THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, November 23, 2009

Episod 57 - RUMAH SEWA

Imbasan episod 56

Akhirnya auntie berhenti dari syarikat tu.

Bila dah tak berkerja lagi, dapatlah auntie membina rumah tangga bersama suami dan anak auntie. Nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa, memasak dan mengemas rumah dan sebagai nya.

Emm..suami dapat cari rumah sewa di Kluang.
Rumah teres satu tingkat, 3 bilik, 1 bilik air dan living room yang sederhana luas nya.
Taman Kluang Baru. Kalau tak silap sewa rumah sebulan RM180 pada masa tu.

Rumah kerajaan memang ada di sediakan dalam kem, tapi tak de yang kosong masa tuh.

Satu pun barang2 kat rumah Mak dan Abah kami tak bawa ke Kluang, semua kami guna perabot kerajaan, sofa, meja makan, almari baju, katil, tempat letak kasut, almari dapur utk simpan lauk pauk, sehingga penyangkut tuala mandi pun ada. lengkap rumah auntie di penuhi dengan perabot kerajaan. Elektrical product pula, kami hanya ambil dapur masak. Peti sejuk, TV, kipas dan mesin pembasuh baju kami beli sendiri.

Semua perabot kerajaan... tapi untuk permulaan kehidupan okay saja lah.

Lagi pun suami kata..tentera pindah randah, rosak barang2 selalu berlaku bila bergerak dengan lori tentera..itu sebab nya semua perabot ada di sediakan.

Mengemas di bantu oleh budak2 askar, lebih kurang 6,7 orang tak berapa ingat dah tapi ramai lah, memang cepatlah urusan mengemas tuh dilakukan.

Auntie hanya di tanya di mana nak di letakkan dan disusunkan barang2 kerajaan yang datang dengan lori 3 ton.

Suami auntie membeli air botol, nasi bungkus dan rokok untuk dimakan masa mereka berihat.

Bila semua selesai, kami balik ker KL untuk ambil anak kami.

Emm..auntie pujuk Mak dan Abah untuk melepaskan anak auntie untuk di bawa ke Kluang.
Mak dan Abah memanglah tak nak lepaskan tapi apa kan daya, anak orang, sampai masa mesti lah berpisah... kata mereka.

Jadi auntie pun bawa lah anak auntie ke Kluang. Dalam perjalanan lagi anak auntie menangis2 memanggil Atok dan Mak Tok nya..siksa auntie nak pujuk dia untuk berhenti menangis.
Memang rasa amat sedih tengok keadaan nya ketika itu.

Sampai di rumah Kluang..anak tuh masih menangis tak berhenti2, barang2 mainan pun tak ada, so kami bergegaslah ke Supermarket membeli mainan nya.
Emm..main lah sekejap, leka lah dia sekejap, dah tuh melalak lagi..macam mana nih, tak reti auntie nak buat apa lagi supaya dia berhenti menangis.

Rasa nya seminggu saja, suami auntie talipon Mak dan Abah suruh mereka datang ke Kluang. Anak auntie jadi sasau, bila bermain barang2 mainan dia bercakap2 macam atok ada dengan dia.
Adoi! betapa gembiranya anak auntie bila berjumpa dengan jantung hati dia...Mak Tok dan Atok Abah nya.

Memang susah lah nak jaga bila kasih sayang di pisahkan, jadi bila Mak dan Abah nak balik..auntie dan suami dengan rela hati melepaskan anak sulung kami pulang bersama2 mereka.

Jadi, auntie bersaorangan kat rumah bila suami pergi kerja.
Bangun pagi buat breakfast, prepare lunch, suami auntie balik makan tengahhari, petang balik dari kerja, dia beli kuih2 untuk minum petang.
Selepas minum petang, suami auntie bersiap2 nak keluar, dengan memakai short pants dan alat sukan. Ikut jadual..tennis, squash, badminton dan bola sepak.
Sebelum magrib dia balik, mandi2 keluar balik, ada officers gathering lah, ada meeting lah, ada pool game lah, ada card game lah dan bagai2 lah..

Balik dah jauh malam..

Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan..auntie mengandung anak yang kedua.

Mood bertukar jadi sedih, tinggal sensorang kat rumah. Ya lah! dah biasa active dan masa penuh dengan kerja2 dan jumpa orang...
Sekarang dah bertukar, duduk kat rumah, rasa tertekan..tak terfikir boleh jadi bosan rupa nya duduk rumah.

Tentang kerja2 rumah auntie tak merungut sebab auntie memang jenis suka kemas rumah dan memasak. Untuk memenuhkan masa, auntie mula hobby baru, menanam bunga dalam pasu2 kecil..still rasa masih banyak lagi masa terluang sambil menunggu suami pulang.
Dah tak larat nak tidur, pagi tidur, petang tidur, malam tidur, ...

eeeeeee! bosan dah menular dalam perasaan....auntie bertanya suami..

