THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, May 18, 2009

Episod 16 - Kg Junjong - Kulim, KEDAH

Imbasan episod 15

Di Taiping, berumur 15 tahun, pertama kali keluar dgn kawan2 pergi ke birthday party.

Emm... perjalanan ke destinasi yg auntie tak ketahui. Bersama2 dgn kawan dan juga bf2 mereka.

Yg auntie ingat, tempat nyer di atas bukit dan sangat cantik tempat tuh. Ramai ramai jejaka yg smart & good looking (kacak2 belaka) sambut kami.

Rupa2 nyer birthday party tuh disambut kat Mess Pegawai Kor Engineer, Taiping. It was like closed and private arrangement.
Well, auntie saperti biasa tak pun cair tengok all the good looking guys. Masing2 ada pasangan nyer... Yg auntie ingat Mejar Salleh, Kapten Said dan Kapten Kamaruddin. Kapten Said was cute at that time and still single. Mejar Salleh dan Kapten Kamaruddin was married. Auntie was like cultural shocked with the scene and situation. The lighting was samar2. Lagu2 slow number dari piring hitam di putar. Ada bar minuman ringan dan keras.

Mereka ajak menari auntie tak tahu, auntie duduk dan perhati gelagat kawan2 yg so happy with the enviroment. Rasa nyer mereka dah biasa dgn keadaan gitu. Auntie tak tahu pun yg kawan2 auntie sangat exposed at early age.

Tiba masa cake & lilin. Sambut dgn nyanyian dan lilin di tiup, hadiah2 banyak di berikan pd kawan auntie.

Demp....... tak kan auntie nak duduk jer, the next person who request for a dance shall be accepted. So, Mejar Kamaruddin was the one. Auntie bagi tahu dier yg auntie tak tahu langsung menari lagu2 yg dimainkan pd mlm tuh. It was 'Soul' and 'Waltz'. Auntie kata masa sekolah rendah dulu lagu zapin, inang dan joget tahulah. Dier ketawakan auntie. Dier ajar auntie menari 'Waltz'. lepas tuh Rj Endah ajar 'Soul'. Auntie had fun and had forgotten the time was really, really late.
At 2.00 am, supper was served kat dewan makan. By the time balik dah pukul 3.00 am.
Auntie di hantar pulang oleh Mej Kamaruddin kat rumah. Dlm kepala auntie macam mana nih, mampus aku..... Abah mesti mengamuk, pasal balik lambat sangat.

Bila sampai kat rumah, Mak buka pintu tapi auntie tak bagi Mej Kamaruddin tuh keluar dari kereta... sebab Rj Endah was not with me.
Mak tak tanya apa2 dier cuma suruh auntie tukar baju dan tido. Selamat.....fikir auntie.
Auntie amat terharu...sebab besok nyer dlm kul 10 pagi, auntie masih tidor lagi... Raja Endah dan Mej Kamaruddin tuh dtg rumah. Mereka minta maaf kat Mak & Abah sebab hantar auntie terlalu lewat. Abah kata kat mereka... "It's alright as long as Nanie comes home in one piece".
So Abah was so gentleman and so does Mej Kamaruddin.

Two weeks later, auntie was invited again to their place, but this time was a different scenario.
We gathered at the Mess and we had our dinner in Ipoh and back home early. Auntie hairan, kenapa pegawai2 tuh sanggup angkut kita org? Entahlah..... jawapan nyer hanya mereka yg tahu...(mungkin budaya pegawai tentera suka berpoya2 fikir auntie).

Berita auntie gi Mess Pegawai tuh disampaikan oleh Mak kat Paman. Dier kan pegawai tentera jugak. Apa lagi dia marah Mak dan pesan supaya jgn lagi bagi auntie keluar dgn pegawai tentera.
So..... tu sajalah experience auntie keluar dgn pegawai2 tentera tuh.

