THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, December 28, 2009

EMAS PUTIH, EMAS KUNING?

Dapat surat dari Habib Jewel lagi, Pesta Jualan Cuci Gudang 2009.
Emm...ada promosi empat hari dari 24 - 27 Dis dengan potongan harga 70%, harga runtuh dan bagai2 ayat untuk menarik perhatian pelangan regular nya.

Auntie pulak teringin juga nak gi jengok, bukan apa..nak belikan hantaran untuk bakal menantu auntie yang pertama pada hujung bulan January tahun depan. Tinggal empat minggu jer lagi.

Ajak lah si Peeja dan Noy teman auntie ker Habib, Ampang Point petang sabtu.

Petang yang bahagia sebab dah lama anak2 pompuan auntie tak sekereta dengan auntie.
Sejak kereta kembara masuk workshop, baru lah dapat bersama2 mereka.

Emm..terasa ketika zaman kanak2 mereka pulak, suami auntie drive, auntie duduk sebelah, Peeja dan Noy duduk belakang. Cuma auntie tak dapat mendengar apa perbualan suami auntie dengan anak2 perempuan ketika dalam kereta.
Auntie menoleh ker kanan nampak suami auntie ketawa2, toleh ke belakang anak2 pompuan juga ketawa2.
Entah lah auntie memang tak boleh dengarrrrr lansunggggg...........

Suami auntie buat gaya menari2. seronok agak nya, toleh belakang anak2 juga buat gaya menari2..

Auntie kata kat mereka, apa nih, berzikir ker apa nih!! Saja jer auntie sound, nak mereka behave themselves.
Abis auntie dah tak dpt nikmat mendengar lagu2.

Sampai jer ker destinasi, ada tinggal satu jer reserve parking for Habib Customer Only, tapi security guard angkat signage 'no parking' utk kereta kami. Agak nya dia tahu kami nak ker Habib lah tuh.

Ramai nya manusia, boleh dikatakan 99% orang melayu, penuh ruang bersesak macam pasar malam. Betul2 ikut iklan dalam surat edaran mereka 'Pesta Jualan Cuci Gudang'.

Memang orang melayu ramai yang berduit, tua dan muda asyik membelek barang2 kemas pilihan masing2. Auntie tengok bukan nya setakat belek, memang dia orang borong.

Emm...auntie pulak nak beli 'gelang tangan' utk bakal menantu auntie, so pergi ke kaunter gelang.
Soalan yang di ajukan oleh sales promoter, Mak cik nak mas putih ker ....mas kuning?

Auntie yang tak boleh dengar, toleh kat Peeja utk bertanya apa yang sales promoter tuh cakap. Auntie somehow or rather can only pick up Peeja's 'lips reading'.
Memang dia selalu buat muka bila auntie toleh kat dia. Penat kena explain kat mama tau, kata nya merungut.
Nampaknya kena bagi allowance/upah kat dia, supaya dia tak komplain lagi..

Berbalik pada mas putih ker, mas kuning?
Kalau nak ikut memang lah pilihan auntie mas kuning tapi trend sekarang pulak mas putih jadi kegemaran budak2 sekarang.

Tapi auntie masih ingat masa auntie pakai mas putih, Arwah Mak Mertua auntie pernah bertanya kat auntie kenapa pakai 'nekal'? Itu lah persepsi orang luar bandar. Trend mas putih belum lagi di gemari dan di kenali ketika itu.

Tapi sekarang kat KL majlis kenduri kendara for circles of elite people Mas Putih bersalut/bertatah berlian is the trend.

Fikir punya fikir, pilih punya pilih....So end up auntie beli gelang berlian mas kuning utk bakal menantu, mas putih utk anak2 auntie, peeja gelang tangan dan rantai ngan loket untuk Noy.

Auntie ngaga jer tak dapat beli apa2 sebab dah sampai waktu maghrib, kata suami auntie, mama punya besok jer lah..
Dalam hati kalau besok2 tuh, memang melepaslah...sebab besok dah nak pergi Linggi, NSembilan ada kenduri kahwin.

Dah bayar dan dapat resit, sales promoter bagi voucher untuk pembelian baru dan food coupon.
He he he...mesti lah nak guna voucher tuh kan.. nasib baik boleh guna sampai end of Jan 2010. "So see u again Badariah" nama sales promoter tuh.. auntie memberi senyuman yang meleret sebab dpt voucher tuh..

Food coupon tak di gunakan sebab Noy nak belanja makan Seafood.

Siapa2 yang Trend Conscious dan berduit lah......sila ada dua set of jewelery Mas Kuning dan Mas Putih..

Berapa dividen ASB tahun nih?? Ngeee......


14 comments:

  1. AMBOI anak branak ni gi borong emas! sonoknye...errr, utk ai takde ke auntie? :P

    Macam ai sendiri pon suka mas putih. Tp tak sanggup nk beli. mahal! yg ada seketol ni jelah. Cincin anniversary. Yg len sume ai pakai silver punye. mmg ai x minat ngan mas kuning.

