THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, November 20, 2009

Episod 56 - Berhenti

Imbasan episod 55

Auntie bercuti selama seminggu, bila tahu masaalah besar yg melanda..

Susah hati tak terhingga auntie, nak cakap kat husband, takut dia kecil hati dan mesti dia fikir yg bukan2. Setiap kali auntie tengok wajah dia, auntie kesian kenapalah suami auntie yang tak bersalah akan menghadapi ujian ini..selama tiga hari juga lah auntie simpan perkara tuh dari dia..

Pada suatu malam, auntie masih lagi dalam cuti, rumah auntie di datangi oleh partner boss auntie yang ingin tahu keputusan dan juga membawa hajat.

Yang tak boleh terima, boss auntie masuk wad, kena heart attack sebab auntie dah tak datang kerja.

Mr Soo Yun tu ingin tahu adakah auntie akan meneruskan kerja atau bertujuan utk berhenti bila perkara tuh belaku.

Auntie memang lah suka berkerja dengan syarikat tuh, dah sesuai sangat dengan jiwa auntie tapi bila perkara tu berlaku, auntie dah tak boleh nak tengok muka boss auntie. Malu tak terhingga.

Mr Soo Yun tuh suka cara auntie berkerja, dia tahu auntie memang banyak menguruskan urusan2 tertunggak bila auntie take over.

Dia offer tambahkan gaji auntie tapi bukan dari syarikat boss auntie, dari syarikat dia sendiri, sebagai extra allowance.

Dia juga bertanya sama ada suami auntie dah tahu perkara tuh..

Yang paling terperanjat dia ingin berjumpa dengan suami auntie..

Auntie tanya buat apa?? Lagi auntie takut sebab dia nak meluahkan man to man talk..

Auntie menghalang dia berjumpa husband auntie..auntie cuba juga nak tahu apa kah tujuan dia nak jumpa suami auntie..

Yang sebenarnya auntie amat malu nak cerita, tapi ini memang berlaku dlm hidup auntie..

Ya Allah..ujian ku bertambah berat..

Dia nak offer suami auntie 30 ribu utk melepaskan auntie..masa dia berbincang pasal tuh, Mak ada bersama..

Selama ni, dia ingat auntie dan suami auntie tak bahagia, sebab tak bersama2 duduk di KL..

Auntie sangat2 terkejut..auntie pun menerangkan yg auntie amat bahagia dan sudah pun punyai anak..

Sebagai orang tua, dia mahu auntie senang dan bahagia menjalani kehidupan.

Auntie ambil peluang ini untuk test suami auntie, adakah dia betul2 sayang kat auntie?? atau sebalik nya memilih duit ringgit..mana tahu?? kalau tak tanya..

Auntie mula kan bercakap dengan dia masaalah yg menimpa auntie, apa yang berlaku between boss dan auntie..

Auntie : Nani dah malu nak kerja kat situ lagi..

Suami : Apa pasal you nak malu? Bukan you yang bersalah, dia lah harus malu.

Auntie : Betul..tapi macam mana nak kerja macam tuh..

Suami : Pandai2 lah you, handle the situation as a professional.

Apa lah suami auntie nih..ada ker dia fikir duit gaji yang auntie bawa balik tuh boleh pertahankan perkahwinan?? Sanggup dia suruh auntie kerja lagi??

Sedih auntie bila memikirkan macam mana nak handle..nak berlakun buat2 tak tahu, tak de apa berlaku bila berhadapan dengan boss auntie nanti?

Emm..dah tuh auntie pun menerangkan lagi yang partner boss auntie offer dia 'imbuhan bersyarat'..

Suami bersuara...

Lah sampai macam tuh sekali dia orang sayang kat you??

What is your decision??

Boleh suami auntie pass kan soalan tuh kat auntie balik...huuuuuuwaaaaa...auntie nangis..

You tak sayang kat nani ker??

Bukan tak sayang...tapi I takut you pulak yang dah tak sayang kat I...mana tahu you dah kelabu mata nak orang kaya...

Please lah sayang, I bukan jenis suka orang tua!!

Oh! kalau tak tua..you suka ker??

huuuuuuuwaaaaaaa lagi kuat lah auntie nangis..Dah tak terkata apa2 lagi masa tuh..

Dia pujuk auntie malam tuh, suruh bawa bertenang..dan jangan berhenti kerja..

Solution dia, suruh partner boss auntie engage another 'girl' utk membantu kerja2 auntie..supaya kalau auntie nak berhenti tidak lah menjadi satu issue berat utk syarikat.

Auntie pun bawa idea tuh pada partner boss auntie..

Alhamdulillah, dia terima idea tuh..

Boss auntie tak masuk kerja, hanya Pak Aji dan Mr Soo Yun ajer.

Auntie conduct interview utk memilih calon yang sesuai utk jawatan sama macam auntie..

