THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, May 29, 2009

Episod 22 - Surat Berlubang2

Imbasan episod 21

Parents kedua2 belah pihak telah meterai janji untuk anak2 mereka.

Pada hari Minggu yang terakhir sebelum dia bertolak ke Australia, dia datang ke rumah dan minta izin pada Abah untuk membawa auntie tengok wayang. Abah yang menghantar kami berdua kat panggung wayang. (auntie tak ingat cinema mana). Tittle of the movie juga dah tak ingat, tapi cerita lakonan Kris Kristofferson.

Emm... Sepanjang yang auntie bersama dia, percaya ker tak auntie tak pernah berpegang tangan lansung? Not even shaking hands. Kawan2 dia semua menghulur kan tangan bila di perkenalkan, auntie bersalaman dengan mereka tapi dengan dia tak de opportunity lansung.

So... masa menonton movie tuh half way kot...dia slowly memegang tangan kanan auntie...tanpa bersuara apa2....
Mashallah... rasa nak terbarai badan auntie, sejuk tangan auntie dan auntie tergamam, auntie hanya membiarkan nya. Itulah kali pertama tangan auntie di pegang lelaki , perasaan ketika itu tak pernah auntie alami ...
Cerita dan movie kemana? Apa jadi dengan hero dan heroin? Semua nya dah tak jadi tumpuan, hanya scene perpegangan tangan mengakhiri wayang tersebut oleh hero Burhanuddin dan heroin Noraini. he!he!he!

Abah dah tunggu depan panggung wayang, kami balik rumah di Bkt Bangsar. Dia meminta maaf kepada Abah dan Mak, halalkan makan minum nya, dan meminta Abah & Mak mendoakan dia selamat pergi dan balik dari merantau ke negeri orang.
Auntie hanya menangis terisak2. Abah kata jangan menangis..... org nak pegi jauh tak baik, kalau ada jodoh dia tak kan kemana2. Abah menghantar dia kat taxi stand pada malam tuh.
So.. itu lah saat terakhir yg auntie jumpa dia sebelum dia bertolak ke Australia selama setahun.

Suatu hari Kak Ton datang rumah bersama2 kedua2 anak nya dan bertanya dengan auntie.

Kak Ton : Nani buat apa sekarang mentara tunggu result?

Auntie : Tak de buat apa2 Kak Ton, malam nani belajar menjahit, tu pun 3 kali seminggu.

Kak Ton : Kata Mak, Nani dah pergi kursus Operator dan Penyambut Tetamu.

Auntie : Dah habis dah..

Kak Ton : Tak mintak kerja mana2?

Auntie : Ada lah kawan Nani ajak gi interview, waitress kat 747 Pub & Grill, dan Hotel Merlin tapi Nani tak suka kena angkat2 dulang dan ambil order, Kak Ton.

Kak Ton : Ah! tok sah lah kerja2 macam tuh.....

Kak Ton : Macam nih! Staff Kak Ton, Hussein, pejabat isteri dia tengah cari Penyambut Tetamu dan Operator. Nani nak ke cuba??

Auntie : Kat mana pejabat dia Kak Ton?

Kak Ton : Kat New Town, Petaling Jaya. Nani boleh bercakap Ingeris ke?

Auntie : Nak cuba lah Kak Ton, sebab PJ tuh Nani dah biasa, dan berbahasa Ingeris? tak jadi masaalah.

Kak Ton : Nanti, Kak Ton talipon Nani besok untuk set kan interview. Ha! Big Boss dia orang British.

Auntie : Alamak! Kak Ton 'twang' dia teruk ker ?(loghat - sebutan)

Kak Ton : Tak lah, dengar lah betul2 bila dia bercakap, Daddy kan orang British. (Mr White, Atuk auntie).

Auntie : Mana nak ingat, Nani kan kecik lagi masa tuh...

Kak Ton : Bila dah di panggil untuk interview nanti, jangan tak nak pulak!

Auntie : Nak duitttt!!!! Mesti lah Nani pergi.

Keesokkan hari nya Kak Ton bagi details : Nama Company, Alamat nya dan jumpa dengan Kakak Siti.

Berbaju kurung pada hari tuh, auntie pun pergi lah, tak di temani oleh siapa2, naik bas Sri Jaya dan turun kat New Town. Dengan nota kecil details yg Kak Ton bagi, auntie pun start mencari lokasi pejabat.

Double Storey Shop lot, pejabat nyer di tingkat satu. Auntie naik tangga dan membuka pintu utama.

Pejabat nya tak lah besar......

Auntie nampak seorang perempuan melayu yg sarat mengandung dan terus bertanya dalam bahasa melayu.

Auntie : Saya mencari pejabat Expandite.. dan saya patut berjumpa dengan Kakak Siti untuk interview.

Kak Siti : Jawatan operator dan penyambut tetamu yer? Ini Noraini ker? Adik pada Kak Mahaton?

Auntie : Ya betul!.

Kak Siti : Nanti Kak Siti kenalkan dengan PA Big Boss, Miss Nancy Tan Siew Lian. Duduk lah dulu.

Sekejap jer datang lah perempuan cina cantik, hidung mancung, berbadan slim , rambut panjang lurus dan sangat trendy, menghulur borang untuk isi.

Ms Nancy : Hello! understand that you're the candidate for the receptionist. Do you type? If you do, I need you to type something for the Big Boss before he interview you, and please fill up this form.

