THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, November 26, 2009

Episod 58 - BYE2 KLUANG..

Imbasan episod 57

Auntie balik ke KL, duduk dengan Mak dan Abah semula sebab bosan sangat di Kluang dan kebetulan pula suami auntie kena pergi kursus di JB.

Seronok betul auntie dapat duduk kat KL, walaupun tak dapat bersama suami hari2,
Rasa perit kesaorangan menunggu dia balik dari kerja... lebih teruk kot..
Emm.. auntie tak rasa lansung tertekan, bila dapat duduk dengan Abah dan Mak sebab fikiran auntie boleh fokus dapat jumpa dia hujung minggu..jadi hari2 weekdays auntie leka dengan anak, pergi window shopping utk menjamu mata.

Lagi pun rumah Abah, ramai anak2 buah datang melawat..so memang tak sunyi.
Jiran2 pun dah lama kenal, sangat mesra..

Jiwa auntie jiwa KL bila pergi ke small town, aduh! balik2 kat supermarket yang sama, pusing2 pekan tak sampai 10 minit, dah habis round. Nak tengok wayang?? Dari luar nampak panggung buruk nak mampus, tak selera langsung.

Sekarang, mesti dah banyak perubahan..masa dulu2 memang dead town, tapi utk lelaki dan askar2 berpoya2 banyak 'bar' yang macam cendawan tumbuh.
Emm..pompuan2 melayu banyak jadi 'bar girl' kat situ. Ramai askar peringkat bawah yang sangkut kawin dengan mereka. Ada juga pegawai yang sangkut tapi tak boleh kata apalah kalau dah itu calon jodoh mereka.

Auntie nak citer pasal kandungan auntie yang kedua..

Anak saudara Abah dah kawin 20 tahun tapi tak ada anak, jadi dia berhajat sangat nak anak dalam kandungan auntie yang kedua. Mereka ini berdua amat2 rapat dengan Abah. Abg sepupu auntie nih, anak kepada kakak Abah.

Rumah dia pun tak berapa jauh dari rumah Abah. Boleh dikatakan selang sehari, mereka sampai bawa makanan2 yang banyak untuk auntie menjamu selera. Mereka beli dari pasar malam, tempah kuih muih lah, buah2 lah..
Dari mula auntie mengandung sampai lah sarat mereka tak putus datang jengok keadaan auntie.

Auntie macam kesian kan couple nih..mereka berdua nih, senang kehidupan nya...background family isteri sepupu auntie tuh, memang berjaya dalam career, ada yang doktor, ada engineer ada pegawai daerah, malah salah satu angkasawan malaysia tuh ada lah anak buah nya...memang patut di contohi dalam kehidupan.

Jikalau di beri bela anak dalam kandungan nih, mesti menjadi orang yang berjaya..itu fikiran auntie yang cetek masa tuh...

Yang sebenarnya auntie memang tak keberatan nak bagi mereka tapi belum kata putus nak bagi.... kenalah bertanya suami auntie dulu..

Suami auntie pula tak kata apa2 pun..ya atau tidak, dia hanya membisu..

Auntie take it as Yes..masa tuh..

Mengandung anak kedua nih, yang sebenar nya auntie melalui tekanan..berhenti kerja, dan mengandung tanpa di rancang jadi banyak menangis..rasa terlalu awal untuk menyambut anak kedua...apa tak nya mengandung yang pertama pun tak bersama, berjumpa hujung minggu saja, mengandung yang kedua pun sama, emm...buat pregnancy check up sendiri,
kadang2 rasa amat sedih sebab auntie tengok keliling ramai ibu2 mengandung ditemani oleh suami masing2..auntie drive sensorang ke hospital...

Ah! sedih lah..bila terkenang balik..nasib lah auntie duduk rumah Abah dan di KL..

Rumah kat Kluang, suami auntie singgah selepas kursus dari JB sebelum meneruskan perjalanan ke KL pada setiap hujung minggu.
Suami auntie kata, pokok2 bunga auntie habis mati semua..tinggal pasu dengan tanah kering.

Selepas 3 bulan, habis lah kursus suami auntie di Johor Baru..tapi nak balik ker Kluang dah sarat, nak tunggu hari saja untuk bersalin.

Jadi, lebih baik lah auntie bersalin dulu di KL.

Emm..anak kedua auntie selamat di lahirkan, sangat lah besar baby tuh, 10 paun lebih. Demam tiga hari auntie selepas melahirkan anak tuh.

Bayangkan sakit dari malam hingga ke petang keesokkan hari, baru bersalin, kira lebih dari 18 jam sakit.

Emm..seperti anak kedua, suami auntie dapat cuti panjang...

Gambar auntie mengandungkan anak kedua...


Di kampung Melaka, awal pregnancy
Muka masam macam cuka

Di rumah Abah KL, pertengahan pregnancy
Muka tersengeh sengeh, tapi comot jer, mengandung yg kedua tak suka pulak bersolek

Di rumah Melaka, sibuk jahit langsir, kata orang cina tak baik menjahit masa mengandung,
tapi degil, nasib baik tak apa2





akan sambung...

10 comments:

  1. auntie tk kisah ek, nk bagi anak auntie kt org lain. ada sorang mkck saya yg dh lama kawin tp tkde anak, dia mintak adik saya kat mk ngan abah saya. adik beradik saya ramai, 13 orang. tp mk ngan abah saya tk bagi. setakat anak2 nk jenguk2 makcik dia tk kisah. tp nk bagi terus kat makcik, diorang tk sanggup.

    ReplyDelete
  2. ALhamdulillah..
    dapat kak nani tinggal bersama ibu dan abah dan tidaklah keseorangan dirumah. (Seronokkan bila waktu begini ada emak dan abah...).
    Kena tunggu iklan petronas lagi dan pesanan penaja..:)

    ReplyDelete
  3. Mungkin masa tu auntie dlm keadaan stress, sbb tu auntie tak kisah nk ks baby kat dowang kan? tp musti nnt auntie berubah hati :)

    ReplyDelete
  4. ehehhe cam pija la ahahah kang pija marah laks :D
    huhuhu sedihkan untie
    ana pon pg cekup sorang2 pastu pandang kiri kanan rasa jeles n nk menangis

    ReplyDelete
  5. saya masuk anak kedua pon g check up sendiri2...memang sedih..tapi ape leh buat....

    ngandung ank lelaki datangkan selekeh je saya...lipstik pon x suka pakai...

    ape pon...kira ok dok ngan parents ni...x penat sangat bila ank pertama masih kecil..:)

    ReplyDelete
  6. op! lupa nak wish..

    selamat hari raya haji to aunty and family... :)

    ReplyDelete
  7. Noy kah itu? Tak sabar tunggu sambungan...

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya aunty ...

    tak sabar tungu sambungan :)

    ReplyDelete
  9. Salam Aunty,

    Kenapa x leh menjadi masa preggy Aunty? x pernah dgr pulak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...