Followers

Monday, June 1, 2009

Episod 23 - Makan Angin

Imbasan episod 22

Auntie ditawarkan kerja sebagai penyambut tetamu dan operator dengan syarikat import export (Trading) dari Eropah.

Hari pertama auntie melaporkan diri ke pejabat, auntie di kenalkan dengan semua pekerja2 oleh Ms Nancy. Altogether about 21 staffs. 10 sales person all chinese except the Sales Manager was a malay guy (En Anwar), Admin including auntie 5 person, headed by an Indian Admin Manager (Mr Paramjothi). Store and delivery about 6 headed by a chinese Storekeeper Mr Lai.

Ms Nancy bagi ext list dan auntie mesti hafal nama dan ext2 semua sebab nanti nak sambungkan line pada panggilan dari luar.
Di reception area tuh tak de partition, concept terbuka. Meja berbentul L . Auntie beralih ke kanan menghadap meja2 sales staff. Bertentangan atau depan auntie bilik Mr Paramjothi, sebelah bilik dia, bilik En Anwar, sebelah kiri lagi, bilik Ms Nancy dan akhir sekali bilik Mr Syer. Atas meja ada kotak telephone PABX lebih kurang 2 kaki panjang dan 1 kaki lebar. Typewriter, dua in and out tray and of course my rotating chair.

Extention list yang di beri oleh Ms Nancy.

Mr Syer - Extention 1
Ms Nancy - Extension 2
En Anwar - Extention 3
Mr Jothi - Extention 4
Mr Lai - Extention 5
The above extentions are the high level ext and the rest are not that critical sangat.

Auntie rasa amat senang bekerja dengan Ms Nancy dan Kakak Siti yang banyak mengajar. Their approach was like sister to a young innocent girl.
Anyway, auntie mula lah get familiar dengan PABX system tuh. Sales person angkat telefon jer, lampu kat box tuh menyala dan berbunyi, tak payah jawap cuma auntie perlu buat ialah pass kan line utk dia buat panggilan. So...auntie asyik pass line jer kat dia org pagi tu, tak de yang suruh auntie dialkan utk buat panggilan luar.

Tiba2.... menyalalah lampu extension no 1. Tak tahu lah kenapa , auntie mengelabah bila lampu tu menyala. Auntie pun angkat telefon dan menjawab....

Auntie : Yes! Mr Syer, may I help you.

Mr Syer : Noraini, may I have arg.. laain... thank you.

Auntie : Okay Sir.

Auntie pun letak telefon. Apa benda dia nak nih! Pekat nyer loghat dia. Oh! dia nak jumpa Ah Lai, store keeper tuh.
Auntie dial extention Ah Lai tuh, tapi tak di angkat nyer pulak. Auntie terus berlari2 anak pergi ke store dan mencari Ah Lai.

Auntie : Ah Lai, Mr Syer wants to see you.

Ah Lai : What?

Auntie : Ai ye! quick lah Mr Syer wants to see you lah!

Ah Lai : Are you sure? He never call me or see me before lah . What he want from me?

Auntie : I dont know, he call for you..

Ah Lai tuh pun ikut auntie dari belakang dan terus ke bilik Mr Syer. Auntie duduk balik kat tempat auntie.

Lepas tuh auntie dengar Mr Syer, Ah Lai dan ramai lagi tergelak2... pasal dia orang semua gelak dan ketawa?

Extention dia menyala lagi.

Mr Syer : Noraini, I wanner make a phone call and I need aaa Line. I dont need to see Ah Lai..

Eee....malu nyer... dia nak line, auntie gi call Ah Lai. Auntie tak lupa kejadian tuh yang amat kelakar. Lepas2 tuh auntie, akan dengar betul2 apa yg Mr Syer nak atau pun arahan nya.
Lepas kejadian tuh semua staff tahu yg auntie paling muda kat situ dan mereka amat2 menyayangi auntie. Tiap hari, Sales man semua keluar pejabat pukul 11.30 pagi, jadi lenggang lah pejabat hingga pukul 4 petang baru mereka masuk pejabat balik. Selalu mereka bawa balik makanan petang untuk auntie.
Since office lenggang lepas pukul 11:00 pagi, Kak Siti banyak mengajar auntie buat kerja2 yang dia buat. Invoice, delivery order, official receipt dan surat 'reminder' kepada customer.

Auntie perasan ada orang yg asyik perhatikan auntie jer, kalau auntie pandang, dia akan buat2 tak tengok auntie. Umur dia 27 tahun, local grad dan masih single. Orang Pulau Pinang. En Anwar.
So....hari ketiga baru lah dia menegur auntie...

En Anwar : You datang dan balik kerja dengan bas ye?

Auntie : Betul.. macam mana you tahu?

En Anwar : Senang ker dapat bas pagi2? I nampak you kat depan Lever Brothers tunggu bas kat situ.

Auntie : Okay je! Kenapa?

En Anwar : Sebenar nya I pun tinggal di Bangsar, Jalan Telawi.. I boleh hantar you balik petang nih dan pick you up besok pagi kat bas stand tuh.

Auntie : Eh! tak payah lah susah2, I biasa jer dengan bas.

En Anwar : Tak susah apa2 pun, kan satu perjalanan..

Auntie tak berkata2 apa2 cuma senyum meleret jer....

Jadi auntie pun di hantar balik petang tuh, dan janji nya esok pagi akan ambil auntie kat bas stand utk pergi kerja.

