THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, November 13, 2009

Episod 53 - KER KUANTAN

Imbasan episod 52

Career yang kedua dalam hidup auntie..amat berlainan tugas2 yang auntie kena lalui..

Dalam pejabat tuh, auntie di beri bilik, auntie ada call card, tercatit nama auntie dan jawatan yang auntie sandang.

Auntie di bawa berjumpa dan berkenalan dengan pegawai2 tinggi di Risda dan Felda.

Kebanyakkan mereka adalah lingkungan 49 tahun keatas..pada masa tuh auntie rasa mereka ada lah 'miang' sebab cara mereka berbual..topic bercanda, bernite club dan terus ajer ajak auntie berdinner..dan berdansa..

Dia org amat faham kehadiran dan tugas auntie..Ber PR dengan mereka.

"Nanti2 lah dulu En Hashim"..Kata auntie pada dia.
"Bukan tak nak tapi banyak lagi clients yang saya perlu berjumpa secara official"
Berdinner dan berdansa adalah phasa kedua..

Dia kata dia akan tunggu...

Auntie berjumpa semua orang yang ada dalam list. Senarai tuh di beri oleh PA boss auntie.
Seminggu tak duduk pejabat lansung, datang pagi..kul 10 pagi dah keluar jumpa orang, petang kul 4 balik pejabat. Kerja2 kertas bertimbun..claim pulak..auntie tengok beratus2 ribu yg kena submit kat Risda dan Felda.

Belum penat buat kerja2 kertas, tapi penat senyum, tersenggeh, berjalan mencari parking kereta, semua nih penat melayan kerenah macam2 orang.

Masuk minggu ketiga auntie dah kena gi buat inspection kat Kuantan. Ada kilang kelapa sawit yang dah 50% siap.

Engineer dan boss auntie juga akan bersama kesana.
Auntie bukan engineer kan, bukan technician kan, so kenapa kena pergi??
Nak kena tahulah sikit sebanyak pasal kilang kelapa sawit..dah kena belajarlah, nanti orang2 sekeliling bercakap pasal kilang, auntie lopong pulak..

Auntie di jemput oleh boss auntie di rumah, auntie ajak dia masuk nak kenalkan pada Mak dan Abah dulu sebelum bertolak..
Saperti biasa lah Mak akan bertanya boss auntie, berasal dari mana?, isteri orang mana? Anak berapa?
Emm..soalan2 suri rumah tangga..itu jer yg mak tahu punn..

Boss : Saya orang Penang, isteri orang Klang dan anak pula 2 orang perempuan.

Auntie pulak tak pernahlah tahu latar belakang nya..terus tahu masa tuh..

Mak : Oh! elok2 lah bawak kereta, nani nih! isteri orang.. Tu anak dia..
sambil menunjukkan anak auntie yang sedang bermain2 dengan toys nyer.

Boss : Tak per kami berempat, tapi dua lagi pergi kereta lain..

Kami pun bergerak ker Kuantan..Boss auntie pakai mercedez baru, enak dan empuk seat kereta, auntie bongkang tidur..
Tak de nya nak jaga sweet2 tuh, sebab tak de sebab nak jaga sweet2..dia laki orang, auntie bini orang...he he he


akan sambung

6 comments:

  1. "takde sbb nk sweet2". hehe, kelakar.

    ReplyDelete
  2. hehe tajamnya ayat mak auntie tu..

    "..isteri orang.. Tu anak dia.."

    ..kalau saya la tempat boss time tue, tak tau nak jawab ape..menusuk kalbu..hehe

    ReplyDelete
  3. Saya dah lalui apa yg awak lalui. Dan masih melaluinya huhuhu

    Bukan senang nak cari rezeki utk keluarga kan?

    ReplyDelete
  4. Saya baru nak mula baca blog auntie ni (sesuai ke panggil auntie?? sebab sebaya dengan abang saya).

    Salam ziarah.

    ReplyDelete
  5. hehehe....
    x makna nak sweet2....
    sbb semua dah berpunya ;D

    ReplyDelete
  6. salam ziarah untie...

    wah dah episod ke 52 ni..banyak kene bace..tq ziarah blog saya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...