Auntie : Emm..nani bosan lah duduk kat Kluang macam nih..

Suami : Lah..kawan2 lah dengan jiran2 tuh..

Auntie : Alah! nani bukan tak berkawan ada lah sembang2 kat tepi pagar tapi nani bukan jenis bertenggek berjam2, tak reti lah..

Suami : Habis macam mana I nak buat? Semua suri rumah tangga macam tuh..

Auntie : Ye ker? Activiti you penuh kat kem jer..luanglah masa untuk nani.. Nih tak, asyik nani sensorang..selalu sangat you tinggalkan nani..

Suami : Emm..macam tuh life seorang pegawai tentera..kena ikut arahan pegawai atasan, kena pulak kalau isteri mereka tak duduk bersama, emm..asyik kena ayun lah pegawai2 lain dengan schedules yang penuh. Itu lah sebab nya, I suka kalau you berkerja, jadi tak lah rasa bosan.

Auntie : Emm..tak per lah..nani pun dah mengandung, nani cadang nak ke KL saja..boleh tak?? Sekali sekala, either you ke KL atau nani balik ke Kluang..kalau macam tuh tak bosan lah nani.

Suami : I pun kena pergi kursus kat JB, minggu depan selama 3 bulan, rasa nya elok juga you di KL, boleh juga you buat monthly check up dengan doktor kat KL, sekurang2 nya, you boleh bersama anak kita..Khairul.

akan sambung...

11 comments:

  1. Ceritanya menarik. Saya cadangkan Auntie buat Novel. Paling tidak novel bersambung di akhbar.

    ReplyDelete
  2. Beginilah nasib isteri pegawai tentera ya. Suami awak kena operasi masuk hutan juga ke masa tu?

    ReplyDelete
  3. kak nani,
    Inilah dilema kasih sayang atok nenek dan cucu..kak nani pun sanggup lepaskan anak untuk atok dan nenek...sanggup korban perasaan.. dan
    sporting nyer suami kak nani bagi kak nani pulang KL...
    Satu contoh yang baik sekali untuk menharmonikan hubungan seisi keluarga...

    ReplyDelete
  4. manja betol ayoi ngan atok + nenek dia. tinggalla mama dia sengsorang kebosanan kt umah. mcm tu lah kalau dh biasa keje. kita ni bila keje tingin nk duk kt umah. bila dah duk kat umah, boring plak..haih...

    ReplyDelete
  5. ya la...auntie kan jenis yg dah dr muda duk kija..lama2 duk umh, mmg busan....

    ReplyDelete
  6. Auntie tak pernah join BAKAT ke?

    Sebab my arwah father dulu pon pegawai tentera, and my mom dulu punye lah active dalam BAKAT tu, pertandingan bola jaring la, bola tampar la, melawat org sakit sana sini la, sampai trase mcm my mom ni pon keje jugak dulu. Hehe.

    Suke baca kesah auntie masa2 time uncle jadi org army ni, teringat masa saya kecik2, my father slalu tadek sebab kena anta sana sini.

    ReplyDelete
  7. ada sronok n tak sronok nya pindah randah ni kan :)

    ReplyDelete
  8. memang pun bosan klau dah biasa kerja tp tiba2 tk kerja. mcm saya skrg ni la. tension memanjang je.

    ReplyDelete
  9. macam busan gaks ekk kalo x keje skali skala ponteng keje duk umh mmg rasa siokkan ehehhee
    x sabar nk tggu next n3

    ReplyDelete
  10. hmm...tapi cam kalau jadi suri rumah kat KL, maybe tak sebosan jadi suri rumah kat Kluang kot aunty? Kat KL at least boleh gi shoping-shoping kan aunty? mcm best je ... hehe

    ReplyDelete
  11. YB : Aah..kena masuk hutan jugak, dua bulan atau 3 bulan sekali masuk

    ai : betullah ai, kerja nak duduk rumah, duduk rumah nak kerja, aper lah manusia ni kan..tak reti syukur..heeeee

    zool : Buat novel?? Tak reti lah auntie, kat sini pun okay lah..

    nasaoji : Tulah nak adjust keadaan bukan senang..

    Rahmah : Emm..sporting sangat lah husband kak nani tuh! Yang sebenarnya dua2 tak reti jaga..

    Dils : Bakat tak ujud dlm diary auntie sehingga pertengahan tahun 80an

    maiyah : Pindah randah, auntie suka sebab dapat allowance banyak...heeeee

    ayangasma : Bosanlah duduk rumah, masa2 tenaga banyak, badan sihat..

    @napp: Sabar2 tunggu n3 auntie, sebab auntie nih, tak berapa sihat orang nya..tergigil nak menaip perenggan2..tapi suka dan minat nak bercerita..

    ztzett: Betullah tuh..kat pekan kecil boring..tak dapat jamu mata dan jamu tekat..very limited..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...