THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, April 30, 2009

Episod 8 - Tauladan dan Sempadan

Imbasan episod 7

Alam persekolahan, pengalaman2 dan kawan2, auntie di Gemas sangat2 auntie rindui tapi Abah berpindah ke Kuala Lumpur lagi.

Di KL kali nih auntie duduk dgn Tok Hjh Lijah. Mr White dah meninggal dunia di London.
Mr White tinggalkan harta, tanah estate di merata Semananjung dan duit yg banyak .
Ampun, Ya Allah! apa yg auntie nak cerita ada lah tentang Hjh Lijah nih, adalah utk semua jadikan tauladan dan sempadan.

Sungguh berat auntie nak mulakan, tapi ini adalah yg auntie lalui dan apa yang berlaku.
Auntie tinggal di Jalan Ipoh di sebuah Taman (Tak ingat nama taman tapi masih ujud di Jalan Ipoh) bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Batu di Jalan Ipoh. Darjah dua. Bila week end Abah ambil auntie. Abah dan Mak duduk di Bukit Bangsar, Quaters KTM.

Di rumah Tok, auntie sangat lah mewah, ada tukang masak cum cuci baju dan driver, tapi bukan si Boyan dulu, dah org lain dah.
Kesekolah di hantar oleh driver. Pakaian berkanji dan side baju sentiasa tak patah. Duit belanja auntie RM 3 henggit, bolih belanja kawan2 (my followers) ice cream atau ice kepal, tak de hal ada balance lagi. Salah seorang kawan auntie cacat kat muka, takde org nak kawan dia, terlalu menakutkan. Auntie cuba describe.... hidung nya amat besar dan panjang menutupi bibir. Okay ! cuba ambil satu belon dan tuang air dlm nyer. Belon tuh melendur sebab berat, berbentuk tear drop. Hah, macam tuh lah hidung budak tuh. Auntie duduk dgn dier dlm kelas ketika belajar. Auntie tanya dia kenapa hidung awak jadi macam tuh. Dier kata, hidung dia membesar dan membesar. Suara dier senggau. Kesian nasib dier.

Dari sejak tuh, auntie faham, jangan sekali kali sombong. Auntie sentiasa takut kalau Allah jadikan auntie cacat. So jiwa sombong tak de dlm diri auntie sampai sekarang.

Berbalik cerita Tok Hjh Lijah.... emm.... dia kalau suruh tukang masak memasak, mesti banyak2 macam 20 ke 30 org makan.. auntie ingat lagi sekali masak ikan parang atau tenggiri panjang sebelah tangan (dua kaki kot). Dah tuh dia sedekah jiran2 terdekat. Hari2 tau, agak nyer jiran tak payah masak kot..

Auntie tinggal berempat dengan dier, saorang anak lelaki auntie Amy, saorang anak angkat perempuan cina.

Anak auntie Amy tuh dah berumur 16 tahun, dan anak angkat cina tuh dah bekerja berumur 19 tahun. Abang tuh nama nyer Din dan kakak tuh Mahaton.

Arwah Tok Hjh Lijah nih, hisap rokok Rothman King Size. Rokok dia beli dalam tin.(50 batang sehari) Kadang2 Tok suruh auntie nyalakan rokok dier.

Abg Din tuh, auntie selalu nampak dier kebas duit Tok, auntie tak berani nak ngadu, tapi auntie ngadu dgn Kak Ton. Kak Ton marah, tapi dier buat derg jer. Kemudian2 yg auntie tahu Abg Din tuh selalu masuk Jail keluar Jail. Tak tahu apa kesalahan yg di buat.

Bila cuti sekolah, Tok Hjh Lijah ni, bawa auntie berjalan ke Pulau Ketam, Port Dickson, dan entah mana2 lagi lah. Auntie di pakaikan gelang, rantai yg besar2. Bila sampai rumah, dia tanggalkan semua barang kemas dan simpan dlm sapu tangan yg diikat. Yang auntie ingat barang kemas dia berbungkal2.

Dier suka berjalan, flight to Singapore, flight to Penang, drive to Ipoh... dan merata2 , Mak kata dier breakfast kat Singapore dan Tea kat Penang tido kat Ipoh. Why..............? Lumba Kuda.

She spend RM 15 to RM 30 K for the horse racing per session. Dulu2 tapak KLCC tuh ada lah horse track, Club Race Course Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kalau duit tak de, dier cagarkan geran tanah, dah tuh ceti2 pun sukalah.

She also took up Mahjoong activities, lama2 bukit yg tinggi boleh jadi rata. Kata Mak, bukan tak di nasihati tapi tak makan saman, sombong, dier kata duit dier, harta dier, aku tak de anak nak buat apa tinggalkan, aku nak habiskan dan lepas tuh aku bolehlah mati.

Allahu Akbar, percakapan kita adalah satu doa, bila kita bercakap atau pun yg buruk, kalau pintu langit sedang terbuka ketika itu, percakapan kita terus naik jadi doa...

Bila semua duit2 dier habis dalam masa 2 tahun , dier jadi sasau... rumah tergadai, tanah kebun juga tergadai.... so duduk lah dgn Mak kat Bukit Bangsar.

Tok Hjh Lijah lari, tak leh duduk dgn Mak... maalumlah org kuat berjalan mana bolih duduk rumah. Dier cari geng2 perjudian dier, last2 yg Mak tahu dia duduk kat Rumah Kebajikan Kajang. Rumah Kebajikan tuh Tok Hjh Lijah banyak sumbang derma masa dier banyak duit... so pegawai2 kat situ semua kenal dier. Atas dasar simpati dier di terima duduk di situ.

Mak & Kak Ton gi lah visit dier, she was like cannot remember anything... and she passed away there.

Auntie bersama Tok hanya setahun saja, auntie pulang ke pangkuan Mak pada darjah tiga, berumur 9 tahun, dan tinggal di Bukit Bangsar.

