habis.

Gambar2 kenangan auntie.........

Kiri yg berdiri tuh Cik gu Besar, Auntie no tiga dari kiri Gik gu Murad yg kanan sekali.
Yg duduk kiri tuh lah Mansor.
Auntie yg tengah2 barisan depan

Sijil berhenti sekolah, attendance 2 hari jer tak kesekolah

Okay, nih experience auntie yg amat takut dan seram.
Pada suatu malam , auntie tido awal, pada tepat pukul 12 mlm, auntie tersedar bila mak tutup TV. Dulu2 lagu negaruku di mainkan, menandakan rancangan TV dah berakhir untuk mlm tuh.

Tiba2 lembaga tinggi badan nyer berbalut dgn kain serba hitam, masuk melalui pintu bilik auntie, auntie nampak lembaga tuh menuju ke arah auntie.Dengan suara yg amat kuat auntie menjerit2 panggil mak berkali2, malang nyer mak tak dengar. Lembaga tuh terus berjalan menuju ke auntie... dan duduk atas lutut auntie. Yg pelik nyer tak terasa berat . Uoi! mengigil2 auntie, masa lembaga tuh atas lutut, suara auntie dah tak leh keluar utk panggil mak. Lembaga tuh menjengokkan muka dia terlalu dekat ke muka auntie. Dah tuh, lembaga tuh bagun dan terus menghilangkan diri melalui pintu depan.

Suara auntie menjerit dan menangis, baru mak terdengar. Mak dtg dan peluk auntie, Mak menenang kan keadaan auntie yg berpeluh2 dan menangis sedu sedan.

Auntie : Mak tak nampak ker benda hitam tuh...
Mak : Benda apa? Mak tak nampak pun ...
Auntie : Dier duduk kat lutut..dia masuk dari situ, (sambil menunjuk kearah pintu)
Mak : Kau mimpi tuh... dah....dah..... tido tadi tak basuh kaki. (Auntie tahu yg ia bukan lah mimpi).

Basah bantal auntie oleh peluh panik dan ketakutan. Keesokkan hari auntie demam dan tak ke sekolah.

Kak Ton dah berjumpa bakal teman hidup, Abang Abdul Fatah nama nyer. Kak Ton masuk pertandingan ratu cantik utk Telekom. Menang pd malam tuh. Abang Abd Fatah ialah representative from Malayan Banking. Bermula pd mlm tuh Kak Ton dan Abd Fatah berkawan tanpa pengetahuan Abah.

Bila kedua2 nyer dah plan utk kahwin, Kak Ton bercerita kat Abah tentang Abg Fatah. Abah pasang kaki utk check background Abg Fatah nih. Kuala Lumpur masa tuh tak besar , senang org yg Abah pasang kaki dpt info tentang Abd Fatah nih. Rupa2 nyer dier nih ramai girlfriend sekeliling pinggang, apa tak nyer dia pakai kereta sport merah dan amat handsome org nyer. Konon nyer Abg Fatah nih tak leh masuk Kg Baru, sebab banyak anak2 dara dari Kg Baru di tinggalkan nyer. Maka org2 Kg Baru nak pukul dier. Abah halang Kak Ton berkahwin. Kak Ton protective over bf dier.....

Kak Ton : Itu cerita lama Abah, sekarang nih dia nak kawin dgn Ton...

Cerita tak habis kat situ saja, Kak Ton bawa Abg Fatah jumpa dgn Abah kat umah.(Untuk pujuk Abah).
Mula2 keadaan was like tenang gitu, tapi tiba2 jadi tegang. Abg Fatah hentak meja dan ashtray kaca yg atas meja tuh jatuh berderai.
Abah benggang dan bersuara...........

Abah : Ton betul kau nak jugak kawin dgn budak kurang ajar nih?

Kak Ton : Ya lah Abah.....Ton dah suka (sambil menangis2)

Abah : Kalau macam tuh.... keputusan kau, KAU BOLEH KELUAR DARI RUMAH NIH!!!

Kak Ton sambil menangis2 terus ke bilik air, auntie ikut Kak Ton ker bilik air, dier pasang air paip, bunyi tadahan air ker kolam melenyapkan raungan Kak Ton yg menangis. Auntie hairan dan bertanya Kak Ton bertalu2... kenapa Kak nangis, kenapa Kak?
Kak Ton terus keluar dari bilik air dan menuju ker almari baju...auntie ikut dari belakang.