Yang datang 7 orang, yang auntie berkenan 3 orang, bawa kat Pak Aji suruh dia pilih yang mana satu..

Emm..Pak Aji dah offer kat perempuan yang bernama Liza.

Lepasan graduan dari UK dah pernah berpegalaman berkerja selama 2 tahun. Cantik, tinggi lampai dan dressing pun boleh tahan.
Auntie tengok memang calon yang bagus..

Hari pertama Liza tuh berkerja, boss auntie masuk pejabat..Boleh dia buat tak nampak auntie tertonggok duduk kat meja tanpa bertegur sapa.

Tak per lah..kan! be professional pesan suami auntie.

Mereka keluar bersama2..

Auntie tak keluar, buat kerja2 dalam pejabat. Sampai petang dia orang tak masuk pejabat.

Second day, Liza called auntie, menangis2, dia kata rumah dia kena pecah, kecurian.. barang2 dia, semua pencuri tuh angkut..termasuk pakaian dia..

Auntie pun sampaikan berita tu pada boss auntie. Boss auntie minta alamat dia bertujuan nak visit dia. Boss auntie tak masuk pejabat hingga petang.

Keesokkan hari, Liza masuk pejabat..dengan senyum lebar..

Kami berbual tentang kecurian tuh..
Rupa2 nya, pagi tuh memang boss auntie visit dia.
OMG! Boss auntie spent 3K beli baju2 baru utk dia, semua pakaian boutique collections.
Auntie rasa ada yang tak kena, Liza spt perempuan 'Razor Blade' (pisau cukur).

Auntie berkerja saperti biasa, cuma bersendirian membawa clients for day entertainment. Night entertainment, boss auntie dah tak bawa auntie, Liza ambil alih..

Genap tiga bulan, Liza pun dah tahu selok belok kerja2 yang auntie buat, auntie pun tender resignation.

Mr Soo Yun beriya2 tak nak auntie berhenti tapi auntie dah ambil keputusan utk bersama dengan suami auntie ker Kluang.

Dia terima keputusan auntie..tapi dia berpesan kalau auntie ingin berkerja dengan dia lagi..datanglah bila2..dia akan terima auntie..

akan sambung

12 comments:

  1. wowww 3 k banyak nyer
    ahahha mmg pisau cukur ekk liza tue

    ReplyDelete
  2. Salam Aunty,

    Dayah baca n32 rasa seram sejuk..mata serigala betul2 yer laki2 itu.. ish ishh ishh.. bini orang pun nak cekup. Dunia.. dunia..

    Tapi Uncle cool je kan Aunty... bravolah.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. huhhh..apo cito lak tang liza tu auntie....

    jodoh auntie masih kuat ngn uncle...moga kekal hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  4. OMG auntie!!! ni betol2 cam cerekarama. Smp dioffer mcm tu skali? smp mcm tu skali dugaan auntie? isk...tp kiranya auntie ni seorang yg KUAT ooo...kagom ai!

    ReplyDelete
  5. banyaknya dugaan auntie..

    ReplyDelete
  6. yelah byk dugaan untie ni :)

    ReplyDelete
  7. tk terkata... hmm, tp nk berkata2 gak. kagum betul dgn auntie. uncle lak mmg btul2 cool lah. apa kisah liza seterusnya?

    ReplyDelete
  8. Ni mesti Liza Burung Hantu.....

    ReplyDelete
  9. @napp : Memang pisau cukur lah baru kerja dah dpt pujuk boss beli baju2..

    Dayah : Uncle memang jenis cool

    nasaoji : Inshaallah..Amin
    citer pasal liza tuh nanti auntie citer

    ai : Tu lah ai, auntie memang di uji yg berat2 tapi alhamdullilah dpt atasi nya

    axie : Hidup pun dah 54 tahun, macam2 auntie lalui

    maiyah : Mcm tuh lah hidup, assam garam, gula dan bagai2 yg harus di rasai kannn...

    ayangasma : Nasib lah uncle jenis cool, ujian semua tuh..sedikit sebanyak melibatkan uncle juga.

    Zool@Tod : Liza burung hantu?? siapa kah dia!!

    ReplyDelete
  10. hidup kita ni mmg x lepas dari macam2 dugaan..auntie jgn la risau ye..Allah x kan beri ujian dan dugaan pada hambanya yg x mampu menanggung dugaan itu..Pasti ada hikmah yang tersembunyi..Cume kita sedar atau tidak akan hikamh itu sendiri..
    By the way..We have a same name.."Noraini Mohd Salleh" :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum aunty..

    best sangat blog aunty ni. Ungu ambik masa sehari nak habiskan semua entry aunty. Ungu doakan Allah permudahkan segala urusan dan kesihatan aunty.

    salam sayang

    ReplyDelete
  12. over taw boss aunty tu...siap heart attack lagi... tah apa2. hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...