Followers

Tuesday, June 2, 2009

Episod 24 - KELIRU DAN KARUAN

Imbasan episod 23

Auntie pergi Pulau Pinang menaiki kereta En Anwar.

Dalam kereta, kami hanya berbual biasa jer. Auntie tak banyak berbual pun, ada kala nya tertidur.

Sampai di Kuala Lumpur auntie pun bercerita lah dengan Mak betapa seronok nya pengalaman auntie duduk kat Hotel Casurina, naik kereta En Anwar pergi dan balik.

Kenangan di Pulau Pinang di tepi kolam tuh, membuatkan auntie nak belajar berenang. Auntie pun bertanya Ms Nancy tuh ada kelas renang tak somewhere near to our office.
Ms Nancy punya kawan instructor renang, apa lagi auntie pun enrol nama. Masa tuh 1 jam RM30 saja. Beli lah swimming suit, dulu2 mana ada muslim swimming suit. So... end up beli swimming suit hitam brand 'Triumph'. Sopan sikit pada bikini kan.....
Private pool, rumah banglo, instructor lelaki cina. Auntie pun di arah masuk dalam pool untuk menjinakkan diri dengan air kolam tuh. Auntie pun turun sambil memegang tiang tangga kat kolam tuh.
Instructor tuh turun dalam pool dan dia suruh auntie apong kan diri dalam kolam tuh! Apong? macam mana nak apong? Dia suruh balance badan antara kepala dan punggung. and let go...
Ah! tak boleh lah...so, instructor tu pun pegang pinggang, suruh auntie naik kan kaki dan kepala , lurus kan paras air. Dia pegang pinggang lagi dan berkata...

Instructor : Dont be scared... just imagine you are on a matress.... I will let you go once you are ready...

Auntie : Not yet, please dont let me go....

Instructor : Okay! Okay! Okay!

Dalam okay okay tuh dia lepas pinggang auntie, apa lagi auntie cekau dia dengan kuku auntie. Padan kau... fikir auntie.

Instructor : Why you scratch me? Oh! susah man like this!

Auntie : I told you already, I am not ready to float yet.

Instructor : You must be ready, and tell yourself, you are ready!

Auntie pun anggukkan kepala, menandakan faham. Ms Nancy hanya senyum tengok telatah auntie. Sessi floating dan cekau tuh, habis lah satu jam... he!he!he!
Lepas2 tuh... auntie pegi 3 sessions saja. Dah pandai berenang. So happy dan auntie selalu lah pergi berenang dengan Ms Nancy bila habis waktu kerja.

Auntie rasa tak selesa, asyik travel by taxi. Mana ada taxi dekat kawasan rumah2 mewah tuh.
So, auntie pun kata kat Abah nak licence driving. Abah kata senang lah, sebab auntie dah pandai bawa kereta, cuma nak kena pergi test kat JPJ. Abah pun register auntie kat driving class untuk minimum hours. Minimum hours tuh.... 6 jam. Driving instructor, kawan Abah, Mr Ramasamy. Dia bagi buku 'Undang2 jalan raya'. Dah tuh belajar lah parking 3 jam dan driving 3 jam. Pertama kali belajar parking, ada tiang2 nyer. Emm... tumbang tiang, Mr Ramasamy kata fail. Dia siap buat tanda kat cermin belakang, supaya tak tumbang tiang. Hey! best nya, tanda itu menolong banyak!!!
Driving kat jalan raya, kawasan nya Tasik Perdana. Paling takut bila jumpa traffic light. Auntie selalu berdoa... jangan lah merah, kalau merah kena berhenti, dah tuh kena tekan clutch, tukar gear satu, lepas tuh lepas minyak.... tang lepas minyak tuh yang takut... terlebih minyak, kereta tersenggut2, mati enjin. Ah!! fed up nya!! Satu lagi masa kat bukit.... Sampai jer kat tengah2 bukit, instructor suruh berhenti, kena tarik hand break..tukar gear satu balik, balance minyak dengan clutch, jalan.... Uuh!! seram sejuk... kalau mati enjin fail... kata instructor. He! benci nya banyak sangat kerenah nak pass.
Walau pun dah pandai bawa kereta, gemuruh dia lain bila bawa kat KL, masa tuh dah banyak bas mini on road. Bas mini kebanyakkan nya tak ikut system, main berhenti emergency.
Kalau kita slow, siap hon2 lagi.
Tiba lah masa auntie kena test dengan JPJ. Auntie dapat test instructor yg dah tua bernama Salleh. Dia siap cakap...

En Salleh : Eh! you anak I rupa nya...

Auntie : Anak?

En Salleh : Ye ler! nama bapak sama dengan nama Pak Cik.

Auntie kata... senang lah nasib aku hari nih!

Test undang2 lepas... test parking lepas... test jalan raya pulak. Dulu2 kena pakai 'isyarat tangan kalau nak berhenti, hulur tangan, lambai2 dan bengkokkan 90 darjah, baru berhenti. Kalau nak pusing kiri, hulur tangan, pusing2 tangan anti clock wise, baru belok ke kiri dan pusing kanan pula, hulur tangan, pusing2 tangan clock wise, baru belok ke kanan.
Semua auntie lepas.. tapi kat bila kat bukit... kereta auntie tak mati enjin, tapi terundur kebelakang.. Auntie terus berhenti dan menangis2, sebab tahu pasti fail.