Rupa2 nyer keputusan nyer utk keluar dari rumah. Kak Ton punggah baju2 dier dan masukkan dalam beg. Terus keluar dan tak balik2....

A fews months later, ada kawan Kak Ton (Mak kenal) dtg umah dan minta kebenaran utk bawa auntie keluar utk bertemu Kak Ton (Kak Ton merindui auntie). Mak setuju dan berpesan pd auntie jgn cakap dgn Abah yg auntie jumpa Kak Ton.

Auntie gi umah dier, umah bujang tinggal bersama kawan2 perempuan. Auntie tanya Kak Ton... jadi tak Kak Ton kawin dgn Abg Fatah? Dia kata jadi.... dlm masa terdekat. Kak Ton dah pun berjumpa dgn ahli keluarga Abg Fatah di Kulim, Kedah.

Kami tak dijemput ke majlis kawin yg di lansungkan di Kulim, Kedah, dengar nyer Kak Ton pakai Wali Hakim, sebab dier kan anak angkat cina.

So, umah kami kesunyian tanpa Kak Ton ...............


akan bersambung.........

Tuesday, May 5, 2009

Episod 11 - Belajar Berniaga

Imbasan episod 10

Pengalaman berjalan kaki kesekolah lebih kurang 2 batu, Abah ada pancaragam, auntie sangat suka pecah tabung bila akhir penggal. Beli barang2 perhiasan rumah.

Auntie darjah 5 dan 6, masih bersekolah di Sek Keb Seputih, masih berjalan kaki ker sekolah.

Darjah 5, TV hitam putih dah ada di Malaysia. Emm... Abah belum beli lagi, tapi ada jiran beli dulu. Apalagi penuh umah dia, budak2 tengok siri kartun petang2. Flinstone, Three Stoges , Road Runner dan Tom & Jerry.
Siapa datang awal dapat lah masuk dan duduk dlm umah, tapi kalau lambat, berdiri dan tengok melalui tingkap. Ada yg terpaksa bawak bangku, sebab kalau berdiri kat belakang, tak nampak apa.

Ada yg bawak kuaci, kacang sambil menonton, budak2 cari pasal dengan meninggalkan kulit2 kacang and kuaci. Ada sekali tuh, Mak cik tuh sound, suruh bawak bekas sendiri utk buang sampah2.

Walaupun auntie masih kecik tapi auntie dpt rasakan yg kehadiran kami tidak menyenangkan.
Auntie pujuk Abah suruh beli TV jugak.

Yeah! Abah beli TV "TOSHIBA" 14 inci. Punya lah auntie suka, mengadap dengan selesa. Ada jugak kawan2 yg dtg umah auntie. Ada juga yg dengki, kenapa bapak kau beli kecik sangat TV tuh, besar bantal tido aku jer. Zaman kanak2 pun ada situasi dengki mendengki.

Ada juga yg tak pernah auntie kenal. Salah satu nyer, Zaiton binti Othman. Semenjak itu, auntie jadi sangat akrab dgn dier. Gi sekolah pun sama. Dier senior setahun, auntie darjah lima dier darjah enam.

Kawan auntie nih ramai adik beradik. 9 ker 10 tak ingat.Tapi dier ada kakak2 dan Abg2.
Paras rupa nyer sangat lah cantik, Putih kuning, rambut lurus, mata galak, hidung sederhana mancung dan gigi amat tersusun, begitu juga adik beradik yg lain.

Auntie sangat kagum dgn keluarga tuh sebab adik beradik mereka amat studies (kuat belajar). Meja makan di buat meja study, penuh dgn buku2 sekolah. Bila lepas maghrib, adik2 beradik tumpukan pada buku. Auntie mintak izin Mak nak join mereka study , bawak buku dan buat homework kat umah dier.

Pada suatu malam auntie rasa sangat terharu dan sedih.... Mak nyer, ajak makan malam bersama2.....Nasi panas, kelapa parut yg dicampur garam. Auntie tak pernah makan macam tuh lagi. Auntie tanya pd kawan auntie selalu ker kau makan macam nih. Dier kata, biasa jer makan macam nih.