    ReplyDelete
  2. auntie dapat durian runtuh tu.. sakan nampak...;D
    mcm sya adalah x suka memakai kuning, suka putih lagi...chantik!!

    ReplyDelete
  3. Salam Aunty Nani,
    syoknya.. tp Dayah x minat langsung emas putih ke kuning ke..huhuhu..
    x boleh dekat.. nanti habis merah2..
    tp mama Dayah suka.. dia patang nampak..
    sure beli.. even tho dia masa tu x bwa duit byk..
    ASB? hehehe.. insyaAllah tak mengecewakan tu.. boleh beli set ^_^ sapa taw.. wink..wink..winkk

    ReplyDelete
  4. kak nani,
    pg tadi cuba nak komen tak boleh, ni cuba lg...
    saya suka emas kuning... suami suka platinum.. saya suka style lama.. taste org tua...
    Best menyopping emas kannn... bertuah bakal menantu dpt mak mertua sporting... :-)

    ReplyDelete
  5. Naemah RamliDecember 28, 2009

    salam auntie...

    boleh ima tau tak apa punca yang buatkan auntie tak boleh dengar...??

    my auntie ada lung cancer, so kesan dari kemo n radioteraphy buatkan dia jadi pekak..

    luckily ada orang suggest pergi berubat dengan pengamal traditional di johor, n now my aunt dah boleh dengar semula... yang pentingnya ini berubat dengan cara yang diredhai Allah, bukan jenis yang menyimpang dari ajaran Allah...

    kalau auntie nak cuba nanti ima dapatkan contact no n address tempat tu kay...

    anyway, am yr silent reader...

    ReplyDelete
  6. Ai : Emm..tulah auntie dah cakap, trend budak2 sekarang memang suka mas putih.

    sayangsayangibu : Mas putih lagi pilihan generasi melayu sekarang yek?

    Dayah : Emm..kenapa merah2, alergic yeh! Untung gak Mak Dayah suka beli, besok2 boleh pass kat Dayah kalau dah hilang alergy nanti.


    Naemah : Auntie tak boleh dengar sejak November 2008. Masa tuh
    auntie deman 2 minggu tak baik2, so auntie kena masuk wad selama
    sebulan. Masa tuh lah hilang pendengaran, hilang upaya berdiri dan
    berjalan. Terbaring selama sebulan, buang air besar dan kecil pun,
    suami dan anak2 uruskan. Guna kerusi roda selama 6 bulan,
    kebelakangan nih, auntie dah boleh lah berjalan pelan2 sambil di
    pimpin. Tapi pendengaran masih belum baik lagi. Kata doktor masaalah saraf.

    Setakat nih...auntie belum pernah lah cuba cara traditional
    lagi..kalau naemah ada contact no: dan alamat tempat auntie naemah
    berubat, boleh juga auntie cuba2, mana lah tahu, kalau2 Allah
    mengizinkan melalui perubatan traditional.

    Hope to receive yr reply soon. TQ

    ReplyDelete
  7. Patutlah habis barang kemas kat Habib tu. Marina dah borong utk anak2 huhuhu

    Januari kalau ada sales lagi bagi tau ya. Untung2 ada rezeki lebih masa tu.

    ReplyDelete
  8. saya pulak baru nak buat ASB..hehehe.

    ReplyDelete
  9. Pak karamu sudah kembali ke Malaysia

    ReplyDelete
  10. saya suka mas kuning. sbb kalau mas putih, mahal, pastu nak jual setahu saya takde nilai. tul ke?

    ReplyDelete
  11. Assalam kak Nani....untuk Badar tak ada ker? Gelang kaki ker,gelang tangan ker, rantai atau cincin emas putih bertatah berlian? hehe...saja nak menyibuk...

    ReplyDelete
  12. Kak Nani...voucher boleh guna before end of Jan 2010?...simpan baik2 tau? ...tanya ada makna tuh...huhu

    ReplyDelete
  13. salam auntie nani

    selalu baca tapi silent reader je

    suka plak topik ni. I more prefer white gold .. simple dan elegant. Baru ni for my 10th anniversary, mu hubby bagi white gold bracelet.. sangat cantik, mahai sikit tapi memang cantik.. lepas tu dah mula minat emas putih ler pulak, tapi mIL sll marah sbb dia kata white gold tak de nila bila nak jual.

    ReplyDelete
  14. salam untie..
    saya peminat untie n anak2.. baca dari kejauhan je..
    utk kesihatan untie, dan bina balik sel sel badan, saya syorkan untie minun JUS INTRA.. sebab dah terbukti berkesan.. cuba la.. insyaAllah.. ini bukan ubat.minuman jus herba tmbhan ni boleh bantu sistem badan dan pulihkan.sedap.rasa mcm air grape jer..dia ade 23 jenis herba.multivitamin.saya ckp ni bukan untuk jual.atau promote.sekadar berkongsi yang baik.tapi untie leh dapatkan kat area kl..cuba la cari.jangan lupa tau.. dijamin..x salah mencube kan..(bagi pendapat saya yang dh lalui) xmahal..sebotol 138je..
    ok.. sekian.. luv u untie..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...