THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, December 30, 2009

AZAM??

Tiap2 tahun baru, ramai yang pasang azam. Ada yang dpt dibereskan dan ada yang tertunggak.

Pada auntie azam adalah sesuatu misi yang kita target utk melunaskan/menunaikan nya sampai dapat. (Bermohonlah pada Allah dgn izinnya untuk mencapai segala apa yang di hajati)

Kalau tak dapat capai tahun itu, carry forward ke tahun hadapan, jgn pula saja2 hilangkan dr list tahun berikut nya, sebab setiap azam adalah perkara yang baik, rasanya rata2 tak de orang pasang azam yang tak elok.

Emm...auntie masa berkerja dulu, list azam terbahagi kepada dua kategory.

Kerjaya dan Agama.

Auntie akan list down semua yang auntie nak lakukan. Memang mesti list down.
Bahasa Arab nya 'Dhobit' (Kalau tak silap).
Bila kita dah tulis, disitu nanti kita dapat refer, ada peringatan.

Bukan setakat dalam fikiran saja, sebab kalau dlm fikiran, auntie pasti ia hanya akan tinggal sebagai impian yang terbiar, melular tanpa reminder, manusia kan pelupa.

Tulis lah dlm journal or planner, photostat sebelas helai dan masukkan sebagai separator pada setiap bulan list tu, supaya setiap bulan baru tiba, kita akan nampak azam kita yang masih belum dilakukan.

Contoh list Azam auntie pada tahun 1994

  • AGAMA
  1. Bertudung *
  2. Menunaikan Umrah *
  3. Mempelajari mengenal diri dan mengenal Allah *
  4. Mendalami mengaji Al Quran **
  5. Memulakan memberi salam instead of good morning wish to all muslim, dalam pejabat dan luar * (sambil memberi senyuman bila bertembung)
  6. Kawal diri dari emosi bosan dan amarah *
Notakaki : * Alhamdullillah Berjaya menunaikan nya.

** Terhenti separuh jalan.
  • KERJAYA
  1. Koleksi pakaian yang sedap mata memandang, Islamic. (bukan mcm nak gi rumah org kawin, kilat milat, pilihan warna yang sesuai). Barangan Kulit Asli -Kasut 2 pasang dan dua handbag, brown and black khas untuk pejabat. *
  2. Meeting deadline for all workloads. *
  3. Attend kursus utk kenaikan pangkat. (At least 3 courses in a year). Dengan kenaikan pangkat dapat membetulkan kedudukkan financial.
  4. Saving monthly without fail. *
  5. Active dalam activity2 social di pejabat (sebelum nyer auntie saorang yang menyendiri) *
Notakaki : * Alhamdullillah Berjaya menunaikan nya.

Pada tahun 1995 dan seterusnya, tuah auntie sangat2 murah rezeki, bila auntie focus pada list azam.

Apa azam auntie untuk tahun 2010?

Walaupun auntie dah tak berkerja lagi list auntie masih terbahagi kepada dua kategory.

  • Agama
  1. Melunas kan semua hutang2 credit card to zero (at the moment holding 4 gold cards, nak maintain 2 shj).
  2. Membayar zakat pada setiap tahun yang akan datang
  3. Memperbanyakkan segala2 yang sunat (puasa dan solat)
  4. Menziarahi sanak saudara dengan menghadiri majlis2 jemputan (dulu2 memang tak dapat, selalu pentingkan kerja. Menghadiri yang dekat surrounding KL jer).
  5. Menunaikan rukun islam yang kelima 'Haji'
  • Business
  1. Link with Government agencies (selama ini dengan swasta shj)
Moga auntie dapat melaksanakan azam auntie....Amin

11 comments:

  1. menarik la auntie..saya pun nak listkan azam tahun depan.....sekarang dalam kepala otak banyak benda nak buat. mudah2an berjaya.

    saya doakan semua yang auntie listkan tercapai.Saya doakan auntie sehat dan bahagia selalu. dapat kenal auntie di blog ni rase macam dah dekat sangat di hati....

    ReplyDelete
  2. kak nani,
    saya turut doakan agar kesihatan kak nani buat tahun 2010 lebih baik....
    amin.

    ReplyDelete
  3. wah auntie, bgsnya..biasanya kita ada satu azam je. hik2

    ReplyDelete
  4. Salam Aunty Nani,

    Its good bila kita list downkan..
    & its will remain us.. ^_^
    Dayah? X pernah list hehehe..
    InsyaAllah akan mula di praktiskan..
    Supaya lebih bernilai

    Salam tahun baru Aunty.. mudah-mudahan dapat menunaikan semua impian tahu 2010 ^_^

    ReplyDelete
  5. auntie, semoga dapat melaksanakan azam. selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  6. untie,

    good idea la... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun Baru Auntie. Semoga semua azam auntie akan tercapai.

    ReplyDelete
  8. Azma : Tima Kasih bebanyak doakan auntie.

    Rahmah : TQ sooo much.

    Ruding roti : Satu azam in a year?? sikit tuh, no challenge lah..

    maiyah : Selamat Tahun baru to you too.

    Dayah : Is good for you to try to list all that you need to do..best of luck try hard ya. Inshaallah dgn izin Allah moga azam tercapai.

    ilyannur : TQ very much for the doa.

    linda : You are most welcome

    Erni : TQ for the doa

    ReplyDelete
  9. Insya allah, Zey doakan azam tahun 2010 menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  10. saya pun sama! Mula list down azam sejak mula bekerja, sebabnya time tu, tiba2 rasa too many things to do in too little time. Tapi still masih ada yang tak tercapai-capai sampai sekarang, tiap2 tahun pun bring forward...hehe!! (gelak kat diri sendiri).

    Nway semoga tercapai semua azam aunty tahun ni :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...