THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, April 29, 2009

Episod 7 - Gigitan Yang Bisa

Imbasan episod 6

Keluarga bertambah seorang lagi dengan kehadiran adik yg comel.

Abah berpindah atas kenaikan pangkat di Gemas, Negeri Sembilan.

Gemas, bandar dia besar dari Gua Musang, Station Keretapi nyer lagi sibuk dari Gua Musang, yg auntie ingat Abah sentiasa kerja siang dan malam. Jarang jumpa Abah.

Kat Gemas duduk quarters rumah berkembar dgn jiran Melayu, Anak jiran tuh ramai... tak berapa ingat berapa org. Yang pasti nyer auntie ramai kawan2 kat Gemas tuh.

Auntie ramai kawan laki2. Masih teringat ingat lagi, auntie main Koboi2 dan Red Indian. Auntie Red Indian pompuan.
Budak laki2 so creatif, cabut bulu ayam dah tuh lekat2 kan kat kertas, jadi kan mahkota auntie. Muka conteng2 dgn bedak batu. (Cap Nyonya dikedai Sen Sei ada jual lagi).

Konon2 nyer, Auntie kena kidnap olih koboi2 tuh, di ikat nyer auntie kat tiang bawah rumah. Kelakar budak laki2 tuh, meloncat2 macam naik kuda siap buat bunyi lagi erk...erk....kedak keduk!, kletak keltuk!kletak kletuk! (Bunyi tapak kuda). Pistol dan senapang kayu buat sendiri.peluru dari buah cherry muda. Panah buat dari buluh, anak panah guna lidi kelapa. Agaknyer dier org baca komik kot sebab TV belum ada time tuh.

Selain dari tuh main masak2, auntie tukang masak, bahan bawak bersama2, ada beras, sayur dan telur. Tungku api, budak laki2 pasangkan. Guna batu bata, dan bahan api ranting2 kayu. Menu simple jer... Nasi mentah, sayur rebus dan telur rebus yg retak. Yg tak leh tahan lagi, budak laki2 bawak belalang kunyit, besar2 tau, dibakar kat bara. Dah tuh makan lah kami beramai2. Auntie loya tapi budak2 tuh kata kalau tak makan sama, besok tak mau geng. Nak tak nak makan lah jugak. Fear Factor kan....

Suatu hari... auntie and the geng gi main2 kat kawasan lain jauh sikit dari rumah, rumah pompuan India yang obes/gemuk. Rumah dier ada anjing hitam, besar, anjing tuh berikat dalam gate, asyik menyalak2. Kami ramai2 sakat pompuan india tuh dengan menyanyi kan lirik......Fatty, fatty, bom bom........anjing menyalak, Khong! Khong! Khong! kita org pun salak balik Khong, Khong, Khong
Sejak tuh practically bila lalu kat situ, kami mengajuk pompuan india tuh,anjing dier menyalak, kita org pun menyalak balik. Nasib kurang baik ker atau sengaja pompuan india tuh tak ikat anjing dier, anjing yg disalak terlepas dan kejar kami. Apa lagi berterabor kita org lari... auntie yg berbadan montel tertinggal kebelakang...apa lagi kena gigit kat bontot. Nasib baik anjing tuh lepaskan gigitan nyer... auntie lari balik rumah menangis2 dengan titisan darah yg banyak...

Mak dan Abah ada kat umah, masa tuh Abah pakai motor Triumph 350cc nyer , apa lagi pecut lah Abah bawak auntie gi jumpa Dresser klinik daerah. Dah lah auntie kena gigit anjing, dah tuh kena pula injection kat bontot lagi.
Lepas kejadian tuh sampai lah sekarang auntie bukan main takut dgn anjing.

Pada umur nih lah, aunti mengenali telur katak, berudu disangkakan anak ikan. Umur nih juga, auntie belajar panjat pokok jambu dan mangga, tapi dahan2 yang rendahlah.

Auntie amat merindui zaman kanak2..seronok ...terasa haus bermain, balik umah, gogop air dlm peti sejuk, dah tuh keluar balik. Time makan lunch, mak jerit panggil balik, makan laju2, ingat nak keluar balik tapi mak kata time tido. Eee... fed up lah.
Petang kul 5.00 keluar lagi ... sebelum maghrib, mak jerit lagi suruh balik, masuk ler kandang. Till the next morning.....

