Followers

Sunday, June 7, 2009

Episod 25 - LAPORAN POLIS

Imbasan episod 24

Perasaan keliru dan karuan membuat auntie pasrah pada illahi.

Mak leter2 kan auntie kerana masih lagi menumpang kereta En Anwar.

Mak : Nani! Kan Mak dah kata jgn lah naik kereta dengan En Anwar tu lagi.

Auntie : Mak, tak de apa2 lah Mak!

Mak : Apasal kau nih, degil sangat.

Auntie : Senang lah Mak.... nak gi kerja, tak yah tertunggu2 bas lagi.

Mak : Kalau susah2, kau bawa jer kereta Abah pergi kerja.

Auntie : Betul ker Mak?

Mak : Mak dah pun bercakap dengan Abah kau, Abah kata dia nak beli motor bila kau pakai kereta.

Auntie : Bila Abah nak beli motor tuh!

Mak : Entah2 hari ni dia bawa balik motor, ha! besok boleh lah kau bawa kereta ker opis.

Betul2 Abah beli motor second hand, LAMBRETTA. Abah kan mekanik, jadi tak de hal lah pakai motor yang boleh jual kati tuh!.
So, auntie pun bawa lah kereta ke pejabat, FIAT 124S. Warna Coklat. Tak de lah auntie tumpang kereta En Anwar lagi.

Bermula lah langkah panjang, bila berkereta. Auntie ke Kampung Baru, mencari Pak Sau dan Mak Sau. Mereka membuka gerai depan rumah. Menjual nasi lemak, nasi impit berkuah kacang dan beraneka kuih muih. Auntie nampak Pak Sau sudah bongkok badan nya tapi Mak Sau berbadan tegap tinggi dan kelihatan sihat.
Auntie menegur dengan suara yang sayu....

Auntie : Pak Sau, ni nani....

Pak Sau merenung auntie lalu memeluk auntie dan memcium dahi auntie. Mak Sau hanya berdiri dari jauh dan tidak berkata apa2 ketika itu. Mak Sau melayan pembeli yang berderet menunggu giliran.

Pak Sau : Ya Allah! cantik nya, anak yg aku bagi kat orang! Putih kulit kau dalam semua adik beradik kau. Jangan balik dulu tunggu sampai kami habis menjual dan boleh lah kita borak2.

Sambil dia berniaga tuh, auntie memandang sekeliling kawasan rumah. Masih ada lagi beca, masih ada lagi kedai runcit, dan rumah dah di tambah di bahagian dapur. Rumah yang Abah dan Mak duduk dulu pun masih ada. Auntie bertanya, siapa duduk rumah tuh!

Pak Sau : Pak Sau sewakan, dah tak de Pak Cik2 kau nak duduk, semua dah kawin2, dia orang beli rumah teres dan ada yang buat rumah. Dia orang semua kerja dengan kerajaan dapat pinjaman.

Auntie : Pak Sau, beca tuh ada lagi, Pak Sau masih menarik lagi ker?

Pak Sau : Tak lagi... Pak Sau gunakan beca tuh untuk ke Pasar beli barang2 berniaga jer!

Auntie di kenalkan pada kakak dan adik2 auntie. Memang betul, mereka tak seputih kulit auntie. Tapi ada iras2 muka auntie juga. Kedatangan auntie disambut dingin oleh kakak auntie, sebab Pak Sau asyik puji auntie cantik, dah kerja dan dah boleh bawa kereta. Entah kenapa dia menjeling2 bila pandang kat auntie. Pak Sau suruh dia buatkan auntie minuman, haram dia tak buat . Ada juga orang yg macam tuh dalam dunia ni.. fikir auntie. Auntie pergi ke situ untuk berjumpa Pak Sau dan Mak Sau, tapi hanya dua tiga kali saja....
Pak Sau membungkuskan kuih muih untuk Abah dan Mak.

Auntie balik kerumah dan menceritakan pada Mak dan Abah yang auntie cari Pak Sau dan Mak Sau. Mak terkedu...... tapi Abah kata bagus lah jumpa. Sejak itu Abah mula berjumpa dengan Abang nya di Kampung Baru.
Auntie terfikir, mengapa kah adik beradik Abah lansung tak berjumpa satu sama lain. Semua buat hal masing2. Auntie ada juga bertanya pada Abah, tapi Abah hanya kata nanti satu hari kau akan tahu juga sebab2 kami adik beradik tak sepakat.