Masa auntie berumur 9 tahun tuh, Mak sakit amat lah teruk. Penyakit yg tak de ubat dari doktor yg boleh membuatkan dier normal.

Mak suka menyendiri, tak de lagi berbual2 dan selalu menangis. Auntie budak2 tak tahu dan tak bertanya kenapa dier menangis.

Yang paling aneh dan teruk nyer, bila magrib tiba, Mak bertukar... rambut mengerbang, mengamuk2 pukul auntie dgn tali pinggang atau pun penyapu tanpa sebab.

Kadang2 pulak, rambut mengerbang jugak, duduk kat satu penjuru, menangis terisak2 dan kadang2 menangis mendayu2 dan ada kala meraung2. Benda2 nih berlaku, bila menjelang maghrib.

Abah selalu tak de di rumah, asyik kerja jer. Station Keretapi Kuala Lumpur kan 'central' jadi Abah amat2 lah sibuk.

Jiran yg berbangsa India, mengadu kat Abah yang auntie dan adik selalu kena pukul bila maghrib tiba. Dan dia selalu dengar Mak terpekik2 dan meraung2 menangis.

So... Abah ambik cuti dan perhatikan kelakuan Mak. Sah lah yg Mak sakit. Abah bertanyakan kawan2 dier, ada tak siapa2 yg pandai berubat secara traditional.

Abah di perkenalkan pd saorang perempuan tua, dlm lengkongan 60 tahun. Cara perubatan nyer.... abah kena sediakan periok tanah sebiji, bunga2, limau perut, berteh dan beras berwarna warni.

Auntie masih ingat sebab anak saudara perempuan tua tuh, buat persiapan kelengkapan barang2 kat rumah auntie.

Perubatan di lakukan di luar rumah, tengah malam, periuk tanah di isi air, abah kena junjung kat kepala. Auntie dan yg lain2 tak di benar tengok, semua berada dalam rumah.

Malam yg sunyi tuh tiba2 kedengaran abah menyebut.... Allah!!! ada barang terbang dan jatuh dlm periok tuh. Abah di panggil masuk dan barang tersebut di buka. Pembalut kain berwarna hitam, putih, kuning dan putih kelihatan usang. Paku, jarum dan lain2, auntie kurang ingat.

Perempuan tua tuh berpesan supaya abah buangkan barang2 tuh kat laut. Laut yg paling dekat ialah Pelabuhan Kelang.

Auntie ikut ke Pelabuhan Kelang tuh tapi tak tengok abah buang benda2 tuh. Konon nyer ada buaya putih timbul ke permukaan laut, masa abah baling barang2 tuh. Wallahualam.

Keadaan Mak beransur pulih dan seperti biasa Mak dah ambil berat tentang kami adik beradik.

akan sambung..................

Wednesday, April 29, 2009

Episod 7 - Gigitan Yang Bisa

Imbasan episod 6

Keluarga bertambah seorang lagi dengan kehadiran adik yg comel.

Abah berpindah atas kenaikan pangkat di Gemas, Negeri Sembilan.

Gemas, bandar dia besar dari Gua Musang, Station Keretapi nyer lagi sibuk dari Gua Musang, yg auntie ingat Abah sentiasa kerja siang dan malam. Jarang jumpa Abah.

Kat Gemas duduk quarters rumah berkembar dgn jiran Melayu, Anak jiran tuh ramai... tak berapa ingat berapa org. Yang pasti nyer auntie ramai kawan2 kat Gemas tuh.

Auntie ramai kawan laki2. Masih teringat ingat lagi, auntie main Koboi2 dan Red Indian. Auntie Red Indian pompuan.
Budak laki2 so creatif, cabut bulu ayam dah tuh lekat2 kan kat kertas, jadi kan mahkota auntie. Muka conteng2 dgn bedak batu. (Cap Nyonya dikedai Sen Sei ada jual lagi).

Konon2 nyer, Auntie kena kidnap olih koboi2 tuh, di ikat nyer auntie kat tiang bawah rumah. Kelakar budak laki2 tuh, meloncat2 macam naik kuda siap buat bunyi lagi erk...erk....kedak keduk!, kletak keltuk!kletak kletuk! (Bunyi tapak kuda). Pistol dan senapang kayu buat sendiri.peluru dari buah cherry muda. Panah buat dari buluh, anak panah guna lidi kelapa. Agaknyer dier org baca komik kot sebab TV belum ada time tuh.

Selain dari tuh main masak2, auntie tukang masak, bahan bawak bersama2, ada beras, sayur dan telur. Tungku api, budak laki2 pasangkan. Guna batu bata, dan bahan api ranting2 kayu. Menu simple jer... Nasi mentah, sayur rebus dan telur rebus yg retak. Yg tak leh tahan lagi, budak laki2 bawak belalang kunyit, besar2 tau, dibakar kat bara. Dah tuh makan lah kami beramai2. Auntie loya tapi budak2 tuh kata kalau tak makan sama, besok tak mau geng. Nak tak nak makan lah jugak. Fear Factor kan....

Suatu hari... auntie and the geng gi main2 kat kawasan lain jauh sikit dari rumah, rumah pompuan India yang obes/gemuk. Rumah dier ada anjing hitam, besar, anjing tuh berikat dalam gate, asyik menyalak2. Kami ramai2 sakat pompuan india tuh dengan menyanyi kan lirik......Fatty, fatty, bom bom........anjing menyalak, Khong! Khong! Khong! kita org pun salak balik Khong, Khong, Khong
Sejak tuh practically bila lalu kat situ, kami mengajuk pompuan india tuh,anjing dier menyalak, kita org pun menyalak balik. Nasib kurang baik ker atau sengaja pompuan india tuh tak ikat anjing dier, anjing yg disalak terlepas dan kejar kami. Apa lagi berterabor kita org lari... auntie yg berbadan montel tertinggal kebelakang...apa lagi kena gigit kat bontot. Nasib baik anjing tuh lepaskan gigitan nyer... auntie lari balik rumah menangis2 dengan titisan darah yg banyak...