Auntie cerita kat mak yg auntie makan lauk macam tuh, Mak kata Abah dier gaji kecik, mak ambil upah jahit baju dan adik beradik ramai. Jadi Mak pesan kat auntie mesti bersyukur apa saja rezeki yg Allah beri kan pd ari tuh.

Bapak kawan auntie tuh jatuh sakit kena Stroke, tak kerja dan berpindah ker kampung halaman nyer di Lenggeng, N Sembilan. Auntie terputus hubungan dgn dier. (Dulu2 auntie tak reti nak ambil alamat). Auntie miss her and hope to see her someday again.....

Darjah lima, auntie dah tak suka makan kat kantin, selalu bawak bekal, makan dgn geng yg bawa bekal. Auntie selalu bawak mee goreng, mee hoon goreng, nasi lemak. dan roti bersambal. Kami bertukar2 makanan. Kawan2 auntie kata bekalan auntie sedap, mereka suruh auntie jual, mereka nak beli.

Auntie bertanya pd mak, nak tak mak jual dan bungkus2 kan utk auntie bawak. ke sekolah , Mak bersetuju. (Utk galakan auntie berniaga). Since it is home made cooking, mak suruh jual mee atau meehoon for 15 cent. Bawak kacang kuda rebus for 10 cent. Sambal sotong berkacang for 30 cents. Auntie bawak 30 ker 40 bungkus sehari. Auntie jadi seronok bila Cikgu2 pun suka membeli jualan auntie. Mak selalu tunggu auntie bawak balik duit jualan dan auntie pun dpt upah lepas tuh. Dapatlah tambah duit tabung dan belanja sekolah tak luak. Mak kata auntie ada minat utk berniaga, separuh org malu.

Ada sekali tuh, auntie dah habis jual jualan dan dah kutip duit, auntie terlupa dan tertinggal duit tuh dlm darjah masa rehat... kena curi.... auntie menangis dan mengadu ngan cikgu. Cikgu announce pd kelas, siapa2 yg ambil suruh pulangkan duit tuh, tak siapa mengaku. Tapi auntie tak rasa serik utk terus berniaga.
selepas kejadian tuh, Mak pesan kat auntie supaya selalu berhati2 dgn duit jualan.

Persaingan tiba bila salah saorang kawan auntie bawak jugak jualan. So mak kata dah lah tuh, tak yah niaga lagi biar kawan pulak 'cari makan'.
Auntie berniaga tak lama hanya sepenggal jer.



akan sambung...............





Monday, May 4, 2009

Episod 10 - Terowong Gelap

Imbasan episod 9

Keluarga auntie bertambah dengan kehadiran Kak Ton.

Episod nih, auntie nak cerita pasal persekolahan. Bila auntie balik bersama Abah dan Mak kat Bukit Bangsar tuh, auntie ke Sekolah Kebangsaan Seputih. Sekolah yg terdekat memang ada, kat Jalan Pantai, tapi Auntie yg request utk kesekolah tuh sebab ramai kawan2 dari Bangsar gi sekolah tuh.

Anyway, sekolah tuh jauh nyer lebih kurang 2 batu dari rumah. Auntie dan ramai lagi yg tinggal kat Bukit Bangsar tu berjalan kaki ke sekolah. Paling lewat pukul 6.30 pagi mesti gerak dari rumah. Kalau lewat dari masa tuh dah tak de kawan. Ramai lah kawan2 bersama2 jalan menuju ker sekolah. Laluan perjalanan ada lah melintasi simpang tiga antara Jalan Traverst ke Bangsar tuh (Tak putus2 kereta dan tak der traffic light ketika itu) track keretapi, melalui Tok Kong India, Kg Paya, Kg Haji Abdullah Hukum, Jambatan Sungai Kelang, lalu terowong gelap dan baru lah sampai ke sekolah.

Auntie tak terasa perjalanan yg begitu jauh, sebab ramai kawan2. Kawan2 dari kedua2 Kg tuh juga bersekolah tempat yg sama. Basah kasut auntie mengharung embun pagi. Kami bersembang2 sambil berjalan. Pukul 7.10 baru sampai sekolah. Yang auntie paling gerun ialah melalui Jambatan Sg Kelang, meniti besi selebar 4 kaki, di bawah jambatan boleh nampak sungai yg amat deras arus nyer. Kadang2 bila auntie dan kawan2 sedang di tengah2 jambatan tuh, keretapi lalu.... oii!! bergegar jambatan tuh, sangat2 lah takut, tapi tak pernah rasa jemu utk kesekolah.

