THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Saturday, May 16, 2009

Episod 15 - Taiping dihati

Imbasan episod 14

Peristiwa berdarah yg amat2 ditakuti dan doa dari pelusuk negeri supaya jgn berulang lagi...

Cuti penggal ketiga, Abah dpt promotion lagi, kali nih berpindah ke Taiping, Perak.

Di Taiping kami diberi quaters sebiji (banglo) betul2 depan Station Keretapi Taiping. Depan rumah tuh di apit oleh pokok yg amat besar lagi rendang, Pokok Sena. Halaman auntie pagi2 di penuhi oleh bunga2 sena yg gugur berwarna kuning. Amat cantik macam carpet kuning.
Di belakang rumah lebih kurang 100 ela ada tasik, tapi auntie dilarang pegi kat situ oleh Mak & Abah. Amat cantik tasik tuh, ada bunga teratai dan kangkung.
Di tepi rumah ada pokok durian belanda dan pokok betik bercabang2 yg dah tua. Auntie selalu petik buah betik muda buat tambahan lauk. Masak bening atau kerabu.

Pada suatu hari, ada seorang perempuan melayu yg separuh bogel (berblouse tapi tak pakai kain) menangis2 di tepi pokok durian belanda kat sebelah rumah auntie. Yg kesiannye dia dtg kotor, meleleh2 darah kat peha dan kaki dia. Perempuan tuh rupa2 nyer giler. Mak kesian bagi dier pakai kain dan bagi makan sepinggan nasi.
Selepas kejadian tuh, pokok durian belanda auntie berbuah dgn lebat nyer. Kata jiran pokok tuh tak pernah berbuah sebelum kejadian tuh. (So siapa2 yg ada pokok yg tak berbuah, sila bogel depan pokok tuh...he!he!he! jgn pulak sampai polis tangkap, just joking).
Perempuan tu juga selalu di rogol dan mengandung, siapalah org yg tak bertanggung jawab buat perkara2 macam tuh.

Kuasa Allah yg Maha berkuasa, dia di pelihara, tak kena langgar keretapi pada hal dier merayap2 dekat railway line dan tepi jalan yg sibuk dan banyak kereta yg lalu lintas.

Taiping sangat sejuk cuaca nyer, hari2 hujan, selalu nyer petang hari. Auntie selalu mengalami hujan 'ice' dan ada kala hujan 'kunyit', pelik kan hujan berwarna kuning.

Tasik Taiping amat cantik, auntie banyak berjalan ke merata tempat tapi Taiping selalu dihati.

Di Taiping auntie ada saudara belah Mak. Auntie panggil Paman dan Mak Lang.(Kedua2 dah arwah). Paman ialah pegawai tentera. Bila cuti sekolah rumah Paman dipenuhi oleh anak2 buah dier. Mereka semua datang dari Sg Petani. Berbagai peringkat umur.
Paman arranged picnic kat Teluk Batik dgn landrover tentera. Auntie juga telah menjejak kan kaki kat Maxwell Hill. Kami berjalan kaki dari kaki bukit hingga lah kepuncak. Perjalanan memakan masa selama 2 1/2 jam utk sampai ke puncak. Seronok betul bergaul dgn saudara2 sebaya auntie.

Auntie masuk tingkatan tiga di Lady's Treacher Secondary School. Emm.. kelas 'C' murid2 nyer banyak yg benggap. Guru yg mengajar pun dah tua dah dekat pencen, asyik tertido dlm kelas. Sikit sebanyak telah menjejaskan keputusan peperiksaan LCE auntie.

Classmate auntie, Raja Endah binti Raja Ahmad, kakak dier Raja Salmah, dan Malaysian Athlete Junainah Aman. Best friend auntie Raja Endah.

Auntie ke sekolah Abah hantar dgn kereta. Kawan2 ramai yg berbasikal kesekolah. Auntie tak tahu berbasikal. Pernah cuba belajar kayuh pada umur 12 tahun masa kat Bkt Bangsar. Auntie belajar kayuh pegang palang basikal, dah tuh cuba balance dan duduk atas seat, apalagi jatuh dan melecet merata badan. Jeran dan tak pernah sentuh basikal.

