THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, September 29, 2009

GANJARAN PUASA ENAM

Bulan Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari dalam bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.

Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

"Selamat Mencuba Berpuasa Enam"




9 comments:

  1. Salam...nak mula puasa 6 ni banyak godaan. Raya ni kita x berkesempatan untuk berjumpa. Kak Nani x balik Melaka yer? X pe byk gambar2 raya yang saya dah masukkan dlm blog. Kak Nani tengok,k? So sekali lagi ucapan SELAMAT HARI RAYA buat Kak Nani tersayang & family...maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  2. Aunty,

    Saya confius disini, boleh ke kita posa qada and posa sunat 6 sekalik gus? and bukan posa qada tuh wajib , where as posa 6 tuh sunat - jadi kalau ikut hierarchy - posa wajib dulu baru posa sunat kan?

    Ada juga pendapat mengatakan posa 6 and posa qada boleh dibuat sekali?

    Pls terangkan, sebab saya memang la confius nie....

    P/s : saya sudah berpuasa di hari 3 dah nie - yeay!!!

    ReplyDelete
  3. Aunty,

    Saya confius disini, boleh ke kita posa qada and posa sunat 6 sekalik gus? and bukan posa qada tuh wajib , where as posa 6 tuh sunat - jadi kalau ikut hierarchy - posa wajib dulu baru posa sunat kan?

    Ada juga pendapat mengatakan posa 6 and posa qada boleh dibuat sekali?

    Pls terangkan, sebab saya memang la confius nie....

    P/s : saya sudah berpuasa di hari 3 dah nie - yeay!!!

    ReplyDelete
  4. Auntie...
    belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya utk auntie sekeluarga... auntie pun take care of your health ok.. and thank you for visiting my blog....

    ReplyDelete
  5. Ungku Betty : Kak Nani balik ke Melaka hari raya yang keempat. Walaupun tak bertemu di HRaya Inshaallah kita bertemu dilain masa.

    ReplyDelete
  6. Zie : Emm... auntie cuba elaborate sikit saperti di bawah ni!

    Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

    Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

    ReplyDelete
  7. Zie : Katakan lah zie tak puasa 7 hari pd ramadhan so zie puasa 6 hari ganti bersama puasa enam sekali gus lah, the balance of 1 hari tuh boleh lah buat pada bulan2 yang lain.

    ReplyDelete
  8. auntie, jom kt buat puasa enam pulak, pas tu, leh sambung raya...!..

    biarpun sedang ada bby dlm perut, harapnya bolehla kt jalankan ibadah ni pulak, next year, blum tentu lg boleh.. :)

    ReplyDelete
  9. thanks for ur explanation auntie.....*love u*....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...