THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, July 30, 2009

Episod 36 - Boleh tahan ker?

Imbasan episod 35

Penantian memerlukan satu kesabaran yang tinggi. Auntie berulang kali di uji di tinggalkan/berpisah kerana kerja oleh tunang auntie. Pertama dia pergi Australia selama 1 tahun dan yang kedua pergi ops selama dua bulan dan ketiga berjumpa pada hujung minggu sahaja sebab dia di tempatkan di Kluang, Johore.
Baru auntie tahu yang sebenar nya auntie akan lalui perpisahan macam ni kalau auntie kahwin.
In total selama 8 bulan dalam setahun bertugas masuk hutan, bermakna hanya tinggal 4 bulan kat base/kem. Kalau di ambil hujung minggu sahaja baru dapat berjumpa, cuma tinggal 32 hari. Emm..

Perpisahan tidak lansung mematahkan semangat kasih auntie terhadap nya.

Ujian yang harus auntie lalui sebelum dan sesudah mengahwini seorang pegawai tentera darat. Tanya diri sendiri boleh tahan ker kalau dah kawin nanti...
Jawapannya Allah telah memberi kekuatan yang amat tinggi kesabaran pada auntie untuk meneruskan persahabatan bersama nya.

Rumah auntie di kunjungi oleh kawan auntie pada masa kecil. Aziz nama nya. Dia bertugas sebagai pegawai kastam. Pada suatu ketika dulu, kami selalu bermain2 baling2 selipar, bermain galah panjang dan lain2.
Kerap pulak dia datang...boleh kata tiap hari minggu, Mak & Abah menyambut nya dengan baik, sebab Abah kenal parents dia. Dia juga tahu yang auntie dah bertunang.

Auntie dapat rasa ada sesuatu yang dia rahsiakan pada auntie. Selalu dia tenung auntie tapi tak de apa yang di ucapkan... hingga lah satu hari dia memberitahu yang dia suka kat auntie dari auntie darjah enam..OMG! is this real? Auntie kata dah tak de jodoh lah tu ....so end up auntie kenalkan dengan tunang auntie dan kami berkawan dan berjumpa bila ada aktiviti2 social.

Kak Mahaton telefon auntie kat pejabat. Dia tanya khabar dan nak tahu auntie suka ker kerja kat office tuh. Auntie kata okay jer tak der apa2 masalah. Suatu yang memeranjatkan auntie bila dia tanya auntie nak tak jadi pramugari dengan MAS. Dia boleh arrange untuk short listed interview.

Kak Ton : Tinggi nani 5' 2' tak?

Auntie : Memang pun kak.

Kak Ton : Muka tak de jerawat atau parut yang ovious kan?

Auntie : Kulit muka okay jer! tapi kan kak, nani rasa kena tanya Adin dulu (Panggilan keluarga utk Burhanuddin) kalau2 dia tak bagi macam mana?

Kak Ton : Emm tanya lah dulu...kalau okay bagi tau Kak Ton tau..

Auntie menulis surat dan menyatakan perkara tuh pada Burhanuddin. Dia bukan nak halang tapi dia risau nanti susah nak atur perjumpaan bila ada peluang dia bercuti nanti.

Betul juga kata dia tu...dah lah asyik kena tinggal dah tu nak jumpa pun susah...jadi auntie pun padamkan semangat nak jadi pramugari.

Dua bulan berlalu dan Burhanuddin akan pulang dari tugasnya, dia suruh auntie tunggu dia di Station Keretapi macam mana dia nak pergi dulu.

Dapat lah jumpa dia kat Station Keretapi, memang rambut dia panjang, bermisai dan berbauk/jambang. Dia nampak matured, tapi auntie prefer dia clean cut.

Perjumpaan sekejap di Station Keretapi sebelum dia meneruskan perjalanan ke Kluang.
Auntie akan berjumpa dia hujung minggu.....seperti biasa activiti2 yang menghabiskan duit kat disco bila berjumpa.

Pada pertengahan tahun 1975, kali ini seluruh Batalion 11 Melayu Diraja dipindahkan di Sarawak pula selama satu tahun.