Auntie : Yes, I do type. TQ

Auntie pun isi borang tuh dan start typing dari sekeping surat contoh yg di beri oleh Ms Nancy.
Emm... dulu2 kalau salah type kena pakai erasor berbentuk pensil atau blanco liguid . Kertas A4 hanya sekeping jer, yang di beri oleh Ms Nancy. Auntie tak di beri blanco tuh. Auntie ada buat kesalahan menaip..
So auntie retype and retype the correct alphabet as corrections. Kotor nak mampus surat tuh jadi nya. Dah tu berlubang kat alphabets yg salah tuh.
Dalam hati auntie berkata mampus lah....bukan nya datang nak jadi typist, nak minta kerja penyambut tetamu. Apa hal nak kena type2 lak nih!.
Sedang auntie leka dengan surat yg berlubang tuh, masuk lah Big Boss, orang putih tinggi dan hansome. Berumur lingkongan 40 an.

Ms Nancy meminta surat yang auntie type tadi dan tersenyum...

Nancy : It's okay, I need to show you our telephone system. I understand you had gone for a short course.

Auntie pun mengikut nyer dan tengok telephone system pejabat tuh, Umm... only one PABX system with 3 main lines and 30 extentions.
Yang auntie belajar 100 lines with 300 extensions. So kacang lah kan.....
Auntie pun mengaku pandai handle system tuh.

Auntie pun di suruh tunggu sementara nak jumpa Big Boss tuh... Ha! masa tuh auntie dah panik dan takut.....

Masuk bilik Big Boss di temani oleh Ms Nancy, semua nya big, bilik big, meja big, kerusi big dan almari pun big. Padan lah orang gelar Big Boss fikir auntie...

Big Boss : Nancy, have you gave her some typing and how is doing with the telephone system?

Sambil menghulur surat yang berlubang dan form personal data tuh kat Big Boss, Ms Nancy bersuara.

Ms Nancy : This is the letter that she just typed and she handles well with PABX system.

Pasal Ms Nancy tuh kata auntie handles well? Auntie tengok jer tak sentuh pun.

Big Boss : What happened to this letter? It's okay Nancy, please leave me, I would like to have the interview with her.

Nancy pun berundur dan menutup pintu bilik.

Ah! mampus aku, 'twang' loghat Big Boss nih pekat.

Big Boss : Do you typed this letter?

Ya Allah! takut nya tak terkira nak jawap. (Butterfly in my stomach pun tiba)

Auntie : Yes Sirrr... (suara terketar2)

Big Boss tuh meletakan surat tuh dalam tray dia lalu duduk menyandar atas kerusi rotating nya sambil menjeling kat form yg auntie dah penuhi.

Big Boss : Oh my! you are so young and pretty! Why are you so shy?

Shy Big Boss tuh kata? Sedangkan auntie gemuruh dah tak terkira...

Auntie : This is my first interview for an office job.

Big Boss : Why do you want to work at this age? You are suppose to study!

Auntie pun jawap dengan pantas...

Auntie : Currently, I'm not doing anything and I'm waiting for my MCE examination result?

Big Boss : So, this job is going to be temporary for you?

Auntie : I can't promise its temporary but I would like to try this job in your company, Sirr...

Big Boss : If you are really keen, would you start work tomorrow?

Auntie : Tomorrow Sir... (confident dah masa tuh) Yes, Sir...

Big Boss : Okay! you may start tomorrow.

Keluar dari bilik Big Boss tuh....

Yuppie..... I got a job, yeahhh...... Dalam hati amat lah girang tak terhingga, heran ek!. kenapa Big Boss tak tanya pasal surat yg berlubang2 tuh... Eee... malu nya..... dan pasal gaji tak tahu lansung, berapa dia nak bagi... tak kisah lah janji dapat kerja dalam pejabat.

Auntie balik rumah, cerita kat Mak dan Abah yang auntie boleh start kerja esok....


akan sambung......

9 comments:

  1. AnonymousMay 29, 2009

    Selalu tau cam ni.... tgh syok2.... bersambung lak....

    k... x sabar nak tgu nex episode.


    ----anna----

    ReplyDelete
  2. hehehhehe
    saya pun nak tau gak kenapa dia soh type surat

    ReplyDelete
  3. ahaks

    bab pegang tangan tu, apsal tetiba saya pulak rasa berdebar ni hahahahaha

    kalau saya pun, cerita ke mana wayang kemana, otak blank tak boleh fikir dah huhuhuhuhuhu

    blur! blur!

    surat berlubang hahaha, tp big boss paham kot kenapa berlubang, sebab tu la dia diam jer

    cayalah untie, dpt kerja di usia yang muda gitu

    ReplyDelete
  4. auntie..finas baca..berdebar2 je..specially masa kat cinema tu...butterfly in my stomach! heheh

    ReplyDelete
  5. AnonymousMay 29, 2009

    hehehe..auntie...nanti mesti auntie akan boh gambar auntie gan big boss auntie tu kan?...hehehe...

    ~maru~

    ReplyDelete
  6. amyromliMay 29, 2009

    jantung ku tiba-tiba berdegup-degup dengan kencangnya bila baca part pegang tangan tuh....seram sejuk jadinya...terbayang-bayang scene yang sama dulu-dulu.....dapat bayangkan cam maner....menggigil macam demam kura......

    ReplyDelete
  7. untie...

    senangnye dpt keje.....jeles ok!!!

    ReplyDelete
  8. citer auntie selalu buat sy tertunggu tunggu. sehat selalu yer auntie!

    ReplyDelete
  9. Salam Auntie,

    Best baca blog auntie ni.....

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...