Mak dan Abah ada kat umah, masa tuh Abah pakai motor Triumph 350cc nyer , apa lagi pecut lah Abah bawak auntie gi jumpa Dresser klinik daerah. Dah lah auntie kena gigit anjing, dah tuh kena pula injection kat bontot lagi.
Lepas kejadian tuh sampai lah sekarang auntie bukan main takut dgn anjing.

Pada umur nih lah, aunti mengenali telur katak, berudu disangkakan anak ikan. Umur nih juga, auntie belajar panjat pokok jambu dan mangga, tapi dahan2 yang rendahlah.

Auntie amat merindui zaman kanak2..seronok ...terasa haus bermain, balik umah, gogop air dlm peti sejuk, dah tuh keluar balik. Time makan lunch, mak jerit panggil balik, makan laju2, ingat nak keluar balik tapi mak kata time tido. Eee... fed up lah.
Petang kul 5.00 keluar lagi ... sebelum maghrib, mak jerit lagi suruh balik, masuk ler kandang. Till the next morning.....

Anyway, auntie gi sekolah at the age of 6, ikut kawan2. Guru Besar sekolah tuh kenal Abah, dia pelawa Abah utk trained anak ke sekolah. (Masa zaman auntie dulu2 tak de tadika)

Masa tuh Abah tanya, nak gi sekolah tak? Memanglah nak sebab Abah kata nak beli kasut baru, ada beg sekolah, ada bekas pensil and so on....auntie belajar hanya satu penggal sajer.

Sampai lah umur 7 tahun, baru lah auntie gi sekolah, betul2, Darjah Satu, guru darjah auntie Cik gu Rahmah, (kalau tak silap) dah kenal auntie, di lantiknyer auntie jadi ketua darjah.

Gambar darjah satu....


:: auntie yg sebelah cikgu ::

So setahun berlalu di alam persekolahan, again Abah kena pindah. Kali nih ker Kuala Lumpur...

Best nyer my home town again.

akan bersambung.......


Monday, April 27, 2009

Episod 6 - Adik Ku Yg Comel

Imbasan episod 5

Noraini masih ingat apa yg dilaluinya ketika berumur 3 - 4 tahun di Gua Musang, Kelantan.

Suatu hari Abah didatangi olih saorang Apek berbangsa Cina.

Apek : Salleh you punya anak satu saja kah!

Mohd Salleh : Ya!

Apek : Saya sangat suka tengok you punya anak banyak cantik! Pakai baju cantik, itu rambut selalu kasi ikat, itu reben cantik2....

Mohd Salleh : Itu anak, gua punya bini banyak sayang sama dia.

Apek : Gua sudah kenai sama lu sudah lama, gua sangat suka sama lu, gua sangat suka tgk lu punya anak.

Mohd Salleh hairan....apa hal lak cina tuh puji2 sangat2.

Apek : Salleh.....kalau gua kasi you, gua punya anak mau kah Salleh?.

Mohd Salleh : Betulkah nih Apek?

Apek : Ya! betui, anak perempuan baru lahir punya....

Mohd Salleh : Wah! gua banyak suka tapi gua mesti tanya gua punya bini dulu.

Apek : Kalau okay besok lu datang gua punya kedai, gua kasi itu anak.

Apek tuh mempunyai kedai kopi. Mak dan Abah selalu membawa auntie minum kat kedai kopi Hailam tuh, makan roti bakar berkaya. (Sekarang baru ada francise KOPITIAM). Isteri Apek tuh Mak dan Abah panggil Ahiyia.

Ahiyia juga mempunyai ramai anak... tak tahu lah kenapa dia nak bagi anak perempuan yg comel lagi sempurna tuh kat Abah dan Mak. Mak setuju lalu Abah kata kat Apek dan Ahiyia tuh akan dtg hari lain utk ambil anak tuh.

Selang beberapa hari..... Abah membawa anak tuh kerumah yg dibaluti olih sehelai kain batik.
Mak menyambut anak tuh dan menamakan nya - RUZIAH HANIM.
(Tertulis di Luh Mahfuz, anak tuh Islam)
Anak2 Ahiyia tuh ada yg kahwin dengan Melayu, ada yg bertukar agama Islam. Jadi tidak hairanlah kalau ia hendak bagi anak dier ke org Islam.

Dari sejak tuh, auntie kurang keluar main sebab leka dgn adik baru. Auntie cemburu tengok dia hisap susu botol nyer.

Suatu hari auntie mood kurang baik, melalak2 nak minum dalam botol jugak ,bila tengok adik best jer minum susu dalam botol.

Jadik... Mak pun ambil botol kicap yg belambak bersusun kat sebelah peti sejuk untuk di jual kat cina botol.

Auntie tunggu dengan tak sabar dan nampak , Mak auntie basuh botol tuh dengan air panas dan bilas berkali2. Mak tuang air teh susu kedalam botol, pasangkan puting getah kat muncung dia. (Zaman auntie dulu2, botol susu baby semua kaca berbentuk kekacang dan putingnya getah)

Auntie pun ambil dari tangan Mak, teh susu tuh, dan siap baring sebelah Adik, konon nak minum macam adik.
Air teh susu tuh habis auntie minum .............tiba2 berbunyi.... oong!!! oong!!! oong!!!
Tahu aper tuh.... anak katak dalam botol tuh.... Emm... apa lagi Auntie baling botol tuh ke dinding. Pecah berderai.

Mak siap gelakkan auntie lagi. Nasib baik tak sakit perut ker apa.
Sejak tuh tak nak minum dalam botol lagi.

Saperti biasa auntie kembali kerumah Babujie untuk dpt full attention, sebab kat rumah Mak dah leka dgn Adik yg baru lagi comel dan putih tuh.....