Cuti penggal kedua..... auntie didatangi oleh Tok Cik Hassan dari Junjong, Kulim, KEDAH.
Tok Cik nih adalah keluarga dari Mak Sau, Mak auntie yg sebenar.
Tok Cik nak bawa auntie bercuti kat rumah dier di Kulim. Mak dan Abah setuju jer. Auntie pon pegilah Kg Junjong tuh. (menaiki bas).
Emm... rumah atap rumbia dan masih berpelita. Dapur masih dapur traditional, pakai kayu pokok getah. Bontot periuk semua nyer hitam2, masak nasi pon, masih tanak atas api. Pencarian nafkah adalah penoreh getah. (ladang sendiri). Suboh2 dah gi kebun getah dan balik ke rumah pukul 9 pagi. Auntie, diberi makan ubi kayu rebus dan kopi pekat utk sarapan. Tengahari, sambal belacan, ikan kering dan ulam gajus.(Kuah tak ingat lak). Pokok Gajus di tanam depan halaman. Auntie tak pernah makan buah gajus dan pucuk nyer selama nih. Satu lagi ulam buah Putat. Pokok nyer juga ada di tanam disitu. (Auntie suka ulam2 dan sampai sekarang auntie ajar anak2 auntie makan ulam).

Tok Cik banyak bercerita, masa dia menunaikan fardhu Haji bersama isteri nyer. Dulu2 naik kapal air, sebulan baru sampai Mekah, di Mekah menunaikan kewajipan sebulan dan balik sebulan, so altogether 3 bulan meninggalkan family dan tanah air. Mereka siap bawak bahan kering dan masak sendiri. Dulu2 kebanyakkan yg pergi dah tua2, ramai yg sakit, ada yg meninggal di Mekah, ada kala meninggal dlm Kapal. Yg sedih kalau meninggal dlm kapal sebab jenazah di sempurnakan dan disemadikan di lautan.

Tok Cik kata dier jumpa kawan di Mekah, kawan ni sampai ke Mekah dgn hasil...duit jual sireh kat org kampung. (makna nyer sungguh lama dier menyimpan). Jadi, kata Tok Cik kalau ada pasang niat nak gi Haji, inshaallah sampai. Walaupun keadaan kewangan sempit. Allah memberi rezeki dari mana2... saperti ayat Al-Quran yg tertulis dlm Seribu Dinar.

Auntie dibawa kerumah saudara mara Tok Cik, rumah mereka berdekatan dgn rumah Tok Cik jer.

Tok Cik : Ini Mak Su hang... ini Mak Lang hang... ini Mak Tam hang.....

Auntie dikerumi, dengan tersipu2 auntie menghulur tangan utk bersalaman.

Tok Cik : Ini semua bukan org lain, depa nih semua Mak Saudara hang tau....

Auntie tak faham apa maksud yg di perkatakan oleh Tok Cik.

Tok Cik : Ni!! Tok Cik nak bagi tau hang... yg hang dok sebut Mak Sau tuh... Mak betoi hang... Yg hang dok sebut Mak, bukan nya Mak hang... diar tuh Mak angkat hang ja....(excuse for my bahasa kedah yg tak tepat).

Auntie was like nak pitam dengar apa yg Tok Cik kata...auntie tak bersuara lansung...

Tok Cik : Jangan bagi tau Abah hang apa yg Tok Cik kata..

Auntie masih tak bersuara.hanya memandang sekeliling.(Tak tahu sampai sekarang, kenapa Tok Cik sampaikan message yg lama disimpan oleh Mak dan Abah).

Auntie hilang selera dan tak leh tido malam, memikirkan anak pungut rupa nyer aku nih!. Auntie tanya bila nak balik ker Taiping setelah bermalam selama 3 hari di rumah Tok Cik. Auntie balik ke Taiping pada keesokkan hari nyer.

Bila sampai dirumah auntie berkurung dlm bilek, tak keluar makan. Balik dari sekolah pun berkurung lagi dan tak sentuh makanan. Auntie cuba avoid Mak dan Abah, bila mereka tido, baru lah auntie keluar dan makan dan minum. Kelakuan auntie dah berubah terhadap Mak dan Abah selama lebih kurang seminggu. Mak perasaan yg auntie suka menyindiri bila pulang dari rumah Tok Cik.
Suatu petang... Mak tanya auntie, kenapa auntie dah tak macam biasa, dah tak mau makan dan selalu berkurung dlm bilek. Auntie terus meletop dan mengkasari Mak dengan nada menjerit.

