THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, December 10, 2009

ANEH BIN AJAIB

Auntie baru dapat berita yang mystery.

Anak buah auntie di Melaka, anak lelaki Kak Ton yang kedua. Umur baru pertengahan tiga puluhan.

Dulu dia berkerja di salah satu pasarraya di Melaka memegang jawatan yang tinggi dan bergaji lumayan.

Sejak berlaku gawat awal tahun lalu, dia telah di berhenti kan kerja. Di sebabkan dah beli rumah kat sana, mereka bercadang meneruskan hidup mereka berikhtiar untuk berniaga.

Isteri nya belajar buat kuih muih melayu yang standard hidangan hotel. Mereka sewa satu lot kedai di salah satu pasarraya dan memulakan perniagaan. Nasi lemak mereka jadi buruan pengemar2 yang dah jadi regular di kedai mereka dan jualan sampingan goreng pisang panas juga di minati.
Bagus betul otak anak buah auntie, sebab mana ada nak cari goreng pisang panas kat shopping complex?

Perniagaan mereka amat maju tapi petang semalam, Kak Ton talipon suami auntie bercerita perkara mystery yang berlaku pada anaknya, suami isteri dan 5 anak mereka...
Kak Ton minta tolong kalau2 suami auntie boleh uruskan...

Emm..cukup hairan macam mana boleh terjadi perkara2 macam nih, pada zaman yang serba moden dan canggih. Masih ada pengamal2 ilmu hitam ker??
Sungguh kesal terhadap orang2 islam yang masih sesat!

Dua minggu yang lepas, kedai anak buah auntie di datangi olih saorang yang dah lanjut usia, berkopiah..dia order makanan dan mula banyak bertanya..
Sebagai anak muda kpd orang tua, anak buah auntie tuh melayan lah..

Pak Cik : Kat mana belajar buat2 kuih2 nih?

Anak buah : Belajar kursus kat KL

Pak Cik : Pak Cik tgk sangat laku kedai nih..
Berapa orang pekerja yang menolong bantu2 kerja kat sini.

Anak buah : Ada lah dua tiga orang.

Walaupun soalan nya tak der lah berat kpd kedengkian tapi anak buah rasa tak sedap hati bila tgk pak cik tuh..

Selepas seminggu jer..kejadian aneh berlaku..

Kuih dah siap masak, nak di potong2, jumpa segumpal rambut, setalam kuih penuh dengan kaca2 kecil dan juga dalam masakkan nasi lemak ada jarum.
Goreng pisang tak masak2 dalam kuali. Punya lama anak buah auntie goreng tak kuning2 katanyer.

Di kedai pulak dah tak de orang masuk, org yg biasa jadi regular lalu saja tapi tak singgah..mcm tak nampak kedai tuh...

Dua malam berturut2, anak2 kecil dia menangis2 kata ada hantu tengok dia orang kat tingkap.

Suami auntie pula tak leh nak balik melaka, sebab kereta kembara dihantar ke workshop utk di perbaiki pulih mungkin sampai tahun baru nanti. Jadi noy terpaksa di hantar dan di ambil oleh suami auntie.

Suami auntie..walaupun orang melaka, bukan nya tahu sangat dengan siapa nak refer benda2 macam nih..bolehlah bertanya sana sini..tapi kena balik lah, bukan main talipon2 jer..

Tak sedap hati, malam tadi kul 11 : 30 mlm, suami auntie talipon anak buah, dia sedang berubat kata nyer..so tak dapat information lanjutan lagi...

23 comments:

  1. Salam Aunty,

    Manusia skrg tak takut hukum Allah. Tahu dengki2 sahaja. Moden tapi pendek akal.

    Bila ajaran agama di ketepikan begitulah, end up manusia. Ya Allah, minta simpanglah perkara2 begini jadi pada kita. Minta jauh dari rasa hasad dengki yg menang dan bertepuk tangan syaitan laknatul.

    ReplyDelete
  2. Allahuakhbar!!

    Tp mmg ada lagi benda2 camni auntie. Hasad dengki org bila tgk org lain berjaya. Sifat sial camtu mmg ada lagi. huhuhu..

    minta2 la lps ni bisnes dowang kembali ok..

