THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, August 25, 2009

AMALAN MINUM AIR WAKTU SAHUR

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang
berpuasa).

Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id katanya : Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur."

Dari Abi Sa'id Al-Khudri katanya : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

"Sahur itu berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan meneguk seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur."


Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Yang menceraikan antara puasa
kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur."

Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

5 comments:

  1. salam auntie
    en pakwe aka en suami saya
    memang suruh kami anak beranak minum air sekurang kurang 8 gelas bersamaan 1.5 leter + botol minerel yang kecil tu,WAJIB....lepas tu alamat ketandas sahaja lah....

    ReplyDelete
  2. Aunty - I really love ur blog. Insaf I sebentar sebab I memang tak makan sahur -sebab kejarkan tido.

    Lepas nie, Insya allah akan dicuba bangun sahur.

    Thanks for the highlight.

    ReplyDelete
  3. saya bersahur hanya minu air saja, auntie...;p

    amik sunat... ;)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum auntie..
    sorry lama tak comment, saya bz lately..nice info auntie..tq sebab ingat mengingatkan..saya memang malas bersahur.Tapi semalam dgr radio ustaz tu pun kata sahur elok dilambat2kan, berbuka elok dicepatkan.

    ReplyDelete
  5. sayangsayangibu : Good practice i.e. taking 8 glasses of water daily. Keep it up.

    zie : elok lah cuba2 bangun sahur, kalau 5 pagi sahur boleh terus buat subuh kul 6.00 pagi.

    nasaoji : Tu pun dah okay, asalkan bangun utk bersahur.

    mrs hafidz nadia : Emm..buzy? rezeki mendatang lah tu..
    Cuba2 lah bangun bersahur, memang berat kalau tak biasa. Atau letak jer air sebotol kat sebelah katil.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...