Pak Cik Salleh tuh, tanya kenapa nangis? Auntie kata mestilah failed, kereta terundur....
Tak per sikit jer tuh... nanti lain kali jgn lah terundur lagi.
Kami pun teruskan perjalanan ker JPJ... Auntie passed... Yeah! TQ to Pak Cik Salleh tuh!

Pada suatu hari auntie bermimpi beruang yang sangat besar mengejar auntie, auntie sangat takut dan berjaya melepaskan diri dari tangkapan beruang tu. Auntie menceritakan pada Mak.

Auntie masih pergi kerja dan balik dengan En Anwar, pada suatu petang, Mak bersuara nak berkenalan dengan En Anwar kata nya, ajak lah dia masuk kerumah bila dia hantar kau balik besok.

Keesokkan hari nya, auntie pun mengajak En Anwar tuh naik ke rumah. Dia pun tak lak menolak dan berkenalanlah dengan Mak.

Mak : Kata Nani En Anwar orang Pulau Pinang.

En Anwar : Betul ka Mak Cik. Nani banyak cerita pasai saya kat Mak Cik ka?.

Mak : Tak, Nani dok kata, En Anwar tumpang kan dia pi keja dan balik keja.

En Anwar : Tak pa lah Mak Cik.

Mak : Mak Cik nak cakap sikit...

En Anwar : Nak cakap apa ?

Mak : Nani dah bertunang, Mak Cik tak mau En Anwar dok harap apa2 dengan Nani. Tunang dia tengah study kat Australia.

Aduh!!! Apa pulak nih!!! Mak dah buat hal lah pulak.

En Anwar : Oh! gitu ka? Nani tak bagi tau pun apa2 kat saya!

Mak : Mak Cik rasa tak manis kalau nani dok tumpang En Anwar, apa pulak org kata nanti.

Bila pulak orang lain tahu? Fikir auntie? Belum tunang, Mak kata dah bertunang! Apa lah!
Belum sempat auntie hidangkan minuman, En Anwar tuh dah minta diri nak balik. Dia pun beredar.

Auntie : Mak, kenapa Mak cakap macam tuh kat En Anwar tuh.. Dia tak de apa2 lah dengan Nani!!.

Mak : Mak orang tua, Mak tahu dia ada hati.. engkau jer yang tak tahu..

Auntie : Apa pulak dia tak cakap apa2 pun!!

Mak : Memang lah.. sebelum dia cakap biar Mak yang cakap dulu... nanti susah... jangan mainkan perasaan orang..

Auntie : Apa2 lah Mak nih!

Seperti biasa En Anwar tuh ambil auntie kat bas stand pagi esok nya. Auntie membisu tak terkata, peristiwa semalam...sungguh embarrassing...

En Anwar : Betul ker apa yang Mak you cakap semalam?

Auntie : Cakap pasal apa? (Auntie buat2 lupa)

En Anwar : You dah bertunang!.

Auntie : Belum lah, tapi ada lah Nani berkawan dengan somebody.

En Anwar : Betul lah tuh, apa yang Mak you cakap.

Auntie : So, you tak nak jemput dan hantar nani lagi?

En Anwar : If you think it's okay, I tak kisah!

Auntie : Kalau you tak de feeling apa2 ngan nani, okay what!

En Anwar tak kata apa2.... dan auntie pun membisu dengan seribu macam berfikir apa yang Mak katakan semalam....KELIRU dan KARUAN yang depan mata atau yang di seberang....



akan sambung..........




11 comments:

  1. auntie. hot stuff. musti la ada orang minat. next episode pleeese.. :)

    ReplyDelete
  2. hebat untie, belajar kejap jer dah hebat boleh berenang hiks, saya ntah bila la nak pandai huhuhuhuh

    wah mesti untie masa ni serba salah sangat kan

    tp biasanya memang ibu bapa boleh baca kan apa yang berlaku di sekeliling kita :D

    ReplyDelete
  3. jeng jeng jeng
    tak tahu yang mana satu
    yang di sana menunggu dan disini merayu....
    hahahhahah

    ReplyDelete
  4. adeh..berdebar gak baca cerita nie..nk tau ape tjadi pastue..update auntie..update..hehe

    ReplyDelete
  5. ni macam lagu disana menanti disini menunggu dah ni..hehe

    ReplyDelete
  6. 3 kali blajar dah pandai ooo! hebat..hebat!

    ReplyDelete
  7. AnonymousJune 03, 2009

    hehehe...same case wit me...takut bila sampai part 'jumpa dgn traffic light'....hehehe...

    semua anak2 auntie reti berenang ke?...hehehe...

    ~maru~

    ReplyDelete
  8. betullah..memang hebat...3 kali dah leh berenang...

    tapi suke care mak aunty..

    kengkadang kita ni terlupa...

    mak ayah panduan untuk kita,,,,

    ReplyDelete
  9. auntie,sori dah lama tak komen apa2..lately ni bz..tapi saya baca tau blog auntie..wajib tak tinggal..dah la episod since bekenalan ngan ayah peej sampai encik anwar ni saya baca dalam keadaan tesengih2 dan meremang2..hehehe..gambar officemate auntie yang perempuan semua vougue2 kan..

    ReplyDelete
  10. eh...
    lambat pulak auntie update ari nie?
    emm..auntie tak sihat ke?
    risau lak

    ReplyDelete
  11. tertunggu~tunggu dari hari ke hari cerita seterusnya.auntie mmg ada bakat menulis yg baik..tak jemu saya membaca (:

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...