Anyway, auntie gi sekolah at the age of 6, ikut kawan2. Guru Besar sekolah tuh kenal Abah, dia pelawa Abah utk trained anak ke sekolah. (Masa zaman auntie dulu2 tak de tadika)

Masa tuh Abah tanya, nak gi sekolah tak? Memanglah nak sebab Abah kata nak beli kasut baru, ada beg sekolah, ada bekas pensil and so on....auntie belajar hanya satu penggal sajer.

Sampai lah umur 7 tahun, baru lah auntie gi sekolah, betul2, Darjah Satu, guru darjah auntie Cik gu Rahmah, (kalau tak silap) dah kenal auntie, di lantiknyer auntie jadi ketua darjah.

Gambar darjah satu....


:: auntie yg sebelah cikgu ::

So setahun berlalu di alam persekolahan, again Abah kena pindah. Kali nih ker Kuala Lumpur...

Best nyer my home town again.

akan bersambung.......


11 comments:

  1. Auntie, been following ur blog from the start. I just love the old skool pictures. Mmg 'class'ic.Writing auntie pun best!!

    ReplyDelete
  2. huiiii klasiknya gamba tu auntie. err...asal tangan kepit style gitu? hehehehe

    ReplyDelete
  3. salam kenal auntie ...
    suka baca blog auntie...
    baca tentang zaman retro...
    terhibur sangat..
    teruskan penulisan ini..
    it always make my day...
    selalu tunggu citer baru from auntie..

    ReplyDelete
  4. autie...
    bestnya dapat pindah randah
    sure byk kengkawan
    sampai sekarang ke autie masih contact ngan diaorg?
    kalu la tetiba diaorg terbaca blog nie...sure tersenyum sampai telinga

    ReplyDelete
  5. auntie, ape la resenye air teh bercincaukan katak tuh? kesboll btol la katak tu pun duk dalam botol.

    ade sorang kawan saye gile penakut dengan anjing.siap masuk rumah orang yang dia tak kenal.panjat bonet keta orang pun penah.padahal anjing tu buat tak pot je kat dia. -gara2 dia penah ada sejarah kena gonggong dek anjing mase kecik2. haha.

    ReplyDelete
  6. perghh! gila posing student gegirl yang duduk 4 dari kiri tu. so cute! hehe.

    ReplyDelete
  7. hi auntie..
    sonok baca blog auntie..full of memories

    kite pun penah kene gigit ngan anjing gak..sebab nakal sgt gi curi buah belimbing kat rumah cina tu..hahhah..padan muka kita

    ReplyDelete
  8. hi auntie..selalu dengra citer pasal auntie dari blog peeja..now baca sendiri dari blog auntie..sangat best catatan kisah auntie zaman dolu2..tak sabar nak tunggu sambungan dia..saya doakan semoga auntie sihat2 selalu ya..

    ReplyDelete
  9. yg bestnya blog auntie ni pasal ada gambar2 lama tau. bukan senang nk tengok gmbr2 lama ni. kenangan betul. teruskan menulis yer auntie. suka saya membacanya

    ReplyDelete
  10. a ah la..baru perasan bukan main over posing2 semua orang..style betul..
    kasut pun mcm style n color ada..haha..

    ReplyDelete
  11. Rezza's mama : TK membaca dan menyukai write up auntie yg amat2 sederhana nih.

    Tijah : Entah lah kenapa tgn kepit mcm tuh, tak ingat.(Jurugambar suruh kot)

    Anonymous : Sorrylah, auntie selalu nak cuba publish hari2, kalau lewat mesti ada sebab2 tertentu.

    Hazzel : budak yg no 4 tuh, reallife memang eksyen habis, perasan sangat tuh.

    RubberGURL : auntie memang pindah randah, kerana tuh lah auntie terputus kawan2, especially dah berumur dah ada yg passed away pun.

    ai yo : Air tehtak,(teh+katak)sedap kot sebab habis auntie minum. Memang, kalau anjing garang ashik menyalak jer bila tgk org lalu, tak hairan lah kwn naik bonet dan masuk umah org.

    sheila : Tu lah kan, dah biasa kena gigit anjing memang lah rasa amat takut.

    hoodedlicious : TQ doakan auntie sihat dan inshaallah selagi bolih auntie akan terus menulis sampai umur auntie sekarang nih....

    Anonymous : TQ, Same as the above comment.

    Peej : semua tuh anak org ado2. Anak DO lah, ketua jabatan lah , tulah student lelaki yg 1st dari kiri kat belakang tuh, anak DO lah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...