Satelah satu setengah tahun berlalu... kami membesar bersama sebagai kakak dan adik , karacter auntie dan adik auntie sangatlah berbeza dari segi selera makan.
Auntie kuat makan dan suka meratah berulang2 'Grilled Chicken' yg sentiasa ada dlm peti sejuk, buah2an apatah lagi. Adik auntie tak pemakan. Kalau auntie bagi dia makanan, dier buang..... so adik berbadan kecik dan kurus, auntie....kus semangat... ! (Macam Peeja dan Noy)

Abah dan Mak ada juga balik ke KL menjengok Tok Hjh Lijah dan Mak Sau dan Pak Sau di Kampung baru bila Abah ambik cuti.

Some collections of photos in a train on the way back to KL.....



Abah dan Nani kat sleeping coach
Kawan2 dlm train - auntie dah tak ingat. Mak yang tengah2 pakai subang
Mak mendukung auntie kat umah Tok Hjh Lijah
Kanan Auntie bersama Habsah - anak kawan Tok Hjh Lijah
Auntie kayuh basikal, seat belakang adik auntie.
Yg baris belakang, abg2 auntie yg handsome2 (Dah Arwah semua nyer)
Auntie mendukong adik.


Tiba masa nyer Abah akan menjawat kenaikan pangkat dan harus berpindah dari Gua Musang, Kelantan.

Ke mana?


akan bersambung......

Saturday, April 25, 2009

Tagged by my daughter - Noy

Noy! Leceh lah kao nih! tag mama lak, kan dah kena buat kerja lebih........

It's okay lah, purse mama lak tengah kembong dgn duit utk belanja2 beli barang2 kelangkapan bertunang kau besok kat Nilai 3.

Jom kita layan......

A. Snap the picture of both inner and outer of your purse


Outer

Inner

B. Introduce your purse brand, price & where you buy.

Brand : Pierre Cardin
Price : RM 160++ (Sale at 50% off)
Purchase at JJ Wangsa Maju, KL


C. Take out whatever its inside your purse

1. Maybank Mastercard
2. Diners Club
3. Diners Club
4. JJ Membership
5. UOB visa
6. UOB mastercard
7. Aussino membership
8. EON visa
9. CIMB mastercard
10. Southern Pottery membership
11. Identification Card
12. Koperasi Island Peninsular membership
Driving Licence (tertinggal lupa nak snap lak)

1. Sampul : Duit hadiah yg di beri olih kawan2 ketika sakit di hospital tempoh hari. Banyak jugak tapi masih belum di Banked in lagi. Ujong bulan nih kot....
2. Kad temu janji lawatan klinik jumpa doctor pakar di Ampang Puteri Specialist Hospital.


Duit2 bermacam2 warna. Nampak duit seringgit2 tuh.. standby untuk org butalah, org parking haram lah, dan sedekah yg ikhlas utk pengemis2 dipasar mlm atau pasar tani.


D. Tagged other 7 persons

Nak kena tag org lain ker noy?

Tak Yah lah dulu okay......




Friday, April 24, 2009

Episod 5 - Nyaris2.........

Imbasan episod 4

Noraini dibawa bersama ke GUA MUSANG, KELANTAN

Selalu nyer auntie main dgn kawan2 kat umah jer, tapi pd ari tuh auntie nak ke Station Keretapi nak cari Abah konon.
Mak tak perasan kot yg auntie dah gi keluar ker kawasan yg auntie not supposed to go.
Station Keretapi tuh tak jauh dari rumah about 500 metres away. Nampak dari rumah.
So auntie pandai2 lah nak crossing the landasan keretapi tuh... Ya Allah! keretapi dah nak tiba kat situ....
Umur panjang.... adalah saorang lelaki bangsa Benggali nih capai/sauk dan dukung auntie. Dia nih Abah punya staff kot, dia hantar auntie balik kat umah dan mengadu apa yg terjadi pd Mak.
Apa lagi ......auntie tak tahu apa Mak buat... he!he! he! Mak tak cerita lak, kena pukul ker, kena marah ker, auntie pun tak ingat.
Tapi yg pasti nyer auntie jadi anak angkat bengali tuh. Auntie panggil dia 'BABUJIE'
Babujie nih tak de anak juga....
(Apa lah sekeliling, asyik org tak de anak jer kan masa tuh? Tu lah auntie kata, auntie nih penuh dgn kasih sayang all over around me).

So, nak cerita sikit lah tentang my selingan hidup dgn Babujie. Sejak kejadian tuh, isteri dier selalu pinjam auntie ke rumah nyer, kadang2 sampai petang yg auntie ingat. (Kenapa Mak biarkan, tak tanya lak).

Auntie masih terbayang2, Babujie tuh menyikat rambut nyer yg panjang mengurai selepas mandi. Dah tu dia sematkan sikat kecik dia di celah2 toncet atau konde nyer. Kain kasa pembalut toncet dier, mak aii! panjang berjela2. Diikat rapi dan kemas.

Being bangsa Bengali makanan nyer capati jadi auntie nih makan capati berserta sayur dan 'Dal' nyer.
Apa lagi bila malam, nak capati...mana nak cari, Abah ngan Mak kan makan nasi atau Western food. (Mak diasuh makan western food, pasal Mr White tuh lah).
Nani punya kerenah terpaksa lah Mak belajar buat capati dan lauk2nyer dgn isteri Babujie tuh. So, off and on Mak selalu buat capati , sampai lah ke menantu dan cucu2nyer pandai makan capati.

Tempat tinggal di Gua Musang.... mesti lah banyak gua kan!
Kata Mak, pernah dia bawa auntie ke dlm gua2 tuh beramai2 dgn kawan2 dier kat situ, tapi ............auntie tak ingat lansung..... mungkin sebab gua kan gelap....otak pun gelap.......

Ok! ok! I'm just kidding, Sorry.... guys.... kenalah lawak sikit kalau tak serious jer...

Abah karekter pelik sikit, penakut jumpa doktor. Kalau dier deman dan selsema jumpa 'Seng Sei' doktor perubatan cina. Macam2 ubat akar kayu rebus, makjun kuat badanlah, auntie masih ingat lagi sebab auntie selalu mintak dia bekas2 tin makjun untuk buat mainan.