Emm... suatu petang auntie diajak bermain bowling oleh kawan2 pejabat di Shah Motel, PJ, tak jauh dari office auntie. Sampai kat round about, ada sebuah kereta L . Aduh! lambat nya, dah tak de kereta pun dia tak keluar2. Dah tak de kereta, dia pun keluar...Tiba2 kereta tu berhenti emergency.... auntie pun terlanggar kereta dia kat belakang. Auntie pun tarik hand break lalu keluar kereta.. Pemandu nya perempuan. Instructor nya minta maaf, mana boleh maaf, siapa nak bayar? duit ketuk kereta yang dah kemik. Auntie bising2, dia pun keras kepala teruslah ke Balai Polis untuk buat report. Mengikut undang2 auntie lah yang salah sebab langgar kereta dari belakang. Bila selesai jer buat report.. auntie pun beredar ke kereta auntie. Terdengar orang memanggil nama auntie, toleh kebelakang tapi tak kenal orang yang memanggil tuh!. Berbaju polis ada crown atas bahu dia.

Auntie : Panggil saya ke?

Polis : Saya Inspector Abdullah, saya ada baca report yg cik buat tadi.

Auntie : So....

Polis : Kenapa buat polis report? Kan cik yang salah.

Auntie : Ah! biarkan lesen memandu dia kena tarik! menyusahkan orang! Ada apa2 lagi saya dah lewat nak jumpa kawan2.

Polis : Saja jer, saya nak berkenalan dengan cik....boleh?

Auntie hairan, muka macam dah kawin...tapi tak per lah layan jer...fikir auntie.

Auntie : Kenapa nak berkenalan dengan saya?

Polis : Kalau tak sudi tak per lah...

Auntie : Bukan tak sudi, tapi saya tengah serabut otak fikir pasal kereta nih!

Polis : Tak per, tu perkara kecil, boleh hantar repair, nanti saya tunjukkan kedai nya. Besok saya hantar orang kat office cik.. ok?

Auntie berfikir senang juga kalau inspector tuh tolong tak yah menyusahkan Abah.

Esok nya auntie tengah buat kerja, datang lah cina dua orang berpakaian kotor. Ini mesti cina mekanik. Betul cina tuh kata Inspector Abdullah bagi address auntie dan suruh ambil kereta nak repair. Cekap betul polis fikir auntie, tak bagi address pun dia bolih cari kat mana office auntie. Bagi kunci kereta dan mereka beredar.

Petang bila dah habis waktu pejabat, mekanik tuh datang bawa kereta yang dah siap di ketuk dan cat. Auntie tanya berapa bayaran nya, cina tuh kata Inspector Abdullah dah settle kan.

Auntie pun talipon balai polis tuh untuk bercakap dengan Inspector Abdullah.

Auntie : Kereta dah di repair, kenapa you settle kan cost kereta I?

Abdullah : Tak per sikit jer...tak hal it's free... cina tuh tak nak bayaran!

Auntie : Senang nya jadi polis, semua boleh settle.

Selang dua tiga hari Inspector Abdullah datang kat office auntie waktu lunch. Dia ajak auntie keluar makan, auntie rasa serba salah kerana dia dah tolong pasal kereta. Auntie pun ikut lah. Dia bawa makan kat The Ship, P J. Berbual2 biasa dan dia menyuarakan yg hobby nya ada lah photograpy. Dia minta nak ambil gambar2 auntie. Part ambil gambar auntie pulak suka, so auntie setujulah, so kami pun bergambar lah. Dah bergambar tuh, dia cuma bagi auntie 3 keping jer, yg lain2 dia nak buat koleksi dia.

Gambar2 auntie yang ada dengan auntie...






