THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, May 1, 2009

Episod 9 - BG 7676

Imbasan episod 8

Setahun bersama Tok Hjh Lijah, banyak juga auntie lalui. Auntie sambung sikit lagi.

Abg Din, tuh selalu suka sakat auntie, dia kalau bergurau sangat lah kasar, suka main tumbuk2 kat badan, tapi tak lah kuat sangat. Sakit juger lah.

One day, dia ajak auntie main tumbok2, auntie kata.... tak nak lah.

Abg Din : Alah! tutup lah muka kau dengan bantal. Abg tumbuk lah bantal tuh.

Bila dia pujuk macam tuh , so agak nyer auntie fikir ok lah.

Auntie ambil bantal, tutup muka, dia tumbok bantal tuh. Berulang2 kali. Dah tuh auntie kata....... dah lah tak nak main lagi sambil bantal tu masih menutupi muka auntie.

Auntie pun buka bantal yg menutupi muka, ingatkan dah tak main lagi, Dush....satu penumbok hinggap kat mulut auntie.
Kuat tak kuat gigi depan auntie kebelakang kedua2 nyer. Berdarah lah tapi tak tercabut hanya bergoyang. So gigi2 tuh auntie buat main dgn lidah, tolak kedepan dan tolak kebelakang.

After awhile tercabut sebatang dan sebatang lagi tertelan waktu tido kot sebab tak jumpa pun kat atas katil pada suatu pagi bila auntie bangun dari tido.

So thank God, gigi auntie tumbuh cantik, tak sengit atau berlapis. So... auntie nasihat siapa2 yg ada anak sila check gigi2 anak bila sampai umur 6 tahun. Jadi kalau ada yg goyang bawak gi dentist dan cabut. Tuh sebab semua anak auntie gigi sangat lah cantik2.

Bila auntie darjah tiga, auntie balik ke rumah Abah di Bukit Bangsar.

Kat situ ramai kawan2. Auntie bermain bermacam2 permainan....

Konda Kondi, sebatang kayu berukuran satu kaki, ada anak kayu berukuran 1/2 kaki. Buat lubang dan letakan anak kayu, songkit dengan ibu kayu, kawan2 cuba sambut dan baling kat budak yg menyongkit tadi supaya mati, dan digantikan oleh orang lain.

Getah gendit, sorang baling, dituruti olih kawan2 yang lain, getah siapa dapat menindih getah yg sedia ada, dalam bulatan dpt pungut getah tuh.

Card bergambar tepok2, siapa punya card terbukak nampak gambar, dia boleh kutip card2 yg lain.

Baling selipar pd longgokan card siapa punya card keluar bulatan bolehlah pungut.

Suatu insiden, auntie main baling2 selipar, auntie banyak kutip card2 sebab menang petang tuh, ada sorang budak laki2 nih nama dia Adnan, dier dengki, terus baling selipar kat auntie... menangis sambil berlari balik rumah dan ngadu dengan mak.

Ingatkan mak nak protect dan side kat auntie, kena marah pulak. Mak suruh gi lawan budak tuh. Kata mak..... Jangan jadi pengecut, mesti berani, mak tak nak tengok kau menangis dah tuh mak kena masuk campur.

Auntie pun gi balik kat Adnan tuh dan baling selipar auntie kat dier... sambil berkata ... Mak aku suruh baling, balas balik....kau jahat... aku tak takut.....

Tapi yg sebenar nya memang takut ler, dia budak lelaki. Kejadian tuh membuatkan Adnan selalu elak bermain dgn auntie.

Auntie pada umur 9 tahun masih berlari2 dan meloncat2 masih active. Mak selalu kata kau nih kalau dapat main tak ingat lansung, baju kotor dan dah sampai bau tengit....pegi mandi.

Masa berlalu ........ Auntie dah pun berumur 10 tahun.... darjah empat.

Kakak Mahaton came and stayed with us. So additional of another person in the family.
Auntie love Kak Ton (Mak & Abah called her by that name).

She was so dear, kind and a loving person. Bila bulan puasa, she tought me to puasa habis for the day. Upah nyer 3 pasang baju utk Hari Raya. Dier kan di bela oliehTok Hjh Lijah, so high taste ler. Baju2 auntie semua nya mahal2. Ingat lagi kedai May May di Jalan Melaka Street. (Lebuh Ampang).

