THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, November 19, 2009

Episod 55 - UJIAN BERTALU2

Imbasan episod 54

Auntie tak tidur di Trengganu, habis selesai kerja balik terus ke Kuala Lumpur..

Auntie sampai rumah late night about 11 :30 or so..suami auntie dah ada kat rumah baru sampai dari Kluang..

Malam tuh auntie berbual panjang dengan dia, menceritakan pasal trip auntie, experience dan pengalaman buruk berlaku di Kuantan.

Suami auntie terperanjat..dan berkali2 tanya...

Are you sure tak de apa2 berlaku??

Memang sure lah tak de apa berlaku..

Untuk menyedapkan hati suami auntie, auntie pun beritahu dia yang auntie dah tidak payah ker outstation lagi.

Settled case tuh..auntie adap satu lagi ujian..

Emm..ada pernah auntie terima jambangan bunga dan tiket penerbangan ke London.

Auntie tanya pada PA, siapa yang hantar?

En Abdullah, dari Bank **** eh! tolong talipon dia, saya nak bercakap..

Dia juga dah 40an..

Bila dah di sambungkan auntie pun fire dia..

Auntie : En Abdullah..saya noraini, terima kasih lah atas bunga dan tiket penerbangan tuh..

En Abdullah : Emm..sama sama..

Auntie : Untuk apa bunga dan tiket tuh!

En Abdullah : Just for you, saya tak niat apa2

Auntie : En Abdullah, mana ada org nak bagi tanpa apa2..saya rasa pelik lah..

En Abdullah : Sebenar nya saya juga nak ke London, jadi kita boleh lah pergi sama2..

Auntie : Ohh! hold on..pergi sama2??

En Abdullah : Tak per perjalanan jer sama2 tapi saya janji kita berlainan hotel..

Auntie : En Abdullah, kenapa mesti macam nih, saya kan client En Abdullah, saya juga a married woman, memang tak elok En Abdullah buat macam nih..mungkin En Abdullah biasa buat perkara2 macam nih, but not me..please dont seduce me..I am sending you back the tiket..

Auntie bagi PA bunga tuh suruh dia letak kat meja dia dan tiket penerbangan tuh dihantar balik!

Macam2 orang ada dalam dunia ni!! Nasib lah auntie kira, tak hanyut dengan kebendaan dan kekayaan orang yang datang menguji auntie..

Settled case nih!!

Auntie di office, mengadap claim2 utk di submit ke Risda dan Felda.
Kaya boss auntie, memang juta2 duit dia.

Auntie di perkenalkan dengan partner dia berbangsa China..
Mr Soo Yun, orang nya dah tua about 63 yrs old, also kaya raya..

Dia bawa auntie ke workshop dia kat Jalan Chan Sow Lin , Sg Besi. Di workshop tuh, machinery dia besar2 untuk kilang kelapa sawit, memang orang cina saja yg manopoly business ni ketika tuh.

Pada tahun 80an, syarikat melayu banyak di tubuhkan JV dengan cina. Pegangan share melayu mesti sekurang2 nya 51% dan selebihnya 49% china. (Kelayakkan bertaraf syarikat Bumiputra). Emm..auntie baru tahu ada terms 'Ali Baba' dimana china buat kerja, melayu hanya di beri imbusan keuntungan. So boss auntie kata kita bukan syarikat 'Ali Baba' kita buat kerja, sebab dia ex engineer kat Felda. Apa2 lah..janji gaji dan experienced gained.

Emm..chairman syarikat yang auntie kerja tuh bukan orang lain..bapak boss auntie..juga dah tua almost 70 yrs old..

Auntie dpt jumpa sebulan sekali kat pejabat tuh..dia datang untuk sign cheques..dan approval for payments to suppliers..

Dalam tempoh 8 bulan auntie berkerja dengan syarikat tuh, auntie banyak keluar siang dan malam utk entertained client auntie.
Boss auntie mesti ada setiap kali auntie set for 'happy time', dia yang bayar bill.
Memang dulu2 setahu auntie belum ada credit card kat Malaysia. Duit cash dia bergulong2 ikat dengan rubber band.

Tak kuasa auntie nak layan 'dia orang' menari sampai jauh malam. Boleh tercabut kaki kalau layan 'lelaki separuh umur'. Auntie heran, kita dah penat tapi dia orang macam terlepas dari gengaman queen control.. heeee heeee dont be offended kalau ada lelaki separuh umur yang membaca n3 nih..

Auntie minta boss engaged pompuan 'escord' utk clients auntie.
Bila ada pompuan escort dia orang lah layan semua tetamu2 terhormat tuh..auntie duduk dengar muzik.. Boss auntie pun jenis kurang menari, so dia pun duduk2 sembang dengan auntie, sampai lah selesai sessi2 adegan 'Bapak2 miang tuh habis'..

Suatu hari kat pejabat, auntie di panggil olih chairman ker bilik nya..

Terperanjat auntie bila dia menasihatkan auntie supaya jgn ganggu anak dia..

Auntie : Apa maksud Pak Aji jgn ganggu En Rahman?

Pak Aji : Bukan aper..En Rahman tuh dah mula menaruh hati kat Puan..

Auntie : Menaruh hati..pasal lak macam tuh? Kan saya ada suami dan saya tak pernah terpikir yang En Rahman boleh berperasaan macam tuh..saya tak pernah pun niat menggoda En Rahman, kalau Pak Aji fikir saya gitu..

Pak Aji : Tapi mereka dah bergaduh suami isteri..