Tapi kalau auntie sakit dier bawak lak jumpa 'Dresser' klinik kerajaan daerah, org dulu2 punya terms untuk medical officer kot. (Auntie tak pasti).

Anyway, satu hari Abah terpijak paku. Apa dier buat.... kumpul kan belerang dari anak mancis api. (Kikis belerang tuh) Dah tuh dia bubuh kat luka terbuka tuh dan terus nyalakan api. Auntie suka tengok menyala macam bunga api... tapi sekejap jer.... bila auntie dah besar, tanya Abah kenapa dia buat macam tuh.. bunuh kuman katanyer... kelakar kan org dulu2.

I had a big doll for my 4th birthday. Doll tuh bolih kelip2 mata dia. For awhile I treasure and adore the gift from Abah. My friends envied and pull the leg off..... what happened after that auntie pulak kepak tangan dia, bukan nak punahkan doll tuh tapi inquisitif. Rupa2 nyer boleh kepak2 kaki dan tangan dia. After a while rosak terus.




Membelakangi Gua

Ahcie - Pembantu basuh kain. Auntie tengah2 membelakangi gua.

Dari Kiri ke kanan : Ahcie, auntie, Mak

Mak & her friends

Dari Kanan ke kiri - Mak, Auntie, Rahim dan Mek Yah

Auntie mendukung doll kesayangan nyer bersama kawan

Thursday, April 23, 2009

Episod 4 - Merantau Membawa Kasih

Imbasan episod 3.

Noraini tinggal bersama Mak dan Abahnya kat Kg Baru tuh hingga 3 tahun.....

Oh yer! nama panggilan auntie apa pulak oleh Mak & Abah?

Ayu dan sedap nama nyer..... NONI sampai umur 3 tahun kata mak.

Beberapa insiden membuatkan Mak dan Abah berpindah dari situ. Cerita dari Mak dan Mak Sau.

Suatu petang sedang Mak membawa Noni bermain2 kat depan rumah, tiba2 mak terdengar kanak2 lain (Bukan org lain adik beradik) mengajuk2 Noni dengan panggilan mencarut.... *NONO_* , *NONO_*, *NONO_* berkali2. Noni menangis... entahlah noni tuh dah faham ker tak tapi mungkin bila semua focus dan kejar2 dia, dan terjatuh luka membuatkan noni melalak.

Dari sejak tuh Mak tukar panggil ....NANI sampai lah sekarang (Dah tertulis di Luh Mahfuz)

Kejadian kedua di mana Nani tuh dah mula panggil Mak Sau tuh, Mak.

Dan lagi Mak kurang selesa dgn ragam abg2 dan kakak2 auntie ketika itu. Kenakalan mereka banyak yg tidak di perbetulkan oleh Mak Sau dan Pak Sau.

Auntie bagi contoh satu jer lah.... Org lalu lintas kat Jalan Hamzah, di tembaknya dengan pistol air sampai basah oleh abg2 auntie, bila org tuh dtg umah complaint/mengadu, Mak Sau being protective over anak2nya dgn tidak mengaku kesalahan2 anak dia.

Dah tuh tak tegor/correctkan kesalahan anak2.

Dan juga ada kejadian2 lain, lansung Mak pujuk Abah pindah dari situ. Mungkin takut nani terpengaruh, maklum lah budak2 baya tuh kan selalu mengikut apa saja.

KTM kan banyak branch nyer, alang2 pindah, lansung Abah pindah ker.........

GUA MUSANG, KELANTAN.

Station keretapi tuh kecik dan landasan yg terakhir gi Kelantan.
Macam2 lah barangan pertanian sayur2, herba dan buah2an hutan, kat situ di longgokkan ke gerabak2 untuk dibawa ke KL.
Buah2an hutan yg tak pernah auntie jumpa sekarang.....nama pun dah lupa. Contoh rupa buah tuh.. Emm... besar 1 gelang jari kelingkeng, kulit warna hitam, isi dalam nyer berabok, warna oren. Rasa nyer masam2 manis, Leka bila makan.

Dulu2 dier org jual pakai pot, tin susu condense tuh. 20 ke 30 sen jer harga nya satu pot.

Ya Allah, tiba2 untie teringat nama nyer.....

Sedih nih, baru saja selesai solat Asar, dah tuh nak sambung lah tiba2 terpantul nama buah tu kat kepala.....

Buah Keranji..... dah tahu nama auntie googles and attached the pic here.



Abah kat situ jadi ketua mekanik, auntie selalu dengar pekerja lain panggil Abah dengan gelaran 'kepala'. (Ketua kat situlah) Bila keretapi tuh sampai kat Gua Musang, kena lah Abah check keretapi tuh Apa yg dia check tak pula auntie tanya masa tuh, mungkin terlalu kecik lagi.

Yang auntie ingat, duduk umah quarters sebuah jugak, tapi tak de lak driver ker, tukang kebun, tukang masak. Emm... bukan org putih lah katakan.

Tapi, Mak nih, auntie perasan dia tak suka basuh baju... dulu2 kan tak de washing machine.... jadi dia upah pompuan India. Auntie panggil Ahcie.

Yang Auntie ingat lah, Aunti punya pakaian cantik2, rambut berkaran kerinting, mak bawak pegi saloon, bayangkan umur 3 - 5 tahun dah di make overkan. Kalau nak keluar main mesti pakai selipar atau kasut. Why.... Mak ngeri sebab one of auntie's abg meninggal sebab cacing dlm perut terlalu banyak. Cacing2 kecil masuk melalui kaki dan kuku, sebab selalu berkaki ayam bila bermain2 kat tanah.

Pasal kes tuh, auntie selalu kena makan julap BROCLATE. Bungkusan dan rupa dia macam chocolate, so senang lah Mak nak suruh auntie makan.

Julap tuh semua tahukan? Julap untuk bersihkan perut dari toxic dan cacing.

Teringat kisah nih.... kelakar sangat.....