Ada sekali tuh, bulan puasa, Abah suruh Mak buatkan nasi kerabu. Abah dah ke pasar dan beli segala bahan2 utk nasi kerabu. Selalu nyer hanya bulan puasa saja Mak dan Abah buat nasi kerabu. Bahan utama nyer ialah pucuk2 ulam 40 jenis dan ikan kering kurau.
Entah macam mana, kucing curi ikan kurau. Mak bagi tahu Abah yg ikan kecurian dek kucing, Abah mengamuk sebab pasar adalah quite far in town. Auntie tak sanggup tengok Abah bising2 mengamuk, auntie ambil basikal adik 'midi bike' dan kayuh kepasar utk beli ikan kering kurau.
That was my first and last auntie berbasikal.

Sebelah kelas auntie, ada kem askar, betul bersempadankan pagar dawai. Ramai kawan2 auntie membaling surat dan surat di baling oleh budak2 askar tuh. Auntie hairan kenapa askar 'katak hijau' gelaran yg diberi jadi pilihan kawan2 auntie. Auntie masih belum mahu berkawan dgn lelaki lagi. Lambat betul auntie mature kan.....

Auntie belajar driving kereta dgn Abah di Taiping, senang sebab tak banyak kereta. So bila petang kalau ada activity sekolah, auntie bawa kereta ker sekolah. Bila balik dari activity, auntie angkut kawan2 dan bersiar2 kat Tasik Taiping. (Tak de lesen lagi).
Ada sekali tuh auntie langgar cina yg berbasikal, kesian dia tersungkur dan paddle basikal dier tercabut. Auntie keluar kereta dgn kawan2 dan tolong Cina tuh bangun dari terbaring dijalan. Cina tuh mengamuk kat auntie dan auntie ada RM3 hinggit jer dan terus bagi kat dier. Dier ambik dan tak banyak cakap banyak dan terus pegi dari situ. (Terhinjut2 Cina tuh)

Anyway, kawan auntie Raja Endah, pd suatu hari nak jumpa Abah dan Mak. Dier minta izin nak bawak auntie ke rumah nyer untuk birthday party dier. Abah kata okay. So auntie merengek kat Mak nak tempah baju 'pentaloone'. Ketika tuh tengah on fesyen tuh. Dengan baju baru, Abah hantar auntie ke rumah nyer. Auntie belikan Raja Endah piring hitam, penyanyi nyer LULU sebagai hadiah.

Raja Endah nih rupa2 nyer bapa dier Kerabat Sultan Perak. So auntie berkenalan lah dgn kakak2 nyer . Ku Mah (Asmah), Ku Teh (Fatimah) dan lain2 tak ingat lak.

Berbalik ke birhtday party tuh, auntie hairan kenapa rumah nyer tak de preparation for birthday pon. Tak nampak pon ada makanan ker, belon ker, cake ker mereka semua relax jer...

Auntie : Betul ker ada birthday party?

Raja Endah : Emm... birthday party di buat di tempat lain.

Auntie : Kat mana?

Raja Endah : Nanti kita pergi kat situ mlm nih!

Raja Endah : Ikut jer lah, jgn risau.

Auntie diajak masuk kebilik nyer. Auntie sangat kagum bila tengok kakak2 dier berpakaian yg daring dan bersolek. Auntie juga di solekkan malam tuh dan di sirami minyak wangi yg exclusif.
Oh! auntie lupa.... Kawan auntie dan kakak2 nyer semua nyer lawa2.

Auntie amat risau, sebab auntie tak pernah attend any party in my life, especially malam pulak tuh. Just imagine auntie baru 15 tahun.

Lepas magrib, kami dijemput oleh kereta2 boyfriend2 kakak dier. Tak silap empat kereta yg dtg menjemput kami. Mereka masuk kerumah dan bersembang dgn Pak Engku dan Mak Engku.
Sporting habis....fikir auntie pada malam tuh.

Bila Kak Engku2 semua dah siap, kami pun bergerak ke destinasi. (Tanpa parents mereka).
Dlm kereta auntie amatlah kurang senang sebab tak pernah keluar dgn org lain melainkan family auntie sendiri.


akan sambung.............


16 comments:

  1. Alah bersambung pulak ...
    Cepat lah auntie ..
    Tak sabar nak baca seterus nya...
    Apa jadi ?
    Auntie ada jumpa prince charming ke?
    Uiikkk !!!
    Tak sabar tul lah tunggu ...

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 16, 2009

    seronok baca kisah hidup auntie ni, very colouful...teruskan bercerita ye auntie...

    ReplyDelete
  3. aisey.. bersambung la pulak..
    saspen tul..
    aunty dh jumpa prince carming ke masa party..?
    :)

    ReplyDelete
  4. salam auntie...

    best baca kisah auntie ni..sebelum ni saya hanya silend reader anak2 auntie skang ni saya pun dah ada blog...nnt auntie senang2 jenguklah blog saya lak ye...hehehhe...

    ReplyDelete
  5. keh keh..sanggup pulak kayuh beskal gi beli ikan kurau ye auntie??

    Isk..brani gak auntie gi party ngan dowang ye?? tak sabo nk baca sambungan..

    ReplyDelete
  6. AnonymousMay 16, 2009

    ala... besambung la pulok...

    emmm.... Taiping, lama ke autie kat sana. Saya ni org Taiping gak. Kalau x silap sekolah autie dulu, sekrg ni "TREACHER METHODIST GIRLS SCHOOL" betul x.?. Saya pun ex-student kat situ. ....
    Kem askar masih ada kat situ. Bila keluar keluar kelas jln kat corridor selalu kena wisel ngan asokar tu....

    ReplyDelete
  7. aiseh...sambung??
    huhuhu..tgh sedap baca ni auntie..suspen nk tau kat mana party ni...

    ReplyDelete
  8. jeng jeng jeng
    auntie tak cuak ke waktu tu?
    heheheheh
    mana ek diaorg nak p celebrate
    tak sabar lak

    ReplyDelete
  9. auntie, baju pentaloope tu macam mana rupanya?

    carik kat google tak jmpa pulak..
    mesti comel je baju tu kan?
    aunty takder ke gmbar baju tu? hehe..

    ReplyDelete
  10. Aunty bleh britau x camner ruper baju pentaloone tue..hehe...

    ReplyDelete
  11. ya allah aunty, rindu plak dengan nasik kerabu ngan ikan kurau tu...finas asal mmg perak..so kalo bulan puasa..memang mak buat ...

    ReplyDelete
  12. cybermummy: belum lagi!! prince charming dtg dlm episod .......tunggu.....sabar yer..

    Anonymous : my life colourful? TQ

    Mizstake : Tekaan kurang tepat.. prince charming tak de mlm tuh..

    Rose : TQ jadi reader auntie.. I will visit yr blog. Inshaallah

    ai : Tu lah tu.. dah tak leh elak.. auntie kan naik kereta org.

    Anonymous: Yer ker org Taiping? Best nyer. Betullah sekolah tu..

    Rubbergurl : Mana tak cuak, auntie tak selesa lansung masa tuh! Next entry auntie bagi tau kat maner celeb okay..

    Che Sue : Nak tahu kat mana party tuh.. next entry....

    dyan : Pentalone tuh.. tak de gambar tapi pentaloone yg auntie pakai masa tingkatan 4 ada... next entry auntie shall try to enclose

    Rina277 : Pentaloone? Next entry okay..

    ReplyDelete
  13. darling8tabby : Sedapkan nasi kerabu.. dimakan dgn masak assam rebus btg keladi.. feew... enak!!

    ReplyDelete
  14. Petua baru:

    Sila berbogel di bawah pokok yang tak nak keluar buah. Anda akan kagum dgn hasilnya..kuakuakuakua

    ReplyDelete
  15. kesiannya perempuan yang kena rogol tu..rasanya pokok tu berbuah sebab kesian tengok dia,huhuhu..

    org dulu2 mmg suka parti kan??macam mak saya jugak,siap tempah baju special,tapi mak saya tak leh g sesorg,atuk n nenek saya siap tunggu sampai sudah..hehehe

    ReplyDelete
  16. errr,auntie takde gambar umah kat taiping ni ke??sebab saya dah tebayang2,mesti lawa kan??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...