    ReplyDelete
  3. Hush...
    (Memang geram ngan sikap orang macam ni...)
    sikap berdengki..dengki.. iri hati memang dari dulu hinggalah ke akhir zaman tetap ada lagi..
    Mereka yg dengki tu tak ingat semua yang hidup akan mati ker?....
    Doa saya mudah-mudahan anak saudara suami kak nani tu dapat jalan penyelesaian yang baik dengan kadar segera....
    ( Kat mana kedai dia?... nak try jugak Nasi lemak dia... saya pantang dengar perkataan Nasi yang ada Lemak2 tu...)

    ReplyDelete
  4. di mana mana pun ada benda ni selagi manusia tak bersih hati

    ReplyDelete
  5. Assalaamualaikum kak, manusia ini bermacam ragam, kadang2 nampak baik tapi dalam hati menyimpan dendam, tak dapat cara kasar cara halus dikenakan kita, lebih2 lagi orang berniaga, memang tak lepas dari hasad dengki pesaing...saya doakan semuga perniagaan anak buah akak tu cepat pulih kembali. Amin.

    ReplyDelete
  6. Auntie;

    Cuba website ni:

    http://akrine.blogspot.com

    Mereka ni cukup dikenali sebagai perawat bagi masalah2 berkenaan benda halus. Kat tepi belah kanan tu ada disenaraikan perawat2 yang beroperasi di setiap kawasan. Melaka pun ada.

    Selamat berjaya.

    ReplyDelete
  7. masyallah (?)

    boleh jugak.... ?

    nauzubillah

    ReplyDelete
  8. e, jahat betul org yang buuat ni. biasa la kan, bila dah dengki ditambah dengan hasutan syaitan. harap2 keluarga anak buah auntie berjaya melawan benda2 tu.

    ReplyDelete
  9. ni kerja org hati busuk...




    salam ziarah aunty..

    ReplyDelete
  10. Salam auntie,
    en3 ni buat saya sedih, teringgat arwah anak keluarga angkat saya di dungun dulu
    baru saja meninggal kerana ilmu hitam dengki khianat
    disini saya kongsi
    http://mycutelife-sayangsayangibu.blogspot.com/2009/11/ilmu-hitamkhianat-dengki-dan.html

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..

    Auntie,cuba call ustaz ni..0176019952.dia dok keramat au..housemate saya sendiri pernah kena benda2 halus macam ni.alhamdulillah,dah sihat.ustaz tu takde jampi ape.dia bg panduan cemana nak buat,orang tu yg kena buat sendiri..

    Selain terkena benda2 halus,housemate saya ni ada masalah nak jual rumah dia kat kampung(kesempitan wang dan nak byr hutang,terpaksa jual).dah bertahun2 letak iklan nak jual rumah,mmg ramai yg dtg tgk rumah tu,siap bwk lawyer bagai dah confirm nak beli.alih2 tak jadi.dlm 20-30 orang gak yg dtg tgk rumah tu.tp mcm susah nak jual.macam kalo org lain tgk rumah tu sayu je rasa hati.mcm ada yg tak kena la..(menurut cerita hosmet saya,pakcik dia berdengki nak rebut rumah tu.wallahu'alam)

    Btw,lepas ustaz tu bg air dan garam yg dah didoakan dan ditabur di sekeliling rumah,alhamdulillah,rumah tu skrg dah ada pembeli.rm300k nilai rumah di batu pahat,saya rasa quite ok kan?

    So,auntie tryla call ustaz tu.saya lupa nama dia,ustaz azman kot sebab selalu panggil ustaz je.insyaallah dia boleh bantu ape terdaya.tp kena buat appointment awal2 sbb punyela ramai org dtg jumpa dia..

    Ok,harap membantu

    ReplyDelete
  12. Salam, kak Nani,

    Benda2 ni dah biasa saya dengar. Dan akhir2 ni, dengarnya perkara2 ni makin menjadi2.

    Kesiannya kat family tu.

    Semoga Allah melindunginya sekeluarga.