Auntie : Nani bukan anak Mak dan Abah!!!!.....

Mak : Apa cakap macam nih!! (Suara Mak juga dah kuat)

Auntie : Yer lah!!!!... Nani anak Mak Sau ngan Pak Sau..hu! hu! hu! (auntie nangis)

Mak : Siapa cakap macam nih? hah! Siapa?

Auntie terus ke bilek dan tutup pintu.

Auntie dengar Mak bercakap dgn Abah bila Abah balik dari kerja tentang apa yg berlaku pd auntie..

Pintu bilek auntie bergegar2 diketuk olih Abah dgn suara yg amat garang menjerit2 yg tak pernah auntie dengar dari Abah selama ini.

Abah : Keluar kau nani.... keluar!!!...

Mak : Nani lari ikut pintu besar... lari...(suara Mak yg cemas)

Bilek auntie ada 2 pintu utk keluar dan masuk - satu pintu utama dan satu lagi attached to bilik Mak dan Abah)

Auntie dgn perasaan takut lari ikut pintu utama dan duduk kat Pokok Sena. Abah keluar, ruper nyer dier pegang talipinggang dan kejar auntie. (Abah tak pernah marah macam tuh, macam naik 'seh' pulak)

Semua jiran2 keluar dan suruh auntie lari.. auntie lari sampai kat Station Keretapi dan auntie di sorokkan oleh kawan Abah.

Abah di tenangkan dan di suruh balik kerumah sedangkan auntie tidak dibenarkan balik dulu.
Beberapa jam kemudian, kawan Abah tuh bawa auntie pulang. Auntie terus masuk bilek.
Malam Abah ajak auntie makan malam. Auntie terus keluar bilek dan makan bersama2 Abah.
Abah berkata ....

Abah : Nani .... kau anak Abah tau... Ini Mak kau .... jgn lupa tuh....
Lepas kejadian tuh auntie tak pernah menyebut tentang siapakah Mak Sau dan Pak Sau.

Penggal ketiga.....

Paman dan Mak ada plan utk merapatkan siratulrahim yg dah lama terputus diantara dua keluarga. Jadi, auntie nak di jodohkan dgn anak buah Paman kat Sg Petani, Kedah. Wan Mohd Dzukey bin Harun. (Dier 3 years senior)

Suatu hari auntie menerima sepucuk surat dari Sg Petani, Kedah. Envelope cantik yg ada bunga. (Macam envelope jemputan kahwin). Auntie tunjuk kat Mak... dier buat tak mengerti dan suruh bukak. Auntie tak pernah terima surat apatah lagi membalas surat.
Kandungan surat....dier memperkenalkan diri, padahal auntie dah kenal dier pon..sama2 pegi Teluk Batik dan Maxwell Hill dan selalu jumpa kat rumah Paman. Auntie di ajar oleh Mak membalas surat Wan. Kelakar bila ingat kembali....surat auntie pakai test pad paper dan envelope putih.
Second letter arrived with Photograph. Emm.. auntie balas lagi tapi tak enclose gambar auntie pon.

Abah dikehendaki bertugas di Kuala Lumpur lagi.... berpindah lah auntie ke KUALA LUMPUR.

akan sambung.....

14 comments:

  1. AnonymousMay 18, 2009

    garangnya abah autie... tapi dlm garang pun dia masih sayangkan auntie...
    emmm x sabar la pulak nak tgu sambunganya....

    .... anna.....

    ReplyDelete
  2. best lah mak abah auntie sporting..
    kalau lah saya .. mau lelaki yang antar balik kena kejar ngan bapak saya hehehe..
    and both auntie nya parents love u so much ..tak pernah beza anak angkat atau tak ...
    tu yang dia marah sangat tu bila auntie cakap camtu ..
    Pastu smbung lagi citer..
    cepat cikit tak sabar ni .. :P

    ReplyDelete
  3. Thanx auntie coz visiting n supporting my blog. Yup i will continue writing. I m worry tht our race begin to crumble and lost their identity. I don't want to be a lost generation.