Auntie masa tuh, kalau membuang tak suka gi toilet, maklumlah dulu2 toilet kan toilet angkut. Jadi auntie tak suka dan takut. Mak suruh auntie gi kat longkang tepi umah dah tu dia jiruslah stool tuh. Mak selalu tak tunggu, dier selalu masuk kat dlm umah sementara auntie buat bisness bila dah selesai, auntie jerit lah....... Mak dah sudah dah.........

Pada suatu malam, Mak bagi makan julap tuh, besok paginyer lawas nak gi toilet lah, perasaan malu tuh ada, ashik tengok kiri kanan bila nak kangkang kat longkang, (Hey, bayangkan budak 3/4 tahun tau, jangan lebih2 lak).
Tiba2.... auntie menjerit......Mak!!!! Mak!!!!!!! Auntie bangun, membongkok, lari lintang pukang, terkangkang kangkang, Apa yg terjadi?.....

Auntie menjerit jerit .... Mak!!!!! cacing, cacing........ Rupa2 nyer cacing melekat kat situ....tak keluar habis. Panjang dan gemuk oii!! Agak 6 inci lah jugak. Mak kejar.. auntie lari. Mak dapat tangkap, mak tarik cacing tu ngan kain.

Itu lah last, auntie makan julap Broclate tuh. Takotttt.......

Never forget that funny insident.






::Noraini bersama Mak::

:: Station Keretapi Gua Musang::

:: Seberang Landasan tuh rumah Auntie::

:: Rambut dah gi saloon::

:: Kawan Mak dan anak nyer Rahim ::

:: Bersama kawan - Rahim tuh junior by 1 year::

:: Yang paling kiri sekali tuh Auntie::

:: Kanan tuh Auntie::

akan sambung................

Wednesday, April 22, 2009

Feed back

Semalam gi Ampang Puteri Specialist Hospital for my medical check up again accompanied by my loving and caring hubby.

I was there frm 9.00am till 1.00pm waiting for my turn to see the Doctor. What can the doctor do with this suffering that i am facing? Not much ...........only neuro vitamins for my nerves, insulin for my diabetes and some pills for my hypertension and giddyness.

Anyway, thank you to that Hospital of being so hospitallity for one month. Warded when I was suddenlyly took ill and was bed ridden in November 2008.

Just to inform to all my readers out there, please excuse me if my sentences or spelling mistakes coz auntie ni actually, health is not okay tapi semangat nak jugak tulis.........

At times, it is difficult for me to utter words, sudden lost of words.... Hopefully the nervous to my head is okay. My vission too sometimes get blurred.

Anyway, I was so happy with all the prayers from everybody and now i have new friends all over malaysia....

Thank you to my daughters Peeja and Noy for assisting me to this blog. At least my stories are told and written somewhere. The photographs are being rearranged with the stories.

Auntie nangis hiba bila tengok gambar2 tuh, sebab Mak kan baru jer meninggal, belum pun 100 hari. Umur terakhir nya 83 tahun.

Gambar2 tuh dia simpan dalam beg brief case dia. Jadi bila dah meninggal auntie buka lah, apa lagi.... berjujuran lah air mata.......

Agak nyer kalau lah dia ada mesti dia suka kan......tengok gambar2 dia masuk computer.

Auntie suka dpt feed back dari anak2 kat luar tuh tentang cerita nih, kalau tak best bagi tau antie boleh stop jer. Mana lah tau kot2 boring cerita org lama.

Selamat membaca dan jgn lupa your honest feed back. TQ


Episod 3 - Salasilah (Latar Belakang)

Imbasan episod 2 :

Noraini di jaga dgn penuh kasih sayang oleh pasangan Mohd Salleh dan Nab.
Ahmad dan Rabae juga tidak putus kasih mereka walaupun anak tuh dah di serah pd adiknyer. (Rumah berdekatan)

Apakah panggilan Noraini kepada ibu bapa jagaan dan ibu bapa kandung?

Ibu bapa jagaan : Mak dan Abah

Ibu bapa kandung : Mak Sau dan Pak Sau (Tak pernah tanya what is the meaning of 'Sau') reckoned 'Besar' kot.

Mak seorang wanita yg amat pendiam, tak banyak cakap. Kecil, berkulit putih merah, mata coklat muda, hidung mancung (keturunan Sharifah). Lahir di Kampar, Perak.

Mak banyak menceritakan kisah hidup dia........... amat sedih.

Bapa dier meninggal semasa dier dalam kandungan ibu nyer, dan ibu meninggal ketika masih kecil lagi (baru pandai berlari2 anak).

Sebagai Mak Saudara, Mak diambil oleh Hjh Lijah dan di bawa ke Kuala Lumpur.

Hjh Lijah nih berkahwin dgn Org Putih. Masuk Islam dan di beri nama Mr White Abdullah.

Masa tuh tahun 1920an Hjh Lijah dah kahwin dgn org putih. Org putih yg dtg Malaya (Tanah Melayu) dari United Kingdom pasal pokok getah.

Mr White Abdullah, is the 2nd man in Rubber Reasearh Institute (Masih ujud di Jalan Ampang, persimpangan Jalan Jelatek).
Salah satu kerjanya round estate2 tiap2 bulan.

Jadi round punya round estate2, jumpalah Hjh Lijah kat estate Kampar, Perak tuh.
Jodoh ada, menikah dan tak de anak/zuriat sampai sudah.

So, Zainab nih jadi anak angkat dia.

Being Org Putih, mereka di beri banyak kemudahan, Mr White Abdullah nih ada driver (melayu), tukang masak (melayu), tukang kebun (melayu), tukang cuci baju (Pompuan Cina) dan macam2 tukang lah.

Rumah dia kat Jalan Damai, Kuala Lumpur. (Quarters Banglo RRI).

Driver dia org Boyan dari Singapura, nama tak ingat. Dia duda tapi ada bawa anak perempuan so Hjh Lijah bela. Nama anak tuh Amy.

