THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, April 22, 2009

Episod 3 - Salasilah (Latar Belakang)

Imbasan episod 2 :

Noraini di jaga dgn penuh kasih sayang oleh pasangan Mohd Salleh dan Nab.
Ahmad dan Rabae juga tidak putus kasih mereka walaupun anak tuh dah di serah pd adiknyer. (Rumah berdekatan)

Apakah panggilan Noraini kepada ibu bapa jagaan dan ibu bapa kandung?

Ibu bapa jagaan : Mak dan Abah

Ibu bapa kandung : Mak Sau dan Pak Sau (Tak pernah tanya what is the meaning of 'Sau') reckoned 'Besar' kot.

Mak seorang wanita yg amat pendiam, tak banyak cakap. Kecil, berkulit putih merah, mata coklat muda, hidung mancung (keturunan Sharifah). Lahir di Kampar, Perak.

Mak banyak menceritakan kisah hidup dia........... amat sedih.

Bapa dier meninggal semasa dier dalam kandungan ibu nyer, dan ibu meninggal ketika masih kecil lagi (baru pandai berlari2 anak).

Sebagai Mak Saudara, Mak diambil oleh Hjh Lijah dan di bawa ke Kuala Lumpur.

Hjh Lijah nih berkahwin dgn Org Putih. Masuk Islam dan di beri nama Mr White Abdullah.

Masa tuh tahun 1920an Hjh Lijah dah kahwin dgn org putih. Org putih yg dtg Malaya (Tanah Melayu) dari United Kingdom pasal pokok getah.

Mr White Abdullah, is the 2nd man in Rubber Reasearh Institute (Masih ujud di Jalan Ampang, persimpangan Jalan Jelatek).
Salah satu kerjanya round estate2 tiap2 bulan.

Jadi round punya round estate2, jumpalah Hjh Lijah kat estate Kampar, Perak tuh.
Jodoh ada, menikah dan tak de anak/zuriat sampai sudah.

So, Zainab nih jadi anak angkat dia.

Being Org Putih, mereka di beri banyak kemudahan, Mr White Abdullah nih ada driver (melayu), tukang masak (melayu), tukang kebun (melayu), tukang cuci baju (Pompuan Cina) dan macam2 tukang lah.

Rumah dia kat Jalan Damai, Kuala Lumpur. (Quarters Banglo RRI).

Driver dia org Boyan dari Singapura, nama tak ingat. Dia duda tapi ada bawa anak perempuan so Hjh Lijah bela. Nama anak tuh Amy.

Hjh Lijah ada 2 anak jagaan, Amy dan Zainab (Mak)

Tapi, Amy tuh lebih senior by 3 years from Zainab.

Mohd Salleh Hud berasal dari Jalan Hamzah, Kampung Baru,Kuala Lumpur.
Orang nya tinggi, rambut ikal dan berkulit putih kuning.

Atoknyer dan geng2 yg lain lah the early settlers of Kampung Baru dtg dari Melaka & Kedah.
Abah bagi tahu yg Atok Tan Sri SM Salim ada lah salah sorang yg buka Kg Baru. So, Tan Sri tuh kawan Abah masa zaman kanak2 sampai bujang dulu2. Kalau tak caya tanya Tan Sri keturunan dia asal org Melaka tak?

Mohd Salleh Hud ada 7 beradik berbin/binti kan Hassan dan Mak nyer bernama Comel.

1. Baba
2. Bapol
3. Ahmad
4. Asiah
5. Salleh
6. Normah
7. Said

Kesemua nya dah meninggal except Normah yg kena stroke recently.

Macam mana lak Abah bertemu jodoh dgn Mak. Konon nyer Abah naik motor round2 kat KL gi lah Jalan Damai tuh................ Jeng, Jeng, Jeng Mak ada tengah menyapu depan rumah. (Walaupun banyak servant tapi Mak tak pernah duduk jadi Mem besar).

Abah pun apa lagi, ashik2 pusing kat Jalan Damai jer lah time tuh.

Dah suka nak kawin, tapi Hjh Lijah marah dan larang mak kawin.

Hjh Lijah : Kenapa nak kawin dgn Salleh tuh! Mak rasa dia tak mampu nak belikan sabun mandi wangi untuk kau pun. Berapa gaji dier tuh?

Abah masa tuh kerja dgn Keretapi Tanah Melayu (KTM). Dulu tuh org kata Kerja dgn Gomen. Gaji yg di bawa pulang RM70.00 pd tahun 1944. (Kalau tak silap)

Abah tuh pakaian dia nak smart jer. Dah tuh ada motor lagi so cukup ker....untuk tanggong anak org berada ni!

