THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, April 30, 2009

Episod 8 - Tauladan dan Sempadan

Imbasan episod 7

Alam persekolahan, pengalaman2 dan kawan2, auntie di Gemas sangat2 auntie rindui tapi Abah berpindah ke Kuala Lumpur lagi.

Di KL kali nih auntie duduk dgn Tok Hjh Lijah. Mr White dah meninggal dunia di London.
Mr White tinggalkan harta, tanah estate di merata Semananjung dan duit yg banyak .
Ampun, Ya Allah! apa yg auntie nak cerita ada lah tentang Hjh Lijah nih, adalah utk semua jadikan tauladan dan sempadan.

Sungguh berat auntie nak mulakan, tapi ini adalah yg auntie lalui dan apa yang berlaku.
Auntie tinggal di Jalan Ipoh di sebuah Taman (Tak ingat nama taman tapi masih ujud di Jalan Ipoh) bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Batu di Jalan Ipoh. Darjah dua. Bila week end Abah ambil auntie. Abah dan Mak duduk di Bukit Bangsar, Quaters KTM.

Di rumah Tok, auntie sangat lah mewah, ada tukang masak cum cuci baju dan driver, tapi bukan si Boyan dulu, dah org lain dah.
Kesekolah di hantar oleh driver. Pakaian berkanji dan side baju sentiasa tak patah. Duit belanja auntie RM 3 henggit, bolih belanja kawan2 (my followers) ice cream atau ice kepal, tak de hal ada balance lagi. Salah seorang kawan auntie cacat kat muka, takde org nak kawan dia, terlalu menakutkan. Auntie cuba describe.... hidung nya amat besar dan panjang menutupi bibir. Okay ! cuba ambil satu belon dan tuang air dlm nyer. Belon tuh melendur sebab berat, berbentuk tear drop. Hah, macam tuh lah hidung budak tuh. Auntie duduk dgn dier dlm kelas ketika belajar. Auntie tanya dia kenapa hidung awak jadi macam tuh. Dier kata, hidung dia membesar dan membesar. Suara dier senggau. Kesian nasib dier.

Dari sejak tuh, auntie faham, jangan sekali kali sombong. Auntie sentiasa takut kalau Allah jadikan auntie cacat. So jiwa sombong tak de dlm diri auntie sampai sekarang.

Berbalik cerita Tok Hjh Lijah.... emm.... dia kalau suruh tukang masak memasak, mesti banyak2 macam 20 ke 30 org makan.. auntie ingat lagi sekali masak ikan parang atau tenggiri panjang sebelah tangan (dua kaki kot). Dah tuh dia sedekah jiran2 terdekat. Hari2 tau, agak nyer jiran tak payah masak kot..

Auntie tinggal berempat dengan dier, saorang anak lelaki auntie Amy, saorang anak angkat perempuan cina.

Anak auntie Amy tuh dah berumur 16 tahun, dan anak angkat cina tuh dah bekerja berumur 19 tahun. Abang tuh nama nyer Din dan kakak tuh Mahaton.

Arwah Tok Hjh Lijah nih, hisap rokok Rothman King Size. Rokok dia beli dalam tin.(50 batang sehari) Kadang2 Tok suruh auntie nyalakan rokok dier.

Abg Din tuh, auntie selalu nampak dier kebas duit Tok, auntie tak berani nak ngadu, tapi auntie ngadu dgn Kak Ton. Kak Ton marah, tapi dier buat derg jer. Kemudian2 yg auntie tahu Abg Din tuh selalu masuk Jail keluar Jail. Tak tahu apa kesalahan yg di buat.

Bila cuti sekolah, Tok Hjh Lijah ni, bawa auntie berjalan ke Pulau Ketam, Port Dickson, dan entah mana2 lagi lah. Auntie di pakaikan gelang, rantai yg besar2. Bila sampai rumah, dia tanggalkan semua barang kemas dan simpan dlm sapu tangan yg diikat. Yang auntie ingat barang kemas dia berbungkal2.

Dier suka berjalan, flight to Singapore, flight to Penang, drive to Ipoh... dan merata2 , Mak kata dier breakfast kat Singapore dan Tea kat Penang tido kat Ipoh. Why..............? Lumba Kuda.

She spend RM 15 to RM 30 K for the horse racing per session. Dulu2 tapak KLCC tuh ada lah horse track, Club Race Course Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kalau duit tak de, dier cagarkan geran tanah, dah tuh ceti2 pun sukalah.

She also took up Mahjoong activities, lama2 bukit yg tinggi boleh jadi rata. Kata Mak, bukan tak di nasihati tapi tak makan saman, sombong, dier kata duit dier, harta dier, aku tak de anak nak buat apa tinggalkan, aku nak habiskan dan lepas tuh aku bolehlah mati.

Allahu Akbar, percakapan kita adalah satu doa, bila kita bercakap atau pun yg buruk, kalau pintu langit sedang terbuka ketika itu, percakapan kita terus naik jadi doa...

Bila semua duit2 dier habis dalam masa 2 tahun , dier jadi sasau... rumah tergadai, tanah kebun juga tergadai.... so duduk lah dgn Mak kat Bukit Bangsar.

Tok Hjh Lijah lari, tak leh duduk dgn Mak... maalumlah org kuat berjalan mana bolih duduk rumah. Dier cari geng2 perjudian dier, last2 yg Mak tahu dia duduk kat Rumah Kebajikan Kajang. Rumah Kebajikan tuh Tok Hjh Lijah banyak sumbang derma masa dier banyak duit... so pegawai2 kat situ semua kenal dier. Atas dasar simpati dier di terima duduk di situ.

