THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, July 3, 2009

Memories of Nancy Tan Siew Lian

Since ramai yg menanyakan tentang Ms Nancy, auntie buat entry khas untuk dia.

Ms Nancy berketuranan Cina asli Hokkian. Berasal dari Pulau Pinang tapi Mak Bapak dia tinggal di Kuala Lumpur.

Yang auntie tahu, bapa dia ada simpan pompuan lain, jadi Mak dia yang jaga anak2 sampai lah Ms Nancy tuh kerja. Bila Ms Nancy tuh dah kerja, dia suruh Mak dia rehat, dia take over untuk perbelanjaan sekolah adik2 nya. Tak ramai termasuk Ms Nancy tiga orang saja. Adik2 laki2 dia pun handsome, semua hidung mancung2.

Kelakar...pernah satu ketika dia ajak auntie pergi ke Singapore buat plastic surgery. Mata dia kan sepet, jadi dia nak bulatkan dan besarkan mata dia. Yang auntie pulak konon2 nak hidung macam dia. Dulu2 masa auntie nak buat hidung, baru RM900.00 duit Malaysia.

Auntie terjumpa kawan auntie, dia menceritakan ada member dia buat hidung, okay cantik dan mancung tapi nasib nya malang masa di library, salah satu buku kat shelf terjatuh atas hidung dia, eeee..gerun.. patah dan tak leh baiki lagi..jadi auntie kata kat Ms Nancy..No to plastic surgery. Dia pun cancel idea nak besarkan mata.

Auntie belajar pakai fake eyelashes, make up dan berfesyen2 trendy..dari dia.
Tempah baju2 dengan auntie dia, kebanyakkan nya ikut fesyen filem star Hong Kong. Mak Saudara dia expert buat dinner dresses standard boutique dan upah nya pula murah.

Yang sangat2 auntie tak leh lupakan, tiap2 bulan bila auntie datang menstrual selalu sakit sengugut yang kira boleh pengsan...tak leh bangun, kena baring dah tu mengulung2 sakit ari2 dan pinggang. Jadi Nancy akan suruh baring kat bilik dia. Dia selimut kan auntie dan auntie akan tido. Dia take over jaga telefon.

Kalau kita tengok dia personally memang cantik orang nya, boleh dapat boyfriend cina yang kaya2, tapi dia berdating dengan salesman kat office kami. Pada mulanya auntie heran jugak kenapalah Ms Nancy tuh dengan Mr Siew, dah lah tak handsome, tak de kereta..pakai pickup van office punya. Rupa nya dia serik dengan laki2 handsome tak nak perkara serupa berlaku macam bapak dia buat kat mak dia.

Bila auntie mengenal Mr Siew memang baik orang nya..so they were a loving couple in our office. Mr Siew resigned and open up his own business, he became a contractor, and he really make his money and turned to a millionaire. Nancy married him but she did not leave her job, she loves to work with Mr Syer.

Rumah dia bersih, tak de langsung patung atau para tongkong. Auntie pernah bertanya pada Ms Nancy dia penganut agama apa, dia hanya mengikut adat cina tapi bukan agama cina. Kata dia bukan dia tak percaya pd tuhan tapi dia confuse mana agama yg betul. Dia kata semua agama sama sebab semua ajaran tak de yang suruh buat yg tak baik.

In 1994 Ms Nancy menghidap kanser usus tahap serious dah kritikal. Dia di rawat di Hospital Tong Shin, Pudu, KL. Auntie masa tuh dah tak kerja kat pejabat tuh lagi, so Mr Siew berkali2 telefon auntie suruh dtg ke hospital Ms Nancy tuh nak jumpa sangat2. Entah lah auntie masa tuh lansung tak terbuka hati nak pergi melawat dia...sehingga lah dia mati. Ketika tu auntie terlalu sibuk dengan kerja pejabat. Balik rumah pun dah maghrib, lepas isha pergi balik ke pejabat sambung kerja sampai 11 malam. Funeral dia pun auntie tak pergi.

Auntie berkawan dengan dia selama 7 tahun. Auntie resigned from that company tapi ada kala auntie jumpa dia bila ada function2 annual dinner company tuh.