Mereka kawin sendiri, melalui keluarga Abah. (Anyway Mak memang tak de wali kan, so pakai wali Hakim jer).

Tuh lah yg duduk di Kg Baru, kat umah bawah, sebab umah atas Mak Mentua (Comel) dia masih hidup lagi masa tuh.

Bila dpt bela Noraini barulah Tok Hjh Lijah terima Mak balik.

Continue part Mak Sau dan Pak Sau pulak, kalau ikutmyer auntie nak berhenti cerita ..........

Tapi tak per bagi selesai part salasilah ni.

Pak Sau nih of coz lah orang Kampung Baru, KL

Tinggi, berkulit putih kuning, rambut ikal. Kategory handsome. Sekolah Inggeris Princess Road sekarang Jalan Raja Muda.

Mak Sau orang Junjung - Kulim, Kedah.

Tinggi, berkulit sawo matang, rambut lurus.

Macam mana org Kedah bolih kahwin dgn org KL. Match make by Pak Sau punya pak saudara. Nenek Comel punya Abg , namanya Hassan - isteri dia org Kedah. (Nama Hassan serupa macam nama suami Comel juga).

Pak Sau nih kerja penarik beca keliling KL, Sekolah Inggeris..... tapi karecter baran terok, ashik gaduh nak parang org jer, jadi mana bolih kerja dgn org.

Anak2 Pak Sau dan Mak Sau (Adik beradik auntie lah, semua nama tak penuh)

1. Bok Chik - masih hidup
2. Ishak - Arwah
3. Ismail - Arwah
4. Harun - Arwah
5. Rubiah - masih hidup
6. Meninggal masa kecil
7. Noraini - masih hidup
8. Norli - masih hidup
9. Saadiah - masih hidup
10. Aminah - masih hidup
11. Hanapiah - masih hidup

Mak, Abah dan Noraini tinggal kat Kg Baru tuh sampai umur tiga tahun, dah tuh berpindah.............

akan sambung............




:Mak Kanan sekali dan tengah2 tuh Amy membelakangi Bangunan Sultan Abdul Samad::

: Mak sebelah pokok buluh di Tasek Perdana::

:: Mr White Abdullah yg pakai tie tuh::

::Mak dgn Mr White::



:: Tok Hj Lijah, Mr White & Noraini di Airport Sg Besi::

11 comments:

  1. autie...
    cepat2 la sambung kisah nie
    tak sabar rasanya

    emm ada persamaan la antara saya n mr white
    hehehehheeh

    ReplyDelete
  2. autie...
    cepat2 la sambung kisah nie
    tak sabar rasanya

    emm ada persamaan la antara saya n mr white
    hehehehheeh

    ReplyDelete
  3. mama nya adik bradik ramai ek rupenyaa...
    yang nonoy ingat aunty norli tu muka cam mama.. hahahah...
    sambung ah cepattt update maaaa!!!

    ReplyDelete
  4. boleh buat filemmmmmmmm ler cito auntie nieeeeeeee.....tak sabo adennnn nak baco seterusnyooo......kalau auntie dah ok teruskan yooooo cite......take care auntie.byeeeeee

    ReplyDelete
  5. Ramainya siblings untie... sure meriah..

    Untie sambung lagik ok... seronok sangat... boleh tahan glamour jugak orang dolu-dolu...

    Tak sabar jugak nak tunggu part bila untie baya2 anak2 untie.. mesti lagi glams...

    ReplyDelete
  6. waaaaaaaaaahhh...nama kan...mr white gitu... hahha kellasss....

    nak amik mat salleh satu lah dr sini... namakan mr white jugak... hahahhahahha

    btw, teruja gile tgk gambar lama lama nih.... OMG!!!! kenangan sungguh!

    ReplyDelete
  7. bestla dapat baca kisah2 lama ni. siap ada gamabr lagi.suke. cepat2 la auntie up date ye..

    ReplyDelete
  8. auntie..sambung lagi eh nnt..
    sukeww...nk bace lg..

    ReplyDelete
  9. fuyyyooo auntie, ni kisah lama ni, mcm kena bukukan jer, kalau x hilang camtu je lah nnt, rugi o.

    ni salasilah keluarga ni, ish teruja saya ok.

    ReplyDelete
  10. auntie, suka la tgk gambar2 ni. sgt nostalgic! keep blogging ok auntie! :D

    ReplyDelete
  11. nostalgia tenguk gambar ni semua..saya pun lahir di Kuala Lumpur ..masa kecik biasa ke pasar minggu kg bharu..tapi tak ada gambar kenangan macam ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...