Dalam kereta, dia pasang lagu2 hindustan. Aduh! rimas nya tapi tak nak lah complain tompang kereta orang kan. Dalam hati orang Utara tentu lah suka lagu2 hindustan.
Auntie so comfortable duduk dalam kereta yg besar lagi empuk kerusi nya compared travelling dengan bas. Kereta tu di allocate untuk nya dari company kami. Datsun SSS, masa tuh kereta mewah lah. Seakan2 kereta Perdana sekarang.

Masa berlalu... Kak Siti yg sarat mengandung tuh pun bersalin anak yg ketiga. Padan lah masa interview dulu, Ms Nancy tuh nak kan auntie pandai typing, rupa2 nya nak ambil alih kerja Kak Siti bila dia cuti bersalin.

Pada bulan kedua auntie berkerja, company membuat official trip ke Pulau Pinang. It was compulsory for everyone. It was a yearly affair to have annual meeting cum holiday for staff. So semua sales staff bawa kereta company ker Pulau Pinang. Auntie di sumbatkan ke kereta En Anwar dan yg pelik nya tak de orang lain yg tumpang. Auntie tak kisah sangat sebab auntie terlalu excited nak ker Pulau Pinang.
Dalam perjalanan ker Pulau Pinang tuh, punya lah auntie takut... En Anwar tuh bawak sangat lah laju... Sebatu, seminit target dia... gila betul lah... ingat nih racing track ker...Nasib tak apa2....

Di Pulau Pinang kami di tempatkan di Hotel Casuarina. Auntie dpt share bilik dengan Ms Nancy. Ada swimming pool tapi auntie tak pandai berenang, hanya duduk kat tepi kolam jer memerhatikan Ms Nancy memakai swimming suit berenang.
Sebelah malam ada official dinner. Chinese course, all muslims di tempat kan kat satu meja untuk halal food.
Biasa lah Chinese Course datang by courses. Mula2 appertizer, chicken, prawns and squid. Walaupun seated kat table muslims, sebelum makan En Anwar will asked what was on the table served.

En Anwar : Sure, no pork!!

The organizer pada malam tuh Mr Wong.

Mr Wong : I've inform the restaurant no pork tonite.

So.... kita orang pun makan lah, tengah2 makan En Anwar bersuara sedaplah masakan nih, lembut daging dia. Ada cashew nut dan cili kering goreng.

En Anwar : What dish is this?

Mr Wong : Let me asked the waiter...

Dia pun coce coce bahasa cina dia, lalu jawab soalan En Anwar tuh...

Mr Wong : It's green frog.

Kami semeja stop makan, siapa yg ada lagi dalam mulut makanana tuh, terus ambil tissue keluarkan balik.

Mr Wong : What happened?

En Anwar : We muslim can't eat frog....!!!!!

Mr Wong : I thought only pork.... mah.... so sorry, so sorry....

Apa nak buat makanan dah masuk dalam perut. Ya! ampun....

Gambar auntie bersama2 collegues.



Gambar auntie dengan collegues kat Pulau Pinang.



Gambar auntie dalam meeting room.



akan bersambung.............

15 comments:

  1. katak????

    mak pengsan!

    ReplyDelete
  2. wahhhhh...sume kengkawan opis auntie bergaya ooo..! cantek-cantek belaka..

    keh keh..klakar lak yg auntie salah paham masa org tu nk line tepon. Merasa makan katak lak tu..sedap ye?..nyum nyum ;P

    sambung lagi...

    ReplyDelete
  3. AnonymousJune 01, 2009

    OMG..katak..ekekeke...xpe la auntie..dah tertelan..nak wat camne...ekekeke...

    ~maru~

    ReplyDelete
  4. mak ai..
    kalu skrg anutie byg2kan ada tak rasa kembang tekak?
    hehehhehe

    emm..auntie lagi lagi

    ReplyDelete
  5. yuckkkkkkkkkkkkk...tiba rasa loya laa plak auntieeeeeeeee

    ReplyDelete
  6. aiseimen untie

    geliknyaaa... hahahahaha

    katak tuuuuuuuu... adoilaaa

    takpe2, semua tu pengalaman kan hiks

    ReplyDelete
  7. ya rabbi..katak...tak sengaja takpe kot aunty :D

    ReplyDelete
  8. ya ampunnnn
    apakah rasa nye katak aunty????
    lembut dan lembek2 seperti fizikal nye jugakkah???

    *pengsan*

    ReplyDelete
  9. mak aiii...nak muntahhh..hehhee

    ReplyDelete
  10. Ala bersambung pulak...

    ReplyDelete
  11. CL : TQ kerana membaca citer auntie, tapi CL dah sing in ker? bukan apa auntie suka juga track blog2 org yg sign in tuh! TQ

    Hazzel : yer, makan katak hijau...

    ai : katak masak honey and cashew nut.. masa makan tak lak loya, sebab tak tahu kan...

    maru : Betul lah dah termakan..

    Rubbergurl : Bila terbayang katak, memang lah kembang tekak.. he!he!

    salwaredwan : tu lah, nasihat auntie jgn percaya chinese course dinner.

    viruspadu : Dah cukup lah sekali pengalaman makan katak tuh!

    darling8tabby : Memang lah tak sengaja, siapa nak makan katak? China gila kan!

    lil^red799 : Nak tahu rasa katak? lembut dan halus macam tahu. Dah! lah tak nak ingat lah!

    Ujie : Muntah jangan tak muntah!

    Hazey : Sabar ya, inshallah auntie sambung...

    ReplyDelete
  12. alahai..dh tertelan..xdpt dibayangkn..

    ReplyDelete
  13. wah...day 2 kali ye...merasa katak...dulu teh katak....sedap tak????whek..whek..whek...

    ReplyDelete
  14. sedap ke rasa katak tu aunty? mcm rasa daging ayam ke lg sedap?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...