    ReplyDelete
  13. Salam kak Nani ( maaf, main ikut2 jer panggilan ni...),

    I pernah alami peristiwa hitam ni...
    siksanya hidup hanya Allah jer yg tahu...I boleh terima apa saja termasuk hubungan yg genting antara suami isteri tapii...I tak sanggup bila sikap I dari seorg ibu yg penyayang menjadi begitu kejam bila selalu merotan anak yg sulung hanya disebabkan perkara2 remeh, masa tu dia dlm usia 8-11 thn, mcm tak leh nak hentikan tgn ni wlp hati I menjerit2 melarang... mcm kena rasuk hantu,
    sampai skrg hati I masih berdarah bila teringat dan setiapkali itujuga I akan peluk dan minta maaf kat anak I sampai skrg, airmata usah ceritalah, I tak pernah rasa malu or hina setiapkali mohon ampun dari anak sendiri, amat payah melupakan kelukaan ini kerana dia mmg seorg anak yg amat2 baik, wlp dia dah bujang skrg dan amat memahami tp I masih sukar memaafkan diri I sendiri wlp apa yg berlaku adalah di luar kemahuan diri...tp I amat2 menyesali....rasanya bawak ke mati...

    Kalau berubat, takyah cerita lah, mana jer org bitau kami gi, kdg2 ustaz2 pun ada yg makan duit gak cuma caranya agak berdiplomasi, kalau lantai rumah bercarpetkan garam kasar dan lada hitam toksah citer la...mandi bunga... bergolok bergadai, katakan apa saja....

    Akhirnya I tersedar....Takkan berlaku sesuatu itu samada baik atau buruk melainkan dgn izin Allah. suatu malam I bertahajjud dan bermunajat, I berkata2 kpd Yg Maha Pemberi :
    'Wahai Allah..sesungguhnya apa yg Kau dtgkan kpdku ini adalah dgn izinMu jua dan aku tak tahu apakah rahasia yg tersirat di sebaliknya. Sesungguhnya aku amat tak berdaya dan tak kuat menghadapinya dan ku mohon..jika Engkau yg memberi segala ujian ini maka Engkau jualah yg berkuasa menghapuskankannya... hanya Engkau sebaik2 tempatku meminta dan berharap, tunjukilah aku jalan keluar yg seluas2nya dari segala musibah ini, amin...

    Mulai saat itu selain dari satu doa yg lazim I amalkan, I amalkan juga Bismillah 5 setiap hari, siang malam ptg dan pagi dgn menggantungkan seluruh pengharapan hanya kpd Allah semata2, tidak lagi kpd sesiapa, berkat kesabaran yg Allah pinjamkan brgkali akhirnya (hampir 4 thun gaklah) segala kekusutan terlerai dan terjawab, Alhamdulillah... I bagai dpt diri I semula spt sebelumnya...

    I yakin, 'kesedaran' yg Allah jentik dlm hati dan minda I adalah laluan sebenar dlm mencari penawar yg diredaiNya.

    Kpd anak buah kak Nani, berubatlah dgn org2 yg benar2 berilmu utk mengelakkan hidup yg susah bertambah susah...

    Ikhlas dari QJ...

    ReplyDelete
  14. mmg macam tu la manusia auntie..nak kate xde bekalan agama..yg mmg tahu hukum halal haram ni la yg biasanya suka sgt wat benda2 syirik ni..
    saya pun ada pengalaman ni..berlaku pada saya sendiri dan arwah mak..
    saya sampai x bley bangun..
    arwah pulak x bley masuk bilik air..macam kena cekik..
    tapi alhamdulillah..berkat sabar..usaha dan doa pada Allah..
    akhirnya saya pulih kembali..
    cuma arwah mak je la..
    berubat baik..kang kena lagi...hingga lah akhir hayat die..
    semoga anak buah auntie sekeluarga tabah..sabar..ikhtiar..banyakkan baca Quran..insyaallah..lagipun doa org yg teraniaya ni kan makbul...
    mmg betul..kalau pk logik akal manusia..nak-nak di zaman serba canggih ni..masih ada yg berfikiran kotor macam tu sekali..
    itulah lumrah hidup..
    bak kate karam singh walia.."rambut sama hitam, hati lain-lain"...