Terowong gelap tuh tak lah panjang sangat lebih kurang 100 ela, selalu nyer org2 India berteduh kat situ, mereka nih cari rumput lalang utk lembu2 peliharaan mereka. Auntie rasa sangat takut kalau tengok mereka duduk kat situ. Pernah kawan2 auntie cerita, kalau nak bina bangunan tinggi atau jambatan, kena ada kepala kanak2, kalau tak provide kepala manusia bangunan2 tuh tak stable akan runtuh, jadi org2 macam tuh lah yg cari kepala kanak2, sebab dier org ada sabit. (Gossip kanak2 lah tuh)

Bila berjalan2 tengah2 sembang nampak India2 tuh, kami lari bertaburan. Agak nyer mesti India2 tuh hairan kenapa budak2 semua lari. Kelakar dan bodoh sungguh bila ingat kembali.

Zaman auntie dulu, ramai jugak flasher syco (lelaki yg menunjukkan kemaluan) kat terowong gelap tuh. Jadi keadaan kami kat Jambatan suspen, kat terowong suspen laluan track keretapi kan bahaya tapi alhamdullilah tak pernah dengar apa2 terjadi pada budak2 yg gunakan laluan itu.

Pernah satu ketika, ada perempuan melayu bunuh diri kat track laluan kami gi sekolah. Isteri dan ibu kepada 2 org anak, tinggal tak berapa jauh dari rumah auntie. Auntie sangat kenal suami dier yg bernama Abas, sebab suami dier selalu dtg umah auntie practice muzik dgn Abah.

Oh! ya... Abah auntie ada pancaragam selalu practice kat umah. Abah main accordian atau pun biola (ikut irama/rentak yg di mainkan). Pak Abas bermain sexophone, anak buah abah main double bass, dan pak cik Baba main drum, main guitar tak ingat siapa, penyanyi nyer Kak Ton dan anak perempuan Pak Cik Baba , Rokiah nama nyer. Semua ahli2 pancaragam bermain dengan alat2 nyer sendiri. (bukan sewa). Pancaragam nih bermain, bila dapat jemputan jamuan malam dari pertubuhan2 dan majlis kahwin.

Auntie ada jugak abah trained menyanyi tapi gemuruh auntie amat teruk, bila pegang jer mic terus kaku, suara terketar2, abah sampai benggang dan marah2, bila kena marah lirik pulak lupa, auntie merajuk.... thats it... no more singing for me...

Jadi suatu petang, heboh cerita isteri Pak cik Abas , bunuh diri kat track keretapi. Tak tahu apa sebab nyer. Auntie suspen jugak nak gi sekolah besok pagi. Tapi sebab ramai kawan2, tak pontenglah kesekolah. Pagi2 tuh seperti biasa auntie ....jalan...jalan.... jalan... tiba2 kawan dan auntie terjumpa serpihan kain, bekas darah dan sebisan daging2 kat track. Menjerit2 kami semua.......

Ya Allah! auntie punya lah takut... semua berlari.2....seperti biasa auntie tercungap2 tertinggal kebelakang...

Auntie demam keesokkan hari nyer. Auntie dengar jugak kawan2 bercerita yg ada org perah asam limau nipis kat tempat tuh dan bila malam boleh terdengar org menangis2 mendayu2 sebab tempat tuh dekat dgn Kg Paya. (Again gossip kanak2)

Auntie dan kawan2 juga biasa terjumpa mayat terapung kat Sg Kelang masa balik dari sekolah. Kalau tengok dari kulit nyer bangsa cina. Eee!! macam2...

Ketika balik dari sekolah, panas terik diatas kepala, auntie selalu singgah rumah kawan2 auntie kat Kg Paya. Auntie kadang2 dpt minum dan makan tengahari kat umah kawan. Auntie terharu tgk keadaan rumah kawan2 di Kg Paya dan Kg Hj Abdullah Hukum. Rumah2 tuh berdinding kan papan dan beratap zinc, terlalu rapat, kalau sekarang di sebut 'Sting Garden'.