Hjh Lijah ada 2 anak jagaan, Amy dan Zainab (Mak)

Tapi, Amy tuh lebih senior by 3 years from Zainab.

Mohd Salleh Hud berasal dari Jalan Hamzah, Kampung Baru,Kuala Lumpur.
Orang nya tinggi, rambut ikal dan berkulit putih kuning.

Atoknyer dan geng2 yg lain lah the early settlers of Kampung Baru dtg dari Melaka & Kedah.
Abah bagi tahu yg Atok Tan Sri SM Salim ada lah salah sorang yg buka Kg Baru. So, Tan Sri tuh kawan Abah masa zaman kanak2 sampai bujang dulu2. Kalau tak caya tanya Tan Sri keturunan dia asal org Melaka tak?

Mohd Salleh Hud ada 7 beradik berbin/binti kan Hassan dan Mak nyer bernama Comel.

1. Baba
2. Bapol
3. Ahmad
4. Asiah
5. Salleh
6. Normah
7. Said

Kesemua nya dah meninggal except Normah yg kena stroke recently.

Macam mana lak Abah bertemu jodoh dgn Mak. Konon nyer Abah naik motor round2 kat KL gi lah Jalan Damai tuh................ Jeng, Jeng, Jeng Mak ada tengah menyapu depan rumah. (Walaupun banyak servant tapi Mak tak pernah duduk jadi Mem besar).

Abah pun apa lagi, ashik2 pusing kat Jalan Damai jer lah time tuh.

Dah suka nak kawin, tapi Hjh Lijah marah dan larang mak kawin.

Hjh Lijah : Kenapa nak kawin dgn Salleh tuh! Mak rasa dia tak mampu nak belikan sabun mandi wangi untuk kau pun. Berapa gaji dier tuh?

Abah masa tuh kerja dgn Keretapi Tanah Melayu (KTM). Dulu tuh org kata Kerja dgn Gomen. Gaji yg di bawa pulang RM70.00 pd tahun 1944. (Kalau tak silap)

Abah tuh pakaian dia nak smart jer. Dah tuh ada motor lagi so cukup ker....untuk tanggong anak org berada ni!

Mereka kawin sendiri, melalui keluarga Abah. (Anyway Mak memang tak de wali kan, so pakai wali Hakim jer).

Tuh lah yg duduk di Kg Baru, kat umah bawah, sebab umah atas Mak Mentua (Comel) dia masih hidup lagi masa tuh.

Bila dpt bela Noraini barulah Tok Hjh Lijah terima Mak balik.

Continue part Mak Sau dan Pak Sau pulak, kalau ikutmyer auntie nak berhenti cerita ..........

Tapi tak per bagi selesai part salasilah ni.

Pak Sau nih of coz lah orang Kampung Baru, KL

Tinggi, berkulit putih kuning, rambut ikal. Kategory handsome. Sekolah Inggeris Princess Road sekarang Jalan Raja Muda.

Mak Sau orang Junjung - Kulim, Kedah.

Tinggi, berkulit sawo matang, rambut lurus.

Macam mana org Kedah bolih kahwin dgn org KL. Match make by Pak Sau punya pak saudara. Nenek Comel punya Abg , namanya Hassan - isteri dia org Kedah. (Nama Hassan serupa macam nama suami Comel juga).

Pak Sau nih kerja penarik beca keliling KL, Sekolah Inggeris..... tapi karecter baran terok, ashik gaduh nak parang org jer, jadi mana bolih kerja dgn org.

Anak2 Pak Sau dan Mak Sau (Adik beradik auntie lah, semua nama tak penuh)

1. Bok Chik - masih hidup
2. Ishak - Arwah
3. Ismail - Arwah
4. Harun - Arwah
5. Rubiah - masih hidup
6. Meninggal masa kecil
7. Noraini - masih hidup
8. Norli - masih hidup
9. Saadiah - masih hidup
10. Aminah - masih hidup
11. Hanapiah - masih hidup

Mak, Abah dan Noraini tinggal kat Kg Baru tuh sampai umur tiga tahun, dah tuh berpindah.............

akan sambung............




:Mak Kanan sekali dan tengah2 tuh Amy membelakangi Bangunan Sultan Abdul Samad::

: Mak sebelah pokok buluh di Tasek Perdana::

:: Mr White Abdullah yg pakai tie tuh::

::Mak dgn Mr White::



:: Tok Hj Lijah, Mr White & Noraini di Airport Sg Besi::

Tuesday, April 21, 2009

Episode 2 - Pilih Nama

Imbasan episode 1.

Ahmad nak serahkan anak yg dalam kandungan isterinya kpd pasangan yg belum ada anak ia itu adik lelakinyer.

Setelah genap 9 bulan 10 hari lahirlah anak perempuan yg cukup sifatnyer. Anak diserahkan pd Mohd Salleh Hud pada hari yg sama.

Ahmad : Leh, aku serahkan anak perempuan nih kat kau, pusat dia tuh jaga elok2, seminggu dua baru tanggal, kau berdua belum pernah jaga anak , aku pesan nih!

Mohd Hud : Anak perempuan? Rezeki saya dpt anak perempuan. Abang cam maner dgn pendaftaran surat beranak bang?

Ahmad : Lah! kau uruskan lah... kan dah jadi anak kau tuh! nak bagi nama apa bang!

Ahmad : Suruh bini kau jer, dia yg kena bela budak nih, biar dia pilih nama yg dia suka. Dah tuh kau binti kan nama kau jer!!!

Mohd Hud : Tima kasih abg

Balik kerumah (hanya bawah jer) membawa anak yg masih merah lagi.........

Mohd Hud : Nab, nih hah anak kita, abg serahkan tadi. Nab, kau pilih lah nama apa nak berikan pd anak perempuan nih! Dah tu abg pesan pusat anak ni belum tanggal kena jaga2 lah sikit.

Nab: Dah lama dalam ingatan nama untuk anak perempuan, Leh

Mohd Hud : Apa nyer?