Adik auntie yg comel too learned to fast on full scale. (Puasa penuh). Kesian dier masih kecil tapi gigih nak puasa sampai habis jugak.

Ada sekali tuh, Adik puasa penuh, the first time..... bila bukak puasa adik gogop air sirap cincau, tak henti2. Apa jadi... a few minutes later, tersembor air sirap cincau tuh. Ikut hidung pun ada.

Mak marah Kak Ton buat aniaya kat budak kecik. Dier gelak jer... adik continue makan dan minum.

Adik dpt baju 4 pasang, kenapa???

Kak Ton was like so nakal and cheeky, one day she was teasing me and my adik....

Ha!!! siapa nak tambah baju raya jadi 4 pasang!!!! Ha!!! cium ketiak Kak Ton....

Auntie terus tak mau... tapi adik auntie cium ketiak Kak Ton... and she really got 4 pasang baju for H Raya.

Pasal kau cium ketiak Kak Ton, kau tak geli ker?... apalak aku tahan nafas lah....

Damn... never thought of that.... so my sister is smarter than me....

Abah cadang nak beli kereta utk Kak Ton. So...Abah ajar dier driving. Passed bila ambil test.

Abah beli kereta Mini Minor warna biru laut. (Sebiji rupa macam Mini Cooper sekarang cuma cc tak samalah).

Kak Ton kerja dgn TELEKOM kat Jalan Bukit Nanas. Kereta tuh dapat kat Kak Ton utk gi kerja.

Pada suatu hari dia balik dari kerja, menangis2..... kenapa Mak & Abah tanya.

Ton tak nak lah bawak kereta tuh besok dan bila2 pun.

Lah! kenapa.... kereta tuh rosak tengah jalan ker? Kau accident ker? Tanya Abah.

Tak!!!!!!!!! Ton kena ejek lah.... ejek apa? tanya Abah lagi.

Kak Ton sambil menangis berkata ..... beli kereta tak tengok nombor registeration ker!!!!

Apasal lak? tanya Abah

Tuh nombor tuh BG 7676

Abah dan Mak masih tak faham.....

Kawan2 ejek ler .....BI JIK TUJUH NAM, TUJUH NAM ( BIJIK TERJUNAM, TERJUNAM)

Abah tersenyum dan berkata, tak nak bawak, sudah ler, kau naik jer bas gi kerja.

Mak pulak jenis tak mau kalah, dier kata kat Kak Ton....

Bijik terjunam ker, terjungkit ker, apa hal dier org ada kereta ker? dier org gi kerja naik kereta ker?

Kak Ton, termakan cakap mak dan dier bawak jugak kereta gi kerja.

akan sambung.....


13 comments:

  1. ala auntie...tijah terasa taw. tijah lahir taun 76 tu. huwaa!!!!

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 01, 2009

    waaaa!!! same here..lahir taun 76 jugak...

    ReplyDelete
  3. dulu-dulu kalau gaduh ngan kawan2 mana mak nak sebelah kita kan...mesti kita kena punya la...berbeza dgn sekarang...
    tq auntie...rajin update...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. tergelak baca BG7676.

    keep on writing aunty!

    ReplyDelete
  5. wau! cantik no keta tu.
    klu skrg ni nak dapat no secantik tu harus bayar mahal gila!

    ReplyDelete
  6. tersengih sorang2 dpn laptop sat kat part terjunam2 tu..ahaks!

    ReplyDelete
  7. sakit perut gelak sorang2...(agaknya tahan gelak kut coz kat office....)best kan zaman dulu2...macam-macam mainan...kreatif...

    ReplyDelete
  8. ahahha lwk giler..eh org melayu neh sker ckp benda2 camtuekan untie

    ReplyDelete
  9. mak nanni.. i laugh readg the plat no...sorang sorang2

    ReplyDelete
  10. terigt zaman kecik. seronok kan. sy suka kenakan adik sy jgk macam k. ton buat. hehe

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan auntie..
    Baru terjumpa blog auntie...
    Semoga hari ni dan yang mendatang ceria.

    Menarik cerite2 auntie. (saya mula dari awal, nak ikut flow)
    episode ni kelakar giler.

    ReplyDelete
  12. saya pun main permainan macamtu..memang seronok masa tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...