Bila singgah rumah kawan, mestilah sampai rumah lambat, jadi mak marah bila auntie cerita yg auntie singgah rumah kawan dekat Kg Paya. Dari sejak tuh, auntie pun tak lagi kerumah kawan. (Mungkin Mak tak suka auntie merayap rumah org yg dier tak kenal).

Auntie dibekalkan baju hujan dan payung kesekolah. Duit belanja tak semewah dgn Tok Hjh Lijah, cuma 30 sen sahaja. Mak aii!!! dapat beli... mee hoon atau nasi lemak dgn harga 10 sen, air sirap sejuk 5 sen, gula2 5 sen. Dah tuh balance 10 sen auntie tabungkan. Tabung auntie, tabung ayam yg di buat dari tanah liat. (Kat kedai kampung2 ada jual lagi). Mak bekalkan air teh o dalam botol air, tapi tak sama dgn minum air sirap sejuk kan. Bila cuti sekolah penggal ketiga, tiba lah masa auntie pecahkan tabung tuh. Mak akan tanya auntie nak beli mainan aper? sebab cuti penggal ketiga amat lah lama. (sebulan)

Auntie pd umur 10 tahun dah pandai nak hias rumah. Jadi auntie suka beli barang2 perhiasan rumah, dgn duit tabungan sekolah auntie. Mak layan, agak nyer nak trained auntie kot. Mak kata kalau simpan duit, boleh beli apa yang kita idamkan. So sampai sekarang auntie memang suka saving dan suka spending lepas tuh. (bila duit dah banyak terkumpul).

Auntie masih ada jam dinding yg auntie beli masa berumur 10 tahun..

:: jam dinding yang berharga 34 ringgit ::


akan sambung.........

Friday, May 1, 2009

Episod 9 - BG 7676

Imbasan episod 8

Setahun bersama Tok Hjh Lijah, banyak juga auntie lalui. Auntie sambung sikit lagi.

Abg Din, tuh selalu suka sakat auntie, dia kalau bergurau sangat lah kasar, suka main tumbuk2 kat badan, tapi tak lah kuat sangat. Sakit juger lah.

One day, dia ajak auntie main tumbok2, auntie kata.... tak nak lah.

Abg Din : Alah! tutup lah muka kau dengan bantal. Abg tumbuk lah bantal tuh.

Bila dia pujuk macam tuh , so agak nyer auntie fikir ok lah.

Auntie ambil bantal, tutup muka, dia tumbok bantal tuh. Berulang2 kali. Dah tuh auntie kata....... dah lah tak nak main lagi sambil bantal tu masih menutupi muka auntie.

Auntie pun buka bantal yg menutupi muka, ingatkan dah tak main lagi, Dush....satu penumbok hinggap kat mulut auntie.
Kuat tak kuat gigi depan auntie kebelakang kedua2 nyer. Berdarah lah tapi tak tercabut hanya bergoyang. So gigi2 tuh auntie buat main dgn lidah, tolak kedepan dan tolak kebelakang.

After awhile tercabut sebatang dan sebatang lagi tertelan waktu tido kot sebab tak jumpa pun kat atas katil pada suatu pagi bila auntie bangun dari tido.

So thank God, gigi auntie tumbuh cantik, tak sengit atau berlapis. So... auntie nasihat siapa2 yg ada anak sila check gigi2 anak bila sampai umur 6 tahun. Jadi kalau ada yg goyang bawak gi dentist dan cabut. Tuh sebab semua anak auntie gigi sangat lah cantik2.

Bila auntie darjah tiga, auntie balik ke rumah Abah di Bukit Bangsar.

Kat situ ramai kawan2. Auntie bermain bermacam2 permainan....

Konda Kondi, sebatang kayu berukuran satu kaki, ada anak kayu berukuran 1/2 kaki. Buat lubang dan letakan anak kayu, songkit dengan ibu kayu, kawan2 cuba sambut dan baling kat budak yg menyongkit tadi supaya mati, dan digantikan oleh orang lain.

Getah gendit, sorang baling, dituruti olih kawan2 yang lain, getah siapa dapat menindih getah yg sedia ada, dalam bulatan dpt pungut getah tuh.

Card bergambar tepok2, siapa punya card terbukak nampak gambar, dia boleh kutip card2 yg lain.

Baling selipar pd longgokan card siapa punya card keluar bulatan bolehlah pungut.