Auntie : Ya Allah..macam maner boleh jadi macam tuh, ini mesti En Rahman dah buat cerita kat isteri dia..lah tuh..

Pak Aji : Tapi Puan jangan lah kecil hati, saya cuma nak Puan berhati2 dengan En Rahman..jangan sampai bercerai berai..

Auntie : Apa benda nih! Mana En Rahman tak masuk pejabat hari nih, saya nak bersemuka dengan dia..

Pak Aji : Dia minta saya tolong cakapkan..yang dia suka dengan Puan..

Auntie : Macam nih lah Pak Aji..saya memang terkejut dengan berita ini, dan saya dah mula rasa 'give up' nak continue kerja macam nih..Saya dari mula ingin berkhidmat dengan melayu, tapi macam nih pulak cerita nya..Tak per lah saya nak ambil cuti seminggu, saya perlu beristirehat..ini kes berat.

Sebelum auntie meninggalkan pejabat..talipon di meja auntie berdering..auntie angkat dan di jawap olih saorang perempuan..rupa2 nya isteri En Rahman.

Fatimah : Saya Fatimah.

Auntie : Siapa? saya tak kenal siapa Fatimah?..

Fatimah : Saya isteri En Rahman, saya benar2 minta supaya Pn Noraini, jangan layan kehendak En Rahman.

Auntie : Saya kurang pasti apa maksud Pn, 'kehendak En Rahman'

Sambil menangis2 Pn Fatimah tuh menjelaskan..

Fatimah : Dia bertujuan nak beristerikan Pn

Auntie : Maaf Pn kalau tu lah 'kehendak nya' saya memang tak pernah terlintas lansung..sebab saya adalah isteri orang, dan saya amat sayang suami dan anak saya.

Fatimah : Saya tahu Pn Noraini dah bersuami dan ada anak tapi...

Auntie potong cakap dia dan terus sambung bercakap..

Auntie : Saya baru di beritahu oleh Pak Aji sekejap tadi, nih Pn pulak, saya tak mungkin dpt menerima perkara2 macam nih, saya akan bercuti seminggu..jadi puan jgn lah susah hati..

Auntie bercuti dan beristirehat kat rumah..

akan sambung

14 comments:

  1. Ingatkan dalam Cerekerama TV3 je ada cerita macam ni. Rupa-rupanya betul-betul berlaku.

    ReplyDelete
  2. perghhhh! banyak nyer peminat auntie masa muda2 dulu.kagummmm. :P

    ReplyDelete
  3. hui...macam2 dogaan auntie..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..auntie berjaya tempohnya dgn jaya... ;)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..auntie berjaya tempohnya dgn jaya... ;)

    ReplyDelete
  6. kak nani,
    lelaki macam tu la... bila kaya sikit dah nak tukar kereta, tukar bini.....( alhamdulillahlah






































    suami saya tak kaya)heheheheh....

    ReplyDelete
  7. gatal nyer en rahman neh ahahha tp kat opis pon ader juga pekara camtue but bkn ana :D

    ReplyDelete
  8. dah lama tak komen blog auntie...dok baca silently je...tapi citer ni mmg sejibik mcm cerekarama tuu..perghh! for real ek auntie en rahman tu?? takde adab ke nk bini org ni??

    ReplyDelete
  9. slm untie, cite cerpen ke ni :)

    ReplyDelete
  10. ramai peminat auntie ek... apasal la bini org pun en rahman tu nk? tk paham tul. auntie lawa sgt ni...

    ReplyDelete
  11. zool@Tod :Apa yg auntie citer, memang berlaku dlm hidup auntie.

    Fatine : Buat apa peminat banyak, menyusahkan jer.

    ai : Tu lah dugaan tiba bila dah kawin.

    nasaoji : Alhamdullilah, auntie dpt hindarkan dugaan tu.

    Rahmah : Bukan semua lelaki kaya macam tuh, ada juga yg amat kuat pegangan islam nya.

    @napp : Memang sekarang pun ada lagi perkara2 tuh berlaku.

    Che Su : Memang di larang Allah, mengambil hak orang.

    maiyah : Citer ni bukan cerpen, cerita betul yg auntie alami masa muda2 dulu..mumgkin maya tak baca dari mula citer2 auntie..kalau senang mentelaah lah yer sampai habis..heeee

    ayangasma : Mana pulak auntie lawa sangat, biasa2 jer..tapi kalau dah ujian, apa boleh kita buat, timbangkan dgn agama lah, dan cari penyelesaian yang redho oleh Allah

    ReplyDelete
  12. salam auntie..

    ya Allah, macam drama dibuatnya..huhuhu..sabau je la en rahman ni..nasib baik auntie jenis loyal..patut la uncle sayang =)

    ReplyDelete
  13. wah..banyak dugaan org yg cantik ye auntie...kita nengok seronok bila ramai org minat..tapi lagi mcm2 dugaan yg nk ditempuh..

    suka ngan sikap auntie yg tetap pendirian... sgt cool lah :)

    ReplyDelete
  14. waaaa... when can i finish to read all these stories aunty??
    it's almost 4am.
    but your story is really something.
    you know well how to write and all.

    i really can imagine all these stories well, smp can't stop. huwahh.


    so, will be your stalker or i could say... reader jela. stalker mcm scary kan. tp tu la kite mls komen, ni je rasa terlalu impress with your writing smp terkomen.

    keep writing aunty, seriously your story really something. me like it! =)

    -aisha-

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...