Selepas bergambar kami pergi minum di A & W kat PJ . Naluri auntie berasa yang dia tuh dah kahwin. Auntie berkata pada dia, yang auntie kurang selesa berkawan kalau2 dia dah berkahwin. Right enough dia memang dah kahwin, tamat lah persahabatan kami.
Takut lah... kawan dengan orang yang dah berkahwin, nanti gaduh2 dengan isterinya...walaupun hanya berkawan...buat apa cari pasal?


akan sambung.....

17 comments:

  1. Salam Auntie,

    Wah.. cantik Auntie masa muda2. Rupa auntie pun x banyak berubah. Still same. Awet muda tu :D

    ReplyDelete
  2. pheeewit!! i love your style!!! sgt bgaya la auntie ni!

    ReplyDelete
  3. wow auntie...body cun mehh...telan air liur je sy nk dapek body cm gitu

    ReplyDelete
  4. Auntie.. saya suka baca cerita ceriti auntie ni. Minta izin nak link blog auntie kat blog saya bleh??

    ReplyDelete
  5. bila tgk muka auntie (gambar duduk)
    mirip betul ngan muka peej
    hehehheh
    anyway...
    mcm mana kehidupan mak sau and pak sau?

    ReplyDelete
  6. suka la blog auntie..
    sgt berbeza ok..
    suka la..

    tp mmg betul auntie cantik..
    kalah sy skarang..mesti kalo kite sebaya, org tgk auntie je.. =(
    hehehe

    ReplyDelete
  7. hi aunty..
    suka tengok gambar2 aunty..sungguh jelita :D

    ReplyDelete
  8. cerita auntie ni bestlah..
    buatkan saya tertunggu2 episod seterusnya :)

    ReplyDelete
  9. manisnya untieeeeeeeeeee

    tp untie mcm malu2 ajer amik gambar tu :D

    betul kata untie, kawan dengan laki orang ni mcm nak cari pasal jer, tak pasal2 kang gaduh pulak kan hikhikhik

    tindakan bijak la untie ni

    tak sabar tunggu sambungan :D

    ReplyDelete
  10. rmai pminat auntie nie;)

    ReplyDelete
  11. salam auntie...

    auntie dah sihat ye...semoga sentiasa sihat ya...

    auntie muda2 memang cun melecunlah...
    suka nengok gambar dolu2...kulit licin tuh...ape rahsia yer auntie....

    ReplyDelete
  12. lawa auntie dolu2..mantop!

    ReplyDelete
  13. AnonymousJune 10, 2009

    eh..ada iras2 peej la...hehehe..

    ~maru~

    ReplyDelete
  14. dayah : yer ker awet muda? Alhamdulillah..

    Maharani : TQ memang auntie very concern of my clothings, even until now...

    salwaredwan : Kurnian Allah, kuat makan masa tuh.

    -dal- : No problem, appreciate it.

    Rubbergurl : kuah tumpah kat nasi ler... peeja dapat kat hidung dan bibir auntie. Mak Sau dan Pak Sau pun dah kembali ke rahmatullah. Nanti auntie cerita pasal arwah2 tuh lagi... inshaallah.

    jOjet : Terima Kasih, yg sebenar nya, auntie tak tahu auntie di kurniakan cantik hingga lah auntie bergaul, sebab Mak selalu kata auntie buruk, panggilan nya 'kiambang' sb hidung auntie kemek.

    darling8tabby : Jelita org dulu2....he he he....

    axie : tima kasih baca citer auntie... sabar ye..slow2 auntie update..

    viruspadu : lawa tak de, tapi manis ade! Dialogue PRamlee.. memang kalau boleh elakkan berkawan dgn org yg dah brpunya..

    kerol : peminat memang banyak tapi Allah yang menentukan jodoh..

    Qaseh Qasturi : Melecun tak melecun dah di booking awal2 oleh Burhanuddin tuh! kulit tak pernah berjerawat, kurniaan allah..
    kesihatan auntie masih belum stabil.

    Che Sue : Mantop... TQ.

    maru : peej memang banyak mirip auntie..he he he!

    ReplyDelete
  15. tapi rasanya mcm peej manis lagi kot...lariksssssssssssss

    ReplyDelete
  16. Sempat lagi kau tu Peej hehe

    ReplyDelete
  17. bagus btol aunty..tarik diri awal2 sblm jd hal2 yg tak di ingini kan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...