Suatu insiden, auntie main baling2 selipar, auntie banyak kutip card2 sebab menang petang tuh, ada sorang budak laki2 nih nama dia Adnan, dier dengki, terus baling selipar kat auntie... menangis sambil berlari balik rumah dan ngadu dengan mak.

Ingatkan mak nak protect dan side kat auntie, kena marah pulak. Mak suruh gi lawan budak tuh. Kata mak..... Jangan jadi pengecut, mesti berani, mak tak nak tengok kau menangis dah tuh mak kena masuk campur.

Auntie pun gi balik kat Adnan tuh dan baling selipar auntie kat dier... sambil berkata ... Mak aku suruh baling, balas balik....kau jahat... aku tak takut.....

Tapi yg sebenar nya memang takut ler, dia budak lelaki. Kejadian tuh membuatkan Adnan selalu elak bermain dgn auntie.

Auntie pada umur 9 tahun masih berlari2 dan meloncat2 masih active. Mak selalu kata kau nih kalau dapat main tak ingat lansung, baju kotor dan dah sampai bau tengit....pegi mandi.

Masa berlalu ........ Auntie dah pun berumur 10 tahun.... darjah empat.

Kakak Mahaton came and stayed with us. So additional of another person in the family.
Auntie love Kak Ton (Mak & Abah called her by that name).

She was so dear, kind and a loving person. Bila bulan puasa, she tought me to puasa habis for the day. Upah nyer 3 pasang baju utk Hari Raya. Dier kan di bela oliehTok Hjh Lijah, so high taste ler. Baju2 auntie semua nya mahal2. Ingat lagi kedai May May di Jalan Melaka Street. (Lebuh Ampang).

Adik auntie yg comel too learned to fast on full scale. (Puasa penuh). Kesian dier masih kecil tapi gigih nak puasa sampai habis jugak.

Ada sekali tuh, Adik puasa penuh, the first time..... bila bukak puasa adik gogop air sirap cincau, tak henti2. Apa jadi... a few minutes later, tersembor air sirap cincau tuh. Ikut hidung pun ada.

Mak marah Kak Ton buat aniaya kat budak kecik. Dier gelak jer... adik continue makan dan minum.

Adik dpt baju 4 pasang, kenapa???

Kak Ton was like so nakal and cheeky, one day she was teasing me and my adik....

Ha!!! siapa nak tambah baju raya jadi 4 pasang!!!! Ha!!! cium ketiak Kak Ton....

Auntie terus tak mau... tapi adik auntie cium ketiak Kak Ton... and she really got 4 pasang baju for H Raya.

Pasal kau cium ketiak Kak Ton, kau tak geli ker?... apalak aku tahan nafas lah....

Damn... never thought of that.... so my sister is smarter than me....

Abah cadang nak beli kereta utk Kak Ton. So...Abah ajar dier driving. Passed bila ambil test.

Abah beli kereta Mini Minor warna biru laut. (Sebiji rupa macam Mini Cooper sekarang cuma cc tak samalah).

Kak Ton kerja dgn TELEKOM kat Jalan Bukit Nanas. Kereta tuh dapat kat Kak Ton utk gi kerja.

Pada suatu hari dia balik dari kerja, menangis2..... kenapa Mak & Abah tanya.

Ton tak nak lah bawak kereta tuh besok dan bila2 pun.

Lah! kenapa.... kereta tuh rosak tengah jalan ker? Kau accident ker? Tanya Abah.

Tak!!!!!!!!! Ton kena ejek lah.... ejek apa? tanya Abah lagi.

Kak Ton sambil menangis berkata ..... beli kereta tak tengok nombor registeration ker!!!!

Apasal lak? tanya Abah

Tuh nombor tuh BG 7676

Abah dan Mak masih tak faham.....

Kawan2 ejek ler .....BI JIK TUJUH NAM, TUJUH NAM ( BIJIK TERJUNAM, TERJUNAM)

Abah tersenyum dan berkata, tak nak bawak, sudah ler, kau naik jer bas gi kerja.

Mak pulak jenis tak mau kalah, dier kata kat Kak Ton....

Bijik terjunam ker, terjungkit ker, apa hal dier org ada kereta ker? dier org gi kerja naik kereta ker?

Kak Ton, termakan cakap mak dan dier bawak jugak kereta gi kerja.

akan sambung.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...