THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, June 22, 2009

Episod 29 - Malu Masih Menebal

Imbasan episod 28

Auntie belum tahu apa itu cemburu....mungkin terlalu konfiden yang auntie lah satu2 nya 'gadis melayu' yang menjadi kekasih di hati nya.

Surat terakhir yang dikirimkan oleh Burhanuddin dari Australia, menyatakan details kepulangan nya ke tanah air. Airways, flight no, date and time. Dia juga request hendakkan auntie berjumpa nya di Airport. Aduh! seminggu lagi!

Auntie menyampaikan berita itu pada Mak dan Abah. Auntie membilang hari, bila tinggal sehari je lagi, auntie bilang jam pulak.

Tiba masa yang di tunggu2, auntie ajak Abah dan Mak temankan auntie pergi airport tapi mereka kata tak per dulu..nanti2 jumpa juga. Auntie pun bergeraklah driving ke Subang Airport pada hari tuh. Macam2 auntie berfikir masa driving on the way to airport. Nak open my arms and hug him kah? bersalaman saja kah? Berdebar2 tak usah kira lah, kedua2 tapak tangan auntie kejap sejuk, kejap berpeluh memegang steering. Eh! kenapa pulak sampai nak peluk dia pulak? Tak malu apa? Kan ada family dia nanti... nak taruk muka kat mana?...

Sampai di airport, auntie tinjau2 kot kalau2 ada family dia, boleh lah berbual2, tapi bila nampak mereka, auntie malu nak approach. Bila tengok papan information, flight nya dah landing, auntie pun tunggu lah kat depan pintu arrival.Mak dia menegur auntie dan berkenalan dengan adik2 perempuan dia. Family dia ramai nya.

Seluruh badan rasa nak roboh dan longlai bila auntie nampak dia. Ya! Allah sungguh tak reti nak curahkan perasaan ni....

Burhanuddin semakin dekat, dia bersalaman dan berpelukan dengan Mak dan Abah serta adik beradik dia. Auntie hanya pandang ...dan tunggu giliran auntie pulak...perasaan auntie bertambah berdebar, hello! control pleaseeee.....

Kelakar betul... bila sampai jer Burhanuddin depan auntie....rupa2nya perasaan malu auntie mengatasi segala apa yang auntie inginkan.. nak peluk tak jadi, nak cium lagi lah...tak reti... last2..dia menghulur tangan dan bersalaman erat....dah tuh auntie kelu seribu bahasa..dan tak reti nak bercakap pon. Dalam hati berkata.....Apa nih!!!!

Burhanuddin memulakan perbualan...

Burhanuddin : Kenapa tangan u sejuk dan membisu jer?

Auntie : Gugup lah bila u depan nani, macam bermimpi pulak.

Burhanuddin : Jangan macam tuh, dalam surat...kata rindu..i kan dah ada bersama u sekarang..

Auntie malu dan elakkan situasi tuh dengan menanyakan....

Auntie : Family u ramai nya datang..

Burhanuddin : Memang ramai, dia orang datang dua kereta dari Melaka.

Burhanuddin : I akan datang KL rumah you bila I dah bermalam sehari dua di kampung.

Dalam hati auntie kecewa.....auntie pergi airport sorang dan balik pun sorang.

Sampai kat rumah, Mak dan Abah tanya..

Abah : Mana dia dan family? Tak singgah rumah kita?

Auntie : Mereka tak nak susah2kan kita, terlalu ramai, sampai dua kereta..dia orang duduk kat Jln Perkin, Kampung Baru.

Abah : Bila dia bercadang nak balik ke Melaka?

Auntie : Entah lah Abah nih! Banyak lak soklan, mana lah nani tahu! Tak kuasa nak tahu!

Jawapan auntie yg kecewa...auntie terus masuk tidur.

Dua tiga hari kemudian nya.... auntie sedang tengok TV malam tuh, Burhanuddin datang ke rumah, tapi excitement yg dah layu tak macam menunggu ketika di airport tempoh hari. Agak nya perasaan merajuk kot! Malam tuh dia minta kebenaran Abah untuk bermalam di rumah auntie.

Burhanuddin unpacked his begs and handed auntie few gifts from Aussie. Emm.. jeans and t shirt. Dulu2 jeans top brand for female was 'Amco'. Warna biru turquoise, bellbottom lagi.... Auntie suka jeans tuh...

Malam tuh tak kemana2 hanya berbual2 kosong dengan kehadiran Mak & Abah. Rupa2 nya cuti dia 2 minggu sebelum melaporkan diri di Sebelas Melayu Diraja, Kluang, Johor.
Rumah auntie tak de bilik tetamu, jadi ruang tamu lah jadi tempat tidur nya, auntie sediakan tilam single, selimut dan dua biji bantal.

Keesokkan hari, auntie pergi kerja dia nak ikut ke pejabat. Auntie tak keberatan pun, sebab enviroment office auntie semua nya friendly. That was the first time auntie introduced dia pada office mates and Mr Syer. Burhanuddin nampak tak kekok dengan kawan2 dan Boss auntie. Auntie minta cuti untuk beberapa hari. Tak ingat pulak berapa hari.
Dari pejabat auntie bawa dia ke Lake Garden. First time berbual dan jalan2 berpegangan tangan. Bercinta amat membahagiakan. Tapi perasaan malu terhadap nya masih menebal dalam diri...Sempat bergambar kat Lake Garden. Influence filem hindustan..mesti ada pokok2 sikit, bunga2 sikit, takde gunung..bukit2 sikit...he!he!he!





Keesokkan hari nya dia minta kebenaran Mak & Abah nak bawa auntie balik ke kampung nya di Melaka. Terperanjat auntie sebab dia tak pun cakap kat auntie lagi.
Banyak yg auntie fikirkan....sebab auntie takut kalau2 kampung nya masih mundur..
Takut kena test masak dengan Mak dia, coz auntie hate dua perkara mengiling dan kukur kelapa..paling takut rumah dia tak de blender...assam pedas mesti lah kena giling cili dulu....weird kan! auntie fikir sampai ke situ.

Mak & Abah membenarkan auntie pergi ke Melaka, Mak seperti biasa ingatkan auntie supaya jaga permata diri dan pandai2 lah menyesuaikan diri di kampung orang.
Auntie drove to Melaka ikut jalan lama ...mana ada highway lagi masa tuh. First time driving towards south and never been to Melaka before. Burhanuddin tak tahu drive rupa nya.. so jadi co pilot tunjuk direction to his hometown.

akan sambung....

18 comments:

  1. hi aunty... muka boyfriend tu macam muka PG (anak aunty no.2) kan..kan.. heeheh.. u guys mmg sweet family.. keep writing aunty!!

    ReplyDelete
  2. yea yea dah sambung..hehe ada lagi ke jeans bell bottom tu auntie? dulu2 memang jeans tuh so in-trend kan? no wonder lah auntie suka sangat gift tuh, nak2 lagi dari insan tersayang ;)

    ReplyDelete
  3. anutieeeeeeeeeeeee...finally dah update.hikhikhk..sgt sweetlah becinta dulu2..feeling taman bunga je.skan mana ade becinta g taman bunga dah auntie. omg takot nya nk kna tdo umah bakal mertua kan..

    ReplyDelete
  4. AnonymousJune 22, 2009

    aahla auntie.. muka uncle dulu2 mcm muka PG.. sebijik !! mcm fotostat.. muka auntie pulak macam muka noy.. hehe

    ReplyDelete
  5. awww..so sweet..bole imagined batapa sejuknye nye tangan aunty masa tu..

    mesti balik kampung uncle berdebar2 kan..

    ReplyDelete
  6. Bila baca blog auntie ni.. asyik tersengih2.. dah 2-3kali kena tegur ngan budak opis.. tapi syok lah.. auntie updatelah hari2..klu sehatlah..heheh..lv u auntie.. ahaks tetiba..

    ReplyDelete
  7. adoiii...
    abg tak leh drive...

    ReplyDelete
  8. ala kiutnye auntie sentap kecewa blk ngn tgn kosong

    seluar bell bottom itu sgt cantekkk

    ReplyDelete
  9. comel la..
    so sweeett..

    haah.. memang sebijik PG kan? hehe..

    ReplyDelete
  10. wah, auntie dah mula marajuk2 time tue ye..hehehe. eh, uncle time tue sedar tak auntie mrajuk ngan die?or auntie pendam2 je?

    ReplyDelete
  11. wow!! dialog ala-ala Dahlan Zainuddin

    ReplyDelete
  12. hehehe dah tau laa mana mai perangai pija yg suka memikir jauh tah kemana2 tu...dr auntie aa ni..hik hik hik..blom sampai melaka dah pikir hal giling cili! lawak la auntie ni..

    ReplyDelete
  13. adik saya baca ngan saya tadi..first time dia baca..pastu sebok2 tanya itu ini..'best ke episod pertama long??'hehehe macam tgk drama plak..saya siap 'shhhh!!senyap la,kalu nak tau baca la sendiri!'..hahaha..

    sweet ok uncle..cute je percintaan auntie and uncle..uncle ni mesti type loving2 gitu..wuhuhu

    ReplyDelete
  14. yela...muka PG mcm uncle mode2....
    x keruan yek auntie bila jumpa org ygkta windu...
    senyum2 kambing....kekekkek

    ReplyDelete
  15. Salam Auntie,
    Adoiilaaa.. tak sabar nak baca next n3. Moga sihat2 selalu yer Auntie :D Take care

    ReplyDelete
  16. MK : Memang PG muka mcm uncle.. Auntie will try to write..

    Yatie chomeyl : Jeans tu dah tak de lagi..tak muat pun sekarang...

    salwaredzwan : Ha..cinta dulu2 kalau parents consent dpt lah kawin. Berani juga auntie pegi bakal umah mertua..

    anonymous : Acuan mak bapak.

    darling8tabby : Cuak juga lah..

    ida : Hupdate hari2? Memang nak cuba tapi kadang2 ada visitor kat rumah sampai puku 1 pagi, cam ne nak update..

    muMMyslurp : Nanti cita bila dia blajar driving..ok!

    Eisha : Sentap, memang lah sia sia jer tunggu lama tuh..

    dyan : PG memang sebiji muka uncle.

    kerol : Auntie merajuk, tak pernah tunjuk..memang jenis pendam..tapi kalau meletop..nanti auntie citer kemudian.

    My Spirit Finger : Ooi! kat mana dialoq Dahlan tuh? Hang tak sign in kat followers..bakal menantu tuh!

    Che Sue : Perangai peej, perangai noy ada juga macam auntie. Auntie perasan juga..

    mrs hafidz nadia : Auntie memang sampai sekarang sayang kat uncle despite bertengkar ke, gaduh ke, tak leh sampai more than one day..nanti auntie cite lah...

    Qaseh Qasturi : PG memang muka mcm uncel tapi perangai tak sama

    dayah : Next n3 malam nih kot siap. TQ atas doa kesihatan auntie

    ReplyDelete
  17. Auntie,
    I was bloghopping and found yours.

    I am amazed that you still can remember vividly your childhood and your zaman bercinta.. and siap simpan gambar2 lama lagi.

    I am just 32 and i barely can remember what happened yesterday.

    Monday tu malas nak keje, i khatam baca your blog kat opis :P.

    Keep on the story telling!

    -reena-

    ReplyDelete
  18. aunty, saya banyak tertinggal cite2lama aunty ni. Hari ni ada masa, saya nak khatam semuanya.

    Aunty , cite2 aunty semuanya best!

    Mashy

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...