Nab : Noraini, cahaya mata ku dalam bahasa arab nyer.

Pendaftaran di lakukan 2 hari selepas bersalin, jadi anak tuh ada dua birthdate .

Anak tu di bawa naik ke ibu rumah setiap pagi sehingga 40 hari untuk menyusu ibu, lepas tuh susu LACTOGEN sepenuhnya. (susu tepong jenama dulu2 sekarang tak tau ade ker tak lagi)

Gambar2 pd tahun 1955 di rumah Tok Hjh Lijah (Mak Saudara Nab)


:: aik..mandi dalam sinki ::


:: tak pakai baju ?Huh! Minuman Lactogen, montel dibuat nyer ::


:: time makan ::


:: Dari kiri ke kanan - Tok Hjh Lijah, Mohd Salleh Hud meriba Noraini ::


:: Kecik2 dah pandai senyum lebar ::

:: Nak bergambar punya pasal atas meja makan pun takper ::


Masa berlalu anak di bela dah pun setahun. Sambutan Hari lahir di sambut meriah oleh Mohd Salleh Hud.

Gambar2 hari jadi pada tahun 1956 di ambil di Kampung Baru, Jalan Hamzah, Kuala Lumpur buat tatapan.





: Org bergambau kenapa Noraini tunduk?::

:Noraini di dukung oleh Mohd Salleh::


Dari gambar2 kat atas tuh, menbuktikan Noraini dijaga dengan penuh kasih oleh Mohd Salleh dan isterinya Nab .

Adakah bukti dari kereta tolak nyer, gelang dan rantai nyer atau sambutan hari jadi nyer?

Tak lah bukan itu....perjalanan hidup yg dilalui penuh dengan Kasih Sayang dpt dirasa sampai kini.............

akan sambung...............

Monday, April 20, 2009

Al-Fatihah

Lah penat jugak nak cerita2 rupa nya. Maklum saja org tak sihat nak juga berblog... lantak perpinau biji mata menaip, nak cari ayat, perah kepala nak ingat cerita lama....
Tapi rasa puas dpt imbas kembali kenangan...

Bila kata tak sihat tuh... banyak yg ditanggung, hilang pendengaran, kepala vertigo, badan tak balance bila berjalan, terhoyong hayang perlu di pimpin. Semua yg berlaku berpunca dr kencing manis yg ditanggung selama 8 tahun. Kata doktor pakar, kebanyakkan sarap dah rosak.

Doktor kata berdoalah banyak2 moga pendengaran dan vertigo pulih saperti biasa. Ikhtiar makan ubat diteruskan.

Agaknya Allah bagi rezeki kat masa & strength untuk menulis.

Selalu bertanya bila bolih luahkan cerita2 nih...dah sampai penghujung jalan rasa nyer hidup ini.

Caracter2 dlm episode 1 tuh : Ahmad (Arwah), Rabae (Arwah), Mohd Salleh Hud (Arwah) & Zainab (Arwah)

AL-FATIHAH MOGA ALLAH TEMPATKAN BERSAMA ORG2 YG BERIMAN, AMIN.

Sunday, April 19, 2009

Episode 1 - Kasih dimana kah sebenar2 nya kasih !!!

Kisah bermula pada sekitar tahun 50an..........

Seorang ibu (Rabae) yg sedang hamil 5 bulan, suaminya (Ahmad)
telah menjanjikan anak yg dalam kandungan akan di berikan kepada adiknya (Mohd Salleh Hud)
yg tidak ada zuriat setelah 7 tahun berkahwin dgn Zainab. Anak yg bakal dilahirkan olih Rabae tuh anak yg ketujuh!!

Mohd Hud : Abg saya nak kawin lagi lah...

Ahmad : Apasal lak kan bini kau cantik, semua satu kampung gila kat dia... Dia tahu ker kau nak kawin lagi?


Mohd Hud : Entahlah abg..... Dia tak leh/takde zuriat, faham2 sendirilah kot!!!

Ahmad : Cam ni lah, kakak kau tuh bunting lagi.. aku bagi kau jer lah anak yg dlm perut tuh.


Mohd Hud : Betul ker nih abg? Kakak tak marah ker?


Ahmad : Kau tuh bukan nya org lain adik aku sendiri, dah tuh kau pun duduk rumah bawah (anak rumah) dan aku rumah atas (ibu rumah) apa salah nyer. Nanti aku bagi tahu kakak kau.

Ahmad : Bae.... abg dah janji dgn Hud... Emm... anak yg dlm perut awak tuh, kita bagikan
kat dia jer lah. Kita pon dah banyak anak. Kesian dia takde anak dah tuh si Hud nak kawin lain lak tuh.

Bae : Saya nak kata apa abg, abg dah janji, saya ikutkan jer lah...(sebagai ibu mestilah sedih, sebab anak tuh akan di beri kat org!!!!)


Dimana :
Kasih ibu kpd anaknya yg bakal diberi org?

Kasih anak kpd ibu bapa kandungnya?
Demi kasih Abg terhadap adiknya

akan bersambung...........

Saturday, April 18, 2009

Intro dan salam perkenalan

Assalamualaikum - (Peace be upon you),

Enjoy dan seronok pulak baca blog nih!! Cuti sakit terlampau lama dan tak de apa2 activity nak buat, computer lah jadik tumpuannya. Dah 5 bulan berlalu duduk rumah, masih dalam rawatan. Tak kerana cuti sakit nih, mana ada masa nak baca blog, memang sentiasa kerja, kerja, kerja......dah tuh petang penat, hilangkan stress dgn TV and dvd to kill my time till the next following day. Teringin nak cerita tentang pengalaman2 hidup sendiri, saudara mara & kawan2.


Semoga ada yg boleh dijadikan teladan dan pengajaran utk generasi yg masih muda.

Saya akan selitkan Episodes of stories............ utk bahan bacaan di luar sana.

Selamat berkenalan dan Salam Sejahtera semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...