THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, May 5, 2009

Episod 11 - Belajar Berniaga

Imbasan episod 10

Pengalaman berjalan kaki kesekolah lebih kurang 2 batu, Abah ada pancaragam, auntie sangat suka pecah tabung bila akhir penggal. Beli barang2 perhiasan rumah.

Auntie darjah 5 dan 6, masih bersekolah di Sek Keb Seputih, masih berjalan kaki ker sekolah.

Darjah 5, TV hitam putih dah ada di Malaysia. Emm... Abah belum beli lagi, tapi ada jiran beli dulu. Apalagi penuh umah dia, budak2 tengok siri kartun petang2. Flinstone, Three Stoges , Road Runner dan Tom & Jerry.
Siapa datang awal dapat lah masuk dan duduk dlm umah, tapi kalau lambat, berdiri dan tengok melalui tingkap. Ada yg terpaksa bawak bangku, sebab kalau berdiri kat belakang, tak nampak apa.

Ada yg bawak kuaci, kacang sambil menonton, budak2 cari pasal dengan meninggalkan kulit2 kacang and kuaci. Ada sekali tuh, Mak cik tuh sound, suruh bawak bekas sendiri utk buang sampah2.

Walaupun auntie masih kecik tapi auntie dpt rasakan yg kehadiran kami tidak menyenangkan.
Auntie pujuk Abah suruh beli TV jugak.

Yeah! Abah beli TV "TOSHIBA" 14 inci. Punya lah auntie suka, mengadap dengan selesa. Ada jugak kawan2 yg dtg umah auntie. Ada juga yg dengki, kenapa bapak kau beli kecik sangat TV tuh, besar bantal tido aku jer. Zaman kanak2 pun ada situasi dengki mendengki.

Ada juga yg tak pernah auntie kenal. Salah satu nyer, Zaiton binti Othman. Semenjak itu, auntie jadi sangat akrab dgn dier. Gi sekolah pun sama. Dier senior setahun, auntie darjah lima dier darjah enam.

Kawan auntie nih ramai adik beradik. 9 ker 10 tak ingat.Tapi dier ada kakak2 dan Abg2.
Paras rupa nyer sangat lah cantik, Putih kuning, rambut lurus, mata galak, hidung sederhana mancung dan gigi amat tersusun, begitu juga adik beradik yg lain.

Auntie sangat kagum dgn keluarga tuh sebab adik beradik mereka amat studies (kuat belajar). Meja makan di buat meja study, penuh dgn buku2 sekolah. Bila lepas maghrib, adik2 beradik tumpukan pada buku. Auntie mintak izin Mak nak join mereka study , bawak buku dan buat homework kat umah dier.

Pada suatu malam auntie rasa sangat terharu dan sedih.... Mak nyer, ajak makan malam bersama2.....Nasi panas, kelapa parut yg dicampur garam. Auntie tak pernah makan macam tuh lagi. Auntie tanya pd kawan auntie selalu ker kau makan macam nih. Dier kata, biasa jer makan macam nih.

Auntie cerita kat mak yg auntie makan lauk macam tuh, Mak kata Abah dier gaji kecik, mak ambil upah jahit baju dan adik beradik ramai. Jadi Mak pesan kat auntie mesti bersyukur apa saja rezeki yg Allah beri kan pd ari tuh.

Bapak kawan auntie tuh jatuh sakit kena Stroke, tak kerja dan berpindah ker kampung halaman nyer di Lenggeng, N Sembilan. Auntie terputus hubungan dgn dier. (Dulu2 auntie tak reti nak ambil alamat). Auntie miss her and hope to see her someday again.....

Darjah lima, auntie dah tak suka makan kat kantin, selalu bawak bekal, makan dgn geng yg bawa bekal. Auntie selalu bawak mee goreng, mee hoon goreng, nasi lemak. dan roti bersambal. Kami bertukar2 makanan. Kawan2 auntie kata bekalan auntie sedap, mereka suruh auntie jual, mereka nak beli.

Auntie bertanya pd mak, nak tak mak jual dan bungkus2 kan utk auntie bawak. ke sekolah , Mak bersetuju. (Utk galakan auntie berniaga). Since it is home made cooking, mak suruh jual mee atau meehoon for 15 cent. Bawak kacang kuda rebus for 10 cent. Sambal sotong berkacang for 30 cents. Auntie bawak 30 ker 40 bungkus sehari. Auntie jadi seronok bila Cikgu2 pun suka membeli jualan auntie. Mak selalu tunggu auntie bawak balik duit jualan dan auntie pun dpt upah lepas tuh. Dapatlah tambah duit tabung dan belanja sekolah tak luak. Mak kata auntie ada minat utk berniaga, separuh org malu.

Ada sekali tuh, auntie dah habis jual jualan dan dah kutip duit, auntie terlupa dan tertinggal duit tuh dlm darjah masa rehat... kena curi.... auntie menangis dan mengadu ngan cikgu. Cikgu announce pd kelas, siapa2 yg ambil suruh pulangkan duit tuh, tak siapa mengaku. Tapi auntie tak rasa serik utk terus berniaga.
selepas kejadian tuh, Mak pesan kat auntie supaya selalu berhati2 dgn duit jualan.

Persaingan tiba bila salah saorang kawan auntie bawak jugak jualan. So mak kata dah lah tuh, tak yah niaga lagi biar kawan pulak 'cari makan'.
Auntie berniaga tak lama hanya sepenggal jer.



akan sambung...............





4 comments:

  1. :) bagusnya,boleh berniaga kat sekolah.adik saya pernah berniaga kat sekolah jugak.mak saya buat sandwich.tapi tak lama sebab makcik kantin marah.sandwich dia tak laku semenjak adik saya berniaga.kesian adik saya.huhu.

    ReplyDelete
  2. Kiah SelendangMay 06, 2009

    comel je auntie ni.tak sabar nak dgr cerita how u meet uncle.

    cerita org lama mmg best!

    ReplyDelete
  3. sama gak la ngan ai dulu..mak buat sagun la..nasik lemak bungkus la..sume ai tlg jualkan. kalau x abis, ai pegi kedai makan, letak je kat situ..petang dtg amik $. mak pon cakp ai mmg jenis tak segan. leh niaga..skang ni dah beranak 4 baru sibuk nk try bisness..hihihi..alhamdullilah, sume berjalan lancar.. :)

    ReplyDelete
  4. eh sama lagi. hehe. sy waktu sekolah rendah pun jual makanan kat sekolah. tp bukan mak sy masak. sy beli dari jiran pastu jual kt kawan2. tak dapat untung pun. tapi seronok

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...