Auntie paparkan gambar2 masa auntie buat rumah terbuka Hari Raya kat Taman Melawati tahun 1987. Auntie dah ada anak empat ketika tuh. Dia beranak tunggal laki2.

Pertemuan yang akhir.



15 comments:

  1. Hello auntie, baru hari ni terjumpa your blog, I feel so blessed to stumbled upon it. cara auntie tulis citer auntie makes it so real, best sangat. ada part sebak ada part makes me smile. I also love looking at your pictures. thanks for sharing your stories. :)

    ReplyDelete
  2. Dpt agak yg Ms. Nancy ni dah tak ada.. but nampak lain benar2 gambar between kat Singapore and gambar Raya tu....

    ReplyDelete
  3. mukanya mcm nancy foo yg pelakon tu kan...?..

    ReplyDelete
  4. lain sangat muka ms nancy masa ni kak, mcm sakit jer...

    ReplyDelete
  5. oh. auntie timbul tak rasa menyesal sebab tak pergi jenguk dia?

    ReplyDelete
  6. oh. auntie timbul tak rasa menyesal sebab tak pergi jenguk dia?

    ReplyDelete
  7. AnonymousJuly 03, 2009

    Great writtings from the heart...kak nani (Auntie). I've always admired your guts.....keep on writting as it makes a lot of us smile! - HOO(AZH)

    ReplyDelete
  8. lain sgt ms nancy waktu ni....
    waktu ni dia dh sakit ke untie???

    ReplyDelete
  9. err..gambar yang ni nampak dia kurus la,muka macam sakit..ke dah sakit masa tu>tapi tak nak kasi org tahu..so sekarang ni hubby dia kawen lain da ke??(hoh,penyebuk pulak saya..hehehe)

    ReplyDelete
  10. Ms. Nancy nmpk berbeza di gmbr nie..penampilan dia low profile. Maybe pasal dah kahwin kot..

    ReplyDelete
  11. also nak cakap iras2 mcm nancy foo. susah nak dapat kawan baik mcm ni..

    ReplyDelete
  12. M : Auntie appreciate u like my stories. TQ.

    Azma Sulaiman : Auntie pun rasa dia dah mengidap sakit nya, tapi dia tak bagi tahu auntie.

    nasaoji : Nancy Foo tuh Miss Malaysia, kalau Nancy Tan masuk ratu, agak nya dia pun boleh menang.

    MummySlurp : Tu lah sakit agak nya, tapi tak bagi tahu auntie.

    Ted Baker : Yang sebenar nya auntie tak pernah rasa menyesal dalam hidup. Kerana menyesal tak de faedah lansung.

    HOO(AZH) : TQ auntie memang menulis frm my heart. Tak kisah apa orang nak kata, Its My Life...

    lekan78 : I think so.. dia dah sakit.

    mrs hafidz nadia : Masa auntie jumpa mlm tuh memang auntie perasan dia macam dah sakit, tapi auntie tak bertanya pulak. Entahlah suami dia kawin lain ke tak, auntie tak pernah berjumpa lagi.

    kerol : Amboi...perasan pulak dia low profile. kerol memang teliti org nya he he he..

    Hazzel : You are very right, memang auntie tak jumpa sampai sekarang kawan yg macam dia, no body honestly.
    she was a very thoughtful, sisterly and generous.

    ReplyDelete
  13. sedihnye dapat tau dia dah takde..but dari apa yg aunty cerita...ms nancy tu mmg baik orangnye kan :)

    ReplyDelete
  14. eh aunty.... the lady in yellow top in your second picture tu....she looks like my aunty.. her name is Norlia and her husband's name is kamaruddin.. dier airforce .... I could be wrong ... but she really does look like my aunty ...

    Aunty kenal tak?

    ReplyDelete
  15. It's a small world, Yes, she was one of my guest that night. Her husband and uncle studied together in the same uni in 1987. Met her a couple of months ago in JJ Wangsa Maju, she was surprised to see me in a wheelchair. Take care..bye.
    - Show quoted text -

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...