THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, May 14, 2009

Episod 14 - Peristiwa Berdarah

Imbasan episod 13

Pengalaman umur 13 tahun, bertukar hormons jadi anak dara sunti.

Tingkatan dua, auntie masih di Sekolah Inggeris Kg Kerinchi, Kuala Lumpur.

Pada penggal kedua...

Belajar seperti biasa, tiba2 pada pukul 10 pagi, Guru Besar buat announcement, kami semua di arah balik kerumah. Di pesan sekeras2 nyer, jgn sekali2 pergi atau singgah kemana2 melainkan terus balik kerumah masing2.
Sekolah akan di tutup beberapa hari sehingga di beritahu kemudian.

Semua kawan2 tertanya2, apasal lak nih!! apa dah terjadi...kenapa Guru Besar tak cakap apa sebab sekolah ditutup... ada pembesar/menteri/raja meningggal dunia ker?

Gossip2 dalam bas masa perjalanan balik ke rumah, ada berlaku pergaduhan perkauman di Chow Kit Road. Dalam bas juga dipesan oleh Pakcik2 pada kami budak2 sekolah supaya balik terus ke rumah.

Sampai kerumah, Mak menangis tengok auntie dah selamat sampai ke rumah dari sekolah. Dah tuh Mak kata ada pergaduhan di Chow Kit.

Sejarah Berdarah 13hb May 1969.

Abah auntie pulak masa tuh pegi Chow Kit utk beli barang2 spare part kereta. Kami anak beranak amat lah takut dan risau, Abah tak balik selama 3 hari. Perintah berkurung telah pun berkuat kuasa.

Kami kat Bukit Bangsar tuh, tak de kaum Cina, tapi di penuhi dgn kaum Melayu dan India.

Yg auntie ingat, ahli2 masjid buat lawatan rumah kerumah suruh pakai tali putih di lengan yg diedarkan kpd semua keluarga melayu/ islam.
Kami juga dipesan supaya mengetuk dulang dengan sendok kuat2 tujuan memberitahu sekeliling jika ada berlaku pergaduhan.

Pada hari keempat baru Abah balik ke rumah. Dia menaiki truck army. Wajah nyer amat berbeza sekali. Mata Abah merah menyala dan rambut kusut masai. Abah rupa2 nyer was trapped in a motor spare parts shop kat Chow Kit belong to a chinese friend of his. Nasib Abah tak di apa2kan.
Abah telah pergi berkumpul di Rumah Menteri Besar di Kg Baru pada hari kedua. Org2 melayu dari segala perusok negeri sampai kat umah Dato Harun Idris. Yg gerun ialah mereka semua dah bersedia dgn senjata pedang dan parang. Yg tidak ada senjata di beri buluh yg siap di runcingkan.

Auntie di fahamkan hanya senjata sahaja yg nampak bergerak tapi org2 nyer ghaib. Suara laungan bergema menyebut 'Allah Hu Akbar' beramai2. Ramai pendekar2 dari Sg Manik, PERAK.

Auntie tak boleh cerita apa yg Abah lalui in detail sebab terlalu sensitif.

Kami di Bkt Bangsar dapat bahan kering seperti beras, gula dan juga barang2 dlm tin bila perintah berkurung di longgarkan utk beberapa jam.

A week later, auntie dan Mak di bawa ker Kg Baru. Disana Pendekar2 Sg Manik, mengajar kaum lelaki untuk mengambil ilmu kebal diri.

Auntie dpt saksikan, parang di henyak di perut dan di belasah kat belakang mereka tapi tak 'lut' (kebal). Hairan sungguh!!! Mereka pula di beri tanggal merah utk di pakai kat pinggang jika ada berlaku pertempuran lagi.

Keadaan kembali tenang seperti biasa. Semua berdoa agar tragedi tuh tidak berulang.

Sekolah di buka tapi ramai kawan2 yg tak ke sekolah, mungkin parents belum bersedia utk anak2 mereka keluar dari rumah....



akan sambung....





18 comments:

  1. ermm...mak saya cerita,atuk saya yang polis tu siap mandi minyak..tah la,orang kata untuk kebal2 ni jugak..sebenarnya memang sensitif,tapi kalau auntie cerita detail lagi best :)

    ReplyDelete
  2. scary betul bila liza dengar citer pasal 13 may ni.. my father in law pun ada citer benda yg lebih kurang sama about senjata terbang tu aunty.. he was in his early 20s if i'm not mistaken..

    ReplyDelete
  3. OOoo(melopong)...x sabar nak tggu sambungan....sgt interesting lah auntie!dulu saya malas baca buku sejarah :)

    ReplyDelete
  4. AnonymousMay 14, 2009

    salam..

    wah,..ngerinya auntie..Tq for sharing.
    wondering what had happened to your father..tahu auntie xboleh share kat sini..tapi really2 nak dengar..sebab none of my family members yg terlibat secara langsung dgn kejadian ni.itu yg xpernah dengar cerita.. was it bad?i mean really really bad?

    -lulu-

    ReplyDelete
  5. Isk...gerunnye!!! :S

    Auntie lalui gak ye peristiwa tu??huhuhu..pengalaman berharga gak tu kan...

    ReplyDelete
  6. i always wanted to know what really happen auntie. but even my parents tak cerita byk , probably mereka di johor. Auntie lak right smack in KL.

    ReplyDelete
  7. bace entry ni pon rasa berdiri bulu tengkok...

    walaupon ngeri rasa nk tau lagi pasal abah auntie tu...

    dah hilang penat kenduri?...
    semoga auntie sihat2 yek.

    ReplyDelete
  8. saya pun tak pernah dgr story in detail pasal 13 may
    thanks sebab bagi bunga2 cerita
    sekurang2nya tau gak la skit dari tak tau langsung
    hehehehhehe

    ReplyDelete
  9. AnonymousMay 15, 2009

    salam autie....
    x sabar rasa nya nak tgu next episod. Best tau pengalaman auntie nih. Very2 berharga. Lg satu x sabar nak tau camne auntie jumpa uncle.... he he


    --anna---

    ReplyDelete
  10. omg...da takut da yna bile bc cerite aunty bout 13th may.. honestly dpt rase oo cm ne keadaan ms toh..even im not around that years..
    anyway..nak tunggu tha sambungan..=)

    ReplyDelete
  11. hi aunty :)

    seriaunyer citer aunty..mmg finas pun ada dengar pasal parang terbang bagai tu..
    tak sabar gak nak tunggu sambungan dia..

    aunty, nanti finas ke invite ke my blog yer :)

    ReplyDelete
  12. AnonymousMay 15, 2009

    salam aunty

    rasa gerun pulak dengar cerita aunty ni, kami generasi muda dengar2 cerita aje, sepatutnya cerita2 mcm ni didedahkan supaya menjadi pedoman...harap2 perkara mcm ni tak kan berulang lagi...aminnn...

    ReplyDelete
  13. Ngerinya..
    nasib baik ayah aunty slamat kan..
    harap2 benda camni tak berlaku dah lagi..
    takut..

    ReplyDelete
  14. mrs hafidz nadia : Memang nak cerita tapi peeja kata tak boleh sebab ada bau2 perkauman.

    liza : Emm..parang terbang memang benar, auntie wonder sekarang ada ker lagi?

    kikilala : auntie dulu2 pun tak suka baca buku sejarah.

    Anonymous : It was really, really bad and scary.

    ai : Org dulu2 kuat semangat nyer, dulu2 gaduh dgn parang, org sekarang dgn open speech nyer.

    Rezza's mama :Emm.. not sure in johor! The trajedi was spoken all over the country at that time.

    Qaseh Qastury : Memang penat kenduri, walaupun auntie sakit tapi terpaksa mundar mandir jadi mandor..he!he!he! Tq doakan auntie sihat selalu.

    RubberGurl : Tahu cerita sikit2 okay lah, tapi kalau lah generasi muda kita ada semangat macam dulu2 memang hebat, tak lah org melayu di perbodoh2kan.

    Anonymous : Sabar ye... tak lama lagi, a few more episode auntie jumpa uncle.

    aryna ziggy : Tq for reading my blog, and pls continue reading my life story.

    darling8tabby : Tq too for reading my story... auntie try to remember each little thing during my past.

    Anonymous : Tak boleh didedahkan, nanti kena ISA pulak.

    Misztake : Emm... tak mungkin berulang lagi sebab dah tak de semangat daro pemuda sekarang... asyik merempit dan kuasa dadah berluasa.

    ReplyDelete
  15. mmg prnah dgr pasal parang terbang from my grandma..quite scary but smhow, feel proud of them who had use this ability and use it for defending their right..smuanya kuasa Allah SWT!

    ReplyDelete
  16. AnonymousJuly 30, 2009

    abg pada masa tu umur alam 4 thn. dalam jam 6pm petang tu mak panggil semua adik beradik brkumpul kat rumah neighbour, near by..tanpa memberitahu apa sebabnya. bapak abg nampak tenang sambil membelek2 sebilah keris lama ditangan. kami adik beradik brgegas kerumah mk cik Bedah yg terletak bertentangan dgn rumah kami.
    dalam umah tu ramai lagi jiran2 lain, melayu semuanya. lampu dimatikan, pintu tingkap ditutup rapat! diam semua..diam jgn bising!! kata mak. kawasan quarters kerajaan tempat kami tinggal masa tu dikelilingi oleh perkampungan cina..
    kami semua duduk diam bersila atas lantai. dari jauh kedengaran syup2 suara orang ramai trpekik, meraung tp tk dpt nk dengar dgn jelas..sesekali trdengar tapak kaki orang brlari2 disekeliling kwasan rumah tu. amat menakutkan..brmacam2
    hampir ke tengah malam kami bersembunyi disitu dan akhirnya trlelap sampai ke pagi..brsambung

    ReplyDelete
  17. masa tu saya berumur lingkungan 5 tahun..masih ingat lagi abah siap asah parang panjang dan berkumpul ramai-ramai kat rumah ketua kampung..masa tu kami duk kat kg puah setapak..tak boleh keluar rumah.
    malam-malam ramai-ramai keluar bawak parang panjang meronda kat keliling kampung pasal kat pekan setapak tu memang majoriti orang china..
    alhamdulliah tak dengar pulak ada org cina ataupun orang melayu meninggal ataupun mati

    ReplyDelete
  18. kalau nak bersensitif, auntie tulis suratkhabar je lah. menyedihkan lah gini

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...