Mak & Kak Ton gi lah visit dier, she was like cannot remember anything... and she passed away there.

Auntie bersama Tok hanya setahun saja, auntie pulang ke pangkuan Mak pada darjah tiga, berumur 9 tahun, dan tinggal di Bukit Bangsar.

Masa auntie berumur 9 tahun tuh, Mak sakit amat lah teruk. Penyakit yg tak de ubat dari doktor yg boleh membuatkan dier normal.

Mak suka menyendiri, tak de lagi berbual2 dan selalu menangis. Auntie budak2 tak tahu dan tak bertanya kenapa dier menangis.

Yang paling aneh dan teruk nyer, bila magrib tiba, Mak bertukar... rambut mengerbang, mengamuk2 pukul auntie dgn tali pinggang atau pun penyapu tanpa sebab.

Kadang2 pulak, rambut mengerbang jugak, duduk kat satu penjuru, menangis terisak2 dan kadang2 menangis mendayu2 dan ada kala meraung2. Benda2 nih berlaku, bila menjelang maghrib.

Abah selalu tak de di rumah, asyik kerja jer. Station Keretapi Kuala Lumpur kan 'central' jadi Abah amat2 lah sibuk.

Jiran yg berbangsa India, mengadu kat Abah yang auntie dan adik selalu kena pukul bila maghrib tiba. Dan dia selalu dengar Mak terpekik2 dan meraung2 menangis.

So... Abah ambik cuti dan perhatikan kelakuan Mak. Sah lah yg Mak sakit. Abah bertanyakan kawan2 dier, ada tak siapa2 yg pandai berubat secara traditional.

Abah di perkenalkan pd saorang perempuan tua, dlm lengkongan 60 tahun. Cara perubatan nyer.... abah kena sediakan periok tanah sebiji, bunga2, limau perut, berteh dan beras berwarna warni.

Auntie masih ingat sebab anak saudara perempuan tua tuh, buat persiapan kelengkapan barang2 kat rumah auntie.

Perubatan di lakukan di luar rumah, tengah malam, periuk tanah di isi air, abah kena junjung kat kepala. Auntie dan yg lain2 tak di benar tengok, semua berada dalam rumah.

Malam yg sunyi tuh tiba2 kedengaran abah menyebut.... Allah!!! ada barang terbang dan jatuh dlm periok tuh. Abah di panggil masuk dan barang tersebut di buka. Pembalut kain berwarna hitam, putih, kuning dan putih kelihatan usang. Paku, jarum dan lain2, auntie kurang ingat.

Perempuan tua tuh berpesan supaya abah buangkan barang2 tuh kat laut. Laut yg paling dekat ialah Pelabuhan Kelang.

Auntie ikut ke Pelabuhan Kelang tuh tapi tak tengok abah buang benda2 tuh. Konon nyer ada buaya putih timbul ke permukaan laut, masa abah baling barang2 tuh. Wallahualam.

Keadaan Mak beransur pulih dan seperti biasa Mak dah ambil berat tentang kami adik beradik.

akan sambung..................

12 comments:

  1. INSAT SEKEJAP BACA KISAH AUNTIE NIEEE....... SEBAB TU KATA ORG2 TUA....BERHATI2 BILA BERKATA2 KERANA PERCAKAPAN TU SATU DOA.........MUDAH2AN ALLAHYARHAMAH TOK LIJAH DICUCURI RAHMAT...AMEN

    ReplyDelete
  2. salam auntie..
    seram dengar citer auntie..
    tapi boleh buat ikhtibar...
    tak sabar nak tunggu sambungan citer tu...

    ReplyDelete
  3. perghhh seramnya....
    cant wait 4 ur next N3...

    ReplyDelete
  4. insaf betul bila baca cerita tok lijah..
    semaoga allah m'cucuri rahmat keatasnya & segala dosanya diampunkan..

    ReplyDelete
  5. lepas tu apa jadi? Nasib buaya tu tak cakap "oit!! buag sampah merata-rata, nak kena saman nih"

    ReplyDelete
  6. jeng jeng jeng
    sapa yang letak brg2 tu autie
    ishk..cuak nyer

    ReplyDelete
  7. best giler la baca cerita2 auntie ni..cepat la sambung...tak sabar nak tunggu...
    dah jadi pengikut setia dah ni...
    berbakatnya menulis....

    ReplyDelete
  8. auntie...cepat sambung auntie. best giler baca nihh...

    *err...cam paksa la plak kan?

    ReplyDelete
  9. ...amik yg baik..
    semoga roh Tok Hjh Lijah dicucuri rahmat...

    :)

    ReplyDelete
  10. Untok sembilan yg comments, amat2 auntie appreciate.TQ auntie memang get motivated to see ada juga yg suka n3 auntie. I shall try to write, inshaallah.

    Auntie, bimbang kot2 the blog auntie boring, maklumlah cerita2 yg dah lama.

    For those yg belum sign in kat column followers, please do so coz auntie suka check profile individu bila ada kelapangan.

    Thank you, again.

    ReplyDelete
  11. uih auntie..angker lak citer kali ni..huhuhu..

    ReplyDelete
  12. salam....baru mengikuti....best baca....cubby nyer mass kecik2...yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan...take care

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...