THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, June 19, 2013

Duit mana boleh duduk diam2 kan?


Tukar Kipas dua biji,
Satu dah berbunyi bising bila berputar
Yang kedua pula, berputar tapi tak ada angin

Memang dah patut diganti..sebab
bill elektrik..kus semangat bila dua2
bilik tu pasang aircon setiap malam.
Memang sedap tidur,  bil datang hujung bulan
terkejut Rm500++??
dan bila nak bayar senak perut..



Brand KDK dah berumur 20++ tahun
Abaikan habuk2 tu..hik3x


Duit mana boleh duduk diam2 kan?



Pandai terbang..hik3x


Panggil electrician kebiasaan kami
suruh bawak 2 kipas dan pasang
Alhamdulillah..

Aircon jika perlu saja, yea anak2..






Tuesday, June 18, 2013

Pokok2 Kesayangan Ku

Mee Goreng bersotong utk sarapan
Ada yang minta resepi
bila nengok mee goreng dari n3 yang lepas

Mee Goreng Udang

katanya macam mana nak buat
mee goreng warna macam gitu
tapi alahai! malulah pula
sebab mee goreng auntie biasa2 aja

Auntie faham sebab mostly pembaca auntie
adalah golongan muda2, anak dara duduk merantau
belajar/ kerja didalam dan diluar negeri
Yang baru kawin, nak jamu suami tercinta



Mee Goreng Sotong

1. Setengah peket mee
2. Udang besar 10 ekor atau sotong 5 ekor
Auntie suka udang berkulit, sebab kemanisan
kulit udang boleh 'nyoyot' bila makan..hik3x
3. Sayur suka hati
auntie apa yang ada dalam peti sejuk
mee dalam gambar tu
sawi 2 pokok, karot 1 batang, kauliflower sikit dan kacang buncis 5 batang
auntie dan anak2 adalah penggemar sayur mayur,
uncle pula bila makan kuis2 sayur2 tu
Jika ada fish balls, fish cakes, silakan guna
4. Bawang merah 2 biji
5. Bawang besar 1 biji
6. Bawang putih 3 ulas
7. Cili kering 10 biji
Telur 2 biji
Blend no 4 hingga 7

Panaskan kuali
tuang minyak dan tumis bahan yang diblend tadi
masukkan 2 sudu sos tiram dan 2 sudu tomato
garam xyah, sebab mee dan sos2 dah bergaram
tapi kalau ada yang kaki makan masin buhlah sikit. hik3x
masukkan sotong/udang dan sayur2 tadi
goreng half cook (jgn lama) masukkanlah mee
buat bulatan tengah2, pecah telur,
bila nampak telur dah setengah masak
kacau sebatikan dengan mee, goreng sekejap dan
padam api
Done

Masakkan dalam kehidupan auntie yang simple2
aja, asal boleh makan, kena dengan selera, udah.
Alhamdulillah...

Dah bersarapan jengok pokok2 kesayangan dalam pasu pula
Pilihan pokok kalau yang berbunga
adalah warna putih yang wangi2, oren dan merah
dan pokok daun2 hijau
dan daun2 basic untuk memasak
limau perut, kunyit
kaduk, pandan, kari dan selasih
daun kesum dah berkali2 cuba tanam
mati selalu..entah kenapa?
Auntie suka pokok2 kesayangan auntie
sejuk mata memandang..
Kebanyakkan nama2 pokok, auntie tak tahu, hik3x













Ada ikan kecil yang bersuai 
dengan takungan kolam yang comel lote ni..hik3x


Abaikan dinding2 tu
nak raya nanti..boleh buat project cat mengecat..huhuhuhu




Asalnya sepasu selasih dan sepasu daun kari
tapi kini selasih meumpang hidup dipasu kari
Auntie biarkan aja..




Masak nasi auntie memang ambil daun pandan sehelai
dan bila nasi mendidih..awwww..wangi seisi rumah
tu yang buat selera nak makan sebelum waktu ..hik3x


Pandan

Hirisan daun kunyit auntie buat jemput2 tepung untuk minum petang
selain digunakan untuk masakkan
Wangi dan sedappp..

Daun Kunyit

Limau perut

Kaduk dan bunga melur



Ada pokok tumpang
Heran auntie,  boleh hidup dicelah2 batu pagar
memang tiada tanah disitu..
dengan izinNya hidup sampai berbuah..
Alhamdulillah..



Pokok Mengkudu

Hukum alam
Ulat dan siput akan memakan daun2 kegemarannya..
Patutkah dibunuh?
Beli racun (pesticide)? 

Auntie googles
untuk racun yang mengguna bahan2 pokok yang terdapat
disekeliling
Daun Neem, daun tembakau dan daun bunga kekwa
payahlah auntie nak dapatkan daun2 ni..

Lagi satu
Bawang, cili padi dan air diblend
Spray pada pokok2 untuk menghapuskan ulat2 tu..

Wah! guna cili padi? 
belum pernah pula auntie buat lagi..
nanti2 bolehlah auntie cuba spray pada 
Ulat yang dah mula naik bulu..
ulat2 tu akan terkedu bila kena spray cili padi..

Terima kasih pada En googles


Monday, June 17, 2013

Cucu Ke Pusara Arwah Atok Abah & Arwah Mak Tok

Hari Sabtu hari Pasar Tani
Membeli ikan dan sayur
Kali ini auntie kesitu awal, pukul 7:30 pagi
Beli apa yang patut utk peti sejuk
dan sarapan.


Utk bertiga


Nasi Ambeng 

Auntie teringin makan nasi ambeng
mengalahkan orang jawa pulak hik3x
Last makan Nasi Ambeng bulan puasa tahun sudah
Alhamdulillah..sedap nasi ambeng ni
hanya 3 henggit saja tanpa ayam atau daging..


Pulut Kuning dan rendang daging

Pulut Kuning kegemaran uncle
Rendang pedas tapi ada juga sedikit rasa gula
me not loike
rm5 henggit saja sebekas

Selepas sarapan pukul 9:30 pagi auntie dan anak auntie 
melawat pusara arwah abah dan arwah mak auntie
ditanah perkuburan Danau Kota Setapak.
Uncle,  auntie suruh rehat dirumah, kesian nampak
dia tak berapa sihat kebelakangan ni..banyak tidur.

Menziarah kekuburan, salah satu sebab ialah untuk menginsafi diri 
dan untuk mengingatkan diri betapa satu hari nanti, kita akan ke situ juga

Ziarah pusara juga mendatangkan rahmat kepada arwah yang meninggal dunia.






Disunatkan : 

memberi salam samada dalam keadaan berdiri atau duduk.

berwudhuk dan membaca Al-Quran dan sebaik2nya dalam keadaan duduk. 

Kemudian terus berdoa kepada arwah sekalipun tidak mengangkat tangan.



Dua tempat  duduk yang tersedia ada utk membaca Yassin


Menaburkan hirisan daun pandan



Memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat.




Sesudah selesai dipusara arwah abah
kami naik kereta semula utk pergi kepusara arwah mak pula
Walaupun ditanah perkuburan yang sama tapi jauh untuk meredah
dipenghujung tanah perkuburan.

Kedua2 pusara arwah hampir dengan pintu pagar.
Jadi auntie tak perlu berjalan jauh.













Alfatihah
Semoga kedua2 arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. 
Aamiin




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...