    ReplyDelete
  4. AnonymousMay 18, 2009

    auntie, skarang ni mess atas bukit tu dah xde lagi bwk2 pompuan dtg berhibur..zaman dh berubah tp kead atas bukit tu tetap same sejuk,segar n nyaman..anyway sy suka bc pengalaman auntie mbesar..cant wait for next entry..from taiping with love..:)

    ReplyDelete
  5. anna : tq for reading my blog and tq for leaving yr comment. Auntie appreciate it.

    cybermummy : Abah sangat auntie sayangi. Dia sangat sayang anak2 dier. Auntie gembira u suka baca cerita2 lama auntie. Tapi rasa certia kat dinding, reader tak banyak yg tinggal comment. Auntie rasa motivated kalau ada comment. Tak lah rasa macam one way street. TQ

    Anonymous : macam mana u tau yg mess tuh tak de lagi pompuan2 dtg berhibur..tapi memang pun, tentera tak macam dulu..dulu depa terbawa2 style omputih.

    ReplyDelete
  6. best ar cerita auntie nie! menarik, smbil2 baca xsabar nk tau apa yg tjadi d prenggan strusnye...smpai xsedar dh smpai ke 'akan sambung'..
    Cepat2 update ye auntie=)

    p/s:nasib baik auntie kne save oleh kawan abah auntie..kalo x..mcm bhaye je kesannya..:)

    ReplyDelete
  7. auntie saya suka baca blog auntie. saya nak link blog auntie kat blog saya bleh?

    ReplyDelete
  8. auntie saya suka baca blog auntie. saya nak link blog auntie kat blog saya bleh?

    ReplyDelete
  9. bestnya cerita auntie...auntie blh ingat setiap perinci cerita..auntie ada diaryker..u really value ur life lah auntie..

    ReplyDelete
  10. wah anutie
    cuak lak saya bila ayah anutie mengamuk
    saya rasa sebab dia terlalu sayangkan auntie
    so bila auntie kata yang auntie bukan anak depa...tu yang tetiba naik 'seh'
    hehehehhehe
    jadi anutie, bila nya anutie dapat tau salasilah anutie yang mcm anutie story kat 1st and 2nd episode blog nie?

    ReplyDelete
  11. berdebar2 baca..tak sabar nak tunggu sambungan..hehe

    ReplyDelete
  12. auntie,
    addicted pulak saya baca kisah hidup aunty....seriusly aunty boleh wat novel kisah hidup aunty nih, pasti laris jualannye.....


    tk sabar menunggu episode seterusnye....jeng...jeng...jeng...

    ReplyDelete
  13. kerol : TQ kerol sebab suka baca. Auntie

    Eija : You r most welcome to link. TQ

    Rubbergurl : Auntie tahun banyak cerita salasilah tuh bila auntie dah start keja. Auntie suka berborak dgn Mak sambil baring atas peha dier. Mak lak suka usap rambut auntie masa tgh baring tuh. Auntie jenis sangat manja.

    darling8tabby : teruskan membaca...episod2 lain lagi banyak debaran jantung nyer....he!he!

    lekan78 : Auntie yg sebenar nya pernah ingin nak buat drama bersiri kisah auntie tapi tak tahu macam mana procedure nyer. Looking at the results 0f readers yg baca tak ramai pon 300 org sehari. Macam mana? tak masuk modal kalau berfilem or publish buku.

    ReplyDelete
  14. huhu..kenapa pulak rasa auntie cerita kat dinding??saya baca selalu apa..rasa macam auntie bercerita kat depan muka..

    garang tul abah auntie.tapi saya pulak yang rasa sebak,sebab mesti dia sedih masa tu..dia sayang betul2 kat auntie..eh,auntie ni mmg anak dara pingitan betul,ikut je ckp org tua kan?i wish i was like u,but tau je la nowadays bnyak anasir2 luar..kekeke

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...