THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, November 4, 2009

Episod 47 - HADIAH KAHWIN DRPD MERTUA

Imbasan episod 46

Majlis kat Melaka amat berbeza dari KL..suasana kampung, adat simbah2 air dan joget lambak nya...

Keesokkan pagi, auntie bangun awal tapi segan dan malu nak keluar bilek..suami auntie nyenyak dan lena sangat..auntie gerak suruh bangun, dia terjaga tapi dia suruh sambung tido...still early kata nyer..

Dah pukul 8:30 pagi still early?? Dah lah baru kawin, auntie kena lah tertib sikit...

Auntie pulak jenis tak leh sambung tido once dah terjaga..bergolek2 atas katil..

About one hour lah jugak auntie tunggu dia bangun dari tido..sama2 turun..

Auntie turun kedapur nak bancuhkan kopi untuk suami auntie.

Penuh lagi meja makan dengan Abah dan Mak berserta saudara mara yg tido bermalam di rumah tuh..

Masing2 berborak2..ada group pompuan dan ada group laki2

So..auntie di jemput minum sekali..

Boleh Mak mertua tanya.. lena tido semalam??

Tak tahulah ketika tu, perasaan malu auntie memang tebal..tunduk dan tak berjawap..asyik tersipu2..walhal tak de apa2 pun yang berlaku malam tadi..

Auntie bermalam di kampung sampai hari Rabu.

Sebelum bertolak ker Kuala Lumpur..lepas makan tengahhari..Abah ajak berbual2 di meja makan..masa tuh dah tak de siapa2..hanya Abah dan Mak saja..

Abah : Din..abah nak tunjuk kau nih!!

Sambil mengeluarkan segulong kertas..

Suami : Apa tuh Abah..

Abah : Nih.. geran tanah kat Alai, Abah dah beli tanah ni dah lama, kau pun tahu kan..Jadi..Abah nak kau tahu, yang tanah ini keluasan nya 3 ekar.. Jadi Abah ambil keputusan tanah ini utk kau dan 7 lagi yang lain2..

Suami : Abis yang adik2 lain 5 orang lagi macam maner Abah?..

Abah : Yang lain2 Abah dah belikan kan kat seberang jalan tiap2 sorang..rumah nih...adik perempuan kau, Lela akan mewarisi nya.

Suami : Berapa keluasan saorang bila dah di pecah 8 Abah?

Abah : Lebih kurang 11 ribu kaki persegi..Abah dah wakaf kan sikit untuk buat jalan ke kampung belakang..

Jambatan kecil yg di buat oleh Majlis utk kekampung seberang


Jalan Tar dari jalan besar ke hujung sungai
Hadiah Abah mertua dah 33 tahun, dari belukar dah jadi hutan

Sign Board yang juga di naikkan atas nama Abah mertua auntie.


Tanah tuh tak pernah uncle or auntie jengok lansung..sehingga lah 2 tahun lepas..terbuka hati auntie nak tengok..

Lah..sangatlah cantik lokasi nya, 3 batu dari Pekan Melaka dan tepi jalan menuju ke Muar. Betul2 depan Crystal Bay yang dah develop pesat.
Menggunakan jalan tar wakaf tuh, kami pergi sampai ker penghujung jalan..ada sungai..

Sungguh cantik sungai tuh..amat tenang air nya..cantik kalau di buat rumah utk berihat..

Terpikir2 juga nak buat rumah kat situ, tapi bila mengenangkan keadaan auntie yg sakit, dah tak kuasa nak ulang alik ker kampung..kalau buat siapa nak duduk pulak...

Sayang tanah tuh terbiar begitu saja..

akan sambung..

9 comments:

  1. ooo depanCrystal bay tu tanah auntie yer...
    oklah tu auntie..buat rumah kat Melaka ni...auntie lah duduk ngan uncle.. petang2 jalan2 kat crystal bay...dok tepi pantai ngan uncle...heheh...romantik tu.. :P

    ReplyDelete
  2. ooo tue la nanti jauh plak nk blk kl untie da la x sehatkan...ehehehe naseb baik zaman skrg mak mentua da x tanya camtue :D

    ReplyDelete
  3. Salam kak nani,
    tanah di kawasan kak nani cakapkan tu memang cantik... buat rumah untuk bercuti sesekali balik melaka... tepi sungai duyong (kalau tak silap..)
    Beli satu bot, buat pergi memancing anak beranak..

    ReplyDelete
  4. Auntie, how bout ur sis & kak ton?? suke la baca blog auntie ni. saya spend half day tau baca...besttnyeee...

    ReplyDelete
  5. Isk...cantek gak kawasan tu auntie. Siap letak nama fil auntie lagik. kalau buat umah kat situ pon ok gak. buat cam umah singgah / holiday. hihihi

    ReplyDelete
  6. Qaseh : TQ dengan suggestion, kalau ada rezeki..inshaallah

    @nnap : Mak mentua tanya macam tuh, nak gurau2 lah agaknya..

    Rahmah : Beli Bot?? Kita anak beranak tak pernah memanching seumur hidup..

    Anon : TQ suka baca blog auntie, wah!! setengah hari baca?? Best sangat ker tak berhenti2 terus membaca samapi habis..he he he

    ai : Bagus cadangan tuh..kalau auntie dirikan rumah..ai mesti datang umah auntie kat Melaka tau..
    auntie dah mula sayang ai dah ni!!

    ReplyDelete
  7. Insyaallah, ai musti datang punye!..

    ai pon sayanggggg ngan auntie :)

    ReplyDelete
  8. Kak Nani tak ada plan nak duduk Melaka ker? Abg Bur dah sibuk nak balik Melaka. Tengoklah dalam 1-2 tahun ni, insyaAllah kami nak balik Melaka...for good.

    ReplyDelete
  9. rezki dpt tanah d hari perkahwinan..!..

    ada rezki dr Dia nnt, sure boleh wat rumah tu, kan auntie..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...