    ReplyDelete
  15. Benda ni mcm dah jadi kelaziman plak bile meniaga makanan. Ramai dh parents kawan2 saya penah terkena. Haih. Susah la bile ikutkan dengki je.

    ReplyDelete
  16. Wowwww... that is supernaturally scary!

    Btw, thanx for stopping by my blog! Ni lawatan balas... Muahahaha!

    ReplyDelete
  17. saya sangat bersetuju ngan QueenJah..

    ReplyDelete
  18. salam...

    boleh pasang CD ruqyah dalam kedai...kat rumah saya pon ada ganguan walaupon dah ada ustad datang tapi benda tu boleh datang n pergi so cara yg mudah saya pasang CD ruqyah siang n malam...tapi kita tak boleh menganggap CD tu boleh halau jin or syaitan nanti syrik pulak....

    OMG baru busniss buat kuih pon dah dengki...cubalah tengok busniss bangsa lain lot-lot kilang tepi jalan, kedai pulak 3 pintu pon ada, hampir kat semua bandar 99% hanya kedai mereka dah manapoli, ekonomi pon mereka dah pegang....tak der pulak nak mendengki kat mereka hairannya saya kenapa nak dengki pada bangsa sendiri...apa-apapun marilah kita support busniss bumiputera......

    ReplyDelete
  19. Entahlah auntie.. Zaman2 macam ni pun masih ade g yg primitif! Bawak2la bertaubat dari mengenakan org nih.. Harap2 anak buah auntie tu dapat la berubat n perniagaan kembali normal.. N banyak2 kanla bersabar. Manusia mmg x pernah puas dr nak berhasad dengki. Moga die akan mendapat balasan yg setimpal. AMIN!!!

    ReplyDelete
  20. KEPADA SEMUA YANG TELAH MENINGGALKAN PESAN UNTUK ENTRY NIH, AUNTIE UCAPKAN TERIMA KASIH, MOGA ALLAH PELIHARALAH HAMBA2 YANG TERINAYA.......

    ReplyDelete
  21. salam untie..saya terbuka blog untie dari blog yang bincang pasal komik gg..humm..kita hidup ni x cukup dgn solat 5 waktu je n berdoa... kita sebagai umat islam kene perbanyakkan istihgfar..amalkan zikir,selawat nabi...hafaz al quran..zikir ade banyak zikirnya..ade zikir penenang hati,`ya quduus'..zikir kuatkan iman,zikir penghapus dosa(zikir taubat) `ya taawaabu..',zikir minta kesihatan yg baik..`ya salamm',zikir pendinding..zahir dan batin..semuanya ada dalam 99 asma allah(99 nama allah)..amalkan tiap2 hari surah ayat qurshi sebanyak 18 x..jgn lupa 3 kul, kul a`u zu birobbinas,kul a`u zu birobbil falaq..dan kul huwallah hu a`had..ilmu hitam banyak lagi kat dunia ni..orang je x tahu..ilmu hitam xkan pupus selagi hati dengki tak terhapus... kalo x percaya..lagi senang orang yang mengamalkan ilmu ni kenakan orang yg dia x suka..kena pulak kita tiada pengetahuan dan tiada pendinding diri..lagi diorang suka..jadi sentiasa berhati2 dan berdoa banyak2 agar diri kita dan keluarga kita di jauhkan dari segala mara bahaya ,kekejaman dan kejahatan jin,syaitan,iblis dan manusia di dunia ini..moga kita semua sentiasa mendapat taufik dan hidayah darinya..aminn..tapi untie..kene hati2..sebab ade juga yang gunakan ayat al quran dgn niat x baik..wallhualam..

    ReplyDelete
  22. lagi 1 cara, apabila ade orang yang menganiaya kita hendaklah membaca "yaa qowiyyu yaa matiinn" maknanya yang maha kuat,dan yang maha kukuh (daripada asma allah@99 nama allah)1000x tiap2 malam..sehingga perbuatan aniaya itu menjadi punah..insya allah..sya pun dah mencoba cara ini..alhamdulillah allah kabulkan permintaan saya..dari hamba allah...wassalam..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...