Ha! amik kau, kali kedua kena tinggal setahun...

akan sambung....

16 comments:

  1. Auntie hopefully auntie dah baik dr kesakitan yg auntie alami. Tabahnya auntie hadapi perpisahan dgn uncle.. Sy pun jauh gak skang ni dgn si die, sampai kadang2 rase nk give up jer.. Nway, angah harap kesihatan auntie bertambah baik. :)

    ReplyDelete
  2. wah!entry yg ringkas dan padat.tp xpe..paham..aunty xsehat kn...get well soon tau!

    herm..kene tinggal..sinonim kn kalu name je bini askar or gf askar..aiseh..teruskn crite aunty!hehe

    p/s:patut r noy jd pramugari..ade dlm ati mak die..:)

    ReplyDelete
  3. Auntie dulu x menjadi nk keje pramugari, tup2 si nonoy yg 'mengantikan' tmpt auntie tu! :P

    huiiiiiiii...lamanya kene tinggal! huhuhu

    ReplyDelete
  4. owh..noy jd penyambung cita2 auntie ler kan...

    pisah pulak..hehehe..;p

    ReplyDelete
  5. wah kesian untie dah la pepisahan tue menyakitkan huhuhu

    ReplyDelete
  6. ohhh ...aunty kira nyaris2 la nak masuk jadi crew ye aunty :)

    ReplyDelete
  7. wah..kira noy penyambung jadi pramugari....
    sian auntie yek..kalau saya leh tahan ke x....almaklum le hati ni bak lalang jerr... :P

    ReplyDelete
  8. harap untie dah beransur pulih. amin.

    dah lama sangat saya tak dapat komen kat blog untie, saya dalam pantang hihihih

    best betul dapat sambung baca kisah untie ni, serius suka sangat, nak2 pulak kalau untie letak gambar lama2, memang saya telek belek tengok lama2.

    doa saya sentiasa untuk untie.

    ReplyDelete
  9. Salam Auntie,
    Get well soon ya :D

    ReplyDelete
  10. Auntyyyyy.. dah sehat ke? lindu sama u laaah..

    ReplyDelete
  11. Kak Nani jodoh you panjang dengan Mejar Bob, tapi nasib baik tak jadi pramugari..kalau tidak sorang terbang sana terbang sini, sorang keluar masuk hutan...susah jugak kalau dah ada family kan? hehe...

    ReplyDelete
  12. salam auntie...

    ermmm... dh 3 hari published baru hari ni dpt jengok blog auntie... hehe bz sangat...

    get well soon ya :)

    ReplyDelete
  13. untie, lamanye kena tinggal....setahun tu!!!

    btw, untie dh sihat??? saya harap untie sihat walafiat!!!

    ReplyDelete
  14. salam auntie..first time bace kat blog auntie trs terpikat..sbb..suami saye pun pegawai tentera jgk..mmg pahit n sedihkan bile kene tinggal..bile bc citer auntie..saye dpt bayangkan bgmana perasaan auntie mase tu..huhuhu..sedih..lagi2 mase dulu tentera selalu kene mask hutan berbulan2 lamanye..line tepon pun xde..kirenye saye agak bertuah la..walaupun hubby kene ops tapi still lagi blh sms atau call..jarang sgt la kwsn ops xde line..paling2 pun kene tinggal ms g Pasak Bumi..seminggu..mmg tdo dalam hutan..xde line..huhuhu..nway auntie..smbg citer lagi ek..seronok bace..n get well soon..

    ReplyDelete
  15. Nasib baik auntie tak jadi stewardess tu.. klu tak.. mmg betullah makin susah pulak nk jumpakan :) Btw, suspend je.. kena tinggal lagi.. lagi jauh pulak tu... Btw, hope auntie akan sentiasa beransur pulih.. Insyallah moga keberkatan Allah sentiasa ada pada auntie..

    ReplyDelete
  16. smua yg blaku dlm hidup auntie mmg ade hikmah kan auntie?;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...