THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Sunday, October 4, 2009

NAK MASAK APE? TETEL2 DAGING RAYA TUH!!!

Ada semangkok besar daging tetel, lebihan raya tempoh hari. Rasa hati.... nak masak 'Gerang Assam'. Ni masakkan Melaka. Masa auntie baru2 kahwin dgn uncle, auntie selalu makan umah 'Mak Long Tijah' ibu mertua kepada Kak Ungku Betty. Memang best sangat. Sedih.... tak sempat auntie bertanya resepi nya, beliau dah pun kerahmahtullah. Bulan puasa baru2 nih, ada lah adik ipar auntie masakkan tapi tak sama resepi macam masakkan 'Mak Long Tijah'. Walaubagaimana pun resepi sedap juga.. Tapi auntie nak tahu resepi masakkan 'Mak Long Tijah sebab ada jintan2.

So...auntie tak puas hati... auntie google. Banyak lah resepi2 assam pedas yg auntie jumpa. Yang pasti nya resepi nih lah yang 'Mak Long Tijah' punya sebab ada bahan2 yang auntie 'rasa' masa makan dulu2 tuh....

Daging yg sesuai ialah daging tetel (yg berlemak2 sket tu)... Masakan org Melaka. Kadang2 ade dihidangkan semasa kenduri kendara

Bahan-bahan ( Bila dah siap masak boleh la makan utk 5 org makan )

  • 600 gram daging tetel (daging yg berlemak sket)
  • Sebiji bawang besar (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • seinci halia (ditumbuk)
  • seinci lengkuas (ditumbuk)
  • 2~4 batang serai (diketuk-kalau kecik letak 4)
  • 4 helai daun limau purut
  • sehelai daun kunyit
  • Cili kering (bila dah blend jadi 500ml kat belnder tu~4 senduk besar)
  • 1 senduk besar minyak masak
  • 250 ml air asam jawa (drpd segenggam biji asam jawa)
  • 1 sudu teh biji ketumbar, lada hitam, jintan putih, jintan manis dan sebiji buah keras(disangai dan tumbuk kasar)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan2 yg telah ditumbuk seperti bwg besar, bwg putih, halia dan lengkuas. Masukkan sekali serai yg telah diketuk dan juga rempah ratus yg telah ditumbuk. (Auntie blend jer tak kuasa nak tumbuk2)
  2. Setelah bahan2 tumis naik bau, masukkan pula cili kering yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan pula daun limau purut dan daun kunyit.
  3. Masukkan daging yg telah dibasuh bersih dan biarkan sehingga kering air daging. Jika daging masih belum empuk, campurkan 1 liter air. Biarkan sehingga air menjadi setengah daripada tadi. (menggunakan api yg kecil)
  4. Setelah daging empuk, baru la masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Masakkan ini rasanya masam2 pedas dan juga kuahnya pekat. Jadi semasa memasak selalu la merasanya tahap masamnya ye...

Hasil nya di makan lazat dan menjilat jari...


12 comments:

  1. hehehe sy ska kalo bab korek2 resepi ni..hehe;)

    ReplyDelete
  2. Kak Nani...Abg Bur dah mula merengek suruh saya masak lauk asam Melaka ni, dia suruh saya tukarlah instead of tetel masak daging, ok jugak kan? Abang Bur memang setuju arwah Mak masak memang power!

    ReplyDelete
  3. kalau balik kampung di melaka, opah(saya panggil opah sbb dulu² popular cerita opah kat tv,padahal takde darah perak langsung..hehe) selalu masakkan daging tetel ni. mmg masakan org melakalah..kalau mkn dgn jemput² pun sedap..tapi saya tak pernah berguru dgn opah pun.. :p
    wahhhhh, auntie buat saya teringinlah!! nak kena try resipi nih..

    ReplyDelete
  4. auntie..kecuq lidah sya nengoknyer!....

    ReplyDelete
  5. kerol : Ada hobby memasak ker?

    Kak Ungku Betty : Emm..satu lagi yg kak nani craving is Rendang Itek Nila by Mak Long Tijah. Every HRaya she will cook this dish. Where can u get this?? Only the only one is Arwah..AlFatihah...

    Mrs Hakim : Emm teringin cubalah resepi yg auntie googles tuh.. Thumbs up tau..he3x

    nasaoji : Jgn kecor2 terus cuba masak jer...

    ReplyDelete
  6. alamak sedapnyer aunty...ada lagi left overs daging tetel dalam fridge tu..

    ReplyDelete
  7. salam aunty
    tengok gambar pun dah kecur mulut..
    adeehhh dahlah puasa nih!!!
    dugaaannnn......

    ReplyDelete
  8. Orang melaka memang suka dengan masakan asam pedas daging tetel ni.. mama saya pun memang selalu masak masakan ni..cuma risau sebab berlemak je.. tapi dah sedap punya pasal, belasah je.. he he he

    ReplyDelete
  9. salam aunty..mknan kegemaran saya tu.best kan..dia kalau masak gan tulang yg ada daging skit2 tu pun sedap..huhuh..rindu nya masakan melaka

    ReplyDelete
  10. Kak Nani, kerol tu suka bab korek2 resipi....dia tu pandai masak ker? janganlah asyik korek2 aje..korek hidung bolehlah...ahaks

    ReplyDelete
  11. Kerol tuh korek2 recepi, simpan utk bakal isteri dia nanti.... He3x

    ReplyDelete
  12. aunty,

    saya memang tunggu resepi daging tetel asam pedas - peej la nie - dulu selalu cerita kat blog dier - sampai masa tuh saya mengandung - siap mintak tolong mak mentua saya - org melaka tolong masakkan sebab saya mengidam...

    thanks a lot for the recipe....

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...