Berlalu sudah berpuasa hingga ke penghujung Ramadhan, air mata berjurai dan terasa amat sedih bahawa ia akan berakhir dan meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi...
Bernyawakah aku lagi untuk bersama2 menikmati Ramadhan di tahun hadapan?
Bulan yang Allah memberi segala rahmatnya untuk muslimin dan muslimatnya.

"Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang.
Segala puja dan puji bagi Allah yang telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang turun padanya malaikat-malaikat dan roh-roh yang mulia selawat dan salam atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabatnya yang mulia, kami mohon kepadamu ya Allah pemeliharaan keamanan bulan Ramahan dan tetapkanlah kami berpuasa di bulan Ramadhan dan berkatilah dalam berpuasa Ramadhan dan perbaikilah segala keadaan kami dan akhlak kami dan sekalian amal kami dalam bulan Ramadhan, Ya Allah lanjutkan usia kami dengan berkat Ramadhan dan jadikanlah puasa kami ini mengikuti segala puasa yang dipuasakan oleh nabi kami Muhammad S.A.W dengan rahmat Mu ya Tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan segala puja dan puji bagi Allah tuhan seru sekalian alam".
Selamat berpisah Ramadhan dan moga bertemu lagi di tahun hadapan......

salam untie...ibu...
ReplyDeletehiba rasa dihati entry ini
adakah masih ada waktu untuk kita esok?
adakah sempat lagi kita menikmati Ramadhan yg mulia ini....
hanya Allah yang Maha mengetahui..
Salam Auntie,
ReplyDeleteSemoga kita bertemu lagi di ramadhan akan datang. InsyaAllah.
Salam lailatul qadar
ReplyDeleteSalam Auntie...
ReplyDeleteSekejap masa berlalu...terasa baru sedikit yg dilakukan...
InsyaAllah ada umur kita berjumpa lagi tahun depan...
SELAMAT HARI RAYA ...
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Salam aunty nani.. Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin buat aunty dan family :)
ReplyDeletennt raya jemput la ke rumah..rumah iLLa kat wangsa maju jek aunty :)
Assalamu'alaikum Wr,Wb
ReplyDeleteMemang terasa sedih dan pilu kita pada malam lailatul qadar, di harapkan kita dapat petunjuk daripada Allah pada malam yang penuh rahmat itu
Saya secara jujur ingin mengesyurkan kepada Puan supaya beramal dengan amalan syuhud,shuhud itu adalah amalan nyawa kita
Caranya ialah: lihat pusat kita kemudian tarik nafas perlahan-lahan segingga ke ubun-ubun, sebaik sampai ke ubun-ubun maka kita ingatlah kalimah HU, kemudian dari ubun-ubun pula kita turun balik nafas kita sehingga ke pusat balik dan ingat kalimah ALLAH, kemudian tarik balik ke ubun-ubun ingat balik HU kemudian turun balik ke pusat ingat balik kalimah ALLAH demikianlah seterusnya
Amalan ini adalah amalan wali-wali Allah, ertinya mengingat Allah tidak putus-putus, ertinya selagi kita bernafas maka selagi itulah kita mengingat Allah dan apabila kita mengingat Allah maka Allah juga mengingati kita
Selamat mencuba insya Allah Puan akan memperolehi ketenangan
Sayu dan hiba la entry ni..tetiba teringatkan mak ayah kat rumah..thanks for the comment ya Auntie..Norule nak wish Auntie dan keluarga SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN..semoga Syawal yang bakal menjelang ni akan membawa seribu rahmat kepada Auntie dan keluarga..take care & be happy..
ReplyDeleteramadhan kali ini, ramadhan amat bermakna buat saya, first time sambut dgn suami, dan juga Dia hadiahkan saya dan suami dgn anugerah tak ternilai, yakni baby..
ReplyDeletesuasana bulan ramadhan, tak kan sama dgn suasana bulan2 lain kan auntie,...
mmg sebak ramadhan hampir ke penghujungnya, moga stiap amalan kt Dia terima.
terima ksaih dgn segala info ilmiah yg auntie tepek d cni... :)