THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, May 4, 2009

Episod 10 - Terowong Gelap

Imbasan episod 9

Keluarga auntie bertambah dengan kehadiran Kak Ton.

Episod nih, auntie nak cerita pasal persekolahan. Bila auntie balik bersama Abah dan Mak kat Bukit Bangsar tuh, auntie ke Sekolah Kebangsaan Seputih. Sekolah yg terdekat memang ada, kat Jalan Pantai, tapi Auntie yg request utk kesekolah tuh sebab ramai kawan2 dari Bangsar gi sekolah tuh.

Anyway, sekolah tuh jauh nyer lebih kurang 2 batu dari rumah. Auntie dan ramai lagi yg tinggal kat Bukit Bangsar tu berjalan kaki ke sekolah. Paling lewat pukul 6.30 pagi mesti gerak dari rumah. Kalau lewat dari masa tuh dah tak de kawan. Ramai lah kawan2 bersama2 jalan menuju ker sekolah. Laluan perjalanan ada lah melintasi simpang tiga antara Jalan Traverst ke Bangsar tuh (Tak putus2 kereta dan tak der traffic light ketika itu) track keretapi, melalui Tok Kong India, Kg Paya, Kg Haji Abdullah Hukum, Jambatan Sungai Kelang, lalu terowong gelap dan baru lah sampai ke sekolah.

Auntie tak terasa perjalanan yg begitu jauh, sebab ramai kawan2. Kawan2 dari kedua2 Kg tuh juga bersekolah tempat yg sama. Basah kasut auntie mengharung embun pagi. Kami bersembang2 sambil berjalan. Pukul 7.10 baru sampai sekolah. Yang auntie paling gerun ialah melalui Jambatan Sg Kelang, meniti besi selebar 4 kaki, di bawah jambatan boleh nampak sungai yg amat deras arus nyer. Kadang2 bila auntie dan kawan2 sedang di tengah2 jambatan tuh, keretapi lalu.... oii!! bergegar jambatan tuh, sangat2 lah takut, tapi tak pernah rasa jemu utk kesekolah.

Terowong gelap tuh tak lah panjang sangat lebih kurang 100 ela, selalu nyer org2 India berteduh kat situ, mereka nih cari rumput lalang utk lembu2 peliharaan mereka. Auntie rasa sangat takut kalau tengok mereka duduk kat situ. Pernah kawan2 auntie cerita, kalau nak bina bangunan tinggi atau jambatan, kena ada kepala kanak2, kalau tak provide kepala manusia bangunan2 tuh tak stable akan runtuh, jadi org2 macam tuh lah yg cari kepala kanak2, sebab dier org ada sabit. (Gossip kanak2 lah tuh)

Bila berjalan2 tengah2 sembang nampak India2 tuh, kami lari bertaburan. Agak nyer mesti India2 tuh hairan kenapa budak2 semua lari. Kelakar dan bodoh sungguh bila ingat kembali.

Zaman auntie dulu, ramai jugak flasher syco (lelaki yg menunjukkan kemaluan) kat terowong gelap tuh. Jadi keadaan kami kat Jambatan suspen, kat terowong suspen laluan track keretapi kan bahaya tapi alhamdullilah tak pernah dengar apa2 terjadi pada budak2 yg gunakan laluan itu.

Pernah satu ketika, ada perempuan melayu bunuh diri kat track laluan kami gi sekolah. Isteri dan ibu kepada 2 org anak, tinggal tak berapa jauh dari rumah auntie. Auntie sangat kenal suami dier yg bernama Abas, sebab suami dier selalu dtg umah auntie practice muzik dgn Abah.

Oh! ya... Abah auntie ada pancaragam selalu practice kat umah. Abah main accordian atau pun biola (ikut irama/rentak yg di mainkan). Pak Abas bermain sexophone, anak buah abah main double bass, dan pak cik Baba main drum, main guitar tak ingat siapa, penyanyi nyer Kak Ton dan anak perempuan Pak Cik Baba , Rokiah nama nyer. Semua ahli2 pancaragam bermain dengan alat2 nyer sendiri. (bukan sewa). Pancaragam nih bermain, bila dapat jemputan jamuan malam dari pertubuhan2 dan majlis kahwin.

Auntie ada jugak abah trained menyanyi tapi gemuruh auntie amat teruk, bila pegang jer mic terus kaku, suara terketar2, abah sampai benggang dan marah2, bila kena marah lirik pulak lupa, auntie merajuk.... thats it... no more singing for me...

Jadi suatu petang, heboh cerita isteri Pak cik Abas , bunuh diri kat track keretapi. Tak tahu apa sebab nyer. Auntie suspen jugak nak gi sekolah besok pagi. Tapi sebab ramai kawan2, tak pontenglah kesekolah. Pagi2 tuh seperti biasa auntie ....jalan...jalan.... jalan... tiba2 kawan dan auntie terjumpa serpihan kain, bekas darah dan sebisan daging2 kat track. Menjerit2 kami semua.......

Ya Allah! auntie punya lah takut... semua berlari.2....seperti biasa auntie tercungap2 tertinggal kebelakang...

Auntie demam keesokkan hari nyer. Auntie dengar jugak kawan2 bercerita yg ada org perah asam limau nipis kat tempat tuh dan bila malam boleh terdengar org menangis2 mendayu2 sebab tempat tuh dekat dgn Kg Paya. (Again gossip kanak2)

Auntie dan kawan2 juga biasa terjumpa mayat terapung kat Sg Kelang masa balik dari sekolah. Kalau tengok dari kulit nyer bangsa cina. Eee!! macam2...

Ketika balik dari sekolah, panas terik diatas kepala, auntie selalu singgah rumah kawan2 auntie kat Kg Paya. Auntie kadang2 dpt minum dan makan tengahari kat umah kawan. Auntie terharu tgk keadaan rumah kawan2 di Kg Paya dan Kg Hj Abdullah Hukum. Rumah2 tuh berdinding kan papan dan beratap zinc, terlalu rapat, kalau sekarang di sebut 'Sting Garden'.

Bila singgah rumah kawan, mestilah sampai rumah lambat, jadi mak marah bila auntie cerita yg auntie singgah rumah kawan dekat Kg Paya. Dari sejak tuh, auntie pun tak lagi kerumah kawan. (Mungkin Mak tak suka auntie merayap rumah org yg dier tak kenal).

Auntie dibekalkan baju hujan dan payung kesekolah. Duit belanja tak semewah dgn Tok Hjh Lijah, cuma 30 sen sahaja. Mak aii!!! dapat beli... mee hoon atau nasi lemak dgn harga 10 sen, air sirap sejuk 5 sen, gula2 5 sen. Dah tuh balance 10 sen auntie tabungkan. Tabung auntie, tabung ayam yg di buat dari tanah liat. (Kat kedai kampung2 ada jual lagi). Mak bekalkan air teh o dalam botol air, tapi tak sama dgn minum air sirap sejuk kan. Bila cuti sekolah penggal ketiga, tiba lah masa auntie pecahkan tabung tuh. Mak akan tanya auntie nak beli mainan aper? sebab cuti penggal ketiga amat lah lama. (sebulan)

Auntie pd umur 10 tahun dah pandai nak hias rumah. Jadi auntie suka beli barang2 perhiasan rumah, dgn duit tabungan sekolah auntie. Mak layan, agak nyer nak trained auntie kot. Mak kata kalau simpan duit, boleh beli apa yang kita idamkan. So sampai sekarang auntie memang suka saving dan suka spending lepas tuh. (bila duit dah banyak terkumpul).

Auntie masih ada jam dinding yg auntie beli masa berumur 10 tahun..

:: jam dinding yang berharga 34 ringgit ::


akan sambung.........

11 comments:

  1. AnonymousMay 04, 2009

    wahhhh...classicnya jam tu auntie...sekarang harganya berapa la eh...kecik2 dah ada taste auntie...cayalah...

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 04, 2009

    auntie barang buatan org dulu2 memang tahan lama kan..
    antique jam tu ...

    ReplyDelete
  3. Wah, dah lama jam dinding auntie tue. Auntie beli bila time umo 10 tahun..nostalgia btul & tak sangka bleh btahan smpai skg. RM34 mmg dh tinggi nilainya time tue kan..

    ReplyDelete
  4. Autie,
    jam tu masih ok lagi ke?
    wah kagum
    umaur 10 tahun dah dapat beli jam

    ReplyDelete
  5. eh auntie bab kepala budak utk jambatan tu, sy pun tau! mak dok citer masa sy kecik2 dulu..hehehe mmg cara utk menakutkan budak2 supaya jgn merayau merata2 kang kena colik ngan benggali penggal pala..
    n again about the perah limau...yap soo true ada org yg buat gitu..selalunyer kaki2 judi nk mintak no.ekor..selalunyer tmpt2 berdarah cara horror..angker kan?

    ReplyDelete
  6. cantik jam tu. pandai auntie memilihnya. klu budak2 lain rasanya dah habis duit tu buat enjoy beli jajan & mainan saja.

    ReplyDelete
  7. kalau budak sekarang.. kumpul2 duit + duit raya.. bila dah cukup..pegi beli henfon.. sebab mak bapak tak nak belikan.. haih..
    tapi bagus jugak.. belajar menabung dan beli guna duit hasil dari menabung sekian lama..
    bagus lah..
    tapi tak sangka aunty beli jam..
    hehe. bagus betul investment utk masa depan.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Anonymous - Jam tuh bisasa jer, auntie suka tengok pendant tuh bergerak ke kiri dan kanan. Setiap setengah jam tu berbunyi sekali, tapi kalau tepat waktu, berbunyi ikut kiraan penunjuk jam.

    kerol- memang nostalgia, sebab jam tuh berjalan (hidup) hanya utk sebulan. Ada anak kunci, setiap sebulan sekali Abah auntie akan hidupkan dgn mengunakan kunci tuh.

    RubberGurl-Ada barang2 lain yg auntie simpan, tapi jam tuh sangat auntie sayang. Jam dinding tuh mati hari Abah meninggal. Auntie tak pernah niat utk hantar ke kedai utk baiki.

    Che Sue- Betul lah che sue kata dulu2 org cari kepala budak, dan kaki judi banyak yg buat benda2 karut.

    Hazzel- TQ

    Dyan- Entah lah kenapa auntie suka benda2 macam tuh dulu2.

    ReplyDelete
  9. aunty, saya suka jam antik tu. susah kan nak dapat skrang ni..

    ReplyDelete
  10. huhu seramnye tengok ade cebisan daging. sy memang takut tengok orang accident putus tangan or injured teruk2. fobia ni sebabkan sy xnak ambik doktor. hehe. mungkin jugak bukan rezeki sy kat bidang tu

    ReplyDelete
  11. saya masa kecik duk kat kampung abdullah hukum..tapi tak